Wednesday 20 February 2013

ilmumiliktuhan.blogspot.com

...السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
 ♥بسم الله الرحمن الرحيم♥

*Ini entry melekat*

Alhamdulillah bertemu lagi diruangan maya ini. Sudah 29 hari bersama Januari. Syukur dengan hari yang berlalu juga hari yang bakal dilalui.

Entah kenapa sejak dua menjak ini rajin mengupdate, mengupdate resipi! Yelaa,pegang sudip pon tak reti maka kalau masak best ada la update, kalau tak best malu la nak kongsi. Heh!

Ok, kembali kepada tajuk entry. Alhamdulillah saya telah berjaya membina satu blog lagi. Al-kisahnya, blog tersebut sudah lama dibina tapi dibiar terbengkalai sahaja. Saya akan cuba untuk update sekerap yang mungkin, walaupun sedikit info yang diberi tapi saya akan cuba untuk berkongsi! InsyaAllah :)

Ilmu itu milik Tuhan! jadi ayuh kita sama² kongsikan!

Sebenarnya 25Januari yang lalu saya telah lancarkan eceh! & open to anybody kerana blog tersebut yang selama ini hanya private untuk diri sendiri. Cuma saya tidak mengwar-warkan di blog ini.

Ok, dengan lafaz Bimillahir Rahma Nirrahim.. saya lancarkan lagi blog http://ilmumiliktuhan.blogspot.com! Dengan segala hormatnya sila²lah singgah ke sana :) 

Sama² kita sebarkan ilmu, walaupun sedikit moga bermanfaat untuk semua.. InsyaAllah!

Teringat kalam seorang ustaz 
Jadilah kita diantara 2 golongan ini

1- Suka mengajar

2-Suka belajar
Jangan kita jadi golongan ke-3  mengajar tak nak & belajar pon tak nak!


p/s: sampai hujung nyawa tak akan berhenti belajar. InsyaAllah.


NaNa=^.^=

Friday 15 February 2013

Resipi 23 : Cheezy Chicken Croquettes

...السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
 ♥بسم الله الرحمن الرحيم♥

Alhamdulillah, dengan jayanya telah berjaya mengupdate blog lagi. Tapi macam biasa la nak upadate resipi!

Ok, dengan menggunakan stock apa yang ada je kat rumah maka jadi lah Cheezy Chicken Croquettes untuk menu makan malam hari ni. Roti & oat stock saya sendiri manakala ayam & cheese stock housemate Cik Amie, resipi ni pon cilok dari dia.

Menu ringkas dan mudah serius budak sekolah pon reti buat dengan kawalan ibu mereka dirumah. :P

Cheezy Chicken/Tuna Croquettes 

Bahan-Bahan:

4 keping roti (saya guna roti wholemeal) 
1 cawan isi ayam (direbus & dicarik²optional-boleh juga gantikan dengan tuna/sausage/daging hancur
Serbuk lada sulah
Daun sup (takde stock)
Garam (tak letak sebab lada sulah & cheese dah masin)
Cheddar cheese
1 biji telur
Bread crumb
Oat(saya tambah, kalau tak ada oat guna bread crumb je pon boleh atau sebaliknya)
Minyak


Cara-cara:

1. Kisar ayam dan roti hingga hancur(guna blender kering).

2. Masukkan sedikit telur (2-3sudu je) untuk mendapatkan adunan yang boleh dikepal².









3.Kemudiankan masukkan serbuk lada sulah, garam dan daun sup yang dihiris halus. Gaul sebati.

4. Kemudian kepal² menjadi bulat² & masukkan cheese sebagai inti (boleh bentukkan juga mengikut kesukaan anda).

5. Celup adunan yang telah dibentuk ke dalam telur dan golek²kan dalam bread crumb+oat.

6. Goreng secara deep fry dengan api yang sederhana.

7. Siap sedia untuk dihidang & sedap dimakan cicah bersama sos!

* Ekceli saya buat 2 adunan, satu adunan roti+ayam dan satu adunan lagi roti+sardin/tuna. Dua-dua sedap!

Selamat Mencuba :)

NaNa=^.^=

Wednesday 13 February 2013

Resipi 22 : Laksa Johor

...السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
 ♥بسم الله الرحمن الرحيم♥

Alhamdulillah, minggu lepas adalah minggu yang penuh dengan makan, makan & makan! Diet ke laut lah jadinya :P

Minggu lepas berlangsungnya program Medan Selera Mediterranean 2013 aka Mesra13 anjuran DPMI selama 3 hari dan selama 3 hari itu jugalah saya manfaatkan sebaik²nya dengan membeli juadah² yang rasa tak reti nak buat sendiri. Heh!

