Wednesday 30 May 2012

#WordlessWednesday 8 : Next Paper, Nusus Hadith

...السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
 ♥بسم الله الرحمن الرحيم♥


p/s: Ya Allah, lapangkanlah & tenangkanlah hati kami. Berilah kemudahan kepada kami untuk menjawab setiap soalan imtihan. Sesungguhnya kami berserah kepada Engkau dengan apa yang telah kami pelajari. Kembalikanlah ia sekiranya kami berhajati padanya & janganlah melupainya... Ameen Ya Rabb~

NaNa=^.^=

Tuesday 29 May 2012

Resipi 10: Bingka Carrot

...السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
 ♥بسم الله الرحمن الرحيم♥

Bingka Carrot paling simple


Bahan-bahan:

1 kg Carrot/lobak merah
1 cawan Susu/santan 
1 cawan Minyak 
2 cawan Tepung gandum 
1 cawan Gula
1 biji Telur 

Cara-Cara:

1. Bersihkan carrot & potong kecil-kecil, kemudian rebus sehingga empuk.

2. Sementara itu, didalam satu bekas pukul telur & gula sampai kembang/berbuih.(blender pon boleh)

3. Kemudian carrot yang sudah empuk di kisar bersama minyak & susu.

4. Masukkan carrot+minyak+susu yang sudah dikisar sebati ke dalam bekas telur+gula tadi, kemudian gaul sebati.

5. Masukkan tepung sedikit demi sedikit dan kemudian gaul sebati.

6. Lenserkan loyang dengan minyak dan tuangkan bancuhan tadi.

7. Bakar didalam oven(dipanaskan dulu) lebih kurang 1jam atau sehingga masak.

8. Biarkan sejuk terlebih dahulu, kemudian potong & sedia dihidangkan.

Selamat mencuba & selamat menjamu selera :)

p/s: 1st time cuba dan alhamdulillah menjadi!

NaNa=^.^=

Monday 28 May 2012

Berubah itu mudah, ISTIQAMAH itu payah

...السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
  ♥بسم الله الرحمن الرحيم♥

Berubah itu mudah, ISTIQAMAH itu payah.
Saya agak setuju dengan quote di atas. Memang berubah tu mudah tapi untuk istiqamah dengan perubahan itu perlukan mujahadah!
"Change is for everyone but only strong can accept the change" 
Bila disemak-semak semula senarai amalan harian sendiri banyak yang kurang. Memang, iman itu yazid wa yanqus. Tapi pernah dengar kan biasa orang kata "Moga hari ini lebih baik dari semalam", sebab itulah kita perlu ada niat & azam untuk berubah ke arah yang lebih baik!

Panggilan Rindu

Tetiba datang zuk nak menaip bila dapat panggilan daripada Syeikh 'Ala. Hampir setengah jam dapat dengar alunan-alunan qasidah, zikir-zikir & doa(cecepat aminkan). Syeikh 'Ala memang rajin telefon(conference) pelajar-pelajar yang mengikuti kelas beliau(walaupun skip-skip macam saya) untuk berkongsi pengisian dalam majlis ilmu, bacaan qasidah dan sebagainya. Moga Allah memberkati & limpahkan rahmatNya keatas Syeikh 'Ala juga semua 'alim ulama & para masyaeikh, ameen.

Teringat pesan seorang Ustazah ketika zaman sekolah dulu :
"Awak rebutlah peluang sekarang dengan banyakkan amal ibadah, bangun malam. Bukan apa, bila sudah berkahwin risau kita dah kurang masa untuk semua tu, mesti awak rindu" .  
Entah, saya belum berkahwin tak tahu nak komen lebih-lebih. Tapi insyaAllah dalam perkahwinan pun kita dapat kutip banyak pahala, berhias santek-santek untuk suami pon boleh dapat pahala. Heh!

Teringat juga pesan lagi seorang Ustazah:
"Awak sekarang ni pihak sekolah sudah sediakan jadual lengkap dari pagi sampai malam. Nak tak nak awak semua kena ikut, solat jemaah awal waktu, mathurat, prep, qiam bla bla bla. Awak kena tahu bahawa awak ni beruntung sebab ada kami cikgu-cikgu yang nak tegur, ada jadual yang sekolah dah sediakan. Nanti awak dah masuk universiti, dah hidup sendiri pandai-pandai la awak atur jadual sendiri." 
Betul lah cakap Ustazah tu, dan itu lah sebabnya penting untuk kita mencari sahabat yang boleh mendorong kita untuk melakukan kebaikan. Alhamdulillah, kawan-kawan saya semua baik-baik belaka. Kalau kita lupa mereka ada ingatkan, kalau mereka lupa kita tolong-tolong ingatkan.

Ini antara senarai yang bagi saya perlu untuk dilakukan dengan istiqamah(untuk diri sendiri terutamanya,walaupun payah kena mujahadah) :
Solat Awal Waktu. 
Nampak mudah, tapi biasa lepas dengar azan kita kat mana?

Mengaji Al-Quran. 
Nampak mudah, tapi dalam sehari kita mengaji berapa muka?

Solat Dhuha-Taubat-Hajat-Tahajjud. 
Nampak mudah, tapi berapa banyak ruang waktu kita ambil untuk semua tu?

Majlis Ilmu. 
Nampak mudah, tapi bila datang malas & macam-macam alasan yang entah apa-apa tak kemana la jawabnya.

Lazimi zikrullah. 
Nampak mudah, tapi apa yang selalu ada dalam fikiran, lisan & hati kita?

Ini semua saya tuju untuk diri sendiri, memang banyak amalan yang kadang-kadang mudah je tapi itu pon tak mampu nak istiqamah. Sedih kan?

p/s: Bismillahi tawakkaltu 'ala Allah untuk madah Al-Quran. Moga Allah bantu untuk next paper, Nusus Hadith(Moden).

NaNa=^.^=

Friday 25 May 2012

Selamat Ulang Tahun Kelahiran Emak

...السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
 ♥بسم الله الرحمن الرحيم♥

Debaran kian terasa, imtihan semakin menghampiri. Buat kawan-kawan yang bakal masuk ke dewan imtihan esok, Bittaufiq Wan Najah!

