Sunday 30 December 2012

Suka Duka 2012

...السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
 ♥بسم الله الرحمن الرحيم♥

Alhamdulillah, ini entry penutup tirai 2012 :)

InsyaAllah, 2013 bakal menemui kita tak lama lagi. Andai dipanjangkan usia, diberi izin olehNya untuk menaip entry maka adalah entry² yang bakal di publish untuk 2013 nanti.

Alhamdulillah, kupanjatkan kesyukuran yang tidak terhingga kepada Yang Esa diatas segala nikmat kurniaanNya. Sepanjang sependek 2012 yang telah saya lalui segala manis & pahit terpahat & tersimpan rapi didalam hati. Sungguh! tahun ini pelbagai ujian yang menimpa, namun ujian itu juga adalah nikmat yang terbaek untuk saya. Ujian yang datang membuatkan kita lebih dekat dengan-Nya. Ujian yang datang mengajar kita bersabar & redha dengan ketentuan-Nya. Ujian yang membuatkan saya berfikir, bangun & semangat mencari apa hikmah tersembunyi disebaliknya. Ya! sungguh layak diberi ujian buat Hamba.

Terindah, Makkah yang ku Rindu

Alhamdulillah, tahun 2012 yang mencatat pelbagai memori gembira & bahagia. Terindah! Saat Allah permudahkan jalan & menerima ku & sahabat²ku menjadi tetamu-Nya. Menyambut Ramadhan & Syawal di Haramain. Tak kan hilang dari ingatan saat memandang Kaabah yang indah buat kali pertama, tak akan pernah puas, bertawaf mengelilinginya, bersaie & bertahalul menyempurnakan rukun umrah yang 5. Allahu Rabbi, rinduuuuuuuuuuu yang tersangat dalam. Moga Engkau terimaku sebagai tetamu lagi.

Sanah helwa Sahabatku!

29.12.2012, ulang tahun kelahiran sahabat tersayang 'Husnul Hatimah'. Alhamdulillah, dengan plan yang ala² koboi berjaya juga bikin surprise untuk dia. Hampir 6 tahun di Mesir tak pernah kami sambut ulang tahun kelahiran bersama. Alhamdulillah, memandangkan tahun terakhir tiada exam untuk sem 1, maka dapatlah menyambut sekadarnya. Hanya ingin mencatat lagi memori indah bersama 'Sahabat' untuk tahun terakhir di Mesir. Hanya ingin memberi penghargaan kepada 'Sahabat' yang ada saat suka duka, berkongsi tawa & air mata. Hidup jauh diperantauan, berjauhan dari keluarga membuatkan kami lebih saling memerlukan. Persahabatan bermula dari sekolah menengah sehingga kini berusia hampir 12 tahun. InsyaAllah, sahabat selamanya kekal hingga ke syurga. Moga Allah redha dengan persahabatan ini. Ameen Ya Rabb.

Apa azam 2013?
 Orang yang BIJAK adalah orang yang MENIKMATI HIDUP DENGAN SEDIKIT KEINGINAN, kerana makin banyak keinginan makin besar peluang untuk gelisah. 
 Moga segala apa yang dirancang seiring dengan Redha-Nya :)

p/s: Bismillah, selamat datang 2013.

NaNa=^.^=


Thursday 20 December 2012

Resipi 14: Jemput² Ikan bilis+bawang+bayam

...السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
 ♥بسم الله الرحمن الرحيم♥

Musim sejuk atau hujan ni memang best layan jemput²! Biasanya saya suka buat jemput² ikan bilis+bawang+kentang, memang mabeles!

Tapi kali ni memandangkan stock bayam melambak² dalam peti ais, maka terhasillah jemput² ikan bilis+bawang+bayam :)

Hidangan untuk 4-5 orang

Bahan-bahan:

3 cawan tepung gandum
3 cawan air
1 biji bawang merah dihiris nipis*
1 genggam ikan bilis dibersihkan*
1 mangkuk bayam dipotong halus @ ditumbuk
Sedikit garam
1 biji telur(saya tak letak)
1 sudu kecil baking powder(saya tak letak)
Minyak untuk menggoreng

Cara-cara:

1. Tumbuk bawang merah dan ikan bilis tapi tak perlu lumat sangat(ikut citarasa masing²). Kemudian masukkan ke dalam bekas.

2. Potong bayam kecik² kemudian tumbuk tapi jangan lumat sangat juga & masukkan kedalam bekas yang berisi ikan bilis+bawang tadi.

3. Masukkan tepung,garam & tuang air sedikit sehingga adunan tidak terlalu pekat dan tidak terlalu cair. Kemudian boleh juga letak telur & digaul sebati(saya tak letak)

4. Panaskan minyak didalam kuali dan boleh sudu²kan bancuhan tadi. Goreng sehingga garing & siap sedia dihidang panas!


5. Boleh dimakan bersama sos, sambal sardin@telur dll.

Selamat mencuba!

 NaNa=^.^=

Wednesday 12 December 2012

121212

...السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
 ♥بسم الله الرحمن الرحيم♥


Alhamdulillah, 12.12.12! Tarikh cantik hari ini. Tahun depan 2013, tapi tak wujudlah 13.13.13, tak yah pening² nak selak kelendar :D

Apa ada pada tarikh cantik ni? berebut² la orang nak pilih tarikh macam ni sebagai hari indah mereka. Mesti ramai Tok Kadi sibuk hari ni. Yang mana ibu mengandung mesti ada yang sanggup tunggu 12.12.12, tepat jam 12.12.12am/pm untuk melahirkan baby! Woah! janji korang bahagia.

Apa istimewa tarikh hari ni bagi saya? Hari² istimewa.. yo yo o je. Alhamdulillah masih diberi peluang untuk bernafas lagi hari ini. Eh! pastu rajin pulak menaip entry. Eh! dah 3 hari berturut² update tanpa henti. Eh! Ada apa² ke ni? Hahaha.. sukatila!

Saje je nak update entry pada tarikh cantik ni! memandangkan tak lama lagi tahun akan berganti, kesian tengok tahun ni tak banyak entry yang dapat dikongsi. Entah., tak ada idea, tak ad masa, kemalasan pun ye juga :D

Blogwalking pon jarang sekali, tapi Alhamdulillah ada jugak yang sudi menyinggah. Tengok trafik ramai yang datang dok search RESIPI. Lama² jadi blog resipi blog ni, tapi sekarag dah jarang masak maka tak ada la resipi yang nak dikongsi :P

Ok, dah beku tangan menaip.  InsyaAllah, ada story ada la entry! ^^

p/s: 'Ala kulli haaal, Alhamdulillah :)

NaNa=^.^=

Monday 10 December 2012

Hijrah Nafsi

...السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
 ♥بسم الله الرحمن الرحيم♥

Alhamdulillah :) Hari ni rasa nak post entry lagi.