Menu yang menjadi tumpuan Kue Teow goreng, Kue Teow Ladna, Maggi Siam, Laksam, Kopok lekor, Satay etc.

Tapi... Laksa Johor tiada dijual. Tekak ni punya la nak makan Laksa Johor, padahal kat Malaysia tak pandang pon tapi bila jauh di perantauan ni macam² la pulak permintaan tekak ni.

Laksa Johor (Abaikan biji² lada tu)

Ok, dengan pantasnya minta resipi Laksa Johor dari Yun(coursemate), dia memang hebat la buat Laksa Johor. Siap jemput dia datang rumah untuk menjadi juri. Jujur dia cakap 'Sedap & menjadi, boleh buat lagi la Nana!' Alhamdulillah.

Ok, jom tengok bahan² & cara² penyediaan Laksa Johor DT.

Bahan-bahan Kuah Laksa Johor: (hidangan 4-5 orang)

2-3 ekor Ikan makarel/sardin - (dibersihkan, direbus dan kemudian ambil isi ikan dan kisar)
2-3 batang kayu manis
2 biji bawang besar*
5 ulas bawang putih*
1/2 inci halia*
1-2 batang serai*
4-5 sb cili kering yang sudah direbus & di blend(saya letak lebih)
4-5 sb serbuk kari ikan
4-5 sb kerisik
2-3 cawan santan
2-3 keping asam keping
Garam & gula secukup rasa
1-2 tin sardin(optional)

Cara-cara:

1. Mula² panaskan minyak dan tumis kayu manis juga bahan² yang telah dikisar(*). Tumis sehingga naik bau

2. Kemudian masukkan cili kering & serbuk kari(boleh juga dibancuh dengan sedikit air jadi curry paste). Tumis sehingga pecah minyak.

3. Kemudian masukkan santan dan isi ikan yang telah di blend(boleh juga ditambah dengan 1-2 tin sardin). Akhir sekali masukkan asam keping, garam & gula secukup rasa.

4. Kebiasaannya kuah Laksa Johor agak pekat, tapi terpulang lah kepada selera masing², jika inginkan kuah yang sedikit cair boleh tambah air/air rebusan ikan.


Bahan-bahan Lain:

1-2 packet Spagetti/Makarona(direbus hingga lembut & ditoskan airnya)
Timun(dihiris)
Salad(dihiris)
Lobak(dihiris)
Bawang besar(dihiris)
Kacang panjang(dihiris)
Lemon(belah 2 atau 4)
Sambal Belacan(saya buat agak cair sebab blend je, tak ada lesung)

Cara-cara untuk menghidang:

Letakkan spagetti secukupnya didalam pinggan, letak segala ulam/sayur yang telah dihiris dan boleh tuangkan Kuah Laksa Johor mengikut selera masing². Boleh perahkan lemon dan sedap dimakan bersama sambal belacan! :)

Selamat Mencuba!

NaNa=^.^=

Ambil mudah

...السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
 ♥بسم الله الرحمن الرحيم♥

Kucing Jalanan

Alhamdulillah, setelah beberapa hari sibuk berjalan tak henti². Yang penting bukan jalan² holiday, makan angin dan sewaktu dengannya.

Seperti biasa, jumaat & sabtu 2 hari kelas bahasa arab akan bercuti. Memandangkan ada tetamu yang datang ke rumah maka 2 hari cuti berjalan dengan rancaknya, kehulu dan ke hilir sakan membeli itu & ini(ekceli tolong member membeli barang untuk dibawa pulang ke Malaysia).

Kemudian tiba hari ahad, kaki mula lenguh dan mulalah menambah cuti sendiri. Esoknya Isnin, dapat panggilan pula untuk uruskan hal jawazat(visa) di emegresen dan bertambah lah lagi cuti sendiri. Setelah ditambah-tambah cuti, maka saya telah bercuti selama 4 hari tanpa mengulang kajiSedeh!

Ustazah telefon untuk maklumkan hari rabu akan ada imtihan pertengahan bulan.

