Sunday 26 June 2011

I believe♥

...السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
 ♥بسم الله الرحمن الرحيم♥



Lyrics:

 I 

IRFAN MAKKI:
When you’re searching for the light
And you see no hope in sight
Be sure and have no doubt
He’s always close to you
He’s the one who knows you best
He knows what’s in your heart
You’ll find your peace at last
If you just have faith in Him
You’re always in our hearts and minds
Your name is mentioned every day
I’ll follow you no matter what
My biggest wish is to see you one day

Chorus:
I believe
I believe
Do you believe, oh do you believe?

MAHER ZAIN:
Coz I believe
In a man who used to be
So full of love and harmony
He fought for peace and liberty
And never would he hurt anything
He was a mercy for mankind
A teacher till the end of time
No creature could be compared to him
So full of light and blessings
You’re always in our hearts and minds
Your name is mentioned every day
I’ll follow you no matter what
If God wills we’ll meet one day

Chorus
If you lose your way
Believe in a better day
Trials will come
But surely they will fade away
If you just believe
What is plain to see
Just open your heart
And let His love flow through
I believe I believe, I believe I believe
And now I feel my heart is at peace

Chorus
I believe I believe, I believe I believe♥

p/s: Sama-sama dengar & hayati liriknya :)

NaNa(^_^)v

Friday 24 June 2011

Zikir I'tiraf♥

...السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
 ♥بسم الله الرحمن الرحيم♥



♫إلَهِى لَسْتُ لِلفِردَوسِ أهلَا♪ 
Wahai Tuhan ku tak layak ke syurgaMU, 

♪وَ لَا أقْوَى عَلَى نَارِ الجَحِيم♫ 
Namun tak pula aku sanggup ke nerakaMu, 

♫فَهَب لِى تَوبَةً وَ اغْفِر ذُنُوبِى♪ 
Ampunkan dosaku terimalah taubatku, 

♥فَإِنَّكَ غَافِرُ الذَّنبِ العَظِيم♫ 
Sesungguhnya Engkaulah pengampun dosa-dosa besar♥

Dengan mengingati ALLAH,Jiwa akan tenang :)

NaNa(^_^)v

Thursday 23 June 2011

Soleh impian Solehah:)

...السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
 ♥بسم الله الرحمن الرحيم♥

Alhamdulillah,selepas menggoogle2,cari contoh-contoh kartun lelaki... Ini lah hasilnya..


Terkial-kial jugak la menconteng ni,almaklumlah sy tahu lukis bulat2 je..:p

Cobaan pertama.
Macam biasalah hasil macam budak sekolah tadika je..hehe..
Nana tak tahu lah ada ke ikhwah yang pakai jubah warna hijau  macam tu..hehe..
Tapi disebabkan kartun, sukalah nak warna warnikan..:)


Gambar diatas khas untuk semua 'Muslim'.

Mudah-mudahan kalian menjadi idaman dan impian setiap wanita Solehah. Dan berbahagialah para MUSLIMAH yang dikurniakan pasangan yang SOLEH :)

Ya ALLAH kurniakanlah kami pasangan & zuriat yang soleh,Ya ALLAH kurniakan kami juga pasangan yang sentiasa menjadi pendorong dlm mentaatiMu,Serta kau jadikanlah kami & zuriat kami dikalangan hambaMu yg sentiasa bersungguh2 dalam mentaatiMu...

Ya arhamar rahimeen,Ya arhamar rahimeen, Ya arhamar rahimeen..irhamna...Ameen♥ 

p/s : Entoy, sila la like ye..hehe..ni je la yang menjadi..tak reti nak lukis rambut,reti lukis kopiah je..:p
Cinonex, sila la amek gambar diatas,harap anda berpuas hati :)

NaNa(^_^)v

Wednesday 22 June 2011

Jatuh Chenta♥

...السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
 ♥بسم الله الرحمن الرحيم♥

Serius jatuh cinta dengan................Doodle♥

Bila letih dan mula mengantuk ketika sedang membaca buku.
Maka, conteng-contenglah sebentar. Yeay!

Tak sangka ramai pulak yang berkenan. heh!

Nana tak ada bakat melukis pon.
Kalau bolat-bolat macam doodle ni bole laa..:p
Ingat time sekolah rendah dulu kalau ada keje sekolah Pendidikan Seni..
Mesti serah kat Mak..hihi.. Lukis buah-buahan tempatan, lukis pemandangan, Mak yang tolong lukiskan.
Bertuah kan sy?^___^

Ni dah edit siket, semalam Tuah je mention nama dia.. So, Nana tambah nama kami plak :)

Ni untuk Aimi Syazana, anak sedara Nana dengan kucing die 'Bolat'.

