Saturday, 31 January 2009

..::Shhhhh vs Pot Pet Pot Pet::..

Setiap masa manusia akan bercakap... Bercakap atau berbual bersama keluarga,kawan-kawan malah ada jugak yang bercakap sorang2... Ada wayar dah short la agaknya tu..

Selagi boleh bercakap rasanya semua akan bersuara... Sedangkan tengah lena dibuai mimpi pon boleh bercakap, tak puas2 lagi... ni kes2 tertentu la...

Tapi, dalam sedar tak sedar kadang2 apa yang terkeluar dari mulut kita ini tidak manis pada pendengaran orang lain.. Ini kerana setiap apa yang kita lakukan ada adabnya, kalau tidak dijaga maka terkesanlah hidup kita ini didunia & lebih-lebih lagi diakhirat... Didunia kita akan debenci oleh orang lain manakala diakhirat bicara yang menyakiti hati orang lain akan menyebabkan kita terseksa kekal abadi didalam neraka... Nauzubillah...


Oleh itu, DIAM adalah penawarnya & juga benteng bagi kita untuk mengelak dari bercakap perkara yng sia-sia...


HIKMAH DIAM:


*Sebagai ibadah tanpa perlu bersusah payah

*Perhiasan tanpa berhias
*Kehebatan tanpa kerajaan
*Benteng tanpa pagar
*Kekayaan tanpa meminta maaf kepada orang lain
*Istirehat bagi kedua malaikat pencatat amal
*Menutup segala aib

Hadith Rasulullah mengenai kelebihan DIAM yang bermaksud:

"Barangsiapa yang banyak perkataannya, nescaya banyaklah silapnya. Barangsiapa yang banyak silapnya, nescaya banyaklah dosanya. Barangsiapa yang bayak dosanya, nescaya neraka lebih utama baginya" (Riwayat ABU NAIM)

"Barang siapa yang beriman kepada ALLAH & hari akhirat, maka hendaklah dia berkata baik atau diam" (Riwayat BUKHARI & MUSLIM)

Madah dari BERDIAM:

"Banyak diam tak semestinya bodoh, banyak cakap tak semestinya cerdik, kerana kecerdikan itu buah fikiran, orang cerdik yang pendiam lebih baik dari orang bodoh yang banyak cakap"

"Menasihati orang yang salah, tidak salah.Yang salah memikirkan kesalahan orang lain"

"Kalau orang menghina kita, bukan kita yang terhina, yang sebenarnya orang itu yang menghina dirinya sendiri"

p/s: *Assukut 'alamatur redha*
Terutamanya untuk diri sendiri dan semua baik diam kalau apa yang akan keluar dari mulut kita itu akan menyakiti hati orang lain...kerana lidah manusia lebih tajam dari mata pisau...

"ALLHUMMA INNA NASALUKA LISANAN RATIBAN BIZIKRIKA, WA QALBAN MAF'UMAN BISYUKRIKA, WA BADANAN HAIYANAN LAIYINAN BITO'ATIKA...Amiin.."

Ya ALLAH, kurniakanlah kami lisan yang lembut basah mengingati & menyebutMU, hati yang penuh segar mensyukuri nikmatMu, dan badan yang ringan menyempurnakan ketaatan kepada perintahMU...Amiin...
NaNa(^_^)v

Friday, 30 January 2009

..::Hati Seorang WANITA::..

WANITA... Sering dikaitkan dengan AIR MATA... Mungkin masuk habuk kot mate diorang tuu...huhuhu... Hmm,mungkin tidak...

Hati wanita memang mudah tersentuh... Kalau ade la sesape girls yang boleh bertahan tak menangis berbulan2, apetah lagi bertahun2... Memang hebat... Mabruk NaNa ucapkan...