Entry semalam agak emo, hari ini kembali tenang. Biasalah, manusia mana yang sempurna. >.<

Alhamdulillah, syita'(musim sejuk) kembali bertamu di kota Iskandariah. Angin bertiup tidak sepoi² lagi. Musim sejuk atau panas segala yang datang dari-Nya, tapi manusia serba serbi tidak pernah puas, tahu merungut sahaja. Sejuuuuuknyeee! Panaaaasnyeee!  T__T Allahu Rabbi. Astaghfirullah.

Cute je katon² ni nak berhijrah :D

Terpanggil untuk menulis mengenai Hijrah Diri. Ok, paling menjadi perhatian sekarang tentulah selebriti, mungkin ada yang tak mengambil tahu tentang cerita retis ni. Ok takpe, sila la google Artis Yang Sudah Berhijrah. Eh! Bukan berhijrah dari Malaysia ke negara lain tapi berhijrah dari zaman kegelapan kembali mencari redha Tuhan! Dari yang seksi meksi kini sudah bertudung labuh lengkap bersarung kaki. Dari yang ranggi kini sudah berjubah ikut sunnah Nabi! MasyaAllah!

Golongan artis mampu berdakwah kini? SubhanAllah! Berdiri diatas pentas menyeru umat islam bangkit mengamalkan hidup dengan cara islam & sunnah Rasulullah. Allahu Rabbi! Siapa sangka kan.. Ini semua atas kehendakNya.

Dari pengamatan sendiri, saya lihat kebanyakan mereka yang baru hendak berjinak² mengenali Tuhan lebih bersikap bersungguh² dalam mengkaji Islam, sedangkan ada sebahagian pelajar dibidang agama hanya mengambil sikap sambil lewa & berpawatakan bukan seperti ahli deen. T__T

Ya Allah! jadikanlah aku, ahli keluarga ku & sahabat² ku golongan yang mempelajari agama & mengamalkannya dengan ikhlas semata hanya kerana-Mu, Ameen.
Betapa berharganya nilai HIDAYAH, sebab itu kita digalakkan agar mengamalkan doa ini :
‎”رَبَّنا لا تُزِغ قُلوبَنا بَعدَ إِذ هَدَيتَنا وَهَب لَنا مِن لَدُنكَ رَحمَةً ۚ إِنَّكَ أَنتَ الوَهّابُ” 
"Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau memesongkan hati kami sesudah Engkau beri petunjuk kepada kami, dan kurniakanlah kepada kami limpah rahmat dari sisiMu; sesungguhnya Engkau jualah Tuhan Yang melimpah-limpah pemberianNya.(A-li'Imraan 3:8)

Benarlah bahawa Allah memberikan HIDAYAH kepada sesiapa sahaja yang Dia kehendaki. Dan jelaslah bahawa tiada layaknya kita manusia untuk menghukum manusia itu ahli syurga mahupon neraka hanya kerana kebaikan atau kejahatan yang kita nampak dia lakukan hari ini. Entah mungkin yang jahat sempat bertaubat sebelum dicabut nyawa, entah yang baik terjebak dengan maksiat diakhir nafasnya. Allahu Rabbi!

Maka sesiapa yang Allah kehendaki untuk memberi hidayah petunjuk kepadanya nescaya Ia melapangkan dadanya (membuka hatinya) untuk menerima Islam; dan sesiapa yang Allah kehendaki untuk menyesatkannya, nescaya Ia menjadikan dadanya sesak sempit sesempit-sempitnya, seolah-olah ia sedang mendaki naik ke langit (dengan susah payahnya). Demikianlah Allah menimpakan azab kepada orang-orang yang tidak beriman. (Al-An'aam 6:125)
p/s: Ok, esok pekse!Tak sabar nak ke next level~ Weee~ Rabbuna yusahhil!

 NaNa=^.^=

Sunday 9 December 2012

No Hard Feelings

...السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
 ♥بسم الله الرحمن الرحيم♥

-sekadar hiasan-

Sabar! Sabar! Sabar! Okeh, sedang berSABAR tahap dewa sekarang ni. Perangai! Haish! Kalau meletop ni mahu keluar api macam naga tu. *tetibe* Astaghfirullah!

Alhamdulillah, masih mampu mengawal rasa geram dengan perangai manusia ni. Kadang² Tuah & Teja pulak menjadi tempat luah perasaan. Orang yang ada akal ni pon kadang² hilang rasa belas kasihan. Haish!

Rasulullah ada bersabda "La taghdab" yang bermaksud "Jangan Marah", larangan ini jelas menunjukkan bahawa sifat marah itu adalah sifat yang tidak elok. Didalam Al-Quran juga terlalu banyak ayat yang menyaran kita agar selalu bersabar. "Fasobrun Jameel" diantara lafaz yang termaktub didalam Al-Quran yang bermaksud "Sabar Itu Indah". Sifat Allah itu sendiri Maha Penyabar juga jelas menunjukkan bahawa betapa mulianya sifat ini.

AllahuRabbi, manusia yang imannya kadang bertambah kadang berkurang seperti saya, masakan mampu untuk mengelak dari merasa MARAH T__T. Astaghfirullah.
Kadangkala seperti mahu hidup sendirian, tapi Allah kurniakan kita kawan. 
Kadangkala perangai kawan sangat menjengkelkan, tapi mungkin Allah datangkannya kepada kita untuk menguji kesabaran.
Orang buat baik, kita balas baik. Orang buat jahat kita balas dengan DOA & KEMAAFAN.

 Mak pesan, "Memang perangai orang ni macam², awak sabar. Jangan berkira, rasa belas kasihan dengan kawan², macam la awak tu betul sangat"  heh! yang last tu #sentap! :D Terima Kasih Mak!

 p/s: Jangan dengan sebab kebaikan yang kita lakukan, mula la naek lemak & selalu ambil kesempatan. Sekian. Hahaa! blog jadi tempat lepas geram :D No hard feeling.. XoXo publish! #IstanbulAkuDatang

 NaNa =^.^=

Thursday 22 November 2012

D.I.Y Cat Tree

...السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
 ♥بسم الله الرحمن الرحيم♥

Tak mampu nak beli "Cat Tree" untuk kucing kesayangan anda? Mari saya kongsikan cara untuk membuat "Cat Tree" dengan kos yang tidak sampai berpuluh² ringgit, hanya menggunakan barang terpakai sahaja.. Malah mungkin hanya memerlukan tenaga kita sahaja untuk menyiapkan "Cat Tree" untuk si comel!