Maka hari ini tiada alasan lagi untuk bercuti-cuti. Masuk kelas, Ustazah sambut dengan senyuman & bertanya khabar.

Bila mula mengulangkaji didalam kelas...................................
Kepala seperti blank & kosoooong, kosong, kosong(nyanyi macam lagu NL).. heh!

"Asif ustazah, ana lam muroja'ah fil beit 'inda utlah.. InsyaAllah, haza lail sauzakkiru min awwal kitab!" kata seorang aku kepada seorang Ustazah yang baik.

 "Maafkan aku Ustazah, aku tak mengulangkaji dirumah ketika cuti. InsyaAllah, aku akan mengulang kaji malam ni dari awal kitab"

Baru empat 4 hari saya meninggalkan kelas, belajar asas bahasa arab (yang dah belajar dari i'dadi & thanawi) tapi ada sesetengah tajuk yang saya sudah ingat² lupa.

Inilah yang berlaku bila kadang² kita selalu ambil mudah.

Dah pernah belajar... maka rasa semuanya ada dalam kepala tak perlu untuk di ulangkaji lagi...
Dah pernah belajar... maka selak² je la buku bila ulang kaji...
Dah pernah belajar... maka bila tiba cuti kita cuti secuti-cutinya tanpa hiraukan kitab kita lagi.........

Kan? sedeh lagi!

Minggu lepas ada juga meminta izin pada Ustazah untuk tawaquf(berhenti seketika) kelas bahasa arab sebab saya hendak tumpukan pada Imtihan fasa 2 nanti, tapi Ustzah tak bagi. Inilah buktinya! baru 4 hari tak hadir ke kelas ada tajuk yang dah ingat² lupa :P

AllahuRabbi.... ini baru bab²  atau tajuk² kecil yang telah dipelajari.

Moga Allah bantu diri ini supaya tidak leka & tidak ambil mudah lagi....Ameen Ya Rabb!

p/s:  Esok imtihan pertengahan bulan, memang soalan² insyaAllah senang² tapi itu tak bermakna kita cincai² dalam mengulangkaji! 


NaNa=^.^=


Tuesday 12 February 2013

Resipi 21 : Kuih Seri Muka

...السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
 ♥بسم الله الرحمن الرحيم♥

Alhamdulillah, sibuk 2-3 hari. Hari ni ada masa terluang maka  kite hapdetlah resipi! :D

Minggu lepas dok operasi kemas mengemas dapur. Rupanya ada lagi stock beras pulut dan memandangkan tekak ni dah lama teringin nak makan Kuih Seri Muka maka operasi la memasak Kuih Seri Muka.

Ok, resipinya simple je, kompem korang boleh buat! Saya pon 1st time buat, alhamdulillah menjadi :)

Kuih Seri Muka ( saya punya kuih takde la seri mana tapi sedap!)

Bahan-bahan Pulut :

2 Cawan beras pulut
1 cawan santan pekat
1 cawan air
1/2 sb garam
2 sb gula

Beras pulut yang telah dikukus & di tekan² supaya mampat

Cara-cara: 

1. Rendam pulut lebih kurang 1 jam. Kemudian basuh & letakkan didalam loyang bersama santan+air+garam+gula. Kukus selama 30min.

2. Setelah 30min, keluarkan loyang tadi dari tempat pengukus dan tekan² pulut yang telah dimasak sehingga mampat. Biarkan sejuk.

 *Jangan lupa sebelum letak bahan² pulut, alas loyang dengan pelastik(seperti gambar dibawah) supaya kuih tak melekat² & mudah untuk dipotong.



Bahan² custard yang telah dimasak hingga likat dituang di atas loyang berisi beras pulut

Bahan-bahan Custard Topping:

1 cawan santan
4 biji telur
1/2 cawan tepung
1/2 cawan tepung castard/jagung
1 cawan gula(saya letak 1/2 cawan je)
2 cawan air pandan (saya ganti 2 cawan air+pewarna hijau+1 sk perasa pandan)
1sb minyak

Cara-cara:

1. Satukan semua bahan² Custard Topping dan mix atau blender. Kemudian masak sebentar.

2. Apabila Custard Topping telah masak atau likat boleh tuangkan keatas loyang yang berisi pulut yang telah dikukus sebantar tadi.

