Sunday 31 March 2013

ber-KEEK-ing pula

...السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
 ♥بسم الله الرحمن الرحيم♥

Alhamdulillah, ambil masa sikit nak menaip kat blog ni. Kesian dia selalu ditinggal²kan je. Huh! Bukan sengaja tapi kekangan masa juga kekurangan kerajinan untuk menaip adalah faktor utama tiada entry baru kat blog. Kesian. Apa² pun moga hari² kalian sentiasa dalam rahmat & redha-NYA. Gumbira & bahagia selalu :)



Ok, malas nak cerita panjang terus ke tajuk entry. Apa itu KEEK? Saya pun baru tahu kewujudan KEEK.  Bukan KICK oke, mahu kena flying kick nanti. Ok, sesiapa yang ada sematpon boleh la ke playstore kemudian search KEEK dan download. Walaupon sematpon saya dah tak berapa nak smart dengan masalah batterynye dan selalu restart dengan sendirinye tapi kita layankan jelah =.='

Kalau di instagram kita berkongsi gambar, tapi di KEEK kita boleh berkongsi VIDEO pendek lebih kurang durasi video selama 36saat je.

Maka dengan pantasnya saya telah selamat mengcreat account KEEK! Agak kiciwa kerana username NunAlifNunAlif dah ada orang guna. Siapa yang berani tu?? hehe.. Tak apalah, saya guna nama dalam surat beranak je.

Kepada yang ada KEEK tu jejemput la sudikan follow saya ye. Macam biasa lah point utama tentulah nak upload video si budak² bulus tu haa memandangkan agak kurang rajin nak menghaplod kat youtube kan, bagus juga ada KEEK ni! Selain itu insyaAllah akan saya kongsikan juga suasana di Egypt juga aktiviti seharian saya(insyaAllah yang bermanfaat je lah, yang lagha² tak perlu lah nak share)

Sesiapa yang ada KEEK boleh lah tinggalkan username kalian diruang komen atau follow je saya insyaAllah i follow u back! ;)

 p/s: "Sesungguhnya Allah menyukai kelembutan(rahmah) dalam setiap perkara."(Mutfaqun 'Alaih) 

NaNa=^.^=

Friday 15 March 2013

#FamilyDay #Alexandria (ILHAM'13)

...السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
 ♥بسم الله الرحمن الرحيم♥

Alhamdulillah, dengan jayanye  ILHAM'13(Hari Ilmiah & Mahabbah) telah tamat pada petang tadi.
Alhamdulillah 'ala kulli hal. Selama 3 hari program berjalan dengan pelbagai acara indoor di Markaz DPMI.

ILHAM'13 bertemakan lagu Jalinan Kasih yang dipopularkan oleh UNIC. Bagi saya lagu tema tersebut bertepatan dengan program ini kerana selain dapat mengeratkan lagi hubungan ukhwah diantara seluruh pelajar Malaysia di Iskandariah ia juga dapat menjadi medan untuk bersuai kenal antara satu sama lain. Serius ramai yang saya tak kenal,lebih² lagi junior =.='

Seronok! sebab dah lama tak join program macam ni. Jadi bila berhimpun ramai², bersuai kenal, rileks santai², berbual ketawa hilangkan duka cewah! Maka hilang lah sedikit rasa bosan dan apa yang penting masa terisi insyaAllah dengan perkara manfaat. Tetibe rindu zaman sekolah. hehee!

Antara acara Dewan seperti Debat, Acapella, bercerita, lakonan spontan, hafazan Al-Quran & hadith, permainan traditional(tak masuk sebab banyak dah lupa skill nak maen). Peserta juga dihidangkan dengan Ceramah Isu Semasa, Diskusi Kitab 'Aqobatuz Zawaj, Pembentangan kertas kerja Fiqh mar'ah oleh penyampai yang hebat² belaka.

Untuk ILHAM'13 kumpulan dibahagi kepada 3 dan nama setiap kumpulan bertemakan nama majalah iaitu AL-FITYAN, SOLUSI & GEN-Q 

Saya tidak melepaskan peluang untuk mewakili kumpulan SOLUSI dengan mengambil bahagiaan dalam 2 acara dewan. Pertandingan menulis dialog & Pertandingan melukis poster (bertemakan HISBAH). Alhamdulillah, poster kami terpilih sebagai juara. Walaupon secara keseluruhan SOLUSI berada di tempat ke-2 tapi tak apa, yang penting kita enjoy! hehee..

Alhamdulillah, dengan pelantikan sebagai AJK persiapan sedikit sebanyak dapat juga pengalaman menyiapkan banner & gimik perasmian untuk ILHAM'13. Seronok bekerjasama dengan junior si budak somot Aini! hahaa. Jazakillahu Kheir buat Adhoc yang juga ex junior sekolah lama yang memberi kepercayaan kepada saya!

