Monday 14 March 2011

Peringatan lagi(╥_╥)

Assalamualaikum...

Ya ALLAH!!
Satu lagi peringatan untuk kita...
Giliran Jepun pula dilanda tsunami & gempa bumi...
Sedih sangat bila tengok gambar2 kat Jepun..
Negara 'Matahari terbit' yang terkenal dengan
segala bagai teknologi kini hancur!!
Apa lagi yang nak dibanggakan??
Kuasa manusia xakan setanding kuasa tuhan....(╥_╥)
'
'
'
'




Ya ALLAH!!
Bertuahnya kita dibumi Malaysia..
Sedang negara2 arab juga dilanda krisis...
Negara2 lain dilanda bencana alam yang dahsyat...
Kita di Malaysia masih mampu menjalani kehidupan seperti biasa..
Bergelak ketawa bersama kawan2 &  keluarga...Alhamdulillah...

Sama2lah kite beringat bahawa peringatan
dari ALLAH itu bila2 masa sahaja..
Tak mengira tempat,waktu &
apa jua bentuk bala yang bakal menimpa...(╥_╥)

Doa Tolak Bala


بسم الله الرحمن الرحيم

تَحَصَّنَا بِذِي اْلعِزَّةِ وَالْجَبَرُوتِ ، وَاعْتَصَمْنَا بِرَبِّ الْمَلَكُوتِ وَتَوَكَّلْنَا عَلَى الحَيِّ الَّذِي لاَ يَمُوتُ . اَللَّهُمَّ اصْرِفْ عَنَّا هَذَا الوَباَءَ ، وَقِنَا شَرَّا الرَّدَى ، وَنَجَّنَا ِمنَ الطَّعْنِ وَالطَّاعُونَ وَالْبَلاَءِ ، بِلُطْفِكَ يَا لَطِيْفُ ، يَا خَبِيْرُ ، إِنَّكَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٍ . وَصَلَّى اللهُ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى اَلِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلَّمَ وَالْحَمْدُ ِللهِ رَبِّ الْعَالمَيِن َ


Maksudnya :

Kami berlindung dengan Mu ya Allah! Tuhan yang memiliki keagungan dan kekuasaan, kami berpaut kepada Mu Ya Allah Tuhan pemilik sekelian alam yang ghaib dan kami bertawakkal kepada Mu ya Allah Tuhan yang hidup lagi tidak mati. Wahai tuhan kami jauhkanlah kami daripada wabak ini, lindungilah kami daripada kebinasaan yang dahsyat dan peliharalah kami daripada segala penyakit berjangkit, taun dan bala bencana, dengan ihsan Mu wahai Tuhan yang Maha Lembut lagi Maha Mengetahui, sesungguhnya Engkaulah ya Allah Maha Berkuasa ke atas segala sesuatu. Selawat dan salam ke atas junjungan penghulu kami Nabi Muhammad saw dan ahli keluarganya, serta sahabat-sahabatnya. Segala pujian hanya bagi Mu ya Allah Tuhan pemilik sekelian alam.

p/s :Sedih kan??Takut pon ade kan??.
Mungkin kerana sikap manusia itu sendiri ALLAH menguji!!(╥_╥)

NaNa(^_^)v
Comments
0 Comments

0 budak baik sudi komen:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...