3. Kukus lebih kurang 30min-45min atau sehingga masak.

4. Biarkan sejuk dan boleh sejukkan didalam peti ais. Kemudian boleh dipotong² & siap sedia untuk dimakan!

Kredit resipi : CuisinesKuOnVid EP02- Kuih Seri Muka

NaNa=^.^=

Wednesday 6 February 2013

#WinterBreak 2013

...السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
 ♥بسم الله الرحمن الرحيم♥

MedanSeleraMediterranean2013

Alhamdulillah, jangan dihalang jika jari ni mula rajin menaip entry sebab nanti bila menyepi maka sunyi tiada masa lah nak melayan papan kekunci.

Alhamdulillah, winter break tahun ini tiada agenda cuti² Mesir apatah lagi cuti² IstanbulAkuDatang berbanding tahun 2010, 2011 & 2012. Seronok melihat koleksi gambar² sahabat² yang baru pulang bercuti dari kota Sultan Muhammad al-Fateh. Allah! InsyaAllah saya mungkin menyusul juga jika diizinkanNya :)

Eh, tengok gambar kat atas tu, dapat jugak merasa main salji tiruan :P

'Ala kulli hal, winter break berjalan dengan baik. Walaupun namanya cuti tapi kelas(kelas luar) berjalan seperti biasa. Aktiviti persatuan juga berjalan  dengan bermacam² agendanya (walaupon saya bukanlah kaki persatuan tapi ikut juga beberapa program yang dianjurkan). 

Tiba² terasa hari semakin cepat berlalu pergi. Entah, macam² yang bermain didalam fikiran mungkin. Inilah dia bila mula mengejar masa. Bila ditunggu seksa!

Mesir, masih banyak yang belum ku terokai.

Ya, itu yang sedang saya rasakan. Bila mengenangkan ada masa yang pernah terbuang. Sayang. Tapi insyaAllah, beberapa bulan lagi disini moga Allah beri kesempatan untuk terus manfaatkan masa yang berbaki.

p/s: Indahnya dunia sementara yang selalu buat kita lupa & leka. Kehidupan akhirat jua selamanya.

NaNa=^.^=

Tuesday 5 February 2013

Erti Bahagia

...السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
 ♥بسم الله الرحمن الرحيم♥

Qitar Faransawi

Location: Dalam keretapi Faransawi

Kak T: Awak mesti dah ada pakwe kan?

Saya: Tak ada.

Kak T: Tipulah! Muka ada pakwe.

Saya: Tang mana nya muka saya ni nampak macam ada pakwe?

Kak T: Akak tengok awak ni happy, gembira je..

Saya: Heh! ?????

Hahaa! saja nak berkongsi. Ok, ni dialog antara saya dengan seorang senior. Ekceli, kami
tak rapat mana pon, sebulan sekali berjumpa atas satu urusan yang membuatkan kami perlu bermusafir bersama. Maka, ditambah dengan keramahan kakak tersebut & saya, macam² lah kami berkongsi cerita.

Bukan dia seorang je pernah tanya, adalah 2,3, 4 orang lain pon pernah tanya soalan yang sama kepada saya.

Bila ditanya soalan seperti itu terfikir pula. Adakah bahagia itu datang bila kita mempunyai pasangan sahaja?

Saya: Akak, abes saya yang tak ada pakwe ni tak boleh nak gembira² ke? saya bahagia dengan cara saya lah kak! :)

Kak T: Mungkin sebab awak ada Tuah & Teja sebab tu akak tengok awak gembira, happy² je.

Saya: *gelak tapi tak berguling²*

Allahu Rabbi! Bagi saya, kebahagiaan itu kita dapat rasakan dari dalam Hati. Alhamdulillah, mungkin kadangkala kebahagiaan itu juga terpancar dari raut wajah tanpa tersembunyi lagi.

Ya, mungkin kadangkala juga apa yang terpancar diwajah tidak sama dengan apa yang didalam hati. Mungkin hati menangis sedih tapi bibir terus dihias senyum. Juga sebaliknya.

Apa² pon, kebahagiaan itu adalah untuk semua. BUKAN UNTUK ORANG YANG ADA PAKWE JE! hamekaw capslock! :D

Buka minda & hati, tak perlu pergi jauh hanya dekatkan diri dengan Ilahi kita mampu beroleh kebahagiaan yang abadi. Bila diri dekat dengan Tuhan maka Allah juga akan dekat²kan kita dengan kawan, suasana etc yang membahagiakan.

