Wednesday 17 September 2014

Alhamdulillah | 04 September 2014 | Officially mama & ayah

=السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
 ♥بسم الله الرحمن الرحيم♥

Alhamdulillah thumma Alhamdulillah thumma Alhamdulillah.

Hampir 3 minggu telah berkampung di rumah Mak mertua di Sungai Petani, operasi menunggu hari. Dan Alhamdulillah tanggal 04 September 2014 jam 1.48 petang anugerah yang ditunggu-tunggu telah selamat melihat dunia dan kami naik pangkat jadi MAMA AYAH!

Alhamdulillah rezeki yang tidak disangka-sangka, bernikah tanpa bercinta, menyemai cinta setelah halal semuanya, setelah 10 bulan 2 hari usia perkahwinan kami, dikurniakan pula cahaya mata!

Syukur Ya Rabb Alhamdulillah semuanya berjalan lancar & dipermudahkan ☺

Kronologi pengalaman bersalin cahaya mata pertama :

03 September 2014 Rabu | Zul Qaedah 1435h

10:00am : Check up di klinik kesihatan ibu & anak Sg Petani ditemani Kak Ngah (adik ipar) Alhamdulillah, keadaan baby semua baik. Ikutkan due kiranya lagi 3 hari je lagi baby nak keluar tapi nurse kata "takpa, tunggu je bila dia nak keluaq". Dan seandainya baby tak keluar jugak ikut edd, Doc pon dah allow post date seminggu lagi sebab baby comel2 je.

11:15am : Selesai check up Kak Ngah ajak pergi tesco sat & disebabkan ada tenaga agi & dah lama tak berjalan2 maka menuju ke tesco la kami. Sempat singgah makan kfc dulu sebelum memborong lauk kat tesco.

01:00pm : Selamat sampai rumah & terus makan tengah hari. Makan lagi! hahaha

02:00pm : Masuk bilik terus berehat. Lurus2kan pinggang. ZzzZzzz

03:00pm : Bangun tido, mandi & solat zohor. Selesai solat En Suami pon dah selamat tiba bersama pengantin baru. Pengantin baru (Mak Yaya & Uncle Angah) p hanimun krabi, balik hanimun singgah Sungai Petani nak tengok baby katanya! Tapi baby belum keluar lagi

05:00pm : En Suami ajak jalan2 kat taman. Dengan harapan cepat bersalin sebab dia dah tak senang hati nak p ulang alik kerja. Dapat la seround setengah berjalan. Tapi ayah baby yang terlebih mengah jee..hahaha

08:00pm : Makan malam kat rumah & selesai makan pengantin baru ajak p Aman Jaya Mall. Berjalan la lagi mak buyong ni.

10:00pm : Selesai soping2 kami bawak pengantin baru jalan2 bandar SP. Sempat la amek gambar kat Jam Besaq!

11:00pm : Otw balik rumah ternampak kedai jual ayaq nyoq. Tapau bawak balik. Sampai rumah minum la segelas ayaq nyoq & terus masuk bilik konon2 nak tidoq tapi mata terkebil2, sempat sapu losyen mustajab kat kaki sebab lenguh berjalan sehari2. En Suami dah selamat ZzZzZzz..

04 September 2014 Khamis | Zul Qaedah 1435h

12:30am : Mata baru nak terlelap & tiba2... jeng3... kedengaran bunyi "PLUUUP"! dan mengalir air dicelah kelengkang. Eh eh air ape ni? Konon nak tahan tapi air tu keluR jugak. Terus kejut En Suami & dia p kejut Mak. Saya bangun dari katil & air masih keluar lagi. Ya! itulah antara tanda2 maka beranak yang selalu nurse sebut2, yang selalu dok baca kat tenet tuuu. Air ketuban dah pecah!!