Barang² yang diperlukan:

1. Speaker box terbuang
2. Karpet yang dah tak guna ( kalau ada karpet yang lembut lebih sesuai)
3. Roller kertas yang tebal (mintak kat 'ammu kedai plastik)
4. Paku, penukul, gunting, tali dll

Cara:

1. Balutkan box dengan karpet, kemudian pakukan pada setiap penjuru dengan kemas.
2. Balutkan Roller dengan karpet juga kemudian pakukan dengan kemas.
3. Kemudian, boleh gayakan Cat Tree anda mengikut kreativiti masing²

 Maka terhasil lah Cat Tree untuk kitten~

Lilitkan tali pada keliling roller &boleh juga dijadikan alat untuk "Cat Scratcher".


Boleh juga buat bola daripada tali untuk menarik minat si comel anda untuk bermain!

Renyukkan kertas, kemudian bulat²kan & gam sekeliling kertas yang sudah dibulat²kan dengan tali. Done! :)

p/s: Huhuu! bulan depan kitten nak pergi dok ngan tuan² baru diorang dah.. will mish u babies! huhuuu~

 NaNa=^.^=

Saturday 3 November 2012

Sebulan menyepi & kini kembali :P

...السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
 ♥بسم الله الرحمن الرحيم♥

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani. Hampir sebulan blog ditinggal sepi. Bukan sengaja mahupun lupa akan kewujudan blog ini tetapi line internet yang sangat mencemburui! Alhamdulillah, line internet sudah kembali normal. Maka merajinkan jari jemari mengetuk papan kekunci. Ok, cukuplah muqaddimah.

Alhamdulillah, selesai sudah seluruh umat islam menyambut Hari Raya Eidul Adha beberapa hari seminggu yang lalu. Saya menyambut di Eidul Adha di perantauan, seronok! cuma tetap berbeza dengan suasana menyambut Eidul Adha bersama keluarga di tanah air.

Unta selamat dikorbankan~

Lembu ni menangis, menitik² air mata dia T_T. Orang arab ni patut tahu adab supaya tak sembelih/melapah binatang korban dihadapan "kawan²nya" yang bakal dokorbankan.

Ok, cuti Eidul Adha berakhir hari ini. Esok dah mula masuk kelas bahasa kembali. 10 hari ustazah bagi cuti! hamekau! Ekceli, memandang fasa 1 saya takde paper, maka saya masuk la kelas bahasa arab. Tambah ilmu lagi. Best sebab belajar dengan orang arab & dapat kawan² dari negara lain.

Magul from kazakhtan, Saly & Fatimah from America. Fatimah tu emak kepada Saly, mak pon masuk kelas lagi, usia bukan penghalang untuk menuntut ilmu.

Lagi yang saya suka & kagum tentang mereka adalah pakaian & hijab yang mereka guna. Omputeh pakai burqa'!

Kadang² sedih sebab ada sebahagian dari kawan dari negara sendiri macam pelik dengan pemakaian seperti ini. "Aku tak suka hitam, panas lah"  @ "Macam ninja je" kata mereka. hmmmmmmm....

InsyaAllah, hidup mengharap redha Allah bukan manusia yang sentiasa serba tak kena. Moga Allah menjadikan ku & sahabat² ku serta mengurniakan ku sahabat² yang sentiasa mendorong & berusaha ke jalan yang diredhai-Nya, ameen Ya Rabb.

Cukuplah entry melepas rindu. Moga hidup kita sentiasa dalam Rahmat & Redha Allah :)

p/s: Eh! ramainye kawan yang dah menamatkan zaman bujang tahun ni ye. Barakallah~

NaNa=^.^=


Tuesday 11 September 2012

Terindah~ Ramadhan & Syawal 1433

...السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
 ♥بسم الله الرحمن الرحيم♥

Alhamdulillah, dengan izinNya saya kembali semula setelah hampir 4 minggu blog ini dibiarkan bercuti tanpa gaji. heh!

Ramadhan telah berlalu, Syawal juga bakal meninggalkan kita. Mudah²an bertemu lagi di Ramadhan tahun hadapan. Macam² kisah suka & duka sepanjang 4 minggu ini. 'Ala kulli hal, Alhamdulillah.

Alhamdulillah, Akhir ramadhan & awal syawal yang lalu saya telah terpilih oleh-Nya untuk menjadi 'Tetamu Allah'. Alhamdulillah, bertamu di Baitullah selama 11 hari & ziarah Kekasih-Nya selama 4 hari. Perjalanan & segala urusan dipermudahkan. Terima Kasih Ya Rabb!

Walau suhu yang agak panas disana & ditambah pada bulan ramadhan tapi Alhamdulillah, walau penat & demam, Allah masih memberi kekuatan kepada saya & sahabat yang lain untuk melaksanakan rukun umrah seluruhnya, moga maqbul & mabrur. Demam bergilir², moga menjadi penghapus dosa kami.

Rindu.. Rinduu.. Rinduuu.. untuk bertamu lagi.

Makkah Al-Mukarramah...
Baitullah Al-Haram yang menenangkan,
Kaabah didepan mata yang tak jemu dipandang,
Air zam-zam yang tidak pernah akan puas untuk diminum,

Madinah Al-Munawwarah...
Masjid Nabawi, disitulah maqam sebaik-baik jasad,
Raudhah sebahagian taman² syurga idaman,
Ya Rasulullah, moga ini bukan yang terakhir,
Moga terpilih lagi oleh-Nya untuk bertamu ke Haramain Syarifain.

Buat diri sendiri, adik beradik, saudara mara & teman², jom sama² kita tanam niat untuk ke Tanah Suci kerana Allah!

Jangan takut & risau untuk ke Tanah Suci. Mungkin ada yang takut dek kerana cerita dari pengalaman² mereka yang diuji dengan bermacam² hal ketika di Tanah Haram. Apa yang penting, kita perlu buat persediaan dari sekarang. Bertaubat bukan apabila kita berada di Makkah tapi mulakan taubat kita mulai dari hari ini. InsyaAllah, Allah Maha Penerima Taubat & Maha Pengampun. Mohonlah taubat sebenar-benar taubat(taubat nasuha) & mohon kepada Allah agar ditutup segala keaiban kita tidak kira dimana jua. InsyaAllah, mudah²an Allah permudahkan segalanya.

Saat di Tanah Haram, fokus kepada ibadah & banyakkan berdoa. Jangan segan silu untuk mengalirkan air mata. Menangislah sepuas²nya tanda kita seorang HAMBA!

InsyaAllah, moga dilimpahkan rezeki yang barakah, diberi kesihatan yang baik, diberi kelapangan waktu & terpilih untuk mejadi tetamu Allah lagi, Ameen Ya Rabb ♥

Boleh klik link di bawah untuk melihat gambar² yang sempat dirakam sepanjang saya berada di Haramain. Bukan tujuan untuk menunjuk², pandanglah dari sudut positif. Mudah-mudahan gambar² ini dapat memberi dorongan kepada kita untuk menjadi Tetamu Allah. InsyaAllah, biiznillah.

p/s: Natijah imtihan yang membuatkan ku perlu berada di Alexandria lagi~ InsyaAllah, pasti ada hikmah menanti :) Alhamdulillah.