Andai diuji, itu juga tanda kasih Tuhan agar kita bertambah keimanan!

p/s: Macam² Allah beri, macam² juga Allah uji. Bersyukur dengan apa adanya hidup dalam sederhana itulah bahagia. :)


NaNa=^.^=

Ikhlas & Sabar

...السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
 ♥بسم الله الرحمن الرحيم♥

Alexandria, Egypt

Berbicara tentang ikhlas dan sabar. Setiap hari kita akan diuji dengan 2 perkara ini. Sejauh mana keIKHLASan & keSABARan kita dalam menghadapi onak duri kehidupan harian. cewah!

Bila hilang SABAR maka hilanglah juga IKHLAS dalam hati kita. Ya, Betul! Kadang² berlaku pada benda remeh temeh je.

Contoh 1: Hari pertama A beli nasi bungkus, balik rumah A pelawa housemate nya si B join makan sekali. Berulang keadaan ini 2-3 hari mungkin juga seminggu. A mula berkata didalam hati "Ishk! Asyik aku je belanja dia ni". Hari seterusnya A beli nasi bungkus makan sorang² dalam bilik kunci pintu! Dan sambil makan A mula mengungkit cerita si B tu kerja menumpang makan nasi bungkus dia tapi tak pernah pon nak belanja walau sekali " &%#@*%^@! bla bla bla..."

Nauzubillah. Sekadar contoh sahaja. Kan? Mula² niat A baik & ikhlas tapi boleh hilang begitu sahaja segala pahala kebaikan itu hanya dengan ungkit mengungkit. Rugi kan =.='

Bukan dalam bab itu sahaja, malah isu IKHLAS ini merangkumi bermacam² aspek. Contoh yang lain.

Contoh 2: A sangat pandai & bijak didalam kelas. Sahabat²nya selalu meminta tolong dari A untuk mengajar subjek yang mereka kurang faham. A juga suka untuk mengajar sahabat²nya tapi dalam waktu yang sama dia melakukan semua itu hanyalah untuk mendapat pujian daripada sahabat² & guru²nya semata-mata.

Haa, sungguh bahasa buku ya contoh yang diberikan. heh! Ape²lah,hehee! Sekadar contoh je, dari situ kita dapat lihat niat si A hanya ingin mendapat pujian daripada orang lain. Ikhlaskah beliau?

Susah hendak mendidik hati untuk IKHLAS? Tak susah sebenarnya, jika kita niat melakukan apa sahaja kerna DIA. Ya! Lillahi Ta'ala :)

Saya sendiri kadang² kalah dalam melawan rasa yang tidak elok, maka ISTIGHFAR menjadi peneman dikala hati berkata yang bukan². Syaitan sudah tentu dengan tugasnya untuk merosakkan hati kita. Nauzubillah.

InsyaAllah, mula² mungkin kita akan rasa terbeban, susah, letih untuk tanamkan dalam diri untuk IKHLAS tapi lama kelamaan bila kita lakukan apa sahaja kerana Allah kita akan rasa nikmatnya keIKHLASan didalam jiwa.

Alhamdulillah, dikurniakan sahabat yang baik. Dikelilingi dengan sa

Boleh klik http://ilmumiliktuhan.blogspot.com/  untuk melihat entry² Tanda-tanda Ikhlas :)

p/s: InsyaAllah :)

NaNa=^.^=


Friday 1 February 2013

Resipi 20: Ayam Percik Simple

...السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
 ♥بسم الله الرحمن الرحيم♥

Haaa, tekak ni memang macam² dia mintak. Tetiba nak makan itu.. ini.. begitu.. begini.. Kalau dilayankan memang hancur musnahlah diet ku ini.. hahaa!

Ok, pagi jumaat yang barakah ni dengan gumbiranya terasa seperti nak makan Ayam Percik! Cuba cari resipi ayam percik macam kat pasar malam tapi terjumpa pulak resipi Ayam Percik Simple. Alhamdulillah, bahan² pon ada, ayam tinggal seketul, stock serai halia baru beli. Cantek!

