Monday 26 December 2011

Imtihan Fasa 1 -2011/2012-

...السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
 ♥بسم الله الرحمن الرحيم♥


Jadual Imtihan Tahun 4 Lughah 2011/2012
(Kuliah Dirasat Islamiah Wal ‘Arabiah Lil Banat Bil Iskandariah)

Isnin - 9/1: Adab Hadis
Khamis - 12/1: Hadith
Isnin - 16/1: Naqod Adabi
Khamis - 19/1: Qoah Bahas
Isnin - 23/1: Ilmu Dilalah
Khamis - 26/1: Usul Fiqh

Bittaufiq Wan Najah!!
Segalanya kerana Allah~ InnaAllaha Ma’ana :)
Doakan kejayaan saya dan sahabat2 ♥

~اللهُمَّ لا سَهْلَ إلا مَا جَعَلتَهُ سَهْلا وَ أنتَ تَجْعَلُ الحزْنَ إذا شِئْتَ سَهْلا

NaNa(^_^)v

Thursday 22 December 2011

Mujahadah!

...السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
♥بسم الله الرحمن الرحيم♥

Alhamdulillah~ Allah masih memberi kesempatan untuk saya menaip2 diruang blog usang yang selalu ditinggal2kan & jarang sekali dijengah sejak kebelakangan ini...
Rindu sungguh pada kamu blog!


Minggu dan bulan yang sangat sibuk! Muhadarah, tusyen, study group, bahas dll... InsyaAllah awal tahun depan saya dan sahabat2 Kulliyyah Dirasat Uni Al-Azhar akan berperang menghadapi imtihan untuk fasa 1. Berbaki kurang lebih 4 minggu sahaja lagi. Allah! Allah!

Jika dikira penat, letih dan rasa tidak berdaya,hanya Allah yang tahu. Tapi malu bila memikirkan para 'alim 'ulama dahulu yang tidak pernah rasa jemu & penat dalam menuntut ilmu. Lemahnya saya, ada sahaja yang dirungutkannya :'(  Dan bila mengenangkan kedua ibu bapa dikampung, mereka lah azimat untuk kembalikan semangat!! Terlalu banyak pengorbanan & jasa mereka. Moga Allah memberkati & memberi kebaikan yang banyak kepada mak & bapak...

Usaha.
Itu ruang peluang yang Allah beri.
Takdir kamu, tidak kamu ketahui.
Itu ruang kelapangan yang Allah bagi.
Usaha.
Kerana kamu tidak pernah tahu apa yang telah ditetapkan untuk kamu nanti. -Hilal-


InsyaAllah, Segalanya kembali kepada Allah... Berjaya atau tidak semuanya dari Allah! Moga Allah memberkati & meredhai dengan segala apa yang kita lakukan.. Moga kita sentiasa dalam rahmat & kasih sayang Allah!

Sabda Baginda Rasulullah S.A.W, Mafhumnya:
"Barangsiapa yang belajar sesuatu ilmu sepatutnya dia belajar kerana Allah, dia tidak mempelajarinya melainkan untuk mendapatkan ganjaran dunia, maka dia tidak akan dapat bau syurga pada hari kiamat ”

( Sohih Riwayat Abu Daud )

Allahumma la sahla illa ma ja’altahu sahla, wa anta taj-'alul hazna idha shi’ta sahla~

p/s: Mujahadah!! Daoakan saya & sahabat-sahabat disini :)

NaNa(^_^)v

Saturday 26 November 2011

Salam Tahun Baru 1433H

...السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
 ♥بسم الله الرحمن الرحيم♥


Menyambut tahun baru hijrah bukan sekadar memasang azam baru. Tetapi ia juga merupakan permulaan ke jalan kebaikan & meninggalkan segala kemungkaran... InsyaAllah.

Segala yang telah berlalu sentiasa diingatan menjadi kenangan & pedoman. Perjalanan yang bakal dilalui akan dihadapi dengan penuh rasa kesyukuran, Alhamdulillah 'ala kulli hal.

Salam saling ingat mengingati, saling nasihat menasihati & 
Salam Tahun Baru 1433H :)

p/s: Alhamdulillah, mak dah dibenarkan keluar dari hospital :)

NaNa(^_^)v

Friday 25 November 2011

Semoga Allah memberi kesembuhan

...السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
 ♥بسم الله الرحمن الرحيم♥

Salam penghulu segala hari! جمعة مباركة علينا وعليكم إن شاء الله :)

Eidul Fitri 2011-Malaysia-

Innalillah, sangat sedih bila dapat berita emak admitted. Alhamdulillah, semalam telefon mak, mak bagi tahu semua ok. Tapi itu kata mak yang memang tak suka anak-anak dia risau. Hampir 5 hari mak di hospital & masih tidak pasti lagi bila dibenarkan untuk keluar. Mak sangat cool! Mak sangat rilex! Mak memang tak macam saya walau sakit perut sikit pon kadang-kadang nak mengadu jugak. haih!

Walaupun kuliyyah sedang cuti beberapa hari sekarang ni sempena awal muharam & intikhabat. Namun disebabkan jarak yang jauuuuuuh dan bukan senang-senang saya nak tahan kapal terbang macam tahan bas untuk pulang ke kampung halaman. Ini sangat sedih dan buat saya teringat air mata mak yang bergenang ketika hantar saya di KLIA beberapa minggu yang lepas. :'(

InsyaAllah, semoga Allah memberi kesembuhan kepada Mak dengan cepat,juga memberi kesihatan yang baik buat kita sekeluarga, ameen ya rabb. Macam mana Allah ada jaga saya, begitu juga Allah sentiasa ada jaga mak & bapak :) Serius sangat rindukan emak & bapak!