NaNa=^.^=


Tuesday 7 August 2012

Tetamu Allah ♥

...السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
 ♥بسم الله الرحمن الرحيم♥


"Aku datang Ya Allah memenuhi panggilan-Mu, Aku datang Ya Allah, Aku datang.
Tidak ada sekutu bagi-Mu, aku datang.
Sesungguhnya segala puji dan kesenangan hanyalah untuk-Mu dan kekuasaan-Mu. Tiada sekutu bagi-Mu."
Diriwayatkan hadith dari Ibnu Abbas (r.a) berkata: ‘Pada suatu waktu ketika Nabi (s.a.w) selesai menunaikan haji, beliau bersabda kepada Ummu Sinan al-Ansariah: ‘Apakah yang menghalang engkau menunaikan haji?’ Jawab Ummu Sinan: ‘Bapa si fulan.’ (Maksudnya: merujuk kepada suaminya). Dia hanya mempunyai dua ekor unta. Yang seekor digunakan untuk menunaikan haji (sebagai kenderaan) baginya dan yang lainnya untuk menyiram kebun kami.’ Maka sabda Nabi (s.a.w): ‘Umrata fi ramadhana taqdi hajjatan ma’iya.' [Yg bermaksud: Umrah di bulan Ramadhan sama nilainya dengan menunaikan ibadah haji bersama-samaku.] [Hadith Bukhari, Kitab Haji]. 

Mohon maaf teman² sepanjang sependek perkenalan, tidak kira di dunia nyata atau di alam maya. Mohon seribu kemaafan andai ada kesilapan yang sengaja mahupun yang tidak sengaja terhadap kalian. Mohon juga doa tulus daripada kalian agar perjalanan & semua urusan sy & sahabat² dipermudahkan.

InsyaAllah, panjang umur berjumpa kembali :) Salam Eid Mubarak ♥ Kullu 'am wa antum bikhair~

اللَّهُمَّ إِنَّكَ عَفُوٌّ كَرِيمٌ تُحِبُّ الْعَفْوَ فَاعْفُ عَنِّي

p/s: Rabbi yassir wala tu'assir wa tammim bil khair~  Ziarah & Tarbiah nafsi :)
NaNa=^.^=

Sunday 5 August 2012

Resipi 13 : Karipap/Epok-epok

...السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
 ♥بسم الله الرحمن الرحيم♥

Karipap/Epok-epok(40 biji)

Bahan-bahan Kulit Karipap:

4cawan tepung gandum
3-4 sb minyak/ majerin(dipanaskan)
Sedikit garam
Air sejuk

Bahan-bahan Inti Karipap:

2-3 biji keledek dipotong dadu(nak guna kentang pon boleh)
1 biji bawang merah*
2 ulas bawang putih*
Sedikit ikan bilis* ( nak letak daging cincang pon boleh)
1 sb serbuk kari +1 sb serbuk sup(dibancuh dengan sedikit air)
gula & garam secukup rasa

bahan betanda (*) dikisar.




Cara-cara:

1. Inti : Tumis bahan yang telah di blender sehingga naik bau. Kemudian masukkan bancuhan kari+sup. Apabila sudah terbit minyak boleh masukkan keledek(boleh masukkan sedikit air jika agak kering). Masukkan garam+gula secukup rasa. Masak sehingga keledek empuk & sejukkan.

2. Kulit karipap : Campurkan tepung & minyak masak/majerin yang telah dipanaskan. Gaul rata guna sudu sebab panas. Bancuh garam dan air sejuk. Masukkan sedikit2.

3. Uli doh hingga tepung tidak melekat2 dijari dan rehatkan doh sebentar agar mudah dicanai & mudah untuk mengelim.

4. Bulat-bulatkan doh kecik2(agak-agak sama size), kemudian canaikan.

5. Letak inti(pastikan inti sudah sejuk), jangan banyak sangat, agak2 boleh kelim.

6. Kemudian kelimkan, jika tak tahu kelim boleh guna cetak.


Selesai dikelim bolehlah di goreng & siap sedia untuk dihidang~ Selamat menjamu selera :)

NaNa=^.^=

Saturday 4 August 2012

Nikah try & error??

...السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
 ♥بسم الله الرحمن الرحيم♥

Terbaca di facebook & di blog FL, saya rasa tertarik juga untuk berkongsi entry ini. Untuk peringatan diri sendiri dan untuk teman² juga.

Copied from IIUM Online - Madam. Fauziah Mohd Noor.

Assalamualaikum dan salam Ramadhan. Dua semester lepas, seorang pelajar saya (perempuan), pernah mengirimkan sms kepada saya, "Madam, terima kasih di atas segala2nya. Betapa saya ingin memeluk madam seperti memeluk ibu saya, tapi saya malu." Saya membalas sms dia, " Tak pe..insyaAllah, masih ada peluang utk kita berjumpa semester depan. Dan kalau jumpa nanti, peluklah saya kalau awak nak."

Semalam Dia datang datang ke ofis saya, dengan wajah suram dan inai masih dijari.Belum sempat berbual panjang, dia memeluk saya dengan erat dan disulam dengan tangisan. basah bahu saya dengan airmatanya. Saya bertanya, "Kenapa? awak sepatutnya gembira sebab baru saja bernikah dengan pilihan hati awak." Dalam sedu dia menjawab, "Madam, saya nak bercerai, saya dah tak boleh nak teruskan hidup dengan dia. Dia sangat berbeza dgn dia yang saya kenal sewaktu bercinta dulu"

Astaghfirullah...hancur luluh hati saya waktu itu bagai kaca terhempas ke batu. Tak perlulah saya sebut kenapa dan mengapa dia hendak bercerai ketika inai masih di jari. Saya cuma ingin menasihati pelajar2 saya, dan rakan2 FB saya yang masih muda, ingatlah pernikahan bukannya trial and error. Pernikahan bukannya ujian amali atau ujian praktikal. Janganlah hanya kerana kawan2 kamu telah bertunang, maka kamu rasa kamu juga perlu bertunang. janganlah hanya kerana kawan2 kamu telah bernikah, maka kamu rasa kamu juga perlu bernikah. Pernikahan adalah sesuatu yang sangat suci dan ianya memerlukan pengertian, pengorbanan dan kesabaran. Kesabaran bukan bertahan utk seminggu dua atau sebulan atau setahun. tapi kesabaran itu perlu utk membuktikan kamu beriman kepada Allah dan RasulNYA.

Kepada pelajar2 yg telah bernikah di usia muda dan masih belajar, saya merayu kepada kamu semua hari ini...tolong jangan terlalu dipaparkan kemesraan kamu di facebook. jangan terlalu menunjukkan keseronokan bernikah di facebook. saya mohon dengan setulus hati saya. tolong kurangkan posting2 romantik kamu di FB. Saya tidak mahu lebih ramai pelajar yang merasakan seronoknya bernikah.Tapi mereka lupa bahawa di sebalik keseronokan pernikahan itu dipenuhi dengan tanggungjawab yg amat berat.