InsyaAllah, hari ahad giliran saya menyusul. Entah kenapa hari ni rasa sebak, sedih, mengada-ngada semacam. Ye, hari ni hari jadi Mak.
Selamat Ulang Tahun Kelahiran Mak, semoga mak sentiasa dalam jagaan, rahmat & redha Allah. Love n Miss u Lillah...
Ini je mesej ringkas dari anak Mak yang jauh di mata. Pada awalnya tak nak telefon, konon takut menangis beria-ia. Tapi tak tahan, telefon jugak. Mak tengah duduk santai-santai sambil tengok hadiah 'frame gambar family' yang Lucky Lia bagi. Bapak tengah masak ikan ape ntah, masak kari katanya. Malam nanti berkumpul la semua untuk makan sama-sama. Kira-kira, malas lah nak kira, entah dah berapa tahun saya tak merasa untuk sambut hari jadi Mak. Sedih. Nangis.

sengaja diBLURkan, sekian.

Berderai lah air mata,  bercampur perasaan yang risau+takut nak menghadapi imtihan dan rindu yang tak tertahan. Mak macam biasa rileks & cool. Saya tak habis-habis suruh mak doakan, padahal dah tahu Mak tu sentiasa mendoakan anak-anak dia. Lagi satu tak habis-habis 'Mak,takut nak pekse, banyak lagi tak baca bla bla bla'. Perangai je kan.
Minta apa sahaja kepada Allah. Kan awak dah usaha, berserah je. InsyaAllah mudah-mudahan Allah permudahkan.
Ya Allah permudahkan lah anak ku untuk menjawab & moga kami dapat berkumpul semula seperti sediakala.
Itu pesan & doa Mak, moga Allah makbulkan.

Mohon juga maaf & doa dari Bapak. Nak merengek lebih-lebih memang tak la. Malu, Hahaa..

Ok, ada masa lagi ni, tenang-tenang.. Allah ada bersama, insyaAllah Allah bantu :)

Mohon doa dari semua yang datang singgah ke sini ya! Jazakumullahu khairan kathira :)

p/s: Sebelum terlupa, Alhamdulillah, si Putih isteri kedua si Tuah tu selamat dah beranak, 5 ekor baby! Kemain la Tuah, dah 10 ekor anak dia. Tuan dia ni je ha tak abes-abes sekolah lagi :P

NaNa=^.^=

Wednesday 23 May 2012

Spring Break 2012 | SIWA

...السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
 ♥بسم الله الرحمن الرحيم♥

06 Mac & 07 Mac 2012, trip to Siwa.
Agak terlambat untuk saya berkongsi gambar-gambar ketika bercuti selepas imtihan fasa 1 yang lalu. Sekarang pon dah masuk musim panas/ syaif/ summer. Tunggu la selepas imtihan fasa 2 nanti, Summer Break!

Untuk trip ke Siwa ini, bergabung 3 negara serumpun, Indonesia+Malaysia+Singapura. Best!

Bismillah, bermula perjalanan menyulusuri padang pasir!



 Siwa Safari Desert terbaek! Rasa macam main roller coester~


Sampai terbenam tayar!

Santai-santai


Gelongsor Padang Pasir terbaek!

Amu Arab sempat layan syai/teh

Di Jabal Dakrur

Indonesia+Singapura+Malaysia+Mesir

Kalau nak tengok banyak lagi, jangan malu jangan segan sila lah klik :  
Spring Break 2012| Siwa

p/s: Penat menghafal.... Jalan-jalan & update blog jap :P.

NaNa=^.^=

#WordlessWednesday 7 : Jami'ah Al-Azhar, Iskandariah

...السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
♥بسم الله الرحمن الرحيم♥
p/s: Imtihan 27 Mei -21 Jun, doakan saya!

NaNa=^.^=

Tuesday 22 May 2012

Matlamat PERKAHWINAN

...السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
 ♥بسم الله الرحمن الرحيم♥

-Sekadar Hiasan - Tuah & Princess dah kawen! Yay! :P

Fitrah manusia diciptakan ingin mencintai & dicintai. Firman Allah didalam kitab suci Al-Quran juga telah membuktikan bahawa setiap makhluk yang diciptakan adalah berpasang-pasangan. Antaranya firman Allah yang bermaksud:
 “Dan segala sesuatu kami ciptakan berpasang-pasangan supaya kamu mengingat kebesaran Allah.” (QS. Adz Dzariyat: 49) 
 “Maha Suci Tuhan yang Telah menciptakan pasangan-pasangan semuanya, baik dari apa yang ditumbuhkan oleh bumi dan dari diri mereka atau pun dari apa yang tidak mereka ketahui.” (QS. Yaasiin: 36). 
 Didalam Hadith Rasulullah SollAllahu 'Alaihi Wassalam juga ada menegaskan & menyarankan bagi mereka yang berkemampuan agar bernikah. Antara sabda Baginda yang bermaksud :
Rasulullah SAW pernah mengingatkan sesiapa yang berkemampuan tetapi enggan untuk berkahwin melalui sabdanya, "Kamu berkata begitu, ingatlah demi Allah sesungguhnya aku adalah orang yang paling takut kepada Allah dan yang paling taqwa kepada-Nya, tetapi aku berpuasa dan kadangkala tidak berpuasa; aku sembahyang dan aku tidur; dan juga kahwin dengan perempuan. Barangsiapa tidak suka dengan sunnahku, dia bukanlah pengikutku".
Sabda Rasulullah SAW dalam hadisnya lagi yang bermaksud, "Kahwinilah wanita itu kerana empat perkara, kerana hartanya, kerana keturunannya, kerana kecantikan dan kerana agamanya. Pilihlah wanita yang beragama, engkau akan selamat".
Suka saya berkongsi beberapa Retweet yang sangat simple tapi memberi kesan kepada diri agar lebih berhati-hati & menjaga niat supaya perkahwinan kita kelak lebih diberkati.

Jika asas perkahwinan adalah kerana KEPUASAN NAFSU, maka pasangan akan selalu bertengkar jika suasana di bilik tidur tidak memuaskan.

Jika asas perkahwinan kerana ANAK, maka pasangan akan mencari alasan untuk pergi jika anak tidak hadir.

Jika asas perkahwinan adalah kerana HARTA, maka pasangan bakal bercerai jika EKONOMI dalam rumah tangga merudum dan MUFLIS.

Jika asas perkahwinan kerana KECANTIKAN rupa paras, pasangan akan lari apabila rambut beruban, muka kerepot atau badan jadi gendut.