Ini pulak special untuk Lia & Kak Ieta.. 

Ini pulak untuk best friend Nana,Husnul. 'Hasanah'(taik lalat) die tu yang berharga taw!:p

Ada permintaan dari ikhwah jugak.
Tapi.......................
Nana tak reti sangat la lukis doodle lelaki...
InsyaALLAH,next time jika diberi ilham...menjadi lah doodle boboy pulak..hehe..:p

p/s: Ok doodle2...jangan buat sy tergodaaa...sy mahu baca kitab okeh! :p

NaNa(^_^)v

Tuesday 21 June 2011

Doodle atas kertas A4 je

...السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
 ♥بسم الله الرحمن الرحيم♥

Semua orang sibuk dengan doodle yang comey2!
Nana nak jugak. Tapi tak berapa pandai nak bermain dengan adobe photoshop :'(
Puas cuba tapi tak menjadi. InsyALLAH akan cuba lagi..yeay!

Tapi, dengan kurniaan jari jemari ni Nana conteng2 je la kat atas kertas A4 dulu..

Tadaaa... 
ini lah hasilnya
'
'
'


Disebabkan kartun, Nana suka lah nak warnakan dengan warna warni.
Gabungan warna juga dipilih sendiri oleh housemate Nana.
Masing-masing nak nampak comel bila di'katun'kan..hehe..

Tidak lupa Tuah pon nak interframe jugak


Ok lah, yang lebih penting sama2 kita hayati mesej hasil lukisan diatas itu..

Strive for Mardhatillah!! 
Everybody...lets say, I LOVE ALLAH!

p/s: Hanya berbaki seminggu sahaja lagi untuk menghadapi imtihan madah NAQAD ADABI.
Rabbuna yusahhil 'alaina Ya Rabb..ameen..

NaNa(^_^)v

Ummul Kitab♥

...السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
♥بسم الله الرحمن الرحيم♥

سورة الفاتحة : ترجمة معانيها و بيانها



1. بِسمِ الله الرَّحمَنِ الرَّحِيم
Dengan menyebut nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Penyayang(1).

2. الحَمدُ لله رَبِّ العَلَمِينَ
Segala puji(2) bagi Allah, Rabb semesta alam(3).

3. الرَّحمَن الرَحِيمِ
Yang Maha Pemurah, lagi Maha Penyayang.

4. مَلِكِ يَومِ الدِّينِ
Yang Menguasai(4)hari Pembalasan(5).

5. إيَّكَ نَعبُد و إِيَّاكَ نَستَعِينَ
Hanya kepada Engkaulah(Ya Allah) kami menyembah(6), dan kepada Engkaulah sahaja kami memohon pertolongan(7).

6. اِهدِنَا الصِّرَاطَ المُستَقِيمَ
Tunjukilah kami(8) jalan yang lurus.


7. صِرَطَ الذِينَ أَنعَمتَ عَلَيهِم غَيرِ المَغضُوبِ عَلَيهِم وَ لَا الضَّالِينَ
Iaitu jalan orang-orang yang Engkau telah anugerahkan nikmat kepada mereka, bukan (jalan) orang-orang yang dimurkai(orang-orang yang mengetahui kebenaran & meninggalkannya)i, dan bukan pula (jalan) orang-orang yang sesat(orang yang meninggalkan kebenaran kerana ketidaktahuan & kejahilan)(9).

Penerangan Ayat :

(1) Bererti : Saya membaca Al-Fatihah ini dengan menyebut nama ALLAH. Setiap pekerjaan yang baik hendaknya dimulai dengan menyebut nama ALLAH, seperti makan,minum,menyembelih binatang untuk dimakan dan sebagainya. ALLAH ialah nama Zat yang Maha Suci, yang berhak disembah dengan sebenar-benarnya.
Ar-Rahman(Maha Pemurah): Salah satu nama ALLAH, yang bermakna bahawa ALLAH melimpahkan karunia-NYA kepada makhluk-NYA.
Sedang Ar-Rahim(Maha Penyanyang) bermakna bahawa ALLAH senantiasa bersifat rahmat yang menyebabkan ALLAH selalu melimpahkan Rahmat-NYA kepada makhluk-NYA.