Dan bukan semua orang bernasib baik mendapat pasangan hidup yang baik. Jadi, cukup2lah kamu berposting tentang bulan madu kamu, hentikan dialog2 romantik kamu di FB, ucapan sayang dan cinta itu simpan utk tatapan kamu dan pasangan kamu saja.TOLONGLAH....saya merayu daripada kamu. Dan kepada pelajar2 yg masih berfikir tentang bakal suami atau isteri, berjumpalah dengan mereka yg lebih arif tentang hidup. Mintalah pendapat mereka tentang mencari pasangan hidup. Ingatlah anak2ku, adik2ku..pernikahan bukan satu percubaan, tapi satu tanggungjawab yang amat berat. Saya tidak sanggup melihat kamu menangis...tidak sanggup sebab saya sangat sayangkan kamu. jaga diri kamu baik2.
Positif & sentiasa bersangka baik kepada Allah :)

Saya sayang Tuah & Teja saya!


I love myself!
"Dan apabila hamba-hambaKu bertanya kepadamu mengenai Aku, maka beritahu kepada mereka): Sesungguhnya Aku(ALLAH) sentiasa hampir(kepada mereka); Aku perkenankan permohonan orang yang berdoa apabila dia berdoa kepadaku. Maka hendaklah mereka menyahut seruanKu(dengan mematuhi perintahKu) dan hendaklah mereka beriman kepadaKu supaya mendapat petunjuk" (Al-Baqarah:186)

Pepatah arab ada berkata yang bermaksud, 
Jangan menunggu bahagia baru tersenyum tapi senyumlah agar kamu bahagia :) 

 Kredit to: Fatin Liyana

Memandangkan hari raya ni berdondang sayang kawan² yang bakal mendirikan rumah tangga, maka entry ini sangat bermanfaat untuk bakal pengantin dan juga untuk yang belum tiba masa jadi pengantin. Bukan bermakna bagi mereka yang masih membujang 'cemburu' tapi ia mungkin mempengaruhi sesetengah daripada kita yang masih menunggu. Siapa tahu kan? kesian kat kawan kite tu :P

p/s: Sabar, sabar, sabar :P

NaNa=^.^=

Tuesday 31 July 2012

Resipi 12: Kacang Pool

...السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
 ♥بسم الله الرحمن الرحيم♥

Menu simple untuk berbuka puasa & sahur~ Alhamdulillah, sangat mengenyangkan :)


Bahan-bahan :

1 tin kacang pool(boleh dikisar/dihancurkan separuh)
1 biji bawang merah(dipotong dadu)*
3 ulas bawang putih(dipotong dadu)*
Beberapa tangkai cili hijau & cili merah(dihiris & ikut suka nak buh berapa)*
Sedikit jintan manis & jintan putih(sy tak letak)
2-3 sudu sos tomato atau 1 biji tomato segar didadu.
Sedikit minyak masak
Garam secukup rasa

Kacang pool/ kacang parang

Cara-cara :

1.Panaskan minyak, kemudian tumis bahan-bahan yang bertanda(*)sehingga naik bau.
2.Kemudian masukkan kacang pool, masukkan jintan(optional), sos atau tomato dan garam secukup rasa.
3.Biarkan mendidih sebentar, tutup api & siap dimasak!

Saya suke kacang yang tak hancur, sebijik2 boleh gigit2! hihi :P

**Boleh dihidangkan bersama telur mata kerbau/egg scramble & apa2 jenis roti, sy hidangkan dengan Lebanese Bread! superb mabeles~

NaNa=^.^=

Saturday 28 July 2012

Ihya' Ramadhan & #Muhasabah

...السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
 ♥بسم الله الرحمن الرحيم♥

Alhamdulillah, hampir seminggu menjalani ibadah puasa.


Bersempena dengan Ramadhan yang mulia ini bermacam² aktiviti untuk menghidupkan Ramadhan atau dalam istilah bahasa arab "Ihya' Ramadhan" diadakan bagi pelajar² di Mesir yang tidak pulang bercuti ke Malaysia. Mungkin di tempat kalian juga begitu, kuliah agama, bacaan kitab, tadarus Al-Quran, solat tarawih dan sebagainya.

Memandangkan sekarang kuliah sedang bercuti, maka tiada alasan untuk kata tidak pergi! InsyaAllah. Berfikir kembali, ilmu yang tidak seberapa ini memang wajib untuk mengikuti kelas² di luar kuliah juga. Semakin belajar semakin jahil rasanya, sedar kembali banyak ilmu yang tidak tahu & banyak perkara yang tak ambil cakna. Allahu Rabbi!

Baru selesai membaca entry terbaru Dr Cinta, "Menjadi Ustazah". Sangat setuju dengan entry itu. Buat diri sendiri yang bakal bergelar 'Ustazah' InsyaAllah, gelaran itu membuatkan saya merasa tidak layak untuk menerimanya. Ilmu didada tidak seberapa tapi gelaran itu bakal membuatkan seolah-olah 'Ustazah' itu paling sempurna. Itulah pemikiran manusia yang menyangka 'Ustazah' itu manusia luar biasa tapi hakikatnya sama seperti mereka. 'Ustazah' juga adalah hamba Allah yang punya kekurangan & kelemahan.

Bila berada di tahun akhir, mula la terima soalan bertubi². Selain soalan bila nak kawen, lebih ramai yang bertanya balik Malaysia nanti nak jadi apa? kerja apa? bla bla bla... Biasa jawab macam ni je, "InsyaAllah, rezeki dari Allah, terima je apa yang rasa sesuai nanti." Heh! jawapan nak melepaskan diri je tu.

Kadang² merasa, entah apa yang bakal aku sampaikan kepada masyarakat di tanah air nanti? Mampukah aku untuk berkongsi ilmu yang tidak seberapa ini? Risau.

Tapi, fikir kembali. Allah ada membantu & sentiasa bersama. Emak Bapak & keluarga sentiasa menyokong. Emak pernah pesan, "Awak balik nanti, awak yang jadi contoh bukan awak yang ikut rentak mereka² kat Malaysia ni."  Setiap kali nak imtihan Emak pasti tak lupa pesan, "Awak niat belajar & insyaAllah nanti pulang mengajar pula ilmu yang awak dapat kat sana, semua kerana Allah" Allahu Rabbi.