The right one is, jika asas perkahwinan kerana IBADAH KEPADA ALLAH, sesungguhnya Allah itu kekal dan Maha Pemberi Hidup kepada makhluk-Nya.
Sama-sama kita ingatkan diri, bahawa apa sahaja yang hendak kita lakukan perlulah dengan matlamat & niat hanya kerana ALLAH Ta'ala. InsyaAllah. Lebih-lebih lagi berkaitan hal perkahwinan dimana kita akan menjalani kehidupan bersama pasangan sepanjang hayat & insyaAllah hingga ke syurga.

Ini juga salah satu Retweet yang saya rasa mampu membuka mata pasangan/couple muda mudi sekarang agar lebih berhati-hati dengan budaya couple yang menjurus kepada maksiat. Lebih lagi ditujukan khas buat diri sendiri.
Kalau sahabat bangga dengan kekasih kalian yg ternyata mendorong kalian ke lembah maksiat, percayalah kalian sentiasa dalam kecelakaan ALLAH, Stop lah budaya couple yang menjurus pada maksiat dan dosa. Kalau suka terus jumpa wali perempuan tersebut, nyatakan hasrat kalian 
 Sumber tweet2 : Kak Nadhira Hadi

Kami pelajar Malaysia di Mesir sedang menyambut musim Imtihan, ramai kawan-kawan di Malaysia sedang meraikan musim perkahwinan :)

Mabrook untuk kawan-kawan yang bakal atau sudah selamat membina masjid! Moga menjadi keluarga yang sakinah, mawaddah warrahmah :)
“Semoga Allah memberkati kamu dan melimpahkan berkat kepada kamu dan menghimpunkan kamu berdua di dalam kebaikan”:)
Doakan giliran saya pula menyusul!

p/s : Time nak exam buat entry pasal kawen? Oh! One day~ Moga Allah temukan jodohku :P

NaNa=^.^=

Monday 21 May 2012

Bulan Rejab

...السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
  ♥بسم الله الرحمن الرحيم♥

Pejam celik, pejam celik, Alhamdulillah masih celik lagi. Sedar tak sedar, Alhamdulillah masih sedar lagi. Moga kita sentiasa dalam rahmat & redha Allah dalam setiap tarik & hembus nafas dimuka bumi.

Allah~ sekejap rasanya, bulan Rejab sudah kembali. Ini bermakna 2 bulan lagi kita bakal menyambut bulan Ramadhan yang mulia. Sama-samalah kita banyakkan berdoa agar diberi peluang untuk berpuasa di bulan Ramadhan tahun ini.

Ini antara doa yang lazimnya semua umat islam amalkan bila tiba bulan Rejab/Sya'ban :


Antara peristiwa di bulan Rejab :

1. Hijrah Pertama Dalam Islam 

Ada di kalangan sahabat yang mengadu kepada Rasulullah SAW tentang derita yang mereka tanggung apabila pihak Musyrikin Mekah meningkatkan tekanan dan ancaman kepada Baginda dan orang yang beriman. Lalu Rasulullah memerintahkan agar mereka berhijrah ke negeri Habsyah. Tujuan hijrah ini untuk menyelamatkan iman, keselamatan diri dan mencari tapak baru untuk agama Islam berkembang. Di antara yang berhijrah ialah Saidina Othman RA dan Isterinya Roqiah anak Rasulullah dengan jumlah kesemuanya adalah 14 orang. Habsyah dipilih kerana rajanya dikenali dengan sikap terbuka dan bertoleransi.

2. Israk dan Mikraj.

Israk dan Mikraj ertinya Rasulullah SAW dijalankan dari Mekah ke Baitulmaqdis di waktu malam dan diangkat ke langit bertemu Allah SWT dan untuk mengambil kewajipan solat 5 waktu dari Allah SWT. Terdapat khilaf ulamak mengenai tarikh sebenar berlakunya peristiwa ini tetapi jumhur ulamak bersepakat menerima ianya berlaku pada 27 Rejab. Tetapi berlakunya peristiwa itu tidak penting kerana apa yang lebih penting ialah umat Isla wajib meyakini bahawa peristiwa ini adalah benar-benar berlaku ke atas diri Rasulullah SAW berdasarkan dalil qatie dari al quran dan hadis sahih.

3. Peperangan Tabuk.

Peperangan Tabuk berlaku dalam tahun 9 hijrah di satu kawasan bernama Tabuk di utara Semenanjung Arab dengan bala tentera Rasulullah SAW seramai 30,000 orang. Akhirnya peperangan tidak berlaku kerana tentera Rom telah melarikan diri kerana takut dangeru n kepada kekuatan dan kecekalan tentera Islam yang sanggup menghadapi pelbagai cabaran.Ia juga peperangan terakhir yang disaksikan oleh Rasulullah SAW.

 4. Pembebasan Baitul Maqdis.

Baitul Maqdis telah dibuka pada zaman pemerintahan Saidina Umar bin Al Khattab RA. Akibat kelalaian dan perpecahan umat di zaman pemerintahan Abbasiyah,orang kristian(tentera Salib) telah melakukan serangan bertubu-tubi ke atas Baitul Maqdis dan akhirnya berjaya ditawan setelah 500 tahun dikuasai pemerintahan Islam. Tentera Salib telah mendudukinya selama 50 tahun sebelum dibebaskan kembali tentera Islam di bawah panglima perang Salehuddin Al Ayubi yang berjaya ditawan pada hari Jumaat 27 Rejab 583H. Pada tahun 1967/1387H, umat Yahudi pula menawan Baitul Maqdis dan menamakan negara baru mereka dengan nama Israel.

5. Lahirnya Imam Syafie RH

Nama sebenar Imam Syafie ialah Muhammad bin Idris. Beliau lahir di Ghuzah, Palestine pada tahun 150H bersamaan 767M. Merupakan salah seorang daripada imam mazhab yang empat dan Malaysia adalah antara negara yang majoriti mengamalkan mazhab syafie.

Salah satu peninggalan beliau yang amat berharga dan tidak ternilai harganya hingga menjadi rujukan hingga kini ialah Kitab Al Umm.

Amalan Dibulan Rejab :

Satu perkara yang perlu juga dijelaskan ialah tiada amalan khusus dalam bulan Rejab yang diriwayatkan oleh Rasulullah SAW dari hadis-hadis sahih. Amalan tertentu seperti solat sunat Rejab, puasa Rejab dan umrah di bulan Rejab adalah bersandarkan kepada hadis-hadis lemah.