Ok lah, dah macam buat report pulak. Hahaa.. Ok, layan sikit gambar² terpilih ^^

 Alhamdulillah, Majlis perasmian & gimik (replika buku gergasi) berjalan dengan lancar ^^

 Antara Acara Dewan - Debat & program turut diisi dengan diskusi kitab serta pembentangan kertas kerja

 Antara Acara Dewan - Puzzle, Melukis Poster, Dessert, Permainan Traditional

 Antara hasil² kreativiti ustazah² Mediterranean ^^

Antara Acara Dewan - Gubahan

Alhamdulillah :)

p/s: Bila tengok persembahan acapella teringat zaman sekolah dulu dari form 1 sampai form 5 jadi wakil pertandingan nasyid. Rinduuuuuuuu! *tetibe*
NaNa=^.^=

Saturday 9 March 2013

Menyibukkan diri ^^

...السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
 ♥بسم الله الرحمن الرحيم♥

Alhamdulillah, masih dipinjamkan nikmat udara lalu ku sedut² menjadi sebab ku masih hidup hakikatnya semua berlaku dengan izinNya. Lama dah tak jengah blog apatah lagi untuk mengupdate entry baru.

Amboi kak bedah huk aloh! Tajuk entry macam menyibuk jaga tepi kain orang je. Tak², mintak dijauhkan.

Sebenarnya minggu pertama Mac yang agak 'pack'. 'Ala kulli hal enjoy sangat dengan aktiviti-aktiviti yang terisi. Tak ada lah sibuk mana pon berbanding mereka yang dari pagi sampai ke malam berjuang mengisi masa menuntut ilmu tanpa ada alasan. Jeles!

1 Mac 2013 - Alhamdulillah Jumaat yang lepas, Teja selamat melahirkan 5 ekor babiesnya yang comel², tapi seekor tak dapat diselamatkan kerana dilahirkan songsang. Hari ni babies genap 8 hari. SubhanAllah, merasa lagi pengalaman menyambut kelahiran anak² kucing, menangis sekali kot tengok Teja dalam kesakitan T.T

Gambar Teja & anak² boleh lihat disini : Tuah, Teja & Babies 01.03.2013

Kuliah juga sudah mula rancak, muhadarah wajib ke atas diri sendiri untuk pergi! (kehadiran tak wajib bagi Uni Al-Azhar). Balaghah, Sorof, Nusus 2&3 & Al-Quran! Mudah2an najah untuk kesemua madah tahun ini, ameen Ya Rabb

Kelas Bahasa Arab di Markaz Khalil berjalan seperti biasa. Alhamdulillah 6 Mac 2013 bermula sessi pembelajaran untuk peringkat/level/mustawa 7. Mustawa 7 seronok sebab banyak belajar tentang 'Islam'. Moga Allah bantu agar terus thabat & kuat untuk khatamkan kelas bahasa ini hingga ke level 10, InsyaAllah.

7 Mac 2013 - Meraikan pula Hari Keluarga (ILHAM'13) anjuran DPMI. Bermula dengan aktiviti outdoor di Montaza. Aktiviti bermula seawal jam 8:00pg tapi saya pergi selepas zohor sebab pagi ada kelas. Bergegas ke Montaza, setiba disana acara bola baling hampir bermula. Apa lagi... dah lama tak turun padang tetibe semangat nak bermain! Mewakili kumpulan 'SOLUSI' dalam acara ini sampai tergolek, terlentang, terhempap. Walaupon tewas akhirnya tapi kita enjooooy! hehehee.. Join pulak acara sukaneka 'WonderPet' nama permainan diberi, kelakar sebab maen sambil kena bunyi kucing, ayam & kena jadi zirafah! Layankan je..

Layan sikit gambar² sekitar ILHAM'13 yang telah diedit, memang sengaja bagi kabur :P

Ini sebelum turun padang! Selepas berentap, habis koyak lutut seluar :P

Alhamdulillah, pertama kali buat design banner.. maka kita doodle mendoodle jadi lah rupe gini ^^ JZKK buat adhoc yang memberi kepercayaan kpd saya untuk conteng2 banner khas untuk ILHAM'13 & kepada yang tolong2 edit JZKK juge :D 

Bila ustazah² turun padang! spot me tudung purple..hahaa!
Solusi & Al- Fityan sedang berentap.. Walaupon Solusi tewas tapi kita enjoy! Takpe² insyaAllah nanti ada acara indoor pulak ^^

Team Solusi | Purple | Maskot Rebina Gergasi | ILHAM'13

Alhamdulillah, walaupon satu badan sakit² tapi seronok dapat berkumpul ramai². Bukan akhawat sahaja melibatkan diri tapi ummi², ibu² yang bawa baby malah yang sedang mengandung pon join sekali! cayalah! :)

 p/s: Uhkwahfillah itu indah, kalau 3 hari seminggu ada riadhah ke kan best!

NaNa =^.^=
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...