Thursday 31 January 2013

#Diet kah?

...السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
 ♥بسم الله الرحمن الرحيم♥

Alhamdulillah, kemain la post resipi bertubi²! kononye diet kan.. tapi macam ke laut =.='

Ok la, tahun ni insyaAllah berazam nak belajar lebih struggle! Moga Allah bantu saya & sahabat² untuk terus berjuang menuntut ilmu! Najahkan kami tahun ini Ya Allah~ Allahu musta'an..

Rindu sangat dah dekat family di Malaysia :'(


Dan salah satu azam tahun ni jugak untuk meningkatkan tahap kesihatan. Mental & fizikal! eceh Kalau tak, tak takde la sampai tampal poster kat atas ni kat almari kan?

Ya Allah! tapi ujian yang datang juga sangat mengharu birukan suasana sehingga dalam sedar atau tidak sedar saya tak tahu diet apa yang saya amalkan.. hahaa! Tetiba terasa memerlukan seorang coach untuk mengawal segala pengambilan makanan harian. Ada yang sudi? heh!

Ok, Alhamdulillah. Apa pun hampir 3 bulan berjaya menurunkan berkilo² tapi tak akan berhenti sampai disini. InsyaAllah.

Apa pun,  kembali kepada niat.. Diet bukan untuk kurus semata, tapi untuk dapatkan badan yang sihat & kuat... Malah semakin mudah untuk kita melakukan ibadah! InsyaAllah

Jangan risau orang diet pon boleh makan best2, nak makan lagi "best", cheat day kan ada..hahaa!

Kepada sesiapa yang sedang berdiet marilah share tips² korang ngan saya ye :)

p/s: Dah lama tak post entry merepek² gini. Sabor jelah! :D

NaNa =^.^=

Resipi 18 : Agar-agar/puding nestum

...السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
 ♥بسم الله الرحمن الرحيم♥

Agar-agar/puding nestum

Bahan-bahan:

Bahan A
Satu packet agar-agar
3-4 cawan air
1 cawan gula (saya guna 1/2 cawan sahaja)

 Antara bahan-bahan agar-agar/puding nestum

Bahan B
1 cawan susu segar
4-5 sb nestum (nak letak banyak pon boleh)
1 biji telur
2 sb tepung kastard
2 sb milo
1/2 camca asen vanila

Cara-cara: 

1. Dalam periuk didihkan 3 cawan air bersama agar² (yang telah dibasuh) & gula. Kemudian kacau sehingga semua larut (Kalau masih ada agar² yang tidak larut boleh tapiskan & kemudian didihkan semula).

2. Dalam bekas lain, satukan bahan  B. Kacau sebati.

3. Apabila bahan A dalam periuk tadi sudah larut kesemuanya boleh tuangkan bahan B dan kacau sehingga sehingga sedikit pekat & mendidih.

4. Kemudian tuangkan ke dalam loyang. Sejukkan sebentar(boleh taburkan nestum & milo diatas agar² anda juga) & kemudian masukkan ke dalam peti ais. Sedap dimakan sejuk²!

Selamat mencuba! :)

NaNa=^.^=

Monday 28 January 2013

Resipi 17 : Ikan Bakar Simple

...السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
 ♥بسم الله الرحمن الرحيم♥

Alhamdulillah, 2 hari lepas dengan jayanya telah memasak Ikan Bakar paling simple! Guna bahan² apa yang ada je. Ok, resipi ni kredit kepada kak Fynn Jamal.


Bahan-bahan:

1-2 ekor ikan(saya guna ikan talapia)
1 biji bawang merah*
4-5 ulas bawang putih*
3-4 sudu cili kering yang sudah diblend(boleh tambah kalau suka pedas)*
1-2 batang serai*
Kunyit Hidup (saya guna serbuk kunyit)*
Halia( saya guna 1/2 sk serbuk halia)*
Air asam jawa
Garam
1 sb madu(optional-saya tambah)

Cara-cara:

1. Blend semua bahan-bahan yang bertanda (*). Kemudian tumis didalam kuali, masukkan madu, garam & air asam jawa(tak perlu banyak²). Agak2 sedikit mendidih boleh tutup api tak perlu garing sangat.

2. Ok, kemudian ambil ikan yang telah dibersihkan letak atas foil aluminium. Kalau ada daun pisang boleh guna daun pisang atau bentangkan daun kunyit atas foil aluminium tadi.

3. Kemudian curahkan bahan² yang telah dimasak tadi diatas ikan(boleh juga perahkan jus lemon/limau diatas ikan tadi) kemudian bungkus rapat² dengan foil aluminium.

4. Ok, saya bakar atas non-stick pan je sebab oven problem. Kalau guna non-stick pan jangan lupa tutup kuali tu guna penutup periuk! Kalau guna oven, boleh panaskan oven terlebih dahulu & kemudian masukkan ikan dalam oven. Bakar lebih kurang 20-40minit.