01:00am : Mak sempat buat milo, minum2 dulu. Mak kata biasa kalau pecah ketuban lambat lagi nak beranak. Dan memandangkan mak buyong ni dok sengeh2 ketawa lagi sebab masih tak rasa apa2 contraction.

01:30am : Tiba di Hosp Sultan Abdul Halim bahagian kecemasan & bersalin. Selesai daftar, masuk bilik Doc nak buat ctg & check jalan. Alhamdulillah jantung baby ok & jalan baru bukak 1cm. Maka warded lah malam tu. Doc kata kalau pukul 12:30pm jalan masih tak bukak maka kena la induce.

03:00am : Masuk wad & memandangkan wad penuh maka duduk la kat katil tambahan. sob sob sob. Mata tak boleh lelap pon. Letihnya, dah la sehari-hari berjalan. Sabor je la

05:00am : Dah mula rasa contraction sikit. Rasa sakit macam senggugut je, boleh tahan lagi. Mandi2 & siap sedia tunggu subuh.

08:00am : Doc datang untuk amek report. Selesai doc check p mandi lagi.

09:30am : Doc datang lagi & doc decide supaya segera bagi ubat induce, tak payah tunggu2 lagi. Maintain relax je, sebab masih tak rasa sakit sangat & tak sabar nak beranak! hehehe.

10:00am : Nurse buat ctg check jantung baby. Alhamdulillah semua ok.

10:30am : Nurse bawak pindah p wad Kenanga 11 untuk masuk ubat induce.

11:00am : Doc datang untuk masukkan ubat induce. Masa ni check jalan baru bukak 2cm! Alhamdulillah, tak sakit pon. Selalu baca kat tenet orang kata masuk ubat induce sakit, check jalan sakit. Tapi sebenarnya kita kena rileks & buat tak tahu je, tak rasa sakit pon.

Selesai Doc masukkan ubat, datang la seorang Doc lagi untuk bagi penerangan. Paling ingat Doc kata " Risiko ubat induce ni mungkin menyebabkan rahim pecah sebab die memberi tekanan yang kuat, tapi Puan jangan risau sebab risiko ni berlaku dalam 1000 orang seorang sahja". Ya Allah, teruskan berdoa & berzikir moga semua selamat & dipermudahkan.

12:00pm : Sudah mula merasa contraction yang kuat sedikit! tiap 5 min sakit contraction datang. Sakit tangkap di bahagian pinggang. Sambil tunggu En suami, Mak, kakak & suaminya. Tak lama kemudian muncul la semua. Ya Allah lega rasa, sekurang2nya ada yang teman waktu2 begini.

12:30pm : Mak mertua tak putus2 suap makanan, air selusuh pon ada. Mulut ni terima je lah. Mak mertua kata kena makan jugak, nanti tak ada tenaga nak push. Bila contraction  kurang mula la aktiviti selfie la, gelak la.

01:00pm : Sakit semakin kuat! Tangan  En suami habis digenggam. Muka disodok2 dah kat perut En Suami. Malu ada tapi sakitttt.. Mak panggil Nurse. Macam biasa, nurse seluk lagi nak cek jalan. Dah buka 4cm. Sambil nurse cek nurse kata " tahan sikit ye, saya nak tolong". Entah, tak berasa apa dah. Rasa nak cepat je beranak. Heeee..

01:20pm : Nurse dah tolak ke labour room, suami teman jugak. Tapi separuh jalan je sebab kami lalu jalan shortkat. Sempat request untuk minta suami teman. Tapi tak ada rezeki sebab bilik khusus untuk suami teman dah ada orang lain. Sobs sobs..

Sampai labour room, Nurse suruh naik atas katil. Kebetulan ada makcik cleaner mengemas dalam bilik tu, makcik cleaner tu pon tolong tenang2kan, dia bagi alat gas untuk sedut bagi kurangkan sakit. Tapi tak tersedut laa..haahaa.. 