Ok, jom try buat Ayam Percik Simple! Serius senang sangat :)

Bahan-Bahan untuk dikisar : (Hidangan untuk seorang- gandakan bahan² untuk hidangan 2 org)

1 biji bawang besar
1 inci kunyit hidup (saya guna 1sk serbuk kunyit)
1 batang serai
1 cm halia
1 sk biji ketumbar
2-3 ulas bawang putih
sedikit air utk blender

Bahan2 lain :

2-3 sb cili kering kisar(tambah lagi kalau nak lebih pedas)
Garam atau bahan perasa.
1/2 cawan santan pekat (saya guna susu)
Sekeping atau 1/2 keping asam keping


Step 1 & 2
Cara-cara:

1. Mula² masukkan ayam dalam kuali kemudian tuangkan bahan² kisar tadi ke atas ayam tersebut (masa ni jgn bukak api dulu) kemudian tuangkan santan.. tuang ke dalam kuali yg berisi ayam + bahan kisar td..

2. Selepas masukkan santan, masukkan pulak 3 sudu besar cili kering kisar. Dan boleh hidupkan api( buka api sederhana je)

3. Kacau²  bagi ayam tu sebati dengan kuah.(Jangan lupa terbalik²kan bagi ayam tu masak di kedua-dua bahagian atas & bawah)

4. Masukkan asam keping & masukkan garam secukup rasa.

5. Masak sampai ayam tu jadi separuh masak dan kuah menjadi sedikit pekat.. matikan api..

7. Angkat ayam tersebut dan masukkan ke atas dulang pembakar.. tuangkan sedikit je kuah ayam percik tu tadi.. baki kuah sila simpan untuk di tuang ke atas ayam sesudah siap di bakar. Bakar ayam tersebut dalam oven selama 30 minit atau sehingga ayam tersebut bertukar keperangan dengan suhu 180 celsius, api atas bawah..

**Ok, saya tak guna oven. Saya guna pemanggang biasa je. Mula² letak ayam percik tadi atas foil aluminium dan bungkus rapat² & letak atas pemanggang kemudian kepitkan! 

Panggang atas dapur je. Jangan lupa terbalik²kan alat pemanggang tu. Boleh bukak foil aluminium, jika warna ayam dah bertukar keperang²an boleh tutup api!

(ni contoh alat pemanggang yang saya guna)


 
Ayam percik yang sudah siap dipanggang!

 9. Apabila ayam percik siap dibakar, hidangkan di atas pinggan & tuangkan baki sos/kuah ayam percik tadi ke atas ayam tersebut.. Bismillah~ Siap sedia untuk dimakan!

Kredit resipi : http://mylovelyfamily-ana.blogspot.com/2012/07/resepi-ayam-percik-simple.html

NaNa=^.^=

Resipi 19 : Kerabu Telur

...السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
 ♥بسم الله الرحمن الرحيم♥

Teringin sangat nak makan kerabu. Tapi rasa nak buat kerabu tu macam susah je. Rupanya senang yang amat! Maka search google kerabu.. kerabu.. and finally jumpa resipi kerabu telur, simple je resepinya dan antara bahan²nya sudah sedia ada kat umah :)

Ok, kerabu ni sangat sesuai untuk penggemar sayur seperti saya! Jom try buat kerabu telur yang sangat simple ni...

Kerabu Telur

Bahan-bahan : (Hidangan untuk 2 orang)

2 biji telur
1 biji tomato
1 biji bawang merah
1 kuntum bunga kantan (tak letak saya ganti dengan 1 batang serai)
1 biji limau nipis/lemon
2 batang cili merah/hijau (kalau ada cili padi boleh guna cili padi)
Sedikit daun kesum (saya tak letak sebab takde stock)
Garam & gula secukup rasa

Bahan ditumbuk halus: (saya goreng tanpa minyak bahan² ini & kemudian tumbuk)

1 biji cili merah
3 biji cili padi (saya tak letak sebab takde stock)
1 ulas bawang putih
1/2 inci belacan dibakar
1 sb udang kering yang disangai(saya tambah)

Cara membuatnya: 

1. Dadar nipis telur satu persatu seperti buat ketayap. Gulung dan gunting 1/2 sm lebar.

2. Tomato dibelah 4 dan buang bijinya. Hiris nipis-nipis. Hiris kecil bunga kantan/serai,  cili merah/cili padi dan bawang besar.

3. Masukkan semua bahan ke dalam mangkuk besar. Masukkan bahan ditumbuk , garam, gula dan perahan limau nipis. Gaul rata dan sedia dihidang.

Sedap dimakan bersama nasi panas! saya ratah kerabu begitu sahaja :)

Kredit Resipi : http://rinimemories.blogspot.com/2011/04/nyonya-kerabu-telur.html

NaNa=^.^=
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...