Friday 6 December 2013

Alhamdulillah, bercinta selepas nikah ♥

...السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
 ♥بسم الله الرحمن الرحيم♥

Alhamdulillah thumma alhamdulillah thumma alhamdulillah...

Hampir 2 bulan blog terbiar bersawang tak dijengah.

Hari ini mencuri masa mengetuk papan kekunci.
Jari jemari masih berinai tanda ku sudah bergelar isteri! Woahaaa!

16 September 2013

Alhamdulillah, selamat mendarat ke bumi Malaysia bersama anak² bulus Tuah & Teja. Perancangan mahu bertahan di bumi Iskandariah hingga selesai segala urusan tidak terlaksana kerana perancangan Allah  tak siapa mampu menduga. Kembali juga ketanah air untuk membuat persiapan walimatul urus. Walimah diri sendiri! Woahaaa! :P

Berbaki hanya beberapa minggu untuk melangkah ke alam rumah tangga, Alhamdulillah persiapan yang sederhana Allah permudahkan semua.

2 November 2013 bersamaan 28 Zulhijjah 1434h

Dengan lafaz ijab & qabul termetri dua jiwa menjadi satu, digalas juga tanggungjawab yang berat moga Allah bantu.

Bermula lah saat dimana Ayahanda menyerahkan tanggungjawabnya kepada lelaki yang bergelar menantu, maka terlunas sudah tanggungjawab ayahanda dan kini dipikul oleh sang suami yang bakal memimpinku serta anak² dalam mencapai  redha Allah yang Satu.

Alhamdulillah, hari ni sudah satu bulan 5 hari bertukar status, menjadi suri kepada kekasih hati suamiku Hadi ♥

Allah permudahkan jalan jodoh kami, biarlah cerita cinta selepas nikah kami tersimpan dibawa kekal hingga ke syurga. Moga redha & rahmat Allah sentiasa bersama kami sekeluarga, dapat membina keluarga yang sakinah mawaddah warrahma hingga ke jannah, ameen Ya Rabb.

Mungkin ini sahaja yang dapat dicoret. Tak terluah dek kata². Moga bahagia ini kekal hingga ke syurga. Selamanya.

p/s: Kan Allah dah janji yang terbaik untuk kita. Ya Allah, terlalu banyak yang ku minta & yang dikurnia lebih indah dari yang disangka. Hebatnya ubat sabar, redha & bersangka baik dengan Allah.

NaNa=^.^=
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...