Namun masih banyak lagi amalan sunat secara umum yang masih boleh kita tunaikan di bulan Rejab ini sebagai persediaan menjelang tibanya bulan Ramadhan seperti qimullail, puasa Isnin dan Khamis, tadarus Al Quran dan lain-lain lagi. Memperbanyak puasa sunat amat digalakkan agar tubuh kita tidak terkejut apabila menerima tuntutan ibadah puasa wajib di bulan Ramadhan.

Sumber : http://www.jais.gov.my/index.php?option=com_content&task=view&id=617&Itemid=1
InsyaAllah, moga setiap amalan kita bukanlah terikat semata-mata di bulan-bulan tertentu sahaja, moga istiqamah dengan setiap amalan. Walaupun sedikit tapi berterusan.
p/s : Sekadar menggoogle, itulah kelemahan saya. Sering lupa dengan peristiwa-peristiwa penting dalam Islam. Allahummaghfirli Ya Allah! >.< InsyaAllah, sama-sama kita cuba tingkatkan & luangkan masa untuk mengkaji & menghayati tentang sirah/sejarah Islam.


NaNa=^.^=

Friday 18 May 2012

Nasihat & pesanan "PENAJA"

...السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
 ♥بسم الله الرحمن الرحيم♥

Alhamdulillah, masih diberi kesempatan untuk menghirup udara di hari yang penuh barokah ini. Seperti biasa, saya selalu memilih hari jumaat untuk menghubungi keluarga di Malaysia. Kenapa? Entah, sebab dah terbiasa kot. Saya memang jarang telefon, setakat 1 atau 2 kali seminggu. Emak pon pesan tak perlu selalu-selalu telefon, telefon jika perlu.

 Gambar tahun lepas ketika pulang bercuti

Alhamdulillah, Mak memang motivator & adviser saya yang terbaik!. Saya ni kadang-kadang keras kepala jugak, apa yang mak pesan apa yang mak ingat kan, saya balas dengan "Alaaa, tapi mak......bla bla bla". Macam biasa Mak tak pernah jemu ingatkan, " Nana, cuba cakap InsyaAllah.. Ni alaa, alaa...". Adeh! sentaphatimaknak. Bila saya ucapkan "InsyaAllah, Mak.. Orang cuba", betul! saya rasa lapang untuk terima nasihat & teguran dari Mak. That's why I Love You Mak!

Ingat pesan Mak :

1- Buat apa sahaja niat kerana Allah.
2- Jangan banyak merungut tapi banyak ucapkan Alhamdulillah.
3- Belas kasihan pada kawan-kawan & orang sekeliling.
4- Berjaya, gagal & apa sahaja semua nya dari siapa? dari Allah.
5- Banyak berdoa, minta apa sahaja dari siapa? dari Allah.
Macam biasa la, instinct Mak ni kuat. Dia dapat rasa kalau something tak best pada anak dia ni. Kadang-kadang apa yang Mak pesan tu terkena je pada batang hidung sendiri. Kalau saya mengadu masalah ape-ape pon, Mak tak pernah nak menangkan anak dia ni.

Teringat masa kecik-kecik, masa kat sekolah kawan selalu ejek Bapak saya bela kambing. Bila balik rumah konon-konon  mengadu la, tapi dengan rileks Mak pesan " Tak apa, nana senyap je, nanti diorang pon diam la." Biasa la kita budak-budak kononnya mengharaplah Mak kita backing kita kan..kan..kan... tapi tidak!.

Bila fikir-fikir semula mulia sebenarnya kerja bela kambing tu, Rasulullah pon pengembala kambing. I should be proud lah kan! "Bapak aku bela kambiiiiiiiiiiiiiiiiiiiing weh.... dulu". Tetiba rindu kat 'Ujang', kambing putih gebu yang selalu kena curi dengan anak jiran sebab kecomelannya. Saya memang selalu tunggu masa & suka sangat nak susukan 'Ujang' dengan botol susu, entah tak ingat mana mak dia. Kalau masa tu ada facebook, kompem saya dah creat fanpage untuk dia, macam Tuah sekarang ni. Serius oke!

Haa, tercerita pada Mak pasal kes kena kejar dengan Pemandu Tut Tut, konon juga mengharap Mak akan backing kan.. kan.. tapi " Nana, tak sopan macam tu, tak elok la buat macam tu kat tempat orang. Biar la orang tu marah, Nana tak bole macam tu. Marah tu datang dari siapa?" Dengan kompiden nya saya jawab "Dari Syaitoooooooon". Oh! terima kasih Mak kerana ingatkan anakmu yang kadang-kadang samseng.

Ok, ni part agak tacing. Pesan Mak lagi, "Nana, ada masa telefon la Bapak, Bapak tu rindu nak dengar suara Nana." Agak nak meleleh jugak la cecair di mata ni. Memang jarang telefon Bapak, biasa telefon Mak je, kalau Bapak ada, cakap la sekali. Tapi selalunya telefon Mak, waktu tu Bapak belum balik dari kerja. Kalau telefon Bapak pon cakap tak sampai berapa minit, tanya-tanya khabar, ada masalah atau tak, duit cukup ke tak dan "Ok, baguslah semua ok. Bapak sentiasa doakan kejayaan Nana, jaga diri.  Nah cakap lah dengan Mak.". Lalu telefon pon beralih tangan kepada Mak. Kalau saya cakap " I love you Pak", dengan best bapak jawab "Bapak tahu". Biasa la bapak-bapak kan.

However, i know my Bapak. Dia tak tunjuk, tapi melalui cara dia saya tahu yang dia terlalu mengambil berat tentang anak-anak dia. Bapak selalu akan cium ke dua pipi anak-anak dia hatta dah besar gajah ni pon, perempuan atau lelaki sama sahaja. Dulu masa sekolah malu, tengok bapak-bapak orang lain takde pon buat macam tu. Tapi, itulah tanda kasih Bapak kepada anak-anak dia. Sekarang memang dengan rela serah pipi untuk Bapak cium.

Alhamdulillah, tiada kata yang indah melainkan syukur kepada Allah kerana mengurniakan ibu & bapa seperti mereka. Buat mereka yang tinggal dengan ibu & bapa, ambillah peluang untuk berbakti kepada mereka, kucuplah tangan mereka tanda kasih & cinta. 

Ok, serius saya rindu semua tu. Rindu Mak & Bapak cium kedua pipi saya! Serius oke.
Moga Emak & Bapak sentiasa berada dalam jagaan, rahmat & redha Allah, Ameen Ya Rabb.