5. Keluarkan ikan dari foil aluminium dan siap sedia dihidang bersama nasi panas! Saya ratah ikan je. pon sodap! :)


p/s: Jemput singgah ke sini :) Jzkk

NaNa=^.^=

Friday 25 January 2013

Resipi 16 : Ikan Talapia Goreng Bersos Suka Hatiku

...السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
 ♥بسم الله الرحمن الرحيم♥

Ikan Talapia Goreng bersos Suka Hatiku!

Ikan Talapia Goreng Bersos Suka Hatiku! :D

Ok, kenapa letak nama suka hatiku? Ekceli "Suka Hati Aku" tapi letak "Suka Hatiku" tu kunun² lebih sopan. *peace*. Sebabnya resipi ni ikut suka hati saya je. Alhamdulillah, dengan bahan yang ada kat rumah ni jadi juga satu hidangan yang mengenyangkan. Masak untuk sahur semalam. Tanya housemate sedap tak? Dia kata "sedap! ko masak 3 rasa ke?" Hahaa.. Entah, ikut suka rasa :D

Ikan yang telah di goreng 

Bahan-bahan untuk ikan goreng:

2-3 ekor ikan talapia
Serbuk kunyit
Garam
Minyak masak untuk menggoreng

Cara-cara:

1. Bersihkan ikan dan kelar²kan kemudian lumur serbuk kunyit dan garam ke seluruh ikan.
2. Panaskan minyak dan gorengkan ikan dengan cara deep fried. Tunggu ikan betul² garing baru terbalikkan, kalau tak takut kulit ikan akan tertanggal²Fahamkan je la bahasa tonggang terbalik ni.

Bahan-bahan untuk Sos/Kuah:

2-3 biji tomato (dipotong dadu)
2-3 cili hijau/merah (dihiris serong)*
1 biji bawang besar (didadu)*
4-5 ulas bawang putih (dicincang)*
2cm halia (dihiris)* saya guna serbuk halia sebab halia hidup dah habis
1 batang serai* (dititik)
1 sudu madu
1-2 sudu sos cili
1 sudu sos tiram
1/2 sk lada hitam
Lada putih (ikut citarasa)
1 batang lobak merah (potong ikut cita rasa)
Sedikit minyak masak
Bawang besar dihiris bulat²

Cara-cara:

1. Tuangkan sedikit minyak masak didalam kuali, apabila sudah panas tumiskan bahan-bahan yang bertanda *.

2. Apabilah sudah naik bau, masukkan tomato yang telah didadu, boleh tambahkan sedikit air jika terlalu kering.

3. Masukkan juga garam + madu + sos cili + sos tiram + lada hitam + lada putih. Biarkan mendidih. Kalau suka lebih kuah/berair boleh tambah air tapi pandai² la adjust rasa ok!

4. Kemudian masukkan lobak merah yang telah dipotong dadu/bulat dan sewaktun dengannya.

5. Biarkan kuah sedikit pekat & lobak separuh masak(kalau lembik sangat tak sedap) taburkan bawang besar yang dihiris bulat². Gaul sebati & bawang sedikit layu boleh tutup api.

6. Letakkan ikan yang telah anda goreng didalam pinggan dan tuangkan kuah tadi di atas/seluruh ikan goreng tersebut!

Siap sedia untuk dimakan dengan nasi putih panas! saya makan lauk je :)

p/s: Jangan lupa sebelum memasak mulakan dengan bismillah! memasak sambil selawat & istighfar, insyaAllah bertambah sodap la masakan kita :D

Selamat mencuba~

NaNa=^.^=

Thursday 24 January 2013

#SalamMaulidurRasul 1434H

...السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
 ♥بسم الله الرحمن الرحيم♥

Allahumma Solli 'Ala Muhammad.....

Rindu pada Baginda, rindu yang tidak tertanggung rasanya..
Moga selawat ke atas junjungan besar ini sentiasa menjadi pengubat rindu kita..
Moga selawat ini juga menjadi syafaat kita disana..
Ya Allah, jadikanlah kami dikalangan hambaMu yang lebih mencintai-MU & Kekasih-Mu berbanding segala isi dunia yang fana ini..
SalamMaulidurRasul 1434H


Apakah hukum Menyambut Maulidur Rasul?

Sambutan Maulidur Rasul tidak disambut ketika hayat Baginda, namun ia bukanlah bid'ah yang dolalah(sesat) malah menyambut hari kelahiran Baginda S.A.W adalah diantara bid'ah hasanah(baik). Harus kita menyambutnya. Cuma sambutlah dengan penuh kesederhanaan, contoh seperti dengan ceramah Maulidur Rasul. InsyaAllah, dengan menyambut & memperingati hari kelahiran Khatimul Anbia' kita yang mulia ini dapat menambah rasa cinta kepada Baginda bukan pada hari tertentu sahaja malah berterusan hingga ke Syurga :)

Untuk rujukan yang lebih boleh ke sini : Hukum Sambutan Maulid Rasul

NaNa=^.^=

Thursday 17 January 2013

#HappyWeddingAnniversary

...السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
 ♥بسم الله الرحمن الرحيم♥



#SelamatUlangTahunPerkahwinan Mak ♥ Bapak yang ke-32~
Moga cinta & kasih sayang kita sekeluarga kekal teguh hingga ke syurga... Menjalani hidup berlandaskan syariatNya... Moga rahmat & redha Allah seiring dengan perjalanan hidup kita sekeluarga.. Bahagia & berjaya didunia & akhirat sana~ Ameen Ya Rabb!
Alhamdulillah, MakBapak anugerah terindah & berharga kurniaan dariNya! Tiada ganti.
Terima Kasih untuk segala jasa, bakti, pengorbanan, keringat & segalanya dalam menjaga,mendidik, membesarkan & sabar melayan kerenah2 kami anak2mu...