Tiba2 rasa nak terber**!! Dah tak sempat nak tekan button emergensi. Terus panggil nurse yang ada kebetulan lalubdepan pintu. Nurse masuk sambil kata " ye ye mana yang sakit" Rileks sungguh nurse ni, dah hari2 keje die kan. Die seluk cek jalan terus die cakap "FULL". Tiba2 bilik tu penuh dengan nurse. Doc pon tiba. 

Tobalah masa untuk berjuaaaaang!! Walaipun awal2 agak kelam kabut untuk push tapi Doc & Nurse2 semua tolong & beri semangat. Doc juga tak henti berzikir. Paling membantu bila Doc kata " Ok.. geraaam.. geraaaam.. geraam lagi.." Haaa, betul2 geraam! hehe..

01:48pm : Alhamdulillah, selamat anak mama melihat dunia. Masa ni rasa mamai sangat, sehari semalam tak tido. Nurse tunjuk tuut baby, " Tengok ni, anak apa?" Mulut mama kata "Muhammad". Nurse gelak je, "Amboi siap bagi nama dah". Baby boy!

Nurse balut dan letak Muhammad atas dada Mama. SubhanaAllah. Tak tergambar gembira & syukur Allah permudahkan semuanya.

02:30pm : Selesai jahit. Ni paling mencabar kot.

03.00pm : Nurse bawak Muhammad yang sudah siap dimandikan. Nurse ajar menyusukan baby. First time mother la katekan.

03:30pm : Mata mengantok tapi tak boleh lelap. Muhammad dah letak dalam troli. Tiba2 terdengar suara En Suami sebak2 azankan Muhammad. Haa, En suami berjaya seludup masuk lr. Kebetulan ada kenalan.

Kemudian berlaku la babak tacing kami bertiga❤❤❤ 

Alhamdulillah, cukup la dulu cerita mama. Ni pon dah mula taip dari dalam pantang. Sekarang Muhammad dah 4 bulan 5 hari! Nampak tak ke'busy'an menjadi seorang ibu & suri rumah tangga walaupon rumah tak ada tangga..heeee!


Muhammad Uwais 7 hari. Alhamdulillah hari ni dah 4bulan 5hari semakin bam2 berketak2..heee!

Tuesday 26 August 2014

-Part 2- PERSEDIAAN MENYAMBUT NEWBORN | Alhamdulillah

...السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
 ♥بسم الله الرحمن الرحيم♥

 Haish!! 3 bulan tak update blog. Haa, nak start cerita apa pon tak tahu. Memandangkan tengah tunggu hari sekarang ni, kekonon rajin la sikit update persediaan menyambut orang baru!

Untuk makluman, dah seminggu jugak berkampung di rumah Mil & Fil di Sungai Petani. InsyaAllah, bersalin & berpantang disini ^^ Cucu 1st di pihak suami, seronok la depa nak sambut cucu! hehee.. Alhamdulillah Mil sudi nak jaga sepanjang tempoh berpantang ni, terharu maru i. Semoga Allah merahmati Mak & diberi kesihatan yang baik jugak :)

Tunggu hari. Tak sabar! Tapi dalam tak sabar hati manyak berdebaaaar =.='
InsyaAllah mudahan Allah permudahkan semua :)

Entry yang lepas yang dah berkurun lama tu, yang dok ceghita masa 1st shopping barang² baby tuu.. Mari la kite sambung sikit. Sekarang Alhamdulillah, nak masuk minggu ke 39 hamil, barang² semua dah complete! Baju baby & seangkatan dengannya sudah siap dibasuh, dilipat & disimpan rapi di dalam storage box (kadang² bukak box, bau² baju baby wangi..urmmmm)

Sebelum balik kampung untuk hari raya, sempat la Mama cari baju raya. Sehari suntuk round KL cari baju raya, the problemo is size! hehehe.. Jumpa yang berkenan tapi size pulak takda. Tapi akhirnya dapat jugak, sambil tu sempat juga beli Bag baby.