(2) Alhamdu(segala puji). Memuji orang adalah kerana perbuatan baiknya yang dikerjakan dengan kemahuannya sendiri. Maka memuji ALLAH bererti: menyanjung-NYA kerana perbuatan baik-NYA. Syukur bermakna: mengakui keutamaan seseorang atas nikmat yang dia berikan. Kita menghadapkan segala puji kepada ALLAH ialah kerana ALLAH adalah sumber dari segala kebaikan yang patut dipuji.

(3) Rabb(Tuhan)bererti: Tuhan yang ditaati Yang Memiliki, Mendidik & Memelihara. Lafaz Rabb tidak dipakai selain untuk Tuhan kecuali jika ada sambungannya, seperti rabbul-bait(tuan rumah).
'Alamin(semesta alam): semua ciptaan Tuhan dari pelbagai jenis dan macam, seperti alam manusia, alam haiwan, alam tumbuh-tumbuhan, benda mati dll. ALLAH Pencipta semua alam-alam itu.

(4) Maalik(Yang Menguasai), dengan memanjangkan "mim" ia bererti: Pemilik(yang empunya). Sedangkan Malik dengan memendekkan "mim" bererti Raja.

(5) Yaumiddin(hari pembalasan): Hari ketika semua manusia menerima balasan amalannya yang baik mahupun yang buruk. Yaumiddin juga disebut yaumulqiyaamah, yaumulhisaab, yaumuljazaa' dll.

(6) Na'budu diambil dari kata 'ibadaat: patuh dan tunduk yang ditimbulkan oleh perasaan tentang kebesaran ALLAH, sebagai RABB yang disembah, kerana keyakinan bahawa ALLAH mempunyai kekuasaan mutlak terhadap dirinya.

(7) Nasta'iin(minta pertolongan), diambil dari kata isti'aanah: mengharap bantuan untuk dapat menyelesaikan suatu pekerjaan yang tidak mampu diselesaikan sendiri.

(8) Ihdina(tunjukilah kami), dari kata hidayat: memberi petunjuk ke jalan yang benar. Maksud ayat ini, bukan sekadar memberi hidayah sahaja tetapi juga memberi taufiq.

(9) Maksud mereka yang dimurkai dan mereka yang sesat ialah semua golongan yang menyimpang dari ajaran islam.

Rujukan : القرأن الكريم و ترجمه معانيه باللغة الملايوية(Al-Quran Al-Kareem dan terjemahan makna dengan Bahasa melayu)

Mudah-mudahkan dapat memberi manfaat kepada semua...
Sama-samalah kita menghayati & memahami "Ummul Kitaab Suci" ini..:)

NaNa(^_^)v

Saturday 18 June 2011

Resipi 7 : Pizza

...السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
 ♥بسم الله الرحمن الرحيم♥

Bahan-bahan DOH :

250g tepung gandum(lebih kurang 2-3 mug)
2-3 SB minyak masak atau butter
1-2 SB gula
Satu paket mauripan(yis)

Bahan-bahan INTI :

8-10 keping daging burger(dipotong dadu)
2-3 biji bawang besar(dipotong dadu)
Cili/lada benggala(dipotong dadu,kuantiti ikut suka)
Sayur campur(kacang pis & carrot, tambah jagung & nanas lagi sedap)
Sos Cili & Sos Tomato
Garam
Mozarella Cheese(kalau tak ada guna cheese biasa pon ok)

**ikut suka hati nak buat inti apa, ni kebetulan apa yang ada dalam fridge

Cara-cara (INTI) :

1- Daging burger dipotong dadu & goreng.
2- Didalam kuali lain tumis kan bawang & cili hingga naik bau.
3- Masukkan sos cili & sos tomato(agak-agak je), gaul sebati & kemudian masukkan daging burger yang telah digoreng.
4- Masukkan garam secukup rasa, dan terakhir masukkan sayur campur. Selesai.

Cara-cara (DOH):

1- Rendam yis dengan 1/2 cawan air suam(tunggu sampai kembang)
2- Masukkan tepung ke dalam bekas & masukkan minyak & gula. Gaul sebati.
3- Masukkan air rendaman yis tadi sedikit
demi sedikit. Kemudian uli hingga doh tidak melekat. Kalau masih melekat pada jari,tambah tepung sikit.
4- Bila doh dah sebati, rehatkan dalam bekas lebih kurang 1/2-1 jam & tutup dengan kain lembab.