InsyaAllah, moga Allah permudahkan segala niat yang ada di dalam hati ini, Ameen Ya Rabb :)

Qalbi, hanya Tuhan yang tahu.....

p/s: Debaran menanti natijah. Ya Allah, najahakanlah aku & sahabat²ku, jadikanlah kami hambaMu yang sentiasa redha dengan ketentuanMu, ameen Ya Rabb :)

NaNa=^.^=

Wednesday 25 July 2012

#WordlessWednesday 11 : Ramadhan | Tuah & Teja

...السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
 ♥بسم الله الرحمن الرحيم♥


NaNa=^.^=

Friday 20 July 2012

1 Ramadhan 1433H di perantauan

...السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
 ♥بسم الله الرحمن الرحيم♥
Alhamdulillah, hari pertama Ramadhan di perantauan tapi bukan pertama kali berpuasa di kejauhan. Sedia maklum Mesir berpuasa cepat sehari berbanding Malaysia, tapi kompem Malaysia raye dulu :P

Sempat menghubungi keluarga di Malaysia untuk mengucap salam ramadhan pada mereka. Gembira dengar suara Mak yang sangat ceria! Alhamdulillah, adik beradik yang lain pulang ke kampung untuk menyambut ramadhan bersama, patut Mak hepi semacam je, hehee! Rindu.

Macam-macam tazkirah Ramadhan dari Mak, ini antara yang terlekat :)
 1. Kehidupan ni yang penting sabar & banyakkan berdoa kepada Allah.
 2. Tak perlu pandang silap orang lain tapi pandang diri sendiri dulu, awak tu macam la betul sangat. heh! Mak saya tak bakup anak2.
 3. Hati kena sentiasa jaga, kalau rasa perkataan yang keluar dari mulut bakal menyakitkan, lebih baik awak diam & istighfar.
 4. Andai awak tak mampu nak tegur kesilapan orang, cukup la berdoa agar Allah memperbetulkan dia, selemah-lemah iman.
 5. Selalu bersangka baik dengan Allah & selalu rasa rendah diri jangan sombong, riak & berlagak.   
Sebelum tamatkan perbualan sempat ajar Mak ayat yang pemes bila tiba waktu bulan Ramadhan. "Ramadhan Kareem(Ramadhan yang mulia) Mak, mak kena balas, Allahu Akram(Allah Maha Mulia)". Puas Mak dok ulang nak hafal, hehee!

InsyaAllah, saya akan kurangkan aktiviti di Alam Maya terutamanya di facebook. Maka ber'puasa'lah facebook saya selama sebulan mungkin lebih. Saya tak akan deativatekan acc facebook saya kerana mungkin akan datang menjengah untuk mengetahui update2 tertentu sahaja. InsyaAllah, manakala di ruang blog, twitter, instagram, tumblr saya akan update bila punya masa. Ada sebab dan musabab megambil langkah sedemikian :)

Bersempena juga dengan ramadhan yang mulia ini saya mengambil peluang untuk memohon maaf segala salah & silap dari semua, minta maaf bukan hari raya je.

p/s: Ramadhan kali ini, moga Allah kuatkan diri & hati ini & permudahkan jalannya :)


NaNa=^.^=

Wednesday 11 July 2012

#Ramadhan di perantauan :)

...السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
 ♥بسم الله الرحمن الرحيم♥

Alhamdulillah, masih dipinjamkan lagi nikmat nyawa. Fuuuh! bernafas lagi. Alahai, hampir seminggu blog ni sunyi sepi. Ini la dia salah satu penyakit, bila musim imtihan mencurah-curah idea nak post entry, bila tiba musim cuti idea tetibe kering kontang. huh!

Ku gagahkan juga jari jemari untuk mengetuk papan kekunci. hehee!

InsyaAllah, 9 hari lagi kita bakal berjumpa dengan bulan Ramadhan. Tahun ni saya kembali berpuasa & berhari raya di perantauan setelah 2 tahun berturut-turut asyik pulang bercuti berpuasa & berhari raya di tanah air. Tahun depan & seterusnya insyaAllah puasa & berhari raya di Malaysia!Ameen~

Keterujaan untuk menyambut ramadhan itu semakin meluap-luap, tak sabar! Walaupun rindu ingin berpuasa & berhari raya bersama keluarga tapi berpuasa di tempat orang terutama di Mesir mempunyai kelainan tersendiri.

Di Mesir Ramadhan disambut seperti Hari Raya di Malaysia, meriah! Kedai-kedai sudah mula menjual lampu fanus. InsyaAllah, ada rezeki macam nak bawak balik Malaysia satu nanti, yang comel-comel cukup lah sebab pernah tunjuk gambar kat Mak, dia macam berkenan je. Hehee!


Bila Ramadhan menjelma mula la ada hidangan-hidangan yang tak ada selain dari bulan Ramadhan, Kunafah & Qathtayif! Cari-cari gambar tak jumpa pulak, tapi ada video itu pon tahun lepas punye lah, layan je la ye :)



Tukang record: Cik Amie & Cik Bee Smile

Ok, cukuplah sedikit pengenalan untuk Ramadhan di Mesir. InsyaAllah, ada masa nanti saya akan update kemeriahan Ramadhan di bumi anbiya' tahun ni! Kalau cerita semua nanti tak ada cerita dah nak di hapdet pulak. hehee!

Ahlan-ahlan Ya Ramadhan~♥

p/s: Doakan untuk natijah imtihan saya ye kawan-kawan! Moga saya & sahabat-sahabat najah kabir tahun ni, Ameen Ya Rabb!

NaNa=^.^=

Wednesday 4 July 2012

#WordlessWednesday 10 : #Instagram | nunalifnunalif

...السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
 ♥بسم الله الرحمن الرحيم♥

Monday 25 June 2012

Morsi! Morsi! Morsi!

...السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
 ♥بسم الله الرحمن الرحيم♥

Alhamdulillah, masih diberi peluang bernafas lagi di bumi barakah.

Hampir setahun lebih telah berlalu revolusi 25Januari & Ops piramid. Semalam 24 Jun 2012 telah diumumkan Presiden Mesir yang baru. Alhamdulillah, kemenangan berpihak kepada Dr Muhammad Morsi Isa' al-Ayyat.

Kebetulan semalam selesai imtihan untuk last paper~ terus menuju ke San Stifano(pasaraya) sekadar window shopping je :P. Pelik juga bila keadaan jalan yang lengang & ramai pengunjung pasaraya berkumpul ramai-ramai didepan kedai(tengok tv). Oh! baru teringat, masing-masing sedang menunggu pengunguman rasmi keputusan undian untuk Presiden Mesir.

Selepas asar segera pulang ke rumah. Ketika melalui lorong untuk menuju ke rumah, tiba-tiba kelihatan seorang 'amu keluar dari kedai sambil mengangkat tangan dan menjerit,
"Morsi! Morsi! Morsi! Takbir! AllahuAkbar!". 
Riuh rendah sana sini penduduk Mesir bersorak dengan kemenangan Dr Morsi! Takbir! AllahuAkbar!. SubhanaAllah, saya & kawan terpinga-pinga juga mula-mula. Lantas mengucap syukur Alhamdulillah dengan kemenangan Dr Mursi. Dapat merasakan kegembiraan mereka. Tacing!