Siapa yang tahu dalam hati seorang wanita?? ALLAH je yang tahu...
Tapi mungkin apa yang sedikit tercatit dibawah ini boleh dikongsi bersama & membantu untuk kita sama2 memahami
"HATI SEORANG WANITA"

  • SENSITIF - Bukan bermaksud suka merajuk, tapi ingin bermanja dan sedikit perhatian.
  • CEREWET - Bukan bermaksud FUSSY tak tentu hala, kadang ingin lelaki mengikut katanya sekali sekala.
  • HALUS - Ibarat sehelai sutera, halus, mulus, lembut dan mudah tercarik dan koyak. Walaupun seorang Wanita memaafkan seseorang yang lain atas sebab kesalahan. Biasanya Wanita itu akan ingat kesalahan tersebut untuk dijadikan pengajaran dan bukan dendam.
  • IKHLAS - Ikhlas seorang wanita tak perlu diragui.
  • KORBAN - Wanita sanggup berkorban apa sahaja untuk seseorang yang amat disayangi, termasuk ibu bapa, anak-anak dan suami. Wanita amat tabah.
  • PRIHATIN - Sentiasa memerhati sekeliling dalam diam.
  • MANJA - Walaupun dia seorang wanita yang pandai berdikari. Naluri wanita tetap seorang wanita. Suka bermanja bersama insan bernama lelaki, namun juga sesama kaum.
  • EGO - Wanita yang terlalu menyayangi kekasihnya sanggup menolak ketepi egonya apabila bersemuka dengan yang dicintai.
  • CINTA - Cinta pertama bagi wanita adalah yang paling dalam & tulus.
  • SEKS - Seks bukanlah segala2nya bagi wanita kerana wanita diciptakan dengan 9 nafsu dan 1 akal. Nafsu yang banyak dan tidak tertumpu pada 1 sahaja. Lelaki diciptakan dengan 9 akal dan 1 nafsu. Fungsi lelaki adalah untuk membimbing wanita bukan menghanyutkannya..
p/s: Mak ada pesan pada Nana... Jangan mudah percayakan sesiapa... Jangan mudah menerima & memberi...
Untuk semua>> Jagalah hati masing-masing...

NaNa(^_^)v

Thursday, 29 January 2009

Resipi 2 : Pancake




Bahan-bahan


1 cawan tepunggandum(diayak)
1 sudu kecil baking powder
1sudu besar gula kastor
2 biji telur(telur kuning & putih diasingkan)
1 cawan susu segar




Cara-cara:
1. Campur tepung, baking powder & gula dalam satu mangkuk...

2. Pukul telur kuning & susu segar dalam satu mangkuk asing...

3. Masukkan adunan telur kedalam bahan kering tadi...


4. Dalam mangkuk asing pukul telur putih & secubit garam sehingga kembang... Kemudian. masukkan kedalam adunan tadi dan kacau sehingga sebati...


5. Panaskan kuali dengan sedikit butter... Tuangkan satu senduk adunan kedalam kuali(tidak perlu meratakan adunan didalam kuali)


6. Alihkan pancake supaya masak kedua2 belah... Pastikan kuali tidak terlalu panas atau pancake akan rentung..hehehe...


7. Hidangkan didalam piring... Boleh dimakan dengan honey,coklat & sewatu dengannya(ikut selera korang la)


p/s: Air tangan K'NiNa


NaNa(^_^)v

Resipi 1 : Puding Jagung




Simple & easy... korang try la...





Bahan-bahan

Tepung castard 1 cawan
Tepung jagung 1 cawan
Gula 2 cawan atau 1 1/2 cawan(ikut selera masing2)
Susu 2 cawan
Air 4 cawan
Jagung(guna jagung yang dalam tin je)




Cara-cara:

1.Campurkan semua bahan diatas didalam periuk...

2.Kacau bahan2 didalam periuk tadi diatas api yang sederhana sehingga pekat & likat... Kacau jangan tak kacau...

3.Agak2 dah pekat, masukkan jagung sebanyak mane yang korang suke...


4.Tuangkan adunan tadi didalam bekas pilihan korang sendiri... Biarkan sejuk & boleh dihidangkan mengikut kreativiti korang...=)


p/s: Air tangan NaNa


NaNa(^_^)v

Wednesday, 28 January 2009

~HoM3 nOt @LoN3~

Hari ni seharian dok kat rumah...
Malam ni beramai2 kitorang layan tengok cite... Rasenye tak terlambat nak share ngan korang... Tak dapat dikenal pasti cerita ni ditayangkan bile dan disaluran tv mane... Mengikut sumber iaitu Luckylia(bukan nama sebenar)yg xberape nak ingat,mengikt kate beliau mungkin cite ni ditayang masa Raya Aidil Adha 2008... Pelakon terdiri drpd Anak Pak Zain,Abg Fahrin,Bok Miah Niyang Rapik & ramai lagi...