5- Kemudian doh akan naik 2 kali ganda dari asal. Tumbuk sedikit doh untuk keluarkan angin & uli lagi sekali.

6- Ambil doh dan leperkan(jangan tebal sangat) diatas loyang(ikut suka hati nak loyang bentuk apa). kemudian cocok doh yang sudah diletak dalam loyang dengan garfu.

7- Bolehlah letakkan inti pilihan anda.
Lapisan pertama, sapukan sos. lapisan kedua inti(ikut selera masing2) & akhir sekali letakkan cheese mozarella/cheese biasa.
(Cheese biasa)

(Mozarella cheese)

8- Kemudian dibakar dalam oven lebih kurang 15-20minit.

Siap dibakar!!
 Dan siap sedia untuk dimakan..:)


Selamat mencuba..:)


NaNa(^_^)

Bermula hari baru lagi

...السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
 ♥بسم الله الرحمن الرحيم♥

Sobahus Surus Ya Misr.Selamat pagi yang penuh ceria lagi bahagia.

Bermula hari baru lagi.
Alhamdulillah, dikurniakan lagi nikmat iman & islam dalam diri.
Alhamdulillah, diberi kesempatan untuk bernafas dibumi.
Alhamdulillah, Segala puji bagiMu Ya ALLAH.

Fikirkan sejenak. Hari-hari yang dilalui apa yang kita perolehi?
Terlalu banyak. Terlalu banyak pinjaman dariNYA untuk kita.

Andai ditambah nikmat untukmu, ucaplah syukur.
Malah lebihkan rasa kerdilnya diri kepada Ilahi kerna DIA kita perolehi itu & ini.

Andai ditarik satu nikmat daripadamu, bersabarlah.
Malah terus bersyukur kerana kamu sedang diuji, itu tanda ALLAH peduli.
Hari-hari dilalui, ada yang datang ada yang pergi, Masih ragu bahawa yang bernyawa pasti mati?

Dalam apa jua keadaan,sedih,gembira,suka duka,tangis ketawa...
Kita tetap HAMBANYA, tidak lari dari sifat LUPA & LEKA..
Kadang terkabur mata,terlalai hati dengan nikmat DUNIA, sedangkan kehidupan di AKHIRAT kekal abadi selamanya.

Maka sama-samalah kita ingat mengingatkan dan bersangka BAIK dengan segala yang datang daripada ALLAH.
Sungguh DIA lebih mengetahui siapa kita, sungguh!

Ya ALLAH didiklah HATIku agar menjadi hamba yang sentiasa berserah padaMU,ameen.

p/s :Alhamdulillah,Tercetus pulak idea untuk menaip pepagi ni...ehehe..

Hmm..malu nak tanye. Ada ke yang nak menjawab??hehe..
Ok tak header baru?
Rindu nak guna favorite quote 'Qalbi hanya tuhan yang tahu' tu.
Maka terhasillah..:)

Ok,Mahu bukak buku & baca..bukan muka buku ye!:p

NaNa(^_^)v

Friday 17 June 2011

Kisah Cinta Agung Saidina Ali dan Saidatina Fatimah♥

...السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
♥بسم الله الرحمن الرحيم♥

Dipendamkan di dalam hatinya, yang tidak diceritakan kepada sesiapa tentang perasaan hatinya. Tertarik dirinya seorang gadis, yang punya peribadi tinggi, paras yang cantik, kecekalan yang kuat, apatah lagi ibadahnya, hasil didikan ayahnya yang dicintai oleh umat manusia, yakni Rasulullah S.A.W. Itulah Fatimah Az-Zahrah, puteri kesayangan Nabi Muhammad, serikandi berperibadi mulia.

Dia sedar, dirinya tidak punya apa-apa, untuk meminang puteri Rasulullah. Hanya usaha dengan bekerja supaya dapat merealisasikan cintanya. Itulah Ali, sepupu baginda sendiri. Sehingga beliau tersentap, mendengar perkhabaran bahawa sahabat mulia nabi, Abu Bakar As-Siddiq, melamar Fatimah.