Cerita beberapa hari sebelum raya pulak, Mak Ngah baby semangat nak shopping barang² baby jugak, kita layankan la. Shopping di Manjaku, SP. Mama pon blur² nak amek barang apa.


Ini dia sebahagian barang² baby yang MakNgah belanja. Kemain sume biru je :D
Abaikan la lengan Ayah to be tu :D

1. 3 pasang baju
2. 2 pasang baju lubang²
3. Bedak Baby kiko & set mandian Baby Kiko(set travel)
4. Set topi, mitten & booties
5. Botol susu tommi tippee

Terima kasih Mak Ngah sudi belanja baby, muda²han Allah gandakan lagi rezeki Mak Ngah, bisnes DeKliek Fashion & Butik ash shafie terus maju! ameeen..

Keperluan lain untuk anak Mama :



1. Set Tilam Kekabu : RM 200

Alhamdulillah, set tilam ni Tok belanja! Order kat Pendang. Satu set tilam+1 bantal newborn+bantal+2bolster & 2 set sarung(kain 100% cotton best). Murah kan? Sebelum ni Mama survey kat mana2 online shope tak dapat kot harga macam ni. Set sarung je kebiasaannya dah RM100++. Alhamdulillah, rezeki anak Mama. Empuk pulak tu, rasa macam Mama je nak baring atas tu!

2. Rocker & Bouncer : RM150 inc pos

Ini beli dari kawan a.k.a senior Mama masa kat Mesir dulu. Kebetulan ada offer harga ramadhan & syawal. Bonda Zhy Kids E-Shoppe Happy

3. Playpen : RM250

Terjumpa iklan di Mudah.Com. Second hand tp condition Alhamdulillah masih elok. Berbijaklah dalam berbelanja, hehee! gambar playpen boleh la tengok di Nak Kasi Let Go.
Actually, harga RM250 tu termasuk dengan kerusi malas, kami cod playpen ni & kebetulan tuan rumah memang dalam proses untuk let go barang² sebab nak berhijrah ke oversea, so En Suami berkenan pulak dengan kerusi malas & ambik la sekali.

Alhamdulillah, cukup la tu.. mana yang perlu insyaAllah kita tambah kemudian, lepas baby keluar!

p/s : Alhamdulillah 08.08.14 Mak Yaya dah selamat diijabkabulkan dengan kekaseh hatinye En. Angah! Barakallahulakuma wa baraka 'alaikuma wa jama'a bainakuma fi kheir. Kalau Mama rajin Mama hapdet lagi..heeee :D

NaNa=^.^=

Thursday 22 May 2014

-Part 1- PERSEDIAAN MENYAMBUT NEWBORN | Pertama kali shopping untuk baby!

...السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
 ♥بسم الله الرحمن الرحيم♥

Alhamdulillah, hari ni berkesempatan untuk update entry lagi!
Rasanya blog ni bakal menjadi blog Mak² =.='
Almaklumlah, sejak dari awal sah bertukar status 'isteri' secara automatik En Suami melantik saya menjadi suri rumah sepenuh masa, jadi tentulah cerita masak², anak². Nasib la duduk rumah taman, kalau duduk kampung kompem cerita pasal kebun, pokok bunga bagai.

Ok la, entry kali ni nak share PERSEDIAAN MENYAMBUT NEWBORN! Memandangkan ini anak sulong kami, maka banyaklah peruntukan yang perlu dikeluarkan untuk si sulong kami ni. Walaubagaimanapun, saya selaku Mama haruslah bijak untuk memilih barangan bayi, sama ada perlu @ hanya sekadar kehendak semata. Ya! kehendak tu kadang kala melampau tapi saya cuba kawal, eh terpaksa kawal! hahaa...

Seronok shopping barang² baby ni. Semua cute miut! Jadi untuk langkah berjaga sebelum rambang mata, sebelum tangan ni main kaut sesedap rasa, maka saya sediakan list barang² baby!