Daripada Jabir bin Abdullah dari Nabi s.a.w sabdanya:
"Tiap-tiap penyakit itu(ada) ubatnya. Apabila menepati ubat terhadap penyakit tersebut, maka sembuhlah dengan izin Allah"
(Riwayat Muslim dan Ahmad)
Nabi s.a.w bersabda:
"Berubatlah , sesungguhnya Allah Azza Wajalla tidak meletakkan (kepada manusia) sesuatu penyakit melainkan diturunkan untuknya (penyakit tersebut) penawar kecuali satu penyakit (tiada ubat baginya). Lalu para sahabat bertanya apakah dia? ( penyakit yang tiada ubat itu ya Rasulullah) lalu Rasulullah menjawab, Tua(mati)"
p/s: Sumber berita dari Lucky Lia. Serius aku macam nak merengek2 mintak terbang balik malaysia jap :'( Dalam mimpi :P

NaNa(^_^)v


Tuesday 22 November 2011

K.E.M.B.A.L.I

...السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
 ♥بسم الله الرحمن الرحيم♥

Senja di Awan -Qatar Airways-

Otak seakan beku seakan musim dingin. Alhamdulillah, sejuk itu juga satu nikmat! Dengan keizinanNya saya kembali mengetuk papan kekunci. Hampir dua minggu selamat mendarat di bumi Iskandariah. Minggu pertama ditemani dengan hujan yang mencurah-curah. Alhamdulillah, minggu ke dua di Iskandariah matahari muncul kembali, Maha Suci Allah yang mengatur kejadian alam yang indah.

Kuliyyah Dirasat Islamiyyah lilbanat bil Iskandariah

Sessi pembelajaran 2011/2012 semakin rancak untuk kuliah pengajian Islam, Universiti Al-Azhar. Moga saya dan sahabat-sahabat seperjuangan kuat untuk meneruskan perjuangan kami, moga Allah memberkati kita!

Alhamdulillah,syukur atas segalanya..

“Ada dua kenikmatan yang kebanyakan manusia rugi (terhalang dari mendapat kebaikan dan pahala) di dalamnya, yaitu kesihatan dan waktu lapang.” (HR. Al-Bukhari no. 6412) 

Cukuplah untuk kali ini, doakan saya & sahabat-sahabat di perantauan. Moga bertemu lagi, insyaAllah :)

NaNa(^_^)v 

Wednesday 12 October 2011

Tumblr : nunalifnunalif.tumblr.com

...السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
♥بسم الله الرحمن الرحيم♥

" Tumblr is a blogging platform that allows users to post text, images, video, links, quotes, and audio to their tumblelog, a short-form blog. Users are able to “follow” other users and see their posts together on their dashboard. "
Kadang-kadang hasil penulisan yang panjang lebar buat orang penat atau tak ada masa nak membaca. Jadi Tumblr ni sesuai sangat bagi orang yang kurang berminat untuk membaca penulisan yang panjang berjela & sesuai juga untuk blogger yang kurang rajin atau ketiadaan idea untuk update blog. Reblog je, dah ada entry baru. Simple sangat :)

Mungkin saya agak ketinggalan kerana kebiasaannya saya jengah-jengah Tumblr orang lain je dan semalam agak berminat untuk creat Tumblr sendiri(siap buat header lagi), Alhamdulillah.

Saya memilih 'Love Letters' untuk title Tumblr. Bukan surat-surat cinta biasa tapi saya memetik potongan-potongan ayat cinta-Nya. Ayat-ayat cinta ALLAH didalam mashaf Al-Quran yang terkadang kita lupa betapa indahnya janji-janjiNya pada kita. Saya juga selitkan perkongsian yang lain seperti quote yang menarik, gambar-gambar & sewaktu dengannya. Segala mesej atau apa sahaja di Tumblr, saya tujukan khas sebagai peringatan buat diri sendiri terutamanya & suka untuk berkongsi dengan semua.
"Sesungguhnya aku sedang menasihati kamu, bukanlah bererti akulah yang terbaik dalam kalangan kamu. Bukan juga yang paling soleh dalam kalangan kamu, kerana aku juga pernah melampaui batas untuk diri sendiri. Seandainya seseorang itu hanya dapat menyampaikan dakwah apabila dia sempurna, nescaya tidak akan ada pendakwah. Maka akan jadi sikitlah orang yang memberi peringatan."- Imam Hasan al-Basri-
Jemput lah singgah ke Tumblr saya. InsyaALLAH,moga bermanfaat untuk semua. Mana yang baik, silalah ambil jadikan pedoman & panduan, mana yang terkurang jangan malu jangan segan hulurkan teguran dengan senyuman :)

p/s: Saya sudah jatuh cinta pada Tumblr! Siapa ada Tumblr? :)

 NaNa(^_^)v

Friday 7 October 2011

J.I.W.A

...السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
♥بسم الله الرحمن الرحيم♥

Dalam jiwa hamba.
Jiwa yang rapuh.
Jiwa yang selalu leka.
Jiwa bersalut dosa.
Jiwa yang mengaku cinta.
Tapi bukti tidak seberapa.

Jiwa sedang sakit.
Jiwa terasa perit.
Jiwa kembali.
Jiwa mahu suci.
Jiwa mengharap Redha-Mu Ya Ilahi.

Jiwa sedang rindu.
Jiwa sedang mengharap sesuatu.
Harapan bukan pada siapa-siapa tapi hanya pada DIA yang Esa.

Manusia hanya sandaran dan aku serahkan segala pergantungan hanya kepada Tuhan.




“ Sesungguhnya pada kejadian langit dan bumi, dan pada pertukaran malam dan siang, ada tanda-tanda (kekuasaan, kebijaksanaan, dan keluasan rahmat Allah) bagi orang-orang yang berakal; (Iaitu) orang-orang yang menyebut dan mengingati Allah semasa mereka berdiri dan duduk dan semasa mereka berbaring mengiring, dan mereka pula memikirkan tentang kejadian langit dan bumi (sambil berkata): “Wahai Tuhan kami! tidaklah Engkau menjadikan benda-benda ini dengan sia-sia, Maha Suci Engkau, maka peliharalah kami dari azab neraka” [Aal ‘Imraan 3: 190-191]

p/s: Hati runsing? beristighfarlah selalu. Astaghfirullah, ampunkan aku Ya ALLAH. Moga ketenangan sentiasa bersama jiwa-jiwa kita yang sering lalai & leka.