”Allah mengujiku rupanya”, begitu batin ’Ali. Ia merasa diuji kerana merasa apalah dia dibanding Abu Bakar. Kedudukan di sisi Nabi? Abu Bakar lebih utama, mungkin dia bukan kerabat dekat Nabi seperti ’Ali, namun keimanan dan pembelaannya pada Allah dan RasulNya tak tertandingi. Lihatlah bagaimana Abu Bakar menjadi kawan perjalanan Nabi dalam hijrah sementara ’Ali bertugas menggantikan beliau untuk menanti maut di ranjangnya.Lihatlah juga bagaimana Abu Bakar berda’wah. Lihatlah berapa banyak tokoh bangsawan dan saudagar Makkah yang masuk Islam karena sentuhan Abu Bakar; ’Utsman, ’Abdurrahman ibn ’Auf, Thalhah, Zubair, Sa’d ibn Abi Waqqash, Mush’ab. Ini yang tak mungkin dilakukan kanak-kanak kurang pergaulan seperti ’Ali. Lihatlah berapa banyak budak muslim yang dibebaskan dan para faqir yang dibela Abu Bakar; Bilal, Khabbab, keluarga Yassir, ’Abdullah ibn Mas’ud. Dan siapa budak yang dibebaskan ’Ali?Dari segi kewangan, Abu Bakar sang saudagar, insyaallah lebih bisa membahagiakan Fatimah.’Ali hanya pemuda miskin dari keluarga miskin.

”Inilah persaudaraan dan cinta”, gumam ’Ali. ”Aku mengutamakan Abu Bakar atas diriku, aku mengutamakan kebahagiaan Fatimah atas cintaku.”Namun, sinar masih ada buatnya. Perkhabaran diterima bahawa pinangan Abu Bakar ditolak baik oleh Nabi. Ini menaikkan semangat beliau untuk berusaha mempersiapkan diri. Tapi, ujian itu bukan setakat disitu, kali ini perkhabaran lain diterima olehnya. Umar Al-Khatab, seorang sahabat gagah perkasa, menggerunkan musuh islam, dan dia pula cuba meminang Fatimah. Seorang lelaki yang terang-terangan mengisytiharkan keislamannya, yang nyata membuatkan muslimin dan muslimat ketika itu yang dilanda ketakutan oleh tentangan kafir quraisy mula berani mendongak muka, seorang lelaki yang membuatkan syaitan berlari ketakutan.

Ya, Al Faruq, sang pemisah kebenaran dan kebathilan itu juga datang melamar Fatimah. Ali mendengar sendiri betapa seringnya Nabi berkata, ”Aku datang bersama Abu Bakar dan ’Umar, aku keluar bersama Abu Bakar dan ’Umar, aku masuk bersama Abu Bakar dan ’Umar”. Betapa tinggi kedudukannya di sisi Rasul, di sisi ayah Fatimah. Ali redha kerana dia tahu Umar lagi layak darinya. Tetapi, sekali lagi peluang terbuka, tatkala perkhabaran diterimanya, bahawa pinangan Umar juga ditolak. Bagaimanakah sebenarnya menantu pilihan nabi, sedangkan dua sahabat baginda turut ditolak peminangannya?

Pada suatu hari Abu Bakar As-Shiddiq r.a. Umar Ibnul Khatab r.a. dan Sa’ad bin Mu’adz bersama-sama Rasul Allah s.a.w. duduk dalam masjid. Pada kesempatan itu diperbincangkan antara lain persoalan puteri Rasul Allah s.a.w. Saat itu baginda bertanya kepada Abu Bakar As-Shiddiq r.a “Apakah engkau bersedia menyampaikan persoalan Fatimah itu kepada Ali bin Abi Thalib?”

Abu Bakar As-Shiddiq menyatakan kesediaanya. Ia beranjak untuk menghubungi Ali r.a. Sewaktu Ali r.a. melihat datangnya Abu Bakar As-Shiddiq r.a. dgn tergopoh-gopoh dan terperanjat ia menyambutnya kemudian bertanya: “Anda datang membawa berita apa?”

Setelah duduk beristirahat sejenak Abu Bakar As-Shiddiq r.a. segera menjelaskan persoalannya: “Hai Ali engkau adalah orang pertama yg beriman kepada Allah dan Rasul-Nya serta mempunyai keutamaan lebih dibanding dengan orang lain. Semua sifat utama ada pada dirimu. Demikian pula engkau adalah kerabat Rasul Allah s.a.w. Beberapa orang sahabat terkemuka telah menyampaikan lamaran kepada baginda untuk mempersunting puteri beliau. Lamaran itu telah beliau semua tolak. Beliau mengemukakan bahawa persoalan puterinya diserahkan kepada Allah s.w.t. Akan tetapi hai Ali apa sebab hingga sekarang engkau belum pernah menyebut-nyebut puteri beliau itu dan mengapa engkau tidak melamar untuk dirimu sendiri? Kuharap semoga Allah dan RasulNya akan menahan puteri itu untukmu.”

