Thursday 22 May 2014

-Part 1- PERSEDIAAN MENYAMBUT NEWBORN | Pertama kali shopping untuk baby!

...السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
 ♥بسم الله الرحمن الرحيم♥

Alhamdulillah, hari ni berkesempatan untuk update entry lagi!
Rasanya blog ni bakal menjadi blog Mak² =.='
Almaklumlah, sejak dari awal sah bertukar status 'isteri' secara automatik En Suami melantik saya menjadi suri rumah sepenuh masa, jadi tentulah cerita masak², anak². Nasib la duduk rumah taman, kalau duduk kampung kompem cerita pasal kebun, pokok bunga bagai.

Ok la, entry kali ni nak share PERSEDIAAN MENYAMBUT NEWBORN! Memandangkan ini anak sulong kami, maka banyaklah peruntukan yang perlu dikeluarkan untuk si sulong kami ni. Walaubagaimanapun, saya selaku Mama haruslah bijak untuk memilih barangan bayi, sama ada perlu @ hanya sekadar kehendak semata. Ya! kehendak tu kadang kala melampau tapi saya cuba kawal, eh terpaksa kawal! hahaa...

Seronok shopping barang² baby ni. Semua cute miut! Jadi untuk langkah berjaga sebelum rambang mata, sebelum tangan ni main kaut sesedap rasa, maka saya sediakan list barang² baby!

Pertama kali shopping barang² baby ketika kandungan masuk 25 minggu dan  kebetulan ada Mom & Baby Expo di Mid Valley 16-18 May! Eh, bukan kebetulan sebenarnya memang dah ditunggu² pon Expo tu, hehehe.. Jadi nak tak nak En Suami melayan juga Mama yang syok sangat nak shopping barang² baby, Kalau tak nanti muncung Mama boleh sangkut hanger! hahaa..

Hari ke-2 Expo seawal jam 9am kami dah bertolak ke Mid Valley & sampai lebih kurang 10min sebelum Expo bermula. Bukan apa, nak berebut parking tu yang seksa! Sebenarnya hari pertama Expo kami dah pergi dan tiba lebih kurang jam 11am tapi pulang ke rumah semula dengan kiciwa sebab parking full!

2 jam jugak berjalan dalam Expo, itu pon tak semua booth saya singgah. Sampai En Suami demam² teman mama shopping. En Suami sempat jugak perli, selalu kalau berjalan 1 jam dah penat, shopping untuk anak 2 jam pon steady je! hahahaa.. 

Saya dahulukan barang² baby yang perlu di bawa ke Hospital nanti. Untuk kali ni berabis RM256 tunaaaiiiiiii! Itu pon ada beberapa item yang tak sempat nak cari. Biasalah Expo tentulah seramai² umat yang datang berkunjung, masing² dengan misi untuk shopping barang anak²

3 bag je dah beratus hengget =.='  Nasib dapat bag cecomey :D

 Inilah hasil shopping barang baby untuk kali ni! Nampak gaya  barang2 ni sesuai untuk baby boy ke baby girl? kami pon surprise sebab tak tahu gender baby lagi..hehee.. so pilih yang yang sesuai untuk boy & girl  je la :)

1. Receiving hooded blanket : RM 10/pcs  
 Barang riject tapi tak nampak pon apa yang rosak, koyak etc.

2. Diapex : RM 48/2 pack  
Ekceli tak tengok pon review Diapex ni, sebenarnya aim Petpet atau Drypers. Tapi disebabkan dah penat & tak larat, nampak booth Diapex ni terus beli je. Dah tak mampu nak dengar salesgirl tu berceloteh! hahaa. Dapat freegift2 pant diapex jugak. Alhamdulillah, balik rumah baca review di blog & tanya sepupu majoriti kata ok!

3. Wet tissue : RM10/pack
Wet tissue saya ambik 2 pack! saje la ambik lebih rasa wet tissue ni basi kot..>.<

4. Ditergan : RM 21
Hmm.. ni pon termasuk dalam list & kebetulan di booth Pureen ada jual & bau nya pon soft je... 

5. Towel : RM 15
Saya beli 2 towel yang berbeza jenis fabriknya dan fabrik yang saya tak puas hati ialah towel yang bunga² tu(RM 12), sebab fabrik die berbulu² tertanggal =.=' sobsss. Next time kena lebih berhati untuk pilih

6. Pakaian : RM15-RM20
Saya beli 7 helai dulu, ada newborn size 12 & ada juga size 14. Romper saya beli 2 untuk size newborn.