Kenapa title post "Nasihat & pesanan dari penaja"? Sudah tentulah kerana Emak & Bapak sayalah penaja saya untuk segalanya, hakikatnya Allah yang mengurniakan segala nikmat buat kami sekeluarga, Alhamdulillah.

p/s : Ok, sambung study jom!

NaNa=^_^=

Wednesday 16 May 2012

16 mei, Senarai Nama Cikgu!

...السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
 ♥بسم الله الرحمن الرحيم♥

" Daripada Abu Hurairah Radhiallahu ‘Anhu katanya, Rasulullah SAW telah bersabda : Jika anak Adam meninggal, maka amalnya terputus kecuali dari tiga perkara, sedekah jariyah (wakaf), ilmu yang bermanfaat, dan anak soleh yang berdoa kepadanya.'' (HR Muslim). 

Senarai nama cikgu-cikgi saya!

Sekolah Tadika(1992-1993)

1. Cikgu Maimon
2. Cikgu Saadiah

Sekolah Rendah (1994-1999)

1. Cikgu Salmi
2. Cikgu Zainab
3. Cikgu Mohd Nor Ahmad
4. Cikgu Ghaliban
5. Cikgu Wasimen
6. Cikgu Hamim
7. CIkgu Othman
8. CIkgu Hamdan
9. Cikgu Azlan
10. Cikgu Rukimin

Sekolah Agama/Petang(1994-1999)

1. Ustazah Ifa
2. Ustazah Maelah
3. Ustaz Haris
4. Ustaz Masiat

Sekolah Menengah(2000-2004)

1. Ustazah Raiezah
2. Teacher Sabariah
3. Ustazah Ramlah
4. Ustazah Hafizah
5. Ustazah Rokiah
6. Ustazah Syikin
7. Ustazah Miskiah
8. Ustazah Suhaila
9. Ustazah Fahriyah

1. Ustaz Muhammad
2. Ustaz Gunawan
3. Ustaz Akbar
4. Ustaz Jumu'ah
5. Ustaz Yusaimi
6. Ustaz Syafie
7. Ustaz Faizal
8. UStaz Aziz
9. Ustaz Sharul
10. Ustaz Nasruddin

Ma'ahad(2005)

1. Ustazah Zanaria
2. Ustazah Siti Noor
3. Teacher Haslinda
4. Ustazah  Diana
5.Ustazah Rabitah
6. Cikgu Rohani
7. Ustazah Ramnah
8. Ustazah Kamaruzzanah

1. Ustaz Idris
2. Ustaz Kamaruddin
3. Ustaz Adam
4. Ustaz Husni
5. Ustaz Zulkifli
6. UstazWahid

Doktor/ Doktorah Al-Azhar(2006-2012)

1. Dr 'Abid
2. Dr Gawad
3. Dr Fathi
4. Dr Mubarak
5. Dr Shahatah
6. Doktorah Wafa'
7. Doktorah Hana'
8. Doktorah Amani
9. Doktorah Iman
10. Doktorah Maha Yusri
11. Doktorah Haiyam
12. Doktorah Hanan


Serius ada yang saya dah lupa, maaf! memori tak mampu nak ingat semua. Kalau saya ingat saya nak update semula!

Semoga kalian para pendidik yang mulia sentiasa dalam rahmat & redha Allah & mendapat barakah :)

Terima kasih cikgu atas jasa bakti kalian,
Terima Kasih juga kepada cikgu tusyen, kawan-kawan yang sudi tolong ajar saya, dan sewaktu dengannya...
Semoga Allah membalas dengan kebaikan yang banyak~

p/s: rinduuuu zaman sekolah kan? kan? kan? tapi pekse xmo! hahaa :P

NaNa =^_^=


Tuesday 15 May 2012

15 Mei, Nakbah Palestine.

...السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
 ♥بسم الله الرحمن الرحيم♥

Do you know why 15th May is so significant to all muslims? Do u even care?

Serius saya tersentap dengan soalan tersebut, cecepat saya menggoogle. Oh! i've never known before, today is Nakbah Day! =.='

Alhamdulillah, hari ini dapat maklumat baru yang saya rasa  perlu kita sebagai umat islam mengambil berat tentang perihal ummat Islam dinegara lain terutama di Palestine.
Gambar yang saya guna tak ada disini.

Bermula semalam, saya perasan banyak post di wall facebook berkempen untuk menukar gambar profile(sekurang-kurangnya 24jam) sebagai tanda sokongan terhadap "Tahanan Palestin yang berada di Mogok Lapar". Antaranya,
-KITA TURUT RASA APA YANG MEREKA RASA-

Jom tukar Profile Picture Kita. Save image, upload semula di FB anda kemudian Pilih mana-mana individu dalam gambar untuk di crop.

Demi perpaduan menyokong lebih dari 3000 tahanan Palestin yang melancarkan mogok lapar ketika ini. Warna Coklat adalah warna pakaian yang dikenakan oleh entiti zionis Israel ke atas BANDUAN BERANI MATI. (*Logo di sebelah kanan ertinya "Shabas" dan ia merupakan singkatan bagi "Perkhidmatan Penjara Israel) Tahanan Palestin mogok lapar memerlukan bantuan anda, sila berkongsi ini dengan kawan anda untuk menyebarkan kesedaran mengenai mogok lapar yang terbesar dalam sejarah.

Bilal Thiab - 77 Hari
Thaer Halahleh - 77 Hari
Hassan Safadi - 71 Hari
Omar Abu Shallal - 69 Hari
Mohammedd Al-Taj - 61 Hari
Mahmoud Sarsak - 55 hari
Faris Al-Natur - 48 hari
Jafar Ezz Al-Din - 54 Hari
Abdallah Al-Barghouthi - 33 Hari
lebih daripada 2000 Banduan - 28 Hari.

Jangan biarkan media antarabangsa mengebumikan kes mereka, semua tahanan meminta hak asasi mereka sebagai tawanan perang, hak lawatan, hak pendidikan dan hak-hak lain yang diisytiharkan oleh undang-undang antarabangsa.
Mungkin usaha ini nampak seperti tidak ada impak apa-apa, tapi bagi saya ini sangat penting. Mungkin ada diantara kita yang tidak pernah mengambil berat tentang hal-hal seperti ini termasukkalah saya. Berita-berita seperti ini perlu disebarkan agar kita sama-sama sensitif dengan perihal umat islam yang terus ditindas.