Mungkin kitorang diantara yang terlambat menonton cerita ni "TETAMU ALLAH"...
Tapi xpe... Dah selesai pon tengok.. Tertumpah gak air mate tengok anak Pak Zain ni berlakon... Hmm...meremang gak bile tengok cite ni...

Bile tengok cerita macam ni... Dapat gak ingatkan diri sendiri... Nak dikira amalan yang ade.. Ishk,rase xlayak nak cium bau syurga... Tapi siapa la kite nak tentukan itu sume...

Bertuahnya kita yang keluar dari rahim ibu sudah bergelar islam... Untungnya kita masih lagi hidup dalam iman... Alhamdulillah... Indahnya ISLAM...

Awalan,peringatan untuk diri sendiri & untuk semua juga... Marilah sama2 ISLAH diri menjadi yang terbaik... Ingat mengingati sesame kite okeh...


"ISLAM IS THE WAY OF LIFE"
NaNa(^_^)v

Monday, 26 January 2009

..::RuM@h Ku D!S3RbU...z!@r@h m3nZ!@r@h!::..

Alhamdulillah... Hari ni Kak Linda dah abes exam... Mudah2an kami sama2 dapat natijah yang cemerlang...amiin.. Dah abes exam...So,dah bole la kitorang enjoy sikit... Walaupon Nana selalu je mengganggu gugat ketenteraman die tok study... Mahap ye Kak Linda....

Hari ni ramai yang datang berkunjung... Seronok sangat... Qila,Kak Yah,Kak Juju.. Sepesel sekali Munah(Zima) n Mama(Zue) tp Yun xpat datang kerana ade musykilah sket.. Dah lame xjumpe diorang... Dah lame xgebang2... Ye la,masing2 sibuk ngan hal masing2... tusyen la,menghafal tok exam la,kelas ngaji & xdilupakan kelas dipejabat a.k.a CC,hehehehe...

Langkah kanan tetamu2 kami... Ni je la yang kami dapat hidangkan... Resepi terbaru dari Chef Nina... "Kuih apam putih telur"








Sempena musim sejuk... Strawbery menjadi menu hidangan kami tok tetamu gak..hehehe....










Seronok sangat... Bila kumpul same2... Macam2 cerita... Ketawa sama2... Berkongsi cerita... Mane nak dpt sume ni kalau hidup sorang2 kan???

Bak kate pepatah"BerCINTA biar satu,BerKAWAN biar beribu"...
because
"FREINDS can't never hurt you"...

Kalau orang putus cinta... Rase dah tak serasi... Terus mintak putus... Senang je kan... Walaupon keciwa,sakit merana... Tapi mungkin satu hari nanti bole dapat yang lain...
Tapi kan, sanggup ke kite putus kawan?? Mane nak cari kawan yang kita penah sama2 kongsi suka duka?? hmmm... Jawab la sendiri yer...


TO ALL MY FREINDS...
"OUR RELATIONSHIP IS VERY VALUABLE IN MY LIFE... UKHWAH FILLAH ABADAN ABADAA...INSYAALLAH..."


NaNa(^_^)v

Saturday, 24 January 2009

@kSi b3RaNi m@t!??

Assalamualaikum... 


"Dont do this anywhere...iLLa fi MISR" Macam gempak je kan...


Petang yang tenang & cuaca yang baik... Kitorang jalan2 hilangkan tensen... Mencari ketenangan la konon... Ni la gambar yang sempat kitorg snap... Sebelum ketapi lalu,kitorg posing la dulu...


Jangan pelik,jangan risau... Kitorang xkena tahan ngan polis pon... Apetah lagi nak kena denda... Pagar pon xde untuk menahan kami dari melintas landasan ketapi ni,ape lagi singboard...huhuhu... Jejantas?? Kitorang ni xikut qarar lalu lintas ke?? Eh,xnampak pon jejantas... Memang la jejantas xde,kalau ada kitorang xde la nak wat aksi macam ni... Sape kate xde jejantas?? Ada la...tp kat kawasan kitorang ni xde... Kalau ada pon,nak ke diorang ni melintas guna jejantas??