Mendengar perkataan Abu Bakar r.a. mata Saidina Ali r.a. berlinang air mata. Menanggapi kata-kata itu, Ali r.a. berkata: “Hai Abu Bakar, anda telah membuatkan hatiku bergoncang yang semulanya tenang. Anda telah mengingatkan sesuatu yang sudah kulupakan. Demi Allah aku memang menghendaki Fatimah tetapi yang menjadi penghalang satu-satunya bagiku ialah kerana aku tidak mempunyai apa-apa.”

Abu Bakar r.a. terharu mendengar jawapan Ali itu. Untuk membesarkan dan menguatkan hati Imam Ali r.a. Abu Bakar r.a. berkata: “Hai Ali, janganlah engkau berkata seperti itu. Bagi Allah dan Rasul-Nya dunia dan seisinya ini hanyalah ibarat debu bertaburan belaka!”

Setelah berlangsung dialog seperlunya Abu Bakar r.a. berhasil mendorong keberanian Imam Ali r.a. untuk melamar puteri Rasul Allah s.a.w.

Beberapa waktu kemudian Saidina Ali r.a. datang menghadap Rasul Allah s.a.w. yg ketika itu sedang berada di tempat kediaman Ummu Salmah. Mendengar pintu diketuk orang, Ummu Salmah bertanya kepada Rasulullah s.a.w.: “Siapakah yg mengetuk pintu?” Rasul Allah s.a.w. menjawab: “Bangunlah dan bukakan pintu baginya. Dia orang yang dicintai Allah dan RasulNya dan ia pun mencintai Allah dan Rasul-Nya!”

Jawapan Nabi Muhammad s.a.w. itu belum memuaskan Ummu Salmah r.a. Ia bertanya lagi: “Ya tetapi siapakah dia itu?”

“Dia saudaraku orang kesayanganku!” jawab Nabi Muhammad s.a.w.

Tercantum dalam banyak riwayat bahawa Ummu Salmah di kemudian hari mengisahkan pengalamannya sendiri mengenai kunjungan Saidina Ali r.a. kepada Nabi Muhammad s.a.w. itu: “Aku berdiri cepat-cepat menuju ke pintu sampai kakiku terantuk-antuk. Setelah pintu kubuka ternyata orang yang datang itu ialah Ali bin Abi Thalib. Aku lalu kembali ke tempat semula. Ia masuk kemudian mengucapkan salam dan dijawab oleh Rasul Allah s.a.w. Ia dipersilakan duduk di depan beliau. Ali bin Abi Thalib menundukkan kepala seolah-olah mempunyai maksud tetapi malu hendak mengutarakannya.

Rasul Allah mendahului berkata: “Hai Ali nampaknya engkau mempunyai suatu keperluan. Katakanlah apa yang ada dalam fikiranmu. Apa saja yang engkau perlukan akan kau peroleh dariku!” Mendengar kata-kata Rasul Allah s.a.w. yang demikian itu lahirlah keberanian Ali bin Abi Thalib untuk berkata: “Maafkanlah ya Rasul Allah. Anda tentu ingat bahawa anda telah mengambil aku dari pakcikmu Abu Thalib dan makcikmu Fatimah binti Asad di kala aku masih kanak-kanak dan belum mengerti apa-apa.

Sesungguhnya Allah telah memberi hidayat kepadaku melalui anda juga. Dan anda ya Rasul Allah adl tempat aku bernaung dan anda jugalah yang menjadi wasilahku di dunia dan akhirat. Setelah Allah membesarkan diriku dan sekarang menjadi dewasa aku ingin berumah tangga; hidup bersama seorang isteri. Sekarang aku datang menghadap untuk melamar puteri anda Fatimah. Ya Rasul Allah apakah anda berkenan menyetujui dan menikahkan diriku dengan Fatimah?”

Ummu Salmah melanjutkan kisahnya: “Saat itu kulihat wajah Rasul Allah nampak berseri-seri. Sambil tersenyum beliau berkata kepada Ali bin Abi Thalib: “Hai Ali apakah engkau mempunyai suatu bekal mas kahwin?”