NaNa(^_^)v

Tuesday 4 October 2011

Janji-janjiNya yang pasti!

...السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
 ♥بسم الله الرحمن الرحيم♥


Kita belajar dari kehidupan. Belajar akan erti hidup dari pengalaman, sama ada pengalaman yang kita lalui sendiri atau mengambil iktibar dari pengalaman orang lain. Bila kita merasa ujian yang kita terima sangat membebankan, cuba lihat disekeliling kita kerana ada insan yang lebih teruji & lebih dasyat ujian yang mereka lalui. Namun yang pasti, ingatlah firman ALLAH yang bermaksud :
"ALLAH tidak akan menguji hambaNya melainkan sesuai dengan kesanggupan mereka"(Al-Baqarah: 286)
Kenapa aku diuji lagi? Kenapa perkara yang sama aku perlu hadapi? Kenapa? Kenapa? Kenapa?. Siapalah kita yang layak mempersoalkan kenapa semua yang menimpa kita itu terjadi. Sedangkan hikmah pasti ada dengan setiap apa yang berlaku. Mungkin ujian yang sama lagi kita hadapi, entah mana silapnya, entah apa lagi yang tidak kena. Mungkin juga dengan ujian yang sama itulah membuatkan kita lebih kuat! Jangan lemah & berputus asa, sesungguhnya Rahmat ALLAH itu luas. Jangan sempitkan fikiran dengan melayan perasaan sedih hingga nikmat lain yang ALLAH kurniakan, kita abaikan. Teruslah bersyukur walau saat kita ditimpa musibah. Ingatlah juga janji ALLAH dalam firmannya yang bermaksud :
"Barang siapa bertaqwa kepada ALLAH, nescaya Dia akan mengadakan baginya jalan keluar. Dan memberi rezeki kepadanya tanpa disangka-sangka. Dan barangsiapa yang bertawakal kepada ALLAH, nescaya ALLAH akan mencukupkannya. Sesungguhnya ALLAH melaksanakan urusan yang dikehendaki-Nya. Sesungguhnya ALLAH telah mengadakan ketentuan bagi tiap-tiap sesuatu"(At-talaq: 3)
Tatkala hati merasa pedih, sedih dan air mata sahaja yang selalu menemani. Rasa tidak tertanggung dengan ujian. Menangis tidak salah, menangislah. Tapi jangan sia-siakan tangisan kita, melainkan menangis hanya kerana menyesal akan dosa-dosa yang telah kita lakukan. Mungkin ujian yang kita terima adalah teguran daripada ALLAH. Walau dalam keadaan apa sekali pon, ingatlah bahawa ALLAH sentiasa bersama kita. Kembalilah pada ALLAH , mohonlah apa sahaja dan mengadulah sepuas-puasnya kepada-Nya kerana Dia Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui apa yang terbaik buat kita. Yakinlah dengan firman ALLAH yang bermaksud :
"Dan apabila hamba-hambaKu bertanya kepadamu mengenai Aku, maka beritahu kepada mereka): Sesungguhnya Aku(ALLAH) sentiasa hampir(kepada mereka); Aku perkenankan permohonan orang yang berdoa apabila dia berdoa kepadaku. Maka hendaklah mereka menyahut seruanKu(dengan mematuhi perintahKu) dan hendaklah mereka beriman kepadaKu supaya mendapat petunjuk"
(Al-Baqarah:186)
Peganglah janji ALLAH! janji ALLAH buat hamba-Nya yang selalu dekat pada-Nya, yang taat akan perintah-Nya, yang sentiasa mengharap Rahmat & Redha-Nya. InsyaALLAH, janji ALLAH pasti bersama kita.

p/s : Saya suka mendengar , membaca dan belajar dari kisah, cerita atau pengalaman orang lain. Bila saya rasa sedih dengan ujian yang saya hadapi, saya akan ingat mereka yang lebih hebat lagi diuji. Alhamdulillah, dengan ujian… ALLAH mendidik kita supaya menjadi hamba yang selalu tenang, sabar dan redha dengan setiap ketentuan-Nya.

Buat sahabat-sahabat saya yang sedang bersedih, sabarlah dalam bersabar. Sungguh praktis sabar tidak semudah sebutannya. Apa pun, moga-moga dipermudahkan dan diberi kekuatan yang berterusan. Sabar ya teman! InsyaAllah, ada keindahan dan kemenangan. Kesabaran itu kadangkala pahit namun hakikatnya ia manis, lebih manis dari madu.

Jangan menunggu bahagia baru tersenyum tapi senyumlah agar kamu bahagia :)

NaNa(^_^)v

Wednesday 28 September 2011

Nikmat & Hikmah

...السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
♥بسم الله الرحمن الرحيم♥

Alhamdulillah, segala puji bagi ALLAH dengan qudrah & iradahnya hari ini jari jemari saya mampu lagi menaip kata-kata diruang usang maya ini. Agak teruja menggunakan meja mini laptop pemberian daripada ayahanda sempena ulang tahun kelahiran beberapa hari yang lepas, sekaligus membuatkan hati terasa ingin berkongsi sesuatu.