Punye la excited, tangan ni macam menggigil-gigil pulak nak tekan punat kamera. Ni je la sempat saya snap. Kuda ni pon hepi agaknye sebab lari kemain laju, mungkin terkesan dengan tuan dia yang semangat melaung takbir!


Sampai di bawah 'imarah(bangunan) tempat saya tinggal, kelihatan baba(tuan rumah) pon kemain gembira.
'indana Rais Gadid. Morsi! 
Alhamdulillah, Semoga Allah memberkati kita semua! Kebangkitan ISLAM semakin dirasakan.. :)
Fakta : Dr. Mursi, pemimpin negara ke-2 dalam dunia moden kini yang menghafal 30 juzuk Al-Quran selepas PM Palestin, Ismail Haniyah

p/s : Best jugak layan lagu ni, Raisna Morsi!:P

NaNa=^.^=

Wednesday 20 June 2012

#WordlessWednesday 11 : Kuliah | Berjuang | Kerana Allah ♥

...السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
 ♥بسم الله الرحمن الرحيم♥


p/s : Esok imtihan 'Sorof', mudah2an dipermudahkan.. doakan ye!

 NaNa=^.^=

Sunday 17 June 2012

Movie : The Message – The Story of Islam

...السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
 ♥بسم الله الرحمن الرحيم♥

Alhamdulillah, diberi kesempatan untuk mengetuk-ngetuk papan kekunci. Sebenarnya masih dalam fatrah imtihan & sepatutnya hari ni ada paper Fiqh Lughah tapi disebabkan memberi laluan kepada Pilihan Raya Mesir, maka kuliah menta'jilkan peperiksaan hari ini ke tarikh 24hb, tapi 21hb pon saya ada paper jugak. Doakan ye!

Ok la, berbalik pada tajuk entry saya kali ni. Sebenarnya tadi susun-susun file dalam laptop yang bersepah-sepah tu & tiba-tiba terjumpa cerita 'The Message - Story Of Islam'. Entah bila masa & ketika saya download pon saya tak pasti, tapi sayangnya ada part 2 sahaja. Jadi, saya pon search la untuk dapatkan link download cerita ni. Alhamdulillah, jumpa!

Best tak cerita ni? tengok tajuk pon dah best kot. Ekceli saya dah tengok masa zaman sekolah-sekolah dulu. Tak jemu la tengok, sebab tu cari semula cerita ni. Serius! kalau tengok kompem rasa meremang-remang bulu roma, tu tanda best & menusuk jiwa lah!

Untuk pengetahuan semua, cerita ni wujud pada tahun 1976, menggunakan Bahasa Inggeris(dah nama pon cerita hollywood) Watak Nabi Muhammad tidak ditunjukkan dalam cerita ni, hanya sekadar pergerakan camera. Babak yang paling saya ingat saat Nabi Muhammad berhijrah dari Makkah ke Madinah disambut dengan nyanyian Tola'al badru 'alaina & babak saat Hamzah di bunuh lalu hatinya dimakan oleh Hindun. Banyak dah lupa, sebab tu nak tengok semula :P
Saya cadangkan korang tengok movie ni... Movie ni telah diiktiraf oleh universiti Al Azhar Mesir dan negara negara islam. Filem The Message ini adalah satu-satunya filem hollywood yang menceritakan tentang sejarah agama islam. Video ini juga telah menjadi rujukan oleh beberapa penceramah dari Malaysia dan luar negara untuk menunjukkan beberapa babak seperti babak peperangan dalam islam, dan babak ujian yang dihadapi oleh sahabat nabi -Pereka Cerita-


Korang boleh baca sinopsis cerita di sini : Sinopsis 'The Message - Story Of  Islam'
Korang boleh juga download movie disini : The Massage - Story Of Islam atau The Massge - Story Of  Islam(dengan subtitle b.melayu)
Allahumma Solli 'Ala Sayyidina Muhammad   rindu Baginda... Rindu sangat kan?
Sebelum terlupa, Salam Israk Mikraj  1433:) 
Allahumma barik lana fi rajab wa sha'ban wa balighna ramadhan, Ameen.

p/s : Lagi satu cerita best 'Omar Mokhtar' tapi tak ingat sangat cerita dia, InsyaAllah next time akan review. Nak search & download, harap-harap ada :)
Kalau korang tahu movie tentang sejarah Zaman Nabi/Para sahabat, sudi-sudilah share ye!

NaNa=^.^=

Resipi 11: Rojak Mee/Pasembor

...السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
 ♥بسم الله الرحمن الرحيم♥

Resipi Rojak Mee/Pasembor

Bahan Untuk Kuah: 
2 biji kentang/1 biji keledek sederhana besar (direbus hingga empuk & diblender)
1-2 biji bawang & 5 tangkai cili kering diblender(terpulang pada citarasa masing2 kalau nak pedas)*
Sedikit kicap (untuk warna je)
1-2 asam keping
Air untuk kuah
1/2 cawan kacang ditumbuk/diblender(nak letak lebih pun tak apa)
Minyak untuk menumis
Gula merah & garam secukup rasa
15 keping biskut marry diblender (optional)

Bahan Untuk Cucur:
1 1/2 cawan tepung gandum
1/2 cawan udang(optional)
2 biji bawang kecil
1 sudu besar serbuk cili(optional)
Garam
Air untuk bancuh tepung
1 1/2 sudu kecil baking powder


Bahan-bahan lain(optional):
3 biji kentang sederhana besar
4 biji telur
1 biji timun                                              
4 keping tauhu          
1 biji sengkuang
sedikit taugeh
Minyak untuk menggoreng

Cara-Cara (kuah) :

1. Panaskan minyak, tumis bahan yang sudah diblender* sehingga pecah minyak, masukkan kacang+kentang+biskut marry.(in case ada keledek, tak perlu guna kentang+biskut marry)

2. Masukkan air, asam keping/air asam jawa, garam, gula merah dan masak dengan api perlahan sehingga pekat sedikit.

Cara-cara (cucur) :
1. Gaulkan semua bahan cucur udang. Bancuhan seperti nak buat cekodok. Kemudian goreng dalam minyak panas sehingga kekuningan/ masak.(yang saya buat ni kosong, sebab guna apa yang ada kat rumah je)



Cara-cara (bahan-bahan lain-optional-) :

1. Bersihkan kulit kentang kemudian potong ikut citarasa masing-msing. Kemudian goreng kentang tersebut sehingga kekuningan.