Pertama kali shopping barang² baby ketika kandungan masuk 25 minggu dan  kebetulan ada Mom & Baby Expo di Mid Valley 16-18 May! Eh, bukan kebetulan sebenarnya memang dah ditunggu² pon Expo tu, hehehe.. Jadi nak tak nak En Suami melayan juga Mama yang syok sangat nak shopping barang² baby, Kalau tak nanti muncung Mama boleh sangkut hanger! hahaa..

Hari ke-2 Expo seawal jam 9am kami dah bertolak ke Mid Valley & sampai lebih kurang 10min sebelum Expo bermula. Bukan apa, nak berebut parking tu yang seksa! Sebenarnya hari pertama Expo kami dah pergi dan tiba lebih kurang jam 11am tapi pulang ke rumah semula dengan kiciwa sebab parking full!

2 jam jugak berjalan dalam Expo, itu pon tak semua booth saya singgah. Sampai En Suami demam² teman mama shopping. En Suami sempat jugak perli, selalu kalau berjalan 1 jam dah penat, shopping untuk anak 2 jam pon steady je! hahahaa.. 

Saya dahulukan barang² baby yang perlu di bawa ke Hospital nanti. Untuk kali ni berabis RM256 tunaaaiiiiiii! Itu pon ada beberapa item yang tak sempat nak cari. Biasalah Expo tentulah seramai² umat yang datang berkunjung, masing² dengan misi untuk shopping barang anak²

3 bag je dah beratus hengget =.='  Nasib dapat bag cecomey :D

 Inilah hasil shopping barang baby untuk kali ni! Nampak gaya  barang2 ni sesuai untuk baby boy ke baby girl? kami pon surprise sebab tak tahu gender baby lagi..hehee.. so pilih yang yang sesuai untuk boy & girl  je la :)

1. Receiving hooded blanket : RM 10/pcs  
 Barang riject tapi tak nampak pon apa yang rosak, koyak etc.

2. Diapex : RM 48/2 pack  
Ekceli tak tengok pon review Diapex ni, sebenarnya aim Petpet atau Drypers. Tapi disebabkan dah penat & tak larat, nampak booth Diapex ni terus beli je. Dah tak mampu nak dengar salesgirl tu berceloteh! hahaa. Dapat freegift2 pant diapex jugak. Alhamdulillah, balik rumah baca review di blog & tanya sepupu majoriti kata ok!

3. Wet tissue : RM10/pack
Wet tissue saya ambik 2 pack! saje la ambik lebih rasa wet tissue ni basi kot..>.<

4. Ditergan : RM 21
Hmm.. ni pon termasuk dalam list & kebetulan di booth Pureen ada jual & bau nya pon soft je... 

5. Towel : RM 15
Saya beli 2 towel yang berbeza jenis fabriknya dan fabrik yang saya tak puas hati ialah towel yang bunga² tu(RM 12), sebab fabrik die berbulu² tertanggal =.=' sobsss. Next time kena lebih berhati untuk pilih

6. Pakaian : RM15-RM20
Saya beli 7 helai dulu, ada newborn size 12 & ada juga size 14. Romper saya beli 2 untuk size newborn.

7. Mitten & Booties : RM5/pcs
Beli 2 pasang je dulu. Tunggu next shopping kita borong lagi!

 Mama nak tunggu settle shopping pakaian baby baru basuh semua sekaligus ^^

Ok, untuk Checklist barang² baby, barang² Mama, keperluan berpantang,  etc saya akan share kemudian! Sebab nak tengok & semak sendiri keperluan dalam checklist saya nanti sama ada perlu atau tak sebab checklist yang saya buat pon saya bertanya pada saudara mara, kawan² & juga bacaan dari blogger² yang sudah berpengalaman.