Nikmat usia

Alhamdulillah, tiada yang layak menerima pujian melainkan-Nya. Pelbagai nikmat telah dikurniakan oleh ALLAH kepada diri ini sepanjang menjalani hidup di muka bumi . Sesungguhnya, nikmat umur yang dikurniakan ini sebenarnya menunjukkan bahawa betapa semakin hampirnya saya untuk menemui-Nya. Bila mengenang akan dosa, rasa tidak layak sungguh untuk mengecapi semua nikmat dari-Nya. Namun, keyakinan dari hati bahawa ALLAH adalah Maha Pengampun & Maha Penerima Taubat hamba-Nya membuatkan diri berusaha untuk menjadi hamba yang terbaik disisi ALLAH yang Esa. InsyaALLAH.

Perjuangan yang belum selesai & tidak akan selesai

InsyaALLAH, kurang lebih sebulan sahaja lagi saya bakal terbang semula ke Madinatul Ahlam. Sangat rindu akan suasana disana. Rindu untuk kembali ke kuliah & ini merupakan tahun terakhir yang bagi saya lebih hebat ujian & perjuangan yang perlu saya lalui. Tiada yang lebih indah, berbekalkan semangat & dorongan dari ayah bonda, keluarga, sahabat-sahabat untuk meneruskan perjuangan ini. Menjadi lumrah, kadang terasa lemah & sedih hidup jauh di perantauan. Namun, selalu pujuk hati bahawa ALLAH sentiasa bersama mereka yang berjuang dalam menuntut ilmu. Tiada yang mudah dalam bermujahadah. Semoga saya & sahabat-sahabat seperjuangan berjaya menjadi generasi Azhari yang soleh & solehah, bukan sahaja berbekalkan segulung syahadah tapi ilmu yang barakah terlekat didada yang dapat dimanfaatkan & disampaikan kepada anak bangsa di Tanah Air tercinta.


Kurniaan sahabat

Kurniaan sahabat daripada-Nya. Ada sahabat suka & duka. Ada sahabat berkongsi ketawa & air mata. InsyaALLAH, sahabat-sahabat yang saya sayang kerana-Nya. Sahabat-sahabat yang saya ingin bersamanya hingga ke syurga, insyaALLAH. Namun, maafkan saya andai diri ini tidak layak dinamakan sahabat jika selalu membuat dirimu terleka, lalai, tidak membantu saat kamu memerlukan, tidak menegur segala kesilapan malah terus membiarkan. Saya bukan sahabat yang baik jika itu semua kamu lihat dalam diri saya. Maafkan saya. Terima kasih tidak terhingga untuk segala nasihat & teguran yang dihulurkan.


ALLAH sedang cemburukan saya

Begitulah lumrah insani yang ada dalam diri ini. Insan yang sering lalai & leka. Insan yang memang sifatnya mudah lupa. Syukur ALLAH menjaga hati ini, syukur ALLAH ambil peduli, syukur ALLAH masih memberi peluang untuk memperbaiki diri. Mungkin kesilapan diri sendiri meminta itu & ini, bila ALLAH beri tapi tak dijaga dengan rapi. Hati ini sangat rapuh, ampunkanlah dosa-dosaku Ya ALLAH! Sungguh dalam esak & tangis menyesal akan segala khilaf. Bertanya pada diri, apa perlu aku menangis saat ALLAH telah mengambil semula apa yang aku minta? Mungkin naluri wanita menyebabkan titis-titis jernih selalu jadi peneman setia. Kekuatan dari dalam lebih menguasai diri untuk saya sedar bahawa setiap apa ketentuan ALLAH pasti ada hikmahnya. Lantas tersenyum supaya saya sentiasa bahagia dan yakin bahawa saya tidak sendiri kerana ALLAH setia menemani.

Terapi hati & jiwa

Dengan ujian demi ujian saya belajar erti kehidupan. Hidup kadang perlu berkorban. Tinggalkan sesuatu yang pada kita baik untuk kita tapi sebenarnya lebih membawa kemudaratan dalam jiwa. Pengharapan kepada manusia selalu buat kita kecewa dan ingatlah, gantungkan segala pengharapan kita kepada AllAH kerana Dia tidak pernah biarkan kita sengsara. Memang tangisan selalu menenami saat kita sedih & bermuram durja. Bersangka baik dengan perancangan ALLAH, memaafkan, sentiasa bersikap positif & ingat bahawa perancangan ALLAH lebih baik dari apa yang kita jangka. Memang nampak susah, tapi sentiasa cuba untuk menjadi hamba yang sentiasa Redha dengan ketentuan-Nya.

p/s : Maaf andai penulisan ini terlalu mengikut emosi kerana blog ini selalu sahaja jadi tempat luahan hati. Sekadar menulis untuk mengingatkan diri sendiri. Ambillah apa yang baik & bermanfaat, tegurlah mana yang terkurang. Semoga ALLAH pelihara hati ini :)

NaNa(^_^)v

Monday 19 September 2011

Realiti : Dunia semakin rosak!

...السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
♥بسم الله الرحمن الرحيم♥