PrintScr dari facebook saya

Hari ini facebook dibanjiri dengan warna coklat lumpur(warna baju banduan palestin. Bagi mereka yang tak tahu pasti akan turut berkobar-kobar untuk mengambil tahu. Masing-masing pakat tukar profile picturee. Walau hanya dengan sekeping gambar, ini adalah tanda keprihatinan, sokongan & umat islam itu bersatu! Allahu Akbar!!

Walau tak tukar gambar sekalipon, kita masih punya doa sebagai senjata. Yang mana tukar gambar tu pon jangan tahu tukar je, tapi teruslah berdoa & tunjuklah sokongan lain sebagai tanda keperihatinan kita.
Alhamdulillah, meremang bulu roma saya baca berita terbaru ni!
"Alhamdulellah , after the great solidarity of millions of people with the Palestinian prisoniers , their hunger strike succeed and "israel" accepted their demands.

Thank you everybody who changed his profile picture as a solidarity with them because israel was surprised to see more than 2 millions and 250000 persons changed their profile pictures in only few hours last night as a solidarity with Palestinian prisoniers.

Also thank you everybody who protested supporting them , at least we did something to Palestine .. Now people are so happy in Palestine and they are celebrating this small victory .Alhamdulellah , the hunger strike is over and the prisoniers got what they wanted !!

alhamdulellah ! alhamdulellah ! alhamdulellah ! For those who did not show solidarity , may Allah give you another chance to do something to Palestine ameen" (This picture show some palestinian mothers happy and celebrating this small victory) Kredit : Facebook Moga Allah melindungi, merahmati & menyelamatkan umat islam di Palestin juga diseluruh pelusuk dunia~ ameen...
p/s: Sesekali tukar lah mood. Asyik2 fikir hal diri sendiri, soal hati, sakit hati, terasa hati, soal kawen, soal makan, minum, tido bla bla bla kan? kan? sama-sama kita ambil berat tentang ummah! InsyaAllah :)

NaNa=^.^=

Sunday 13 May 2012

Moga terhindar dari bahaya!

...السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
 ♥بسم الله الرحمن الرحيم♥

Sebelum melangkah keluar dari rumah bacalah doa ini,bacalah juga dimana-mana kita berada.

Alhamdulillah, cuaca hari ini cerah + panas. Keadaan yang sinonim dengan orang arab bila tiba musim panas ialah cepat marah, selalu bergaduh, kes raba, dll. Entah, mungkin terkesan dengan cuaca yang panas maka hati mereka juga cepat panas. Waallahu a'lam.

Entry ini tidak terniat untuk membuka 'aib sesiapa, tapi sekadar perkongsian & untuk langkah berjaga-jaga terutama kepada akhawat. Untuk makluman juga, bukannya semua orang arab bersifat cepat marah, suka bergaduh, gatal dll mungkin sebahagian sahaja daripada mereka. Sama juga seperti bangsa-bangsa lain, kita kembali kepada fitrah bahawa manusia itu memang tidak akan pernah sempurna. Ok la, ini sedikit pengalaman saya hari ini.

Situasi 1: Jam 10:00 pagi, Alexandria.

Saya sedang menunggu kawan dibawah banggunan sementara kawan yang tinggal di tingakat 6 sedang turun untuk membuka pintu pagar. Memandangkan tingkat 6 tinggi, maka agak lama jugak saya menunggu. Sedang saya menunggu sambil melihat seorang 'ammu(pakcik) mengelap kereta & ditemani anjing berwarna coklat diseberang jalan, tiba-tiba melintas satu kereta berwarna biru muda. Saya lihat pemandu kereta tu merenung tajam ke arah saya, dalam hati berkata " Eh? Orang ni tengok aku ke?", sambil kepala saya melihat ke kiri ke kanan. Saya pon melihat kembali ke arahnya. Dengan muka tak bersalah, dia membuat isyarat dengan tangannya agar saya menaiki kereta yang dipandunya! Hah???

Kebetulan saya berdiri berhadapan dengan tiang elektrik. lalu saya menyorok disebalik tiang tersebut(dalam hati berterusan saya berdoa agar Allah melindungi saya). Saya perasan dia terus melihat kearah saya sambil kereta dipandu kedepan & sekejap-sekejap undur kebelakang untuk melihat saya yang sedang menyorok disebalik tiang. Mujur kawan sampai di bawah ketika itu & kemudian membuka pintu pagar, tanpa membuang masa saya terus melulu masuk. Kereta itu pon berlalu pergi. Alhamdulillahm,selamat.

Moral : Dinasihatkan terutamanya akhawat agar tidak keluar atau berjalan sorang-sorang. Tapi kadang-kadang terpaksa :'(

'Ammu tut tut ni takde kena mengena dengan cerita dibawah ini, sekian.


Situasi 2: Jam 1:30 tengah hari, Alexandria.

Saya dan kawan menaiki tut-tut untuk pergi ke Mandarah kerana ada majlis makan-kawan dirumah kawan disana. Setiba di Mandarah, seperti biasa kawan saya menghulur Le1 kepada pemandu tut tut tersebut. Kami pon berlalu dan tiba-tiba terdengar suara menjerit dengan kuat " Ya bintun ithnain! Ya bintun ithnain!"(Wahai 2 orang budak perempuan).

Saya toleh kebelakang rupanya pemandu tut tut tersebut sedang mengejar kami dengan muka marah, bengis & terpekik-terpekik. Kami berhenti, pemandu tersebut menunjukkan duit di tapak tangannya kepada kawan saya sambil berkata "Eih da? Eih da? aizah nus kaman"(Apa ni? Apa ni? Aku nak 50sen lagi!) sambil mencampak duit tersebut ke tanah. Kawan saya membalas dengan berkata " 'Adi bi genih ya 'am"(biasa kami bayar le1 sahaja pak cik).

Saya tergamam & tak tahu nak cakap apa, malu pon ada kerana semua orang sekeliling pandang ke arah kami. Tiba-tiba terasa panas di muka saya bila dperlakukan begitu. Tanpa berfikir dan kebetulan ditangan saya ada 2 keping syiling 50 sen dan saya terus campak sekuatnya ke arah pemandu tersebut. Kemudian kami terus berlalu & saya perasan ada beberapa orang lelaki arab sedang meredakan kemarahan pemandu tut tut tersebut. Ya Allah! bila fikir-fikir rasa memang tidak sopan & kurang ajar tindakan saya itu, tapi kami pon punya maruah & perasaan.