Kepada mama² blogger yang sudi baca entry ni, sudi²lah share pengalaman korang untuk sambut anak pertama :)

p/s : InsyaAllah, next Mom & Baby Expo bulan Jun menanti! hahaha.. nampak tak Mama ni excited sangaaaat!!!!

NaNa=^_^=

Thursday 15 May 2014

Cerita Mama To Be!

...السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
 ♥بسم الله الرحمن الرحيم♥

Ya Allah!! lama sungguh tak jengah blog ni weeeeh >.<
Hampir 5 bulan dah blog terbengkalai, kasihaaaan.

Alhamdulillah, hari ni dengan gumbiranya nak update entry.
Mungkin entry untuk bacaan sendiri kerana ku sedar blog ini memang lah blog syiok sendiri. hahaaa!

Alhamdulillah, sudah masuk bulan ke-6 bergelar seorang isteri kepada En Suami.

Alhamdulillah jutaan syukur juga atas kurniaan rezeki dari Allah kepada kami suami isteri yang juga bakal bergelar "Mama & Ayah" beberapa bulan lagi. InsyaAllah.

SubhanAllah, rasa macam tak percaya sedang membawa satu nyawa didalam rahim sendiri *sambil usap2 perot muahaha..

Mungkin sebelum ni sibuk google movie, resepi, etc tapi sekarang mula la menggoogle dan like segala macam page berkaitan baby! Alhamdulillah, untuk tempoh sekarang kandungan saya dalam keadaan sihat & baik. Mudahan semuanya baik belaka sehingga selamat bersalin nanti.

Pengalaman Mengandung Anak Pertama

Punya la tak sabar nak kongsi pengalaman kan, hahaa! Ekceli tak tahu nak update apa =.='
Jadi mungkin dengan perkongsian pengalaman ni dapat la berkongsi cerita dengan bakal²  pengantin, bakal² ibu juga sewaktu dengannya (yang sudi membaca entry ni la) hehee!


1. Morning Sickness / Alahan

Bahagian masing², Alhamdulillah saya tak diuji dengan "morning sickness" ketika awal mengandung malah lebih solerooo makan, maka badan pon bertambah la bam². Aktiviti memasak, membasuh, mengemas semua dapat saya lakukan dengan jayanya! Cuma memang cepat letih, jadi memandangkan kerjaya saya suri rumah sepenuh masa maka boleh lah berehat atau melayan mata bila dah selesai semua atau buat separuh jalan, rehat & kemudian sambung semula :D

2. Mengidam

Cerita bab mengidam, mungkin la mengidam ke napsu makan yang tak terkawal?? haha..
Entry sebelum ni ada saya selitkan gambar Burger Bakar Abg Burn, haa itu lah makanan pertama yang saya ngidam, dapat sekali terus tak mintak lagi. Kebanyakan makanan yang saya teringin makan biasanya cukup sekali dapat, lepas tu tak nak dah! hahaa. Lepas tu ada la ngidam Pau Kacang Merah, Nasi Goreng Kampung, kek etc. Part Nasi Goreng Kampung ni banyak kali saya request, sampai rasa tekak tu dapat citarasa yang di ngidamkan..hahaa.. ngade sungguh!

3. Seri Ibu Mengandung

Ada orang kata ibu mengandung ni berseri wajahnya tapi berlainan pula dengan saya, jerawat membiak seperti cendawan tumbuh lepas hujan! Ada yang kata pembawakan budak la, hormon orang mengandung la, mungkin mengandung baby boy etc. Takpe lah anak, demimu Mama rela walopon Mama somot somel sekarang ni.. hehee!

Sebarang produk kecantikan saya hentikan seperti ubat jerawat & krim malam sebab ada terbaca entry tentang bahaya penggunaan produk kecantikan ketika hamil. Saya cuma cuci muka, kadang scrub guna tomato+gula & buat masker telur.