Islam itu mudah & Islam itu indah, tapi kenapa kita susah sangat nak ikut perintah ALLAH? Sedih. Realiti sekarang orang jadi pelik! pelik sangat bila lihat orang ikut perintah ALLAH, bila orang amalkan sunnah Rasulullah.
Biar pelik dimata manusia tapi mulia disisi yang Esa
Bila kebaikan datang depan mata, sedaya upaya mahu lari jauh-jauh. Bila ada yang datang memberi nasihat, langsung tidak diendahkan. Tak tahu apa yang nak dikejar di dunia ni. Nama, pangkat, harta? Kita mengaku Islam, tapi kenapa tak mahu dekati tak mahu mencari apa nilai-nilai murni pada agama yang kita anuti itu sendiri? Serius sedih!
Nasihat Luqman Al-hakim, Hai anakku; bergaullah rapat dengan orang yang alim lagi berilmu. Perhatikanlah kata nasihatnya kerana sesungguhnya sejuklah hati ini mendengarkan nasihatnya, hiduplah hati ini dengan cahaya hikmah dari mutiara kata katanya bagaikan tanah yang subur lalu disirami air hujan"
Semua ingin ke Syurga & ingin membawa insan-insan yang kita sayang ke sana. Itu lah juga harapan & impian saya. Adakah kita rela melihat ayah yang banyak berkorban membesarkan kita dengan penuh kasih sayang ke neraka semata-mata hanya menanggung dosa kita didunia? Kita rela suami yang kita kahwini, yang kita cintai, yang memberi nafkah kepada kita terjerumus ke neraka kerana dosa-dosa kita?. Sama-sama jaga agama, jaga adab, jaga pandangan, jaga pemakaian, jaga hati kita.
احفظ الله ﻳﺤﻔﻈﻚ
Jagalah Allah, nescaya Allah menjagamu.
Sedarilah bahawa dunia ini sementara, sekadar tempat kita mengumpul amal untuk bekalan ke akhirat kampung halaman yang kekal selamanya. Pohonlah Rahmat & RedhaNya agar kita diberi nikmat syurga & dijauhkan dari azab api neraka.
"Wahai kaumku! Sesungguhnya kehidupan dunia ini hanyalah kesenangan (untuk sementara waktu sahaja), dan sesungguhnya hari akhirat itulah sahaja negeri yang kekal."(Al-Mukmin : 39)
Sama-samalah perbaiki diri, sama-samalah jauhi segala maksiat & kemungkaran. Kembalilah kepada ALLAH, sungguh ALLAH Maha Pengampun & Penyayang. DIA sentiasa menerima kita & sentiasa berada bersama kita.
"(ALLAH) Yang Mengampunkan dosa, dan Yang Menerima taubat; Yang Berat azabNya; Yang Melimpah-limpah kurniaNya; tiada Tuhan melainkan Dia; kepadaNyalah tempat kembali."(Al-Mukmin : 3)
Saya bukanlah seorang yang terbaik untuk memberi nasihat, saya juga sering terlupa & terleka, pernah di uji & pasti akan diuji Tuhan untuk menilai sejauh mana kuatnya iman. Saya seorang manusia biasa yang kadang turun & naik tahap keimanannya. Betapa rapuh iman manusia.
"Sesungguhnya aku sedang menasihati kamu, bukanlah bererti akulah yang terbaik dalam kalangan kamu. Bukan juga yang paling soleh dalam kalangan kamu, kerana aku juga pernah melampaui batas untuk diri sendiri. Seandainya seseorang itu hanya dapat menyampaikan dakwah apabila dia sempurna, nescaya tidak akan ada pendakwah. Maka akan jadi sikitlah orang yang memberi peringatan."- Imam Hasan al-Basri-
Pilihlah!

p/s : Bacalah apa sahaja bentuk penulisan (terutamanya tentang agama, nasihat, motivasi dll) dengan tenang. Pasti kamu akan dapat merasa kesedaran, pasti kamu mampu menerima dengan hati yang terbuka & senang menerima apa yang disampaikan. Mungkin saat jari jemari ini lancar mengetuk papan kekunci tapi hakikatnya diri ini sendiri tidak lari dari khilaf & dosa.
Allahummaghfirli zunubi!

NaNa(^_^)v

Thursday 15 September 2011

Cinta itu anugerah ALLAH :)

...السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
♥بسم الله الرحمن الرحيم♥

“CINTA itu anugerah Allah...
bila manusia mencintai insan yang mencintai Allah…”

Tuhan memberi kita dua kaki untuk berjalan, dua tangan untuk memegang, dua telinga untuk mendengar dan dua mata untuk melihat. 

Tetapi mengapa Tuhan hanya menganugerahkan sekeping HATI pada kita? 

Kerana Tuhan telah memberikan sekeping lagi HATI pada seseorang untuk kita mencarinya. Itulah namanya Cinta...

Hohoo.. Serius comot & secomot-comotnye!! 
sebab kurang rajin nak undo nak edit nak tacap ape2 yang sepatutnya.. hihi..

NaNa(^_^)v

Hati kita milik ALLAH :)

...السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
♥بسم الله الرحمن الرحيم♥

Bibir Tidak Perlu Berkata.. Bila Hati Sudah Mula Bersuara ♥


First trial lukis doodle guna photoscape. Tak reti nak guna adobe photoshop. Cuba conteng-conteng, ini lah hasil yang tak seberapa & comot-comot. Tak guna mouse pon, lukis guna touch pad je, sebab tu agak senget benget. Kalau rajin nak lukis lagi.. suka suka suka :)

p/s: Sape gelakkan xmo kawan :P hehee!!

NaNa(^_^)v

Wednesday 14 September 2011

Bisu & Buta

...السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
♥بسم الله الرحمن الرحيم♥
 


Aku menjadi seorang yang seolah-olah bisu,
Namun kata hati aku mampu mengungkap segala rasa.
Aku menjadi seorang yang seolah-olah buta,
Namun mata hati aku dapat melihat & menilainya.

Aku lebih rela jadi 'si bisu',
Kerna aku tak mahu kata-kata dari hati menggoyahkan iman kamu,
Aku lebih rela jadi 'si buta',
Kerna aku tak mahu pandangan mata itu dikaburi dengan syaitan si pendusta.

Sejauh mana aku cuba berlari,
Hati aku tetap diuji,
Sejauh mana aku cuba meninggalkan,
Hati ini tetap rasa memerlukan,
Kerna aku manusia normal,
Punya hati & perasaan.