“Demi Allah” jawab Ali bin Abi Thalib dengan terus terang “Anda sendiri mengetahui bagaimana keadaanku tak ada sesuatu tentang diriku yg tidak anda ketahui. Aku tidak mempunyai apa-apa selain sebuah baju besi sebilah pedang dan seekor unta.” “Tentang pedangmu itu” kata Rasul Allah s.a.w. menanggapi jawapan Ali bin Abi Thalib “engkau tetap memerlukannya untuk perjuangan di jalan Allah. Dan untamu itu engkau juga perlu buat keperluan mengambil air bagi keluargamu dan juga engkau memerlukannya dalam perjalanan jauh. Oleh kerana itu aku hendak menikahkan engkau hanya atas dasar mas kahwin sebuah baju besi saja.

Aku puas menerima barang itu dari tanganmu. Hai Ali engkau wajib bergembira sebab Allah ‘Azza wa­jalla sebenarnya sudah lebih dahulu menikahkan engkau di langit sebelum aku menikahkan engkau di bumi!” Demikian riwayat yang diceritakan Ummu Salmah r.a. Setelah segala-galanya siap dengan perasaan puas dan hati gembira dgn disaksikan oleh para sahabat Rasul Allah s.a.w. mengucapkan kata-kata ijab kabul pernikahan puterinya: “Bahwasanya Allah s.w.t. memerintahkan aku supaya menikahkan engkau Fatimah atas dasar mas kahwin 400 dirham. Mudah-mudahan engkau dapat menerima hal itu.”

“Ya Rasul Allah, itu kuterima dgn baik” jawab Ali bin Abi Thalib r.a. dalam pernikahan itu. Inilah jalan cinta para pejuang. Jalan yang mempertemukan cinta dan semua perasaan dengan tanggungjawab. Cinta tak pernah meminta untuk menanti. Seperti ’Ali. Ia mempersilakan.
Atau mengambil kesempatan. Yang pertama adalah pengorbanan. Yang kedua adalah keberanian. 
Dan ternyata tak kurang juga yang dilakukan oleh Puteri Sang Nabi, dalam suatu riwayat dikisahkan, bahwa suatu hari, Fatimah berkata kepada ‘Ali: “Maafkan aku, karena sebelum menikah denganmu. Aku pernah satu kali merasakan jatuh cinta pada seorang pemuda” ‘Ali terkejut dan berkata, “Jikalau begitu, mengapakah engkau mahu menikah denganku? Dan Siapakah pemuda itu” Sambil tersenyum Fatimah berkata, “Ya, kerana pemuda itu adalah Dirimu”

Sumber : Laman Muslimah Optimis

Cukuplah kita teladani kisah Cinta ini. Indah bukan?
Hati kita milik ALLAH, tiada siapa yang mampu menjaga HATI kita melainkan DIA..


Cukuplah aku simpan segala rasa dalam HATI, agar HATIku & HATImu lebih tenang menanti dalam mencapai REDHA ILAHI agar CINTA yang HALAL buat kita satu hari nanti lebih DIBERKATI

p/s: Semakin hari semakin tenang. Tak sabar nak sambut Ramadhan:) ALLAHumma balighna Ramadhan!

NaNa(^_^)

Thursday 16 June 2011

Maha Suci ALLAH yang mencipta Gerhana Bulan♥

...السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
 ♥بسم الله الرحمن الرحيم♥

Rasa seperti baru nak belajar menaip lah!
Nampak sangat dah lama tak berupdate blog ni..
Serius tak ada mood nak menaip...idea pon macam nak tak nak je..
Tak tahulah mengapa & kenapa..Huh!

Hari ni dengan agak rajinnya Nana conteng-conteng la sikit kat blog ni..

Pertama2nya Nana nak mengucapkan jutaan terima kasih..
Kepada mereka yang sudi datang menjengah, membaca entry2 di blog Nana ni,
Terima kaseh daun keladi ye!

Sedia maklum semalam berlaku fenomena 'Gerhana Bulan Penuh'.
Ada juga yang terlepas nak menyaksikan keajaiban Kuasa Tuhan ini depan mata kan?

SubhanALLAH...malam semalam Nana berkesempatan melihat kuasa ALLAH didada langit.
Pada awalnya agak kecewa juga sebab bulan tidak kelihatan. Langit gelap gulita.
Tapi Alhamdulillah, dengan kuasa ALLAH,diberi peluang melihat Bulan Gerhana.

Layan la video yang sempat dirakam.Walaupon kualiti video tak berapa nak hebat..
Saja nak share.. Live from Alexandria taw!