4. Perangai Pelik Ibu Mengandung

Perangai pelik semasa mengandung?? Hmm, biasalah perempuan itu memang sifatnya sensitif lagi la bila dalam keadaan berbadan dua ni. Mula la nak perhatian lebih sikit kan kalau tak muncung tu boleh sangkut hanger. Disinilah peranan sang suami ye, kena banyak bersabar melayan kerenah isteri. Alhamdulillah, En Suami sangat bersabar & selalu nasihat supaya saya lebih tenang & bersikap lebih rasional bukannya emosional. Walopon selalunya terlebih emo je! sabor jelah >.<

5. Penjagaan Kesihatan

- Minyak zaitun
- Pil Asid Folic(awal mengandung)
- Pil Obimin dari KK
- Pil Multi Vitamin(GNC)
- Propolis
- Susu segar/ Susu kambing(Hi-Goat)
- Kurma
- Jus buahan

Ini diantara makanan & ubat yang saya ambil dalam tempoh mengandung. Kadang² terskip jugak itu ini, biasalah  kena dipaksa juga Mak Buyung ni! hehee.

Alhamdulillah, Masuk minggu ke 24 sudah 5x check up di klinik semua dalam keadaan baik. Cuma ketika minggu ke-16 saya mengalami penambahan berat badan yang over bila makan tak dicover! Atas nasihat Dokter saya kena check bp, urine & berat 2x seminggu dalam tempoh 2 minggu. Alhamdulillah, semuanya ok & selepas itu saya tak perlu lagi ke klinik untuk check weekly! Yayyy!

Atas nasihat suami, mak, mak mertua(bekas bidan), nurse etc saya perlu mengawal pengambilan beberapa jenis makanan. Perlu lebihkan makan sayur la senang cerita, banyak minum air masak, kurangkan makanan manis, masin & berlemak  OK! hahaa..

6. Senaman Ibu Mengandung

Fuuuh! ini juga atas dorongan & nasihat En Suami yang bersabar dengan kerenah isterinya yang kurang rajin bersenam.. uwaaa!

Masuk minggu ke-18 saya mula belajar berenang! Kebetulan adik ipar saya pernah masuk kelas renang & dengan sukarela dia menawarkan diri untuk mengajar saya berenang. Berenang?? Ya, saya adalah seorang yang jarang bermain dengan air apatah lagi berenang =.='

Oh! dalam tempoh 3 hari saya hanya belajar apung sahaja, kemudian belajar menggerakkan kaki & tangan. Alhamdulillah berkat kesabaran Cikgu Mak Lang Ct saya berjaya berenang² ketepian dan kemudian ketengah2 kolam dan akhirnya dapat berenang dari tebing ke tebing. Cukup seminggu Ct dah mula tinggalkan saya berenang sendirian untuk lebih tenang & fokus. Alhamdulillah!

Sesekali ikut Encik Suami ke gym, buat senaman yang melibatkan kaki. treadmill etc.

7. Persiapan mental & fizikal

Seperti ibu mengandung yang lain saya juga kadang kala berasa risau & bimbang untuk menanti saat melahirkan bayi pertama kami. Selalu bertanya & minta nasihat daripada ahli keluarga, kawan² & baca di blog/page tentang pengalaman melahirkan anak pertama. Selain itu, banyakkan berdoa, istighfar, selawat & membaca al-quran (kadang² buat salah satu atau mana yang mampu).

Alhamdulillah, masuk bulan ke 5 saya sudah mula rasa pergerakan fetus. SubahanAllah, memang rasa tak sabar nak pelok & gomol anak ni >.<

Ok la, cukup la serba sedikit pengalaman yang dapat dikongsikan! InsyaAllah, next entry kalau berkesempatan saya kongsikan pulak persiapan untuk menyambut 'anugerah terindah' kami ini :)

p/s: Teja dah selamat beranak 10 April 2014! kemain 6 ekor gebus2. Jebat & Lolo semakin membesar dengan jayanya. Tuah?? Tuah sentiasa dihati, Tuah sentiasa dirindui, Tuah kita hanya dapat bertemu dalam mimpi T___T


NaNa=^.^=




Wednesday 1 January 2014

2013 tetap dihati | Ahlan Wasahlan 2014

...السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
 ♥بسم الله الرحمن الرحيم♥

Selamat Tahun Baru Masihi 2014!
Selamat menempuh suka duka 365 hari!!