Namun aku sedar....
Hatiku sangat halus & rapuh,
Imanku ibarat roda yang kadang di atas & kadang dibawah,
Sedaya upaya aku mahu menjaga,
Agar ALLAH sentiasa merahmati & meredhai kita.
‎"Perasaan cinta yang lahir terhadap seseorang bukanlah tanda kita akan memilikinya. Namun kekadang ia muncul sebagai ujian dariNya buat kita, ingin melihat bagaimana kita memelihara, mengawal dan mengurusnya. Perasaan cinta itu amanah, dan amanah pasti akan dihisab oleh Allah.." 
NaNa(^_^)v

#WordlessWednesday 6 : Terbang tinggi

...السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
♥بسم الله الرحمن الرحيم♥


NaNa(^_^)v

Thursday 8 September 2011

S.Y.U.K.U.R

...السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
♥بسم الله الرحمن الرحيم♥

Alhamdulillah, segala puji bagi ALLAH diberi daya,ruang & kesempatan untuk menaip lagi di blog yang hidup segan mati tak mahu ini. Agak lama tak meng'update' sebarang cerita, berita & sewaktu dengannya. Bukan sengaja,ketiadaan masa & idea itulah puncanya.

Syukur... Saat jari jemari mengetuk-ngetuk papan kekunci,bermacam-macam rasa ada dihati. Alhamdulillah, ketenangan & kebahagian yang ku raih kini.

Malaysia

Alhamdulillah, dengan rezeki yang tidak disangka-sangka, 2 hari sebelum raya pesawat Qatar Airways selamat mendarat di KLIA. Ya! saya selamat tiba di tanah air. Walaupun mengikut kiraan & perancangan tahun ini bukan giliran saya untuk pulang ke kampung halaman, tapi inilah dia kuasa TUHAN. Alhamdulillah, dapat bersua, bermesra & melepas rindu bersama keluarga di tanah air lagi tahun ini. Oh! ada satu lagi perkara yang buat saya agak teruja & gembira sebenarnya saat tiba dibumi Malaysia :)

Jumpa lagi Alexandria.

Alexandria

Alhamdulillah... Berkat doa ibubapa, sanak saudara juga sahabat-sahabat, saya 'NAJAH' dalam imtihan yang telah saya hadapi baru-baru ini. Tiada yang lebih membahagiakan melainkan saat melihat senyuman ibubapa tanda gembira dengan berita dari Kota Pantai. Mak,Bapak... Alhamdulillah,Nana dah tahun akhir! Syukuuuur padaMU Ya ALLAH. InsyaALLAH, semangat & dorongan dari mereka akanku jadikan azimat untuk berusaha lebih gigih. Mohon doa dari kalian juga :)

Beginilah cara 'natijah' kami diumumkan. Sekadar ditampal di dinding atau cermin kuliah. Berdebar-debar cari nama. 
Kredit gambar to Piah

September

Bulan September yang bakal meggenapkan usia saya. Terasa sekejap masa berlalu. Otak & pemikiran juga seakan-akan sudah merencana untuk kehidupan masa hadapan. Tanda-tanda dah matang ke ek? :P
Tiada kata yang lebih indah melainkan segala pujian bagi ALLAH kerna diberi nikmat pinjaman dalam pelbagai bentuk kepada diri ini  untuk hidup dibumi bertuah.

Ibarat bunga yang kembang mekar hidup segar bugar namun lama kelamaan layu dan gugur satu persatu. Begitulah hidup kita yang pasti akan berakhir. Semoga mati kita berakhir dengan husnul khatimah,Ameen..

Tuah & Princess

Terpaksa berpisah untuk seketika. Terasa dah lama, rupanya tak sampai 2 minggu saya tinggalkan dia jauh disana. Alhamdulillah, syukur punya teman membantu. Terima kasih tidak terhingga kepada Bee Smile & Izzah Hanani yang sudi menjaga Tuah saya & Princess. Semoga ALLAH membalas jasa baik kalian.


Rasanya tidak terlambat untuk mengucapkan SALAM EID MUBARAK untuk semua. Maaf Zahir & Batin.

Minal a'idin wa al-faiezin, kullu 'amin wa antum bikhair :)
Semoga kita berada dalam kalangan orang yang kembali kepada fitrah & berjaya, setiap tahun hendaknya kamu dalam kebaikan :)

p/s : ALLAH adalah sebaik-baik perancang... Sungguh berkat keSABARan membuahkan keBAHAGIAan :)
NaNa(^_^)v

Monday 5 September 2011

Cintaku bukan cinta biasa ♥

...السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
♥بسم الله الرحمن الرحيم♥

Inna solati wanusuki wamahyaya wamamati lillahi rabbil 'alamiin..
Sesungguhnya Solatku, ibadahku, hidupku dan matiku hanya keranaMu...


p/s : Alhamdulillah atas segala nikmat kurniaanNYA... Bahagia mendamba cintaNYA :)

NaNa(^_^)v

Wednesday 17 August 2011

#WordlessWednesday 5 : Sayang Tuah & Princess

...السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
♥بسم الله الرحمن الرحيم♥


NaNa(^_^)v

Friday 12 August 2011

Muslimah♥

...السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
♥بسم الله الرحمن الرحيم♥


Oh muslimah
Allah cinta kepadamu
Rasulullah kasih kepadamu

Oh muslimah
Berbahagialah kau telah dilahirkannya dengan mulia

Subhanallah
Tuhan telah berkati wanita yang cukup ilmu
Rendah hati

Oh muslimah
busanamu menutup rapi
auratmu kau lindungi dengan indahnya

Oh muslimah
kau rajin memuji
Islam kau jadikan ikutan sejati

Oh muslimah
memandangmu menyejuk hati
menundukkan nafsu hati yang goyah
Keayuan wanita solehah indah peribadi
Tulus hatinya

Oh muslimah
Kecantikan yang sebenar
Pada tutur kata penuh berhikmah

Mempertahan kehormatan dirimu
dengan pakaian mentaati Allah

Oh muslimah
Kau masuk ke syurga
Solat lima waktu dan berpuasa
Menundukkan pandangan matamu
Mentaati suami yang tercinta

Oh muslimah
Kau rajin mengaji
Islam kau jadikan
Ikutan sejati

p/s : Alhamdulillah,Proud to be Muslimah...
Semoga dapat meningkatkan diri ke arah menjadi wanita solehah♥
NaNa(^_^)v

Tetamu istimewa

...السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
♥بسم الله الرحمن الرحيم♥

Kita merancang tetapi ALLAH adalah sebaik-baik perancang.