7. Mitten & Booties : RM5/pcs
Beli 2 pasang je dulu. Tunggu next shopping kita borong lagi!

 Mama nak tunggu settle shopping pakaian baby baru basuh semua sekaligus ^^

Ok, untuk Checklist barang² baby, barang² Mama, keperluan berpantang,  etc saya akan share kemudian! Sebab nak tengok & semak sendiri keperluan dalam checklist saya nanti sama ada perlu atau tak sebab checklist yang saya buat pon saya bertanya pada saudara mara, kawan² & juga bacaan dari blogger² yang sudah berpengalaman.

Kepada mama² blogger yang sudi baca entry ni, sudi²lah share pengalaman korang untuk sambut anak pertama :)

p/s : InsyaAllah, next Mom & Baby Expo bulan Jun menanti! hahaha.. nampak tak Mama ni excited sangaaaat!!!!

NaNa=^_^=

Thursday 15 May 2014

Cerita Mama To Be!

...السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
 ♥بسم الله الرحمن الرحيم♥

Ya Allah!! lama sungguh tak jengah blog ni weeeeh >.<
Hampir 5 bulan dah blog terbengkalai, kasihaaaan.

Alhamdulillah, hari ni dengan gumbiranya nak update entry.
Mungkin entry untuk bacaan sendiri kerana ku sedar blog ini memang lah blog syiok sendiri. hahaaa!

Alhamdulillah, sudah masuk bulan ke-6 bergelar seorang isteri kepada En Suami.

Alhamdulillah jutaan syukur juga atas kurniaan rezeki dari Allah kepada kami suami isteri yang juga bakal bergelar "Mama & Ayah" beberapa bulan lagi. InsyaAllah.

SubhanAllah, rasa macam tak percaya sedang membawa satu nyawa didalam rahim sendiri *sambil usap2 perot muahaha..

Mungkin sebelum ni sibuk google movie, resepi, etc tapi sekarang mula la menggoogle dan like segala macam page berkaitan baby! Alhamdulillah, untuk tempoh sekarang kandungan saya dalam keadaan sihat & baik. Mudahan semuanya baik belaka sehingga selamat bersalin nanti.

Pengalaman Mengandung Anak Pertama

Punya la tak sabar nak kongsi pengalaman kan, hahaa! Ekceli tak tahu nak update apa =.='
Jadi mungkin dengan perkongsian pengalaman ni dapat la berkongsi cerita dengan bakal²  pengantin, bakal² ibu juga sewaktu dengannya (yang sudi membaca entry ni la) hehee!


1. Morning Sickness / Alahan

Bahagian masing², Alhamdulillah saya tak diuji dengan "morning sickness" ketika awal mengandung malah lebih solerooo makan, maka badan pon bertambah la bam². Aktiviti memasak, membasuh, mengemas semua dapat saya lakukan dengan jayanya! Cuma memang cepat letih, jadi memandangkan kerjaya saya suri rumah sepenuh masa maka boleh lah berehat atau melayan mata bila dah selesai semua atau buat separuh jalan, rehat & kemudian sambung semula :D

2. Mengidam

Cerita bab mengidam, mungkin la mengidam ke napsu makan yang tak terkawal?? haha..
Entry sebelum ni ada saya selitkan gambar Burger Bakar Abg Burn, haa itu lah makanan pertama yang saya ngidam, dapat sekali terus tak mintak lagi. Kebanyakan makanan yang saya teringin makan biasanya cukup sekali dapat, lepas tu tak nak dah! hahaa. Lepas tu ada la ngidam Pau Kacang Merah, Nasi Goreng Kampung, kek etc. Part Nasi Goreng Kampung ni banyak kali saya request, sampai rasa tekak tu dapat citarasa yang di ngidamkan..hahaa.. ngade sungguh!

3. Seri Ibu Mengandung

Ada orang kata ibu mengandung ni berseri wajahnya tapi berlainan pula dengan saya, jerawat membiak seperti cendawan tumbuh lepas hujan! Ada yang kata pembawakan budak la, hormon orang mengandung la, mungkin mengandung baby boy etc. Takpe lah anak, demimu Mama rela walopon Mama somot somel sekarang ni.. hehee!