Banyak lagi!

Dari jauh ku kirimkan DOA :)

MakBapak.. nana rindu~ :'(

NaNa=^.^=

Friday 4 January 2013

Resipi 15: Crepe Jagung

...السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
 ♥بسم الله الرحمن الرحيم♥

Entri pembuka tirai 2013! Resipi~

Alhamdulillah, tercapai juga hasrat untuk buat crepe di tahun baru 2013! Sekarang dah menjadi fenomena Durian Crepe di Malaysia, kami di perantauan agak tergugat dengan gambar² Durian Crepe yang bersepah² di laman sesawang hari ini.

Hmmm :'( Oh! Doyan~

Memandangkan doyan tidak wujud dibumi mesir ni, maka saya gantikan dengan jagung. Jadilah Crepe Jagung!

Bahan-bahan(Crepe) : Untuk 10-12 keping crepe

4 sb tepung gandum
2 sb tepung kastard
2 sb tepung jagung
2 sb tepung hoen kwe
2 sb tepung ubi(saya tak letak sebab tak ada stock)
3 biji telur
1/4 sudu teh garam
1 sb minyak/mentega cair
1 sb gula(untuk mereka yang suka manis)

sebahagian bahan² - whipping creme - kastard - adunan dadar  yang telah ditapis


Cara-cara:

1.Satukan semua bahan adunan dadar, kacau rata dan tapis. Rehatkan selama 20 minit. Adunan yang agak cair hasilkan dadar yang tipis.

2.Panaskan kuali non-stick dengan api sederhana, sapukan pan dengan minyak makan atau butter dengan menggunakan kitchen tisu.

3.Ambil satu senduk kecil adunan dan lenggangkan kuali ke kiri dan kanan hingga mendapat dadar yang nipis. Masak hingga atasnya mengering. Tidak perlu diterbalikkan. Angkat dan ulangi membuat dadar hingga habis.

4.Untuk mengelakkan crepe kering lapis crepe dengan plastik Jangan di tindih-tindih semasa panas nanti ia tak cantik! Tunggu dia benar-benar sejuk baru boleh ditindih satu persatu. (Saya tindihkan je crepe yang sudah masak sebab sekarang musim sejuk jadi crepe cepat sejuk, heee~)

Bahan-bahan inti:

250ml susu cair
1 1/2 sb tepung kastard
2sb gula pasir
1/4 sudu teh garam
Whipping cream
Jagung dalam tin(lebih sedap guna jagung yang creamy)

Cara-cara untuk kastard cream:

Satukan semua bahan kastard, kacau sehingga sebati. Kemudian tapis ke dalam periuk dan masak dengan api perlahan hingga menjadi kental. Sejukkan dulu. Simpan dalam peti sejuk sebelum diisi kedalam dadar/ crepe bersama whip cream.

Ambil 1 cwn/ 250ml non dairy whip cream dan pukul hingga kental. Kemudian campurkan ke dlm krim kastard kita tadi. Kaup balik hingga adunan sebati. Jika adunan berketul, masukkan dlm mixer dan pukul sekejap je anggaran ia sebati dan kental. Masukkan dlm bekas dan simpan dlm peti ais sementara menyediakan crepe.


Cara Penyediaan Kepingan crepe:

Satu keping crepe
Letakkan krim kastard secukupnya
Letakkan jagung
Tutup kembali dengan krim kastard
Lipat seperti kita melipat sampul surat/ kuih lepat.
Buat sehingga habis Simpan dalam peti ais dan sangat sedap di makan dingin!

Selamat mencuba!

Kredit resipi to : http://yatiememories.blogspot.com/2012/11/durian-crepes-with-custard-filling.html

Attention!!

p/s: Saya google banyak resepi crepe yang berbeza² terutamanya bahan² crepe. Ada yang menggunakan tepung gandum, ada yang tidak menggunakan tepung gandum etc. Mungkin perbezaan sedikit tapi yang sedikit itu mungkin menjadi penyebab crepe kita kurang menjadi!

Jadi,untuk kepuasan masing² tanya kepada pembuat crepe tersebut untuk tekstur crepe yang terbaik & kena dengan selera kita!

Untuk resepi di atas ini saya bagi 4/5 bintang! sebab saya tak tahu rasa sebenar crepe yang kecoh orang cerita sana sini. Anda dinasihatkan tidak letak crepe yang telah siap di "FREEZER", takut nnt tekstur kulit crepe keras(saya pernah letak crepe di freezer jadi lain rasa kulit crepe ni..hehee!) Ok takpe, try & error! Untuk resepi cream castard dah ok :)

NaNa=^.^=

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...