Tidak ada rezeki nampaknya untuk bertamu ke Rumah ALLAH,mungkin ada hikmah tersembunyi disebalik ujian ini...

“Sesungguhnya Allah mencatat kebaikan dan kejahatan, kemudian menerangkan tentangnya. Maka barangsiapa yang bercita-cita hendak mengerjakan kebaikan tetapi belum mengamalkannya, Allah mencatat bagi orang tersebut di sisi-Nya dengan kebaikan yang sempurna. Barangsiapa yang bercita-cita hendak mengerjakan kebaikan kemudian melakukannya, maka Allah akan menulis untuknya dengan sepuluh kebaikan sehingga 700 kali ganda dan dilipat gandakan sebanyak-banyaknya.Kemudian barangsiapa yang bercita-cita hendak melakukan kejahatan tetapi belum mengamalkannya, maka Allah akan mencatat untuknya kebaikan yang sempurna. Tetapi barangsiapa yang bercita-cita hendaklah melakukan kejahatan kemudian melakukannya, maka Allah akan mencatat untuknya satu kejahatan sahaja”. (Bukhari: 6491 dan Muslim: 131)

Tatkala diri yang lemah ditimpa musibah.. Dikurnia seorang teman menasihatkan♥

"Innalillahi wainna ilaihiroji'uun... Sabarlah wahai ukhti.. Satu hari Allah akan menjemputmu dengan keadaan yang tidak kamu sangka2.. betulkan niat kembali, berdoa ingin bertemuNya di sana.. sabarlah wahai ukhti, sabarmu punya pahala yang tidak terperi.. ada hikmah atas semua ni.. jgn jemu untuk beribadah di tempat bumi berpijak, agar kita akan rasa manisnya beribadah sewaktu di rumah Allah yang paling agung :) Hasbunallahu wani'mal wakeel.." Syukran :)

Lantas tersenyum, sungguh ALLAH mengetahui & sungguh ALLAH merancang yang terbaik untuk kita.. Sentiasa bersangka baik kepada ALLAH, Redha & Sabar menanti Hikmah :)

p/s: Debaran menanti natijah imtihan pula menjelma.. Rabbuna najihna Ya Rabb..

NaNa(^_^)v

Wednesday 10 August 2011

#WordlessWednesday 4 : Sunset - Alexandria

...السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
♥بسم الله الرحمن الرحيم♥


p/s: Allah sebaik-baik perancang :)

NaNa(^_^)v

Friday 5 August 2011

Menuju ALLAH♥

...السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
♥بسم الله الرحمن الرحيم♥



Labbaikallahumma Labbaika
Labbaika Laa Syarikalaka Labbaika
Innalhamda Wal Ni'mata
Laka Wal Mulk Laa Syarikalaka(2x)

Pergi haji
Artinya menuju Allah yang esa
Membawa hati dan diri yang hina
Memberi hadiah kepada Allah
Berhati-hatilah menghadapNya

Setiap hamba
Pergi haji dengan segala yang baik
Hati yang baik akhlak yang baik
Harta yang halal hati yang bersih
Niat yang suci amal mulia

Pergi haji
Ilmu tentangnya mestilah ada
Agar syarat dan rukun tepat sempurna
Sah dan batalnya dapat dijaga
Agar amalan hajinya tidak sia-sia

Tata tertib dan akhlak kenalah jaga
Buatlah dengan tenang serta tawadu'
Sabar dan tolak ansur mestilah ada
Jangan berkasar merempuh manusia

Tanah haram jagalah pantang larangnya
Pergi haji bukannya masa untuk membeli belah
Beringatlah betulkanlah niat kita
Moga-moga haji kita diterima

Jagalah pantang larangNya
Yang boleh rosakkan haji
Jauhkan maksiat dan yang sia-sia
Takutkan Allah yang esa
Ingat selalu padaNya
Agar kita sentiasa memiliki jiwa hamba 

NaNa(^_^)v

Doa Selepas Solat Sunat Dhuha

...السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
 ♥بسم الله الرحمن الرحيم♥

الحمد لله رب العالمين، والصلاة والسلام على نبينا محمد وآله وصحبه أجمعين

,اللّهُمّ اِنَّ الضُّحَى ضًحّاؤُك
,وَالبَهَاءَ بَهَاؤُك
,وَالجَمَالَ جَمَالُك
,وَالقُوةَ قُوتُك
,وَالقُدرَةَ قُدرَتًك
,وَالعِصمَةَ عِصمَتُك

,اللَّهُمّ اِن كَانَ رِزقِي فِي الَّسمَاءِ فَأنزِله
,وَاِن كَانَ فِي الاّرضِ فَأخرِجْه
,وَاِن كَانَ مُعَسّرَا فَيَسِّره
,واِن كَانَ حَرَامًا فَطَهِّره
,وَاِن كَانَ بَعِيدًافَقَرِّبه


بِحَق ضُحَاءِكَ وَبَهَاِءكَ وجَمَالِك وَقُوَّتِكَ وَقُدرَتِكَ واتِنِي مَا اَتَيتَ عِبَادَكَ الصَّالِحِين

امين يارب العالمين
Maksudnya :

Segala puji tertentu bagi Allah, Allah SWT yang memelihara dan mentadbir sekalian alam. Selawat dan salam ke atas junjungan kami Nabi Muhammad dan keluarga baginda serta sahabatnya...

“Ya Allah sesungguhnyanya
waktu dhuha itu waktu dhuhaMu,
kecantikan itu ialah kecantikanMu,
keindahan itu keindahanMu,
kekuatan itu kekuatanMu,
kekuasaan itu kekuasaanMu
dan perlindungan itu perlindunganMu.”