Moral : Cuba bawak berbincang dengan tenang. Tak perlu kot nak jerit-jerit marah bagai & tolong hormat & jaga maruah orang lain.

Astagfirullahal 'azeem..

p/s : Hmmm, sabar je lah dengan kerenah-kerenah manusia ni. Yang penting ini semua pengalaman dan perlu ambil ibrah darinya. Tergelak juga bila teringat peristiwa kena kejar dengan 'ammu tut tut 50sen! hehe :P

NaNa=^.^=

Resipi 9 : Ayam masak lemak cili api

...السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
 ♥بسم الله الرحمن الرحيم♥

Ayam Masak lemak Cili Padi/Cili Api/Cili Hijau(hidangan 4-5 orang)

Bahan-Bahan:

1- 1 ekor Ayam(yang telah dipotong mengikut citarasa masing-masing)
2- 1 liter santan.
3- 1 atau 2 biji bawang putih
4- 2 atau 3 biji bawang merah
5- Cili Api(ikut suka nak letak berapa biji,suka pedas letak banyak)
6- 1 inci halia
7- 1 sb serbuk kunyit atau 1 inci kunyit hidup
8- 1 batang serai(dititik)
9- Kentang, tomato & carrot potong ikut citarasa masing-masing (Optional)

Cara-Cara:

1. Bersihkan ayam(boleh juga ayam digoreng separuh masak). Tapi untuk kali ini saya tak goreng ayam terlebih dahulu.

2. Kisar bawang putih, bawang merah, cili api, halia & kunyit.

3. Panaskan minyak dan tumis bahan kisar sehingga naik bau & masukkan serai.

4. Masukkan juga kentang/carrot & ayam, gaulkan sehingga sebati.

5. Kemudian masukkan santan dan api dikecilkan sedikit dan gaul rata. Biarkan sehingga kuahnya meresap kedalam ayam dan mendidih. Selalu dikacau jadi tidak pecah minyak kuahnya. Bila dah mendidih dan ayam telah pun masak dan kuahnya meresap, masukkan tomato dan matikan api dan tutup periuk.

6. Sedia dihidangkan bersama nasi putih :)

Selamat mencuba & selamat menjamu selera~

menu makan malam hari ini

p/s : Teruja ada watermark baru! hahaa :P

NaNa =^.^=

Friday 11 May 2012

Resipi 8 : Puding Roti Berkuah Kastard

...السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
 ♥بسم الله الرحمن الرحيم♥

Puding Roti Berkuah Kastard

Bahan A :

500 ml susu segar kotak/fresh milk (Saya guna 1kg susu)
12-13 keping roti(saya guna 5 biji roti fino bersaiz sederhana)

Bahan B :

1/2 cawan gula (boleh kurangkan kalau tak suka manis)
2 sudu besar mentega
2 biji telur ayam (saya guna 1 biji)
1 sudu teh esen vanilla
2 sudu besar tepung jagung
Sedikit kismis(optional)

Sos Kastard :

1 tin susu cair(saya ikut suka hati)
2 s/b tepung kastad
2 s/b gula
{Satukan semua bahan sos kastard dan kemudian masak diatas api yang sederhana sehingga sedikit pekat.}

Cara-cara:

1.Hancurkan /koyakkan roti dan rendam dalam susu. 

2. Pukul atau blend bahan B.

3. Tangkan bahan B kedalam loyang yang berisi roti & susu tadi.

4. Tabur kismis jika mahu.

5. Bakar dalam suhu 180'C selama 30 minit/ sehingga masak.

6. Biarkan sejuk seketika, potong dan sedia dihidangkan. Boleh juga dihidang bersama sos kastard :)


Kredit Resipi to Husmyna

p/s: Puding Roti ni nak bawak pergi study group nnt. Teringat Lucky Lia, die teringin nak makan puding roti saya, tapi tak berkesempatan nak buat. InsyaAllah, nanti saya pulang ke Malaysia kite buat Puding roti!

NaNa =^.^=

Thursday 10 May 2012

InsyaAllah, masih punya masa :)

...السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
 ♥بسم الله الرحمن الرحيم♥

 InsyaALLAH, berbaki 2 minggu sahaja lagi bakal menghadapi imtihan fasa 2 2011/2012. Masih punya masa untuk ulangkaji, masih punya masa untuk memahami, masih punya masa untuk menghafal! InsyaAllah, moga saya tidak menjadi dikalangan mereka orang-orang yang rugi, na'uzubillah.
Sabda Rasulullah SollaAllahu 'alaihi Wasallam : “Dua nikmat yang selalu dilalaikan iaitu masa sihat dan masa lapang.” (Hadis riwayat Bukhari). 
 Cemburu juga melihat ada diantara rakan yang sudah banyak persediaan, sedangkan saya masih banyak subjek yang perlu diulangkaji. Dua minggu hanya melayan 2 subjek mengulang. InsyaAllah, apa yang perlu hanya terus berfikiran positif & yakin bahawa kita juga mampu menyaingi mereka nanti. InsyaALLAH, ALLAH ada & yakin dengan pertolongan Allah!

 Sokongan dari keluarga & kawan-kawan sangat saya hargai. Kawan-kawan masih sudi berkongsi nota & masa untuk sama-sama mengulangkaji, moga Allah berkati ilmu yang kami pelajari. Jazakumullahu khairan kathira :)

-sorof - balaghah - nusus -

 Temujanji telah dibuat, moga ALLAH permudahkan urusan saya. Memandangkan saya lebih suka belajar secara berkumpulan, kawan-kawan pun sudi meluang masa untuk bantu subjek-subjek yang saya ketinggalan. InsyaALLAH masih punya masa!

 Moga Allah membuka pintu hati kami agar dapat memahami & moga dicerahkan hati kami agar mudah menjawab di dewan peperiksaan nanti! Ameen Ya Rabb.

 Mohon juga doa dari kalian yang datang menjengah ke blog saya agar mendoakan kejayaan saya & sahabat-sahabat. Syukran.

 - english - nahu - adab - fiqh lughah -

  Tak lupa, macam biasa inilah teman setia saya waktu study.. Tuah ^^

 Ingatan buat diri sendiri lebih-lebih lagi, jaga hati, jaga lidah, & jaga tingkah, moga Allah redha dalam setiap langkah.