2. Telur direbus (hard boil), kemudian buang kulit & digoreng bulat2 sehingga kekuningan.

3. Tauhu digoreng sehingga kekuningan.

4. Timun, sengkuang dihiris mengikut citarasa masing-masing.

Cara untuk menghidang:

Susun semua dalam pinggan yang sesuai dan tuang kuah(ikut selera masing)
Bismillah+baca doa makan.... kemudian bole lah di ngaaaaaaap~ Selamat menjamu selera :)


NaNa=^.^=

Wednesday 13 June 2012

#WordlessWednesday 10 : Shawerma Firakh

...السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
 ♥بسم الله الرحمن الرحيم♥



p/s: Esok exam English. Doakan sy & kawan2 dipermudahkan menjawab ye! OhMyEnglish :P 

NaNa=^.^=

Thursday 7 June 2012

Egypt : Ramsis | Tahrir

...السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
 ♥بسم الله الرحمن الرحيم♥

Alhamdulillah, sehari-hari bermusafir ke Kota Berdebu Kaherah. Segala urusan dipermudahkan. Pergi & pulang ke Alexandria dengan selamat. Macam biasa setiap awal bulan pasti akan ke Kaherah untuk mengambil minha(duit bantuan) dari Majlis A'la. Tak perlu dilihat pada berapa nilai yang diterima, tapi syukur Alhamdulillah dengan rezeki kurniaan-Nya :)

Ni ada la gambar-gambar yang sempat di'tembak' dengan kemere digital je =.='. Bila dilihat Mesir beberapa tahun dahulu dan sekarang, banyak perubahan :) Ya, mungkin Mesir juga hendak menyahut selogan Mesir Boleh! bukannya.... Mesir Asal Boleh! :P hehee.

Replika Ramsis

Jadual perjalanan keretapi

Tak tahu la ape simbolik senibina ni :P 

Replika keretapi

Keretapi = Qitar 

Dataran Tahrir 

  Alhamdulillah~ tenang & aman. Nasib takde rusuhan bagai, selamat! :P 

p/s: 3 hari lagi, next paper nahu!


NaNa=^.^=

Wednesday 6 June 2012

#WordlessWednesday 9 : Imtihan | Doakan | Najah 2011/2012

...السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
 ♥بسم الله الرحمن الرحيم♥




NaNa=^.^=

Saturday 2 June 2012

Tak penat ke belajar?

...السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
 ♥بسم الله الرحمن الرحيم♥

Kata Si Polan/Polanah:
"Umur kau dah 20++ tapi masih masuk dewan periksa lagi??????"
Eh! takde kena mengena kot. Tapi kadang-kadang ada sahaja kata-kata yang kurang enak dari mereka-mereka yang sudah berkerjaya kepada kita yang masih tak habis-habis dengan belajar, belajar, belajar...... 

Kata Si Polan/Polanah lagi:
" Kita sebaya, aku dah ada kerja, berkereta, berkeluarga bla bla, ko apa ada? belajar je...pekse, pekse, pekse, tak penat ke?". 
Oh! hebatnya kau!

Aku ada Tuah :P 

Lantakkan! Alhamdulillah, ini rezeki kita. Rezeki penuntut ilmu. Walau tak ada semua bla bla bla, tapi Allah kurniakan lebih dari itu. Banyak! tak mampu dihitung dengan jari. Malas nak bebel panjang.
" Sesiapa yang mencari jalan (berusaha) untuk menimba ilmu, Allah akan memudahkan baginya jalan menuju ke syurga, dan sesungguhnya para malaikat meletakkan sayapnya (mendoakan) kepada penuntut ilmu kerana redha dengan apa yang dilakukan, dan sesungguhnya segala makhluk di langit dan di bumi hinggakan ikan paus di laut, mendoakan keampunan bagi orang alim, dan kelebihan orang yang berilmu dengan orang abid (ahli ibadah) seperti kelebihan bulan (terangnya) daripada lain-lain bintang. Dan sesungguhnya para ulama adalah pewaris Nabi" - (HR Abu Daud, Tarmizi, Ibnu Majah dll)
Penat la belajar.............
Pernah mengeluh macam tu? Memang hebat kalau tak pernah! Tabik spring toink toink toink~

Ya! memang, kadang-kadang rasa penat tu datang. Tapi sebab tu kita perlu selalu tajdid niat kita supaya tiap apa sahaja kita lakukan semata-mata hanya kerana Allah. Bila niat kita terjaga barulah timbul semangat yang luar biasa, cubalah! Mohon juga agar Allah berikan kekuatan untuk kita terus menuntut ilmu dan minta dijauhkan dari rasa malas, lemah, kecewa & futur/putus asa!
InsyaAllah, yakin dengan perancangan Allah. Allah pilih kita, yakinlah bahawa setiap apa yang Allah rencanakan itu tidak ada yang sia-sia. Walau kita hadapi dengan penuh sakit & penat tapi ingatlah pasti ada hikmah yang tersirat.
p/s: Next paper 3/7, Balaghah. Doakan saya & kawan-kawan diberi kemudahan untuk menjawab ya!

NaNa=^.^=

Wednesday 30 May 2012

#WordlessWednesday 8 : Next Paper, Nusus Hadith

...السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
 ♥بسم الله الرحمن الرحيم♥


p/s: Ya Allah, lapangkanlah & tenangkanlah hati kami. Berilah kemudahan kepada kami untuk menjawab setiap soalan imtihan. Sesungguhnya kami berserah kepada Engkau dengan apa yang telah kami pelajari. Kembalikanlah ia sekiranya kami berhajati padanya & janganlah melupainya... Ameen Ya Rabb~

NaNa=^.^=

Tuesday 29 May 2012

Resipi 10: Bingka Carrot

...السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
 ♥بسم الله الرحمن الرحيم♥

Bingka Carrot paling simple


Bahan-bahan:

1 kg Carrot/lobak merah
1 cawan Susu/santan 
1 cawan Minyak 
2 cawan Tepung gandum 
1 cawan Gula
1 biji Telur 

Cara-Cara:

1. Bersihkan carrot & potong kecil-kecil, kemudian rebus sehingga empuk.

2. Sementara itu, didalam satu bekas pukul telur & gula sampai kembang/berbuih.(blender pon boleh)

3. Kemudian carrot yang sudah empuk di kisar bersama minyak & susu.

4. Masukkan carrot+minyak+susu yang sudah dikisar sebati ke dalam bekas telur+gula tadi, kemudian gaul sebati.

5. Masukkan tepung sedikit demi sedikit dan kemudian gaul sebati.

6. Lenserkan loyang dengan minyak dan tuangkan bancuhan tadi.

7. Bakar didalam oven(dipanaskan dulu) lebih kurang 1jam atau sehingga masak.

8. Biarkan sejuk terlebih dahulu, kemudian potong & sedia dihidangkan.

Selamat mencuba & selamat menjamu selera :)

p/s: 1st time cuba dan alhamdulillah menjadi!

NaNa=^.^=
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...