Sekadar hiasan -BurgerBakarAbangBurnJajahanKajang-
Lama dah tingin makan burger abang burn, Alhamdulillah semalam ditunaikan permintaan..hehee♡♡♡

Tahun 2013 mencatat memori suka duka. Memori indah tanpa disangka tanpa diduga.
La haw la wala quwwata illa billa, kalimah ini sungguh menjadi bukti bahawasanya tiadalah daya & upaya diri sendiri melainkan hanya dengan pertolongan Allah semata-matalah semua ini terjadi.

Alhamdulillah, esok masuk bulan ke-dua bergelar seorang ISTERI kepada SUAMI.. cewaah!!

ALHAMDULILLAH ♥
Kelakar pulak bila baca semula entry² yang lepas. Entry time single mingle kemain la ayat mencari imam bagai kan. hahahaa! *gelak untuk diri sendiri*

Masih tidak percaya sebenarnya saya isteri dia..hahahaa!  

Alhamdulillah, merasa nikmat alam rumah tangga yang baru hendak bermula.
Masih belajar untuk mengenali suami, masih belajar untuk mengambil hati suami, masih belajar itu ini serba serbi tentang suami. Keutamaan kini adalah pada SUAMI. Lebih lagi kami baru mengenali.

Hidup berumah tangga, perkara yang mungkin remeh juga perlu diambil kira, 
Benar dikata, nak kawen tu seronok tapi bila dah alaminya... rasakan la! hahaa..
Bukan apa, bak kata suami "Sebelum ni kita selalu buat keputusan sendiri, untuk diri sendiri tapi la.. keputusan kita untuk kepentingan kita bersama"

Ya! Bersama! mungkin ini juga bak orang kata "DUA JIWA SATU HATI".

Alhamdulillah, nasihat dari keluarga & sahabat² yang telah berumah tangga akan saya semat dalam hati sebagai panduan & pedoman untuk melayari ikatan cinta halal kami ♥

Mungkin sebelum ditemukan jodoh, kita tertanya² siapakah? bilakah? bla bla bla. Selitkanlah  kesabaran & bersangka baik pada Tuhan agar dapat menguatkan hati bahawa ada jodoh untuk kita satu hari nanti!

Bila telah sampai waktunya, ikatan jodoh sudah termetri. Kita telah tahu siapa bakal suami atau isteri tapi pasti mengambil masa untuk saling mengenali (hatta orang dah bercouple pon tetap tak dapat mengenali pasangan masing²) maka tahap kesabaran perlu dipertingkatkan lagi! Bukan setahun dua tapi mungkin lebih untuk kita baru betol² mengenali warna warni pasangan kita ^^

Alhamdulillah punya suami yang selalu ingatkan agar kami saling "SABAR" dalam fatrah mengenali.
Alhamdulillah mungkin cara suami tidak seperti suami² lain tapi saya yakin ini cara suami mendidik saya untuk belajar hidup "cara kami"! sayang suka, hehee..

Alhamdulillah ala kulli hal wan ni'mah.

p/s: Tuah masih tak pulang ke rumah, REDHA. Mungkin ini ujian Allah beri. Segala apa yang kita sayang pasti akan pergi & mungkin kita pula bakal meninggalkan insan yang kita sayangi :)

Moga tahun ini & seterusnya dikurniakan hadiah yang lebih indah lagi buat kami ^^ AllahuRobbi.

NaNa=^.^=



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...