Live from jendela Bait Ta'zim

Alhamdulillah,semalam ambil kesempatan bersama kawan2 untuk menunaikan solat sunat khusuf di Masjid..
Dapat jugak dengar tazkirah daripada imam masjid tentang sejarah 'Gerhana Bulan' yang telah wujud sejak zaman Rasulullah..

Antara hadith yang mengisahkan tentang 'Gerhana Bulan'

Maksudnya:
Rasulullah S.A.W. bersabda: “Sesungguhnya matahari dan bulan adalah dua tanda kebesaran Allah Subhanahu Wata'ala. Kedua-duanya tidak gerhana disebabkan kematian seseorang dan kerana hidupnya seseorang. [hadis riwayat Muslim]

Jadi, sesungguhnya Gerhana Bulan itu adalah diantara ciptaan ALLAH hebat!
Tiada kaitan dengan mati atau hidupnya seseorang..:)

Manakala riwayat tentang disunatkan melakukan solat sunat 'Gerhana Bulan' :

Sayyidatuna A’isyah ra bercerita: Gerhana matahari pernah terjadi di masa Rasulullah SAW kemudian beliau solat bersama para sahabat. Beliau pun berdiri dengan lama, ruku’ dengan lama, berdiri lagi dengan lama namun lebih pendek dari yang pertama, lalu ruku’ dengan lama namun lebih pendek dari yang pertama, lalu mengangkat kepala dan bersujud, dan melakukan sholat yang terakhir seperti itu, kemudian selesai dan matahari pun sudah muncul. (HR Bukhari, Muslim, Nasa’i, Ahmad, Abu Daud, At-Tirmidzi, dan Ibnu Majah)

Oleh yang demikian, para ulama sepakat bahawa solat gerhana matahari dan bulan adalah sunnah dan dilakukan secara berjamaah. 
Gerhana disebut di dalam bahasa arab dengan khusuf (الخُسُوفِ) bagi bulan dan kusuf (الكُسُوفِ ) bagi matahari.

!!!سبحنا الله خلق و ابدع
Dicilok dari SyahirulDotCom

p/s : SubhanaALLAH.. ِAkhir tahun lepas dapat tengok live Hujan Batu di Alexandria, semalam dapat tengok Gerhana Bulan pula.. Alhamdulillah..

NaNa(^_^)v

Wednesday 8 June 2011

Beza Cinta & Suka♥

...السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
  ♥بسم الله الرحمن الرحيم♥

Di hadapan orang yang kita cinta, hati kita akan berdegup kencang.
Tapi di depan orang yang kita suka, hati kita akan gembira.

Di depan orang yang kita cinta, musim sentiasa berbunga-bunga.
Tapi di depan orang yang kita suka, musim itu cuma berangin sahaja.

Jikalau kita lihat di dalam mata orang yang kita cinta, kita akan kaku...
Tapi jikalau kita melihat ke dalam mata orang yang kita suka, kita akan tersenyum..

Di depan orang yang kita cinta, lidah kelu untuk berkata-kata...
Tapi di depan orang yang kita suka, lidah bebas berkata apa sahaja...

Di depan orang yang kita cinta, kita menjadi malu...
Tapi di depan orang yang kita suka, kita akan tunjukkan imej yang sebenar...

Kita tidak boleh merenung mata orang yang kita cinta...
Tapi kita selalu merenung mata orang yang kita suka...

Bila orang yang kita cinta menangis, kita akan turut menangis...
Tapi bila orang yang kita suka menangis, kita akan turut membuat dia
gembira...

Perasaan cinta bermula dari mata,
Perasaan suka bermula dari telinga...
Jadi, jikalau kita berhenti menyukai seseorang yang kita suka, umpama kita
membuang telinga kita...
Tapi jika kita cuba menutup mata, cinta berubah menjadi airmata..

Setiap orang yang akan mengalami ini dalam hidup mereka,
Cuma fikirkanlah..
bersama-sama siapa yang anda cinta.
Tetapi, hakikatnya Cinta kepada Allah swt adalah lebih hakiki dan abadi♥



p/s : Hehee...tersengeh je la..lama btol tak hapdet!
Mintak maaf banyak2..ni pon copy paste je..
Saje layan perasaan jap..bukan perasan taw!

Ok,Doakan Nana dipermudahkan jawab untuk imtihan madah Nusus Adabia 12/6 ni..
Jazakumullahu khairan kathiran~~:)

InsyaALLAH,selesai imtihan Nana update apa2 cerita yang best okeh!

NaNa(^_^)v
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...