 Jaga posting entry jugalah! Moga menjadi bacaan yang bermanfaat untuk semua :)

 p/s : Innalillahi wainna ilaihi raji'un. Al-fatihah untuk arwah Mak Ngah Zainab yang telah kembali ke rahmatullah pagi tadi waktu malaysia. Moga beliau ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman. Kita juga pasti menyusul.

 NaNa =^.^=

Friday 4 May 2012

Jumu'ah Mubarakah

...السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
 ♥بسم الله الرحمن الرحيم♥

Salam Jumu'ah Mubarakah~ =^.^=

Pagi-pagi Tuah dah duduk termenung atas meja study, mungkin isyarat supaya saya kena mula baca kitab! Baek lah Tuah! tapi nak conteng-conteng kat blog jap~

Entah, semenjak dua menjak ni pukul 2 pagi je rajin si Tuah kejutkan saya. Tapi memang kebiasaan sebelum melelapkan mata akan pesan pada Tuah supaya kejutkan, faham pulak budak berTuah ni! Good Boy~ sebab tu la kite sayang awk taw Tuah! 

Alhamdulillah, ikut rajin dengan tak rajin je Tuan dia ni nak bangun sujud kepada Pencipta =.='
InsyaAllah akan ku gagahkan juga :)

Tuah model tak bergaji :P

Silih Ganti Rasa Tuhan...

Dalam letih aku merintih Kelemahan dan kelalaianku
Alpa dan dosaku Aku lemah tak berdaya Tuhan...
Dalam suka dan duka tangis dan tawa
Melimpah rahmat dan nikmatMu

Aku syukur dan akur
Lupa aku megenangMu dalam sibuk dunia dan gawat
Kau lupa ku ingat Tuhan...
Ampunilah hatiku yang pilu
Tak endah bila menadah akan kebesaranMu
Ingatkan daku agar mengingatiMu Tuhan...

BicaraMu tanpa suara 
BelaianMu hanya rasa
Kau terlalu dekat tanpa suara
Namun cintaMu ketara jua....

-Dimana DIA dihatiku?- 

p/s: Buku tu dibeli bertarikh 16 okt 2011, tapi kan.. tak abes-abes baca lagi =.=' InsyaAllah lepas imtihan nak abeskan!

NaNa =^.^=

Nak nikah cepat?

...السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
 ♥بسم الله الرحمن الرحيم♥



kredit to Muhammad Rusydi

Saya nak cuba bila tiba masanya :) entah siapa & dimana lah calon saya ni? haish! :P
Tapi boleh je nazar untuk perkara-perkara lain juga, yang baik-baik contoh macam nak imtihan ni pon boleh cuba! InsyaAllah, dengan izin Allah :)

p/s: ok kat hujung entry selalu bubuh sign 'Nana(^_^)', takmo dah.. nak yang ni! NaNa =^.^= #tetibe

NaNa =^.^=

Imtihan Fasa 2 2011/2012

...السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
 ♥بسم الله الرحمن الرحيم♥

Mempersembahkan~
Jadual Imtihan Fasa 2 Sessi 2011/2012 Tahun 4 Fakulti Bahasa Arab, Universiti Al-Azhar (Iskandariah)

Jadual Imtihan Versi conteng-conteng~

Alhamdulillah, mencuri sedikit masa menjengah blog & bubuh entry baru :).

Alhamdulillah, siang tadi selesai sudah menjawab soalan imtihan takhaluf(paper repeat) bagi madah Nusus 'Abasi, moga Allah melembutkan hati Dr Wafa'/penanda kertas jawapan saya supaya bagi saya najah untuk madah takhaluf tahun ini!

Mula imtihan jam 9:30pg-12:30t/hr tapi serius! jam 11.30 pagi dewan peperiksaan dah kosong! saya tinggal sorang-sorang ditemani abla-abla/muraqib(pengawas) =.='.

Alhamdulillah, abla-abla seperti memahami. Jika selalu pasti bising 'Ya Malizi! sur'ah~ bla bla bla', namun tadi Allah bantu memberi saya kemudahan untuk menjawab tanpa diganggu dari sebarang pencemaran bunyi :P.

Entah, memang tak reti nak keluar dewan exam cecepat, walau dah siap tetap setia menunggu kalau boleh sampai waktu tamat, paling busuk pon setengah jam sebelum waktu tamat, itu lah saya selaku calon peperiksaan yang hebat! hahaa~ :P

Sebelum pulang ke rumah teringat pesan kawan-kawan yang minta tolong ambil gambar Jadual Imtihan di Kuliah. Dengan berbekalkan kamera cap ayam siap sedia untuk shoot gambar jadual tapi tertinjit-tinjit lah saya kerana kedudukan nya ditampal agak tinggi. Lalu seorang budak arab yang baik hati menghulurkan kerusi, syukraaaaaaaaan!.

Ini dia, Jadual Imtihan Fasa 2 Sessi 2011/2012 Tahun 4 Fakulti B.Arab + Syariah + Qanun.

 Jadual Imtihan Versi Kuliah


InsyaAllah, 06.05.12 saya akan menghadapi satu lagi imtihan takhaluf untuk madah Nusus Islami, moga Allah permudahkan, moga Allah bagi kelancaran kepada saya untuk menjawab, moga Allah melembutkan hati penanda kertas jawapan saya supaya memberi saya najah untuk madah ini.. ameen!

اللهُمَّ لا سَهْلَ إلا مَا جَعَلتَهُ سَهْلا وَ أنتَ تَجْعَلُ الحزْنَ إذا شِئْتَ سَهْل 
Allahummaj'alna minal awwalin wal mumtazin wal faiezin wal mutafauwiqin fi kulli imtihan fid deen fid dunya wal akhirah~ ameen..

Ya Allah, permudahkanlah urusan kami, berilah kemudahan & kelancaran kepada kami untuk menjawab semua soalan-soalan imtihan. Berkatilah ilmu yang kami pelajari agar bermanfaat untuk diri & juga dapat dokongsi kepada orang lain. Moga tahun ni beroleh kejayaan! Najah untuk ke semua madah yang kami ambil pd tahun ini~ kami mohon, bantu kami Ya Rabb.. Ameen Ya Arhamar Rohimeen..

 Doakan kejayaan saya & sahabat2 disini ye ^^ 

p/s: Rindu Malaysia =.='

NaNa =^.^=
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...