Ni la keadaan kat Mesir... Dah menjadi kebiasaan orang Mesir dan kami,ikut je la... Malaysia boleh,Mesir asal boleh... Memang bahaya kan??... Pandai2 kitorg la nak melintas... Xkan berani nak lintas time ketapi ngah lalu plak kan...huhuhu...







video

Ni video yang sempat kami record... Dah nak maghrib masa ni,on the way nak balik rumah... Alhamdulillah,sependek kami record video ni,tiada insiden yang tidak diingini berlaku... Korang tengok la sendiri,Kalau korang ada berani??hehehe...


NaNa(^_^)v

Thursday, 22 January 2009

M@k p3S@n...M@k !nG@tK@n


"Hidup ini tak selalu indah...kita diuji dengan pelbagai rintangan dan cubaan.kadang2 kita jadi tak keruan tapi bila kita memandang segalanya dari Allah..maka damailah hati ini..betul tak..??tapi percaya tak..kadang2 kita sengaja nak lupakan yang semuanya dari Allah...sebab tu kita menangis dan menyesali dengan apa yang berlaku..."

Mak pesan...
Utamakan & tumpukan pada pelajaran...

Mak ingatkan...

Belajar dari kesilapan...

Mak pesan...

Untuk redha terima segala ujian...

Mak ingatkan...
Jangan terlalu ikut perasaan...

Mak pesan...
Supaya jadi anak solehah...

Mak ingatkan...
Semua yang berlaku atas kuasa ALLAH...

Mak pesan...
Apa-apa yang berlaku semua ada hikmah...

Mak ingatkan...
ALLAH lebih mengetahui apa yang terbaik untuk hambaNYA yang lemah...

THANKS MAK...LOVE & MISS U SO MUCH...

p/s : Mak ingatkan gak...Mak,bapak,lia,akim n sume family sayangkan nana...
Alaa...winduuuunyeee..huhuhu...nak balik...

NaNa(^_^)v

Thursday, 15 January 2009

~ImTiHaN kEmBaLi(FaSa 1)~

SoBaHul KhaIr...GoOd MoRnInG...SeLaMaT PaGi warga Mesir & Malaysia

Dah pagi buta..Nunu xtitow ag...K'Linda n K'Nina dah selamat bermimpi agaknye...huhuhu...

Hmm...Nunu dah abes exam da...ye la,owg repeat paper...tok fasa ni 1 paper jer...so merdeka awal la...
12/1/2009-Alhamdulillah,'tawakkaltu alaALLAH'..selesai paper ADAB ISLAM & UMAWI ...Harap2 Dokter Abid bagi najah kali ni,amiin...
Xmo dah repeat2..huhuhu...Pas ni nak ala tul...Doakan Nunu ey...hukhukhuk..

Ni la suasana dewan peksa kitorg...peksa kat kaki lima je...untung nasib dapat la peksa kat dalam kelas...Kwn2 yg kat malaysia tu patut rasa bertuah sangat coz dpt peksa kat dlm dewan ade aircond lagi...tp kitorg kat cni lagi best,xpasang aircond pon ade aircond semulajadi,almaklumlah musim sejuk dah tiba...lagi power..hehehehe..bertuahnya kami kat cni...Alhamdulillah....

Doakan la kejayaan kami kat sini yer...Mudah2an keberkatan ilmu yang kami kutip di bumi yg penuh barakah ni dapat kami bawa pulang ke tanah air...insyaALLAH....

Kpd kawan2 yg bz nak imtihan..khususan ila>>

Husnul my best best freind,Kak Linda selaku ahli bait,jangan tensen2 okeh...buat sehabis baik...jangan nak tidoq dalam lihaf jer = la ngan budak baik ni...hehehe...

Ok..maa's salamah...Daa~~

NaNa(^_^)v

Wednesday, 14 January 2009

LaU SaMaH...TeStiNg..TesTiNg...1..2...3..

Testing2..Huhuhu....akhirnya,berjaye jugak nunu wat blog ni....Walaupon cincai2 jer...ade hasil gak la kan...

Kepada mereka2 yang terpilih...SELAMAT DATANG...AHLAN WASAHLAN...WELCOME TO NuNu's Blog...

Terutama kepada Lia,selaku pemaksa untuk nunu creat blog ni..ekekeke..wateber la,nunu wat gak...Bole gak share pape yang patot ngan korang kat sini kan...ok...Daa~~

NaNa(^_^)v

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...