“Ya Allah jika rezekiku ada di langit, turunkanlah
dan jika ada di bumi, keluarkanlah,
jika sukar mudahkanlah,
jika sedikit banyakkanlah,
jika haram sucikanlah,
Jika masih jauh dekatkanlah.

Berkat waktu dhuha, keagungan,
keindahan, kekuatan dan kekuasaanmu,
limpahkanlah kepada kami
segala yang telah engkau limpahkan
kepada hamba-hambamu yang soleh”

Ameen Ya Rabbal 'Alamin...



p/s :5 Ramadhan 1432H, semakin berganjak.. semakin bertambah bilangan hari & kita bakal meninggalkan bulan yang mulia ini :'(

Selamat menjalani ibadah puasa serta meningkatkan amalan dengan lebih sempurna :)

NaNa(^_^)v

Wednesday 3 August 2011

#WordlessWednesday 3 : رمضان شهر القرآن

...السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
 ♥بسم الله الرحمن الرحيم♥


p/s : InsyaALLAH, 8 hari lagi bertemu Haramain♥

Ya ALLAH, Mudah-mudahan dipermudahkan segala urusanku & sahabat-sahabat ku untuk ke tanah suci Makkah & Madinah. 
Terimalah kedatangan kami yang lemah lagi hina ini Ya ALLAH,
Kedatangan kami dibulan pengampunan, terimalah taubat kami,
 Kedatangan kami di bulan yang penuh keberkatan, rahmati & redhailah hidup kami,
Tetapkanlah niat kami menziarahi haramain hanya keranaMu Ya ALLAH...


Semoga kami dikurniakan umrah yang maqbul...
 Ameen Ya Arhamar Rohimin...

NaNa(^_^)v

Summer Break 2011 | Matrouh, Egypt

...السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
 ♥بسم الله الرحمن الرحيم♥

Tarikh : 27.07.2011
Destinasi : Matrouh, Egypt






Pantai 'Ajibah, Matrouh.




Hamam Cleopatra




Suq Libya




p/s : Jaulah musim panas(syaif) bersama sahabat2 sebelum ramadhan :) InsyaALLAH,ada rezeki, waktu & kesempatan kita berjaulah lagi..

NaNa(^_^)v

Monday 1 August 2011

Ramadhan Kareem... ALLAHu Akram

...السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
♥بسم الله الرحمن الرحيم♥

InsyaALLAH, giliran saya berpuasa & berhari raya diperantauan tahun ini. Walau jauh dimata, walau terpisah antara benua tapi kita tetap melaksanakan kewajipan yang sama. Semoga Ramadhan kali ini kita sama-sama dapat manfaatkan sebaiknya & semoga kita dipertemukan lagi dengan Ramadhan yang akan datang ♥

Mintak maaf andai ada tersilap bicara terkasar bahasa & sewaktu dengannya :)



p/s: Baitullahil Haram♥

NaNa(^_^)v

Wednesday 27 July 2011

#WordlessWednesday 2 : Lampu Ramadhan di Mesir/ Fanus

...السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
♥بسم الله الرحمن الرحيم♥


p/s : IsyaALLAH, hari ini akan bermusafir. Mudah2an perjalanan sy dan kawan2 dipermudahkan dan tiba ke destinasi dengan selamat,Ameen Ya Rabb..

Matrouh nantikan kedatangan kami :)
NaNa(^_^)v

Friday 22 July 2011

Alexandria,Egypt | Suq As-sofirah/Pasar As-sofirah

...السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
 ♥بسم الله الرحمن الرحيم♥

-Suasana di sekitar Suq As-sofirah,Alexandria Egypt-

-ketam-

-aneka jenis ikan-

-ikan,udang segar-

-Tembikai-

-Jagung-

-Buah Tin-

- Live from Suq As-Sofirah-


p/s: Rindunya kat Malaysia :'(

NaNa(^_^)v

Wednesday 20 July 2011

#WordlessWednesday 1 : Ukiran nama ALLAH pada pokok, Alexandria,Egypt.

...السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
♥بسم الله الرحمن الرحيم♥


p/s : Seminggu tak update, Terima kasih 'Wordless Wednesday'. Lain kali buat 'Wordless Everyday'..hahahaa..

NaNa(^_^)v

Tuesday 12 July 2011

Save The Date : Tuah & Princess ♥

...السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
 ♥بسم الله الرحمن الرحيم♥

Save The Date : Tuah & Princess 11 July 2011


Alhamdulillah...
"Princess" bersama tuannya telah selamat tiba di Alexandria tengah hari waktu Egypt hari ini selepas bermusafir dari Cairo.

Tuan "Princess" akan pulang bercuti ke Malaysia tak lama lagi, maka setelah berbincang & mendapat kata sepakat, Nana & housemate telah bersetuju untuk menjaga "Princess" dalam tempoh lebih kurang 4 bulan.
Oh! kompem selepas 4 bulan "Princess" tak nak ikut Tuan die balik Cairo..hihi..

Tuah & Princess <3

Excited! Bila Tuah dapat kawan gigirl..
Sekarang mereka masih dalam tempoh berkenal2an..
Tuah ikut kemana saja Princess pergi.. Tapi sekadar mengekor dari jauh..
Mungkin ini yang dinamakan MALU-MALU KUCING... meooww~~ :p

Tuah agak emosi, mungkin selama ni jarang sangat bersosial dengan kucing-kucing lain.
Mengikut kata tuan "Princess", mungkin dalam tempoh 2-3 hari mereka ok la tu.

InsyALLAH,kami jaga "Princess" baek2 & semampu yang boleh..
"Princess" good girl :)

Ok, mahu layan gambar-gambar Tuah & Princess lagi? klik sini :)

p/s : Bersiap sedia je la kemera nak rakam aksi 2 ekor somel ni.. Yeppi!!

NaNa(^_^)v
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...