Sebarang produk kecantikan saya hentikan seperti ubat jerawat & krim malam sebab ada terbaca entry tentang bahaya penggunaan produk kecantikan ketika hamil. Saya cuma cuci muka, kadang scrub guna tomato+gula & buat masker telur.

4. Perangai Pelik Ibu Mengandung

Perangai pelik semasa mengandung?? Hmm, biasalah perempuan itu memang sifatnya sensitif lagi la bila dalam keadaan berbadan dua ni. Mula la nak perhatian lebih sikit kan kalau tak muncung tu boleh sangkut hanger. Disinilah peranan sang suami ye, kena banyak bersabar melayan kerenah isteri. Alhamdulillah, En Suami sangat bersabar & selalu nasihat supaya saya lebih tenang & bersikap lebih rasional bukannya emosional. Walopon selalunya terlebih emo je! sabor jelah >.<

5. Penjagaan Kesihatan

- Minyak zaitun
- Pil Asid Folic(awal mengandung)
- Pil Obimin dari KK
- Pil Multi Vitamin(GNC)
- Propolis
- Susu segar/ Susu kambing(Hi-Goat)
- Kurma
- Jus buahan

Ini diantara makanan & ubat yang saya ambil dalam tempoh mengandung. Kadang² terskip jugak itu ini, biasalah  kena dipaksa juga Mak Buyung ni! hehee.

Alhamdulillah, Masuk minggu ke 24 sudah 5x check up di klinik semua dalam keadaan baik. Cuma ketika minggu ke-16 saya mengalami penambahan berat badan yang over bila makan tak dicover! Atas nasihat Dokter saya kena check bp, urine & berat 2x seminggu dalam tempoh 2 minggu. Alhamdulillah, semuanya ok & selepas itu saya tak perlu lagi ke klinik untuk check weekly! Yayyy!

Atas nasihat suami, mak, mak mertua(bekas bidan), nurse etc saya perlu mengawal pengambilan beberapa jenis makanan. Perlu lebihkan makan sayur la senang cerita, banyak minum air masak, kurangkan makanan manis, masin & berlemak  OK! hahaa..

6. Senaman Ibu Mengandung

Fuuuh! ini juga atas dorongan & nasihat En Suami yang bersabar dengan kerenah isterinya yang kurang rajin bersenam.. uwaaa!

Masuk minggu ke-18 saya mula belajar berenang! Kebetulan adik ipar saya pernah masuk kelas renang & dengan sukarela dia menawarkan diri untuk mengajar saya berenang. Berenang?? Ya, saya adalah seorang yang jarang bermain dengan air apatah lagi berenang =.='

Oh! dalam tempoh 3 hari saya hanya belajar apung sahaja, kemudian belajar menggerakkan kaki & tangan. Alhamdulillah berkat kesabaran Cikgu Mak Lang Ct saya berjaya berenang² ketepian dan kemudian ketengah2 kolam dan akhirnya dapat berenang dari tebing ke tebing. Cukup seminggu Ct dah mula tinggalkan saya berenang sendirian untuk lebih tenang & fokus. Alhamdulillah!

Sesekali ikut Encik Suami ke gym, buat senaman yang melibatkan kaki. treadmill etc.

7. Persiapan mental & fizikal

Seperti ibu mengandung yang lain saya juga kadang kala berasa risau & bimbang untuk menanti saat melahirkan bayi pertama kami. Selalu bertanya & minta nasihat daripada ahli keluarga, kawan² & baca di blog/page tentang pengalaman melahirkan anak pertama. Selain itu, banyakkan berdoa, istighfar, selawat & membaca al-quran (kadang² buat salah satu atau mana yang mampu).

Alhamdulillah, masuk bulan ke 5 saya sudah mula rasa pergerakan fetus. SubahanAllah, memang rasa tak sabar nak pelok & gomol anak ni >.<

Ok la, cukup la serba sedikit pengalaman yang dapat dikongsikan! InsyaAllah, next entry kalau berkesempatan saya kongsikan pulak persiapan untuk menyambut 'anugerah terindah' kami ini :)

p/s: Teja dah selamat beranak 10 April 2014! kemain 6 ekor gebus2. Jebat & Lolo semakin membesar dengan jayanya. Tuah?? Tuah sentiasa dihati, Tuah sentiasa dirindui, Tuah kita hanya dapat bertemu dalam mimpi T___T


NaNa=^.^=




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...