Wednesday 17 September 2014

Alhamdulillah | 04 September 2014 | Officially mama & ayah

=السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
 ♥بسم الله الرحمن الرحيم♥

Alhamdulillah thumma Alhamdulillah thumma Alhamdulillah.

Hampir 3 minggu telah berkampung di rumah Mak mertua di Sungai Petani, operasi menunggu hari. Dan Alhamdulillah tanggal 04 September 2014 jam 1.48 petang anugerah yang ditunggu-tunggu telah selamat melihat dunia dan kami naik pangkat jadi MAMA AYAH!

Alhamdulillah rezeki yang tidak disangka-sangka, bernikah tanpa bercinta, menyemai cinta setelah halal semuanya, setelah 10 bulan 2 hari usia perkahwinan kami, dikurniakan pula cahaya mata!

Syukur Ya Rabb Alhamdulillah semuanya berjalan lancar & dipermudahkan ☺

Kronologi pengalaman bersalin cahaya mata pertama :

03 September 2014 Rabu | Zul Qaedah 1435h

10:00am : Check up di klinik kesihatan ibu & anak Sg Petani ditemani Kak Ngah (adik ipar) Alhamdulillah, keadaan baby semua baik. Ikutkan due kiranya lagi 3 hari je lagi baby nak keluar tapi nurse kata "takpa, tunggu je bila dia nak keluaq". Dan seandainya baby tak keluar jugak ikut edd, Doc pon dah allow post date seminggu lagi sebab baby comel2 je.

11:15am : Selesai check up Kak Ngah ajak pergi tesco sat & disebabkan ada tenaga agi & dah lama tak berjalan2 maka menuju ke tesco la kami. Sempat singgah makan kfc dulu sebelum memborong lauk kat tesco.

01:00pm : Selamat sampai rumah & terus makan tengah hari. Makan lagi! hahaha

02:00pm : Masuk bilik terus berehat. Lurus2kan pinggang. ZzzZzzz

03:00pm : Bangun tido, mandi & solat zohor. Selesai solat En Suami pon dah selamat tiba bersama pengantin baru. Pengantin baru (Mak Yaya & Uncle Angah) p hanimun krabi, balik hanimun singgah Sungai Petani nak tengok baby katanya! Tapi baby belum keluar lagi

05:00pm : En Suami ajak jalan2 kat taman. Dengan harapan cepat bersalin sebab dia dah tak senang hati nak p ulang alik kerja. Dapat la seround setengah berjalan. Tapi ayah baby yang terlebih mengah jee..hahaha

08:00pm : Makan malam kat rumah & selesai makan pengantin baru ajak p Aman Jaya Mall. Berjalan la lagi mak buyong ni.

10:00pm : Selesai soping2 kami bawak pengantin baru jalan2 bandar SP. Sempat la amek gambar kat Jam Besaq!

11:00pm : Otw balik rumah ternampak kedai jual ayaq nyoq. Tapau bawak balik. Sampai rumah minum la segelas ayaq nyoq & terus masuk bilik konon2 nak tidoq tapi mata terkebil2, sempat sapu losyen mustajab kat kaki sebab lenguh berjalan sehari2. En Suami dah selamat ZzZzZzz..

04 September 2014 Khamis | Zul Qaedah 1435h

12:30am : Mata baru nak terlelap & tiba2... jeng3... kedengaran bunyi "PLUUUP"! dan mengalir air dicelah kelengkang. Eh eh air ape ni? Konon nak tahan tapi air tu keluR jugak. Terus kejut En Suami & dia p kejut Mak. Saya bangun dari katil & air masih keluar lagi. Ya! itulah antara tanda2 maka beranak yang selalu nurse sebut2, yang selalu dok baca kat tenet tuuu. Air ketuban dah pecah!!

01:00am : Mak sempat buat milo, minum2 dulu. Mak kata biasa kalau pecah ketuban lambat lagi nak beranak. Dan memandangkan mak buyong ni dok sengeh2 ketawa lagi sebab masih tak rasa apa2 contraction.

01:30am : Tiba di Hosp Sultan Abdul Halim bahagian kecemasan & bersalin. Selesai daftar, masuk bilik Doc nak buat ctg & check jalan. Alhamdulillah jantung baby ok & jalan baru bukak 1cm. Maka warded lah malam tu. Doc kata kalau pukul 12:30pm jalan masih tak bukak maka kena la induce.

03:00am : Masuk wad & memandangkan wad penuh maka duduk la kat katil tambahan. sob sob sob. Mata tak boleh lelap pon. Letihnya, dah la sehari-hari berjalan. Sabor je la

05:00am : Dah mula rasa contraction sikit. Rasa sakit macam senggugut je, boleh tahan lagi. Mandi2 & siap sedia tunggu subuh.

08:00am : Doc datang untuk amek report. Selesai doc check p mandi lagi.

09:30am : Doc datang lagi & doc decide supaya segera bagi ubat induce, tak payah tunggu2 lagi. Maintain relax je, sebab masih tak rasa sakit sangat & tak sabar nak beranak! hehehe.

10:00am : Nurse buat ctg check jantung baby. Alhamdulillah semua ok.

10:30am : Nurse bawak pindah p wad Kenanga 11 untuk masuk ubat induce.

11:00am : Doc datang untuk masukkan ubat induce. Masa ni check jalan baru bukak 2cm! Alhamdulillah, tak sakit pon. Selalu baca kat tenet orang kata masuk ubat induce sakit, check jalan sakit. Tapi sebenarnya kita kena rileks & buat tak tahu je, tak rasa sakit pon.

Selesai Doc masukkan ubat, datang la seorang Doc lagi untuk bagi penerangan. Paling ingat Doc kata " Risiko ubat induce ni mungkin menyebabkan rahim pecah sebab die memberi tekanan yang kuat, tapi Puan jangan risau sebab risiko ni berlaku dalam 1000 orang seorang sahja". Ya Allah, teruskan berdoa & berzikir moga semua selamat & dipermudahkan.

12:00pm : Sudah mula merasa contraction yang kuat sedikit! tiap 5 min sakit contraction datang. Sakit tangkap di bahagian pinggang. Sambil tunggu En suami, Mak, kakak & suaminya. Tak lama kemudian muncul la semua. Ya Allah lega rasa, sekurang2nya ada yang teman waktu2 begini.

12:30pm : Mak mertua tak putus2 suap makanan, air selusuh pon ada. Mulut ni terima je lah. Mak mertua kata kena makan jugak, nanti tak ada tenaga nak push. Bila contraction  kurang mula la aktiviti selfie la, gelak la.

01:00pm : Sakit semakin kuat! Tangan  En suami habis digenggam. Muka disodok2 dah kat perut En Suami. Malu ada tapi sakitttt.. Mak panggil Nurse. Macam biasa, nurse seluk lagi nak cek jalan. Dah buka 4cm. Sambil nurse cek nurse kata " tahan sikit ye, saya nak tolong". Entah, tak berasa apa dah. Rasa nak cepat je beranak. Heeee..

01:20pm : Nurse dah tolak ke labour room, suami teman jugak. Tapi separuh jalan je sebab kami lalu jalan shortkat. Sempat request untuk minta suami teman. Tapi tak ada rezeki sebab bilik khusus untuk suami teman dah ada orang lain. Sobs sobs..

Sampai labour room, Nurse suruh naik atas katil. Kebetulan ada makcik cleaner mengemas dalam bilik tu, makcik cleaner tu pon tolong tenang2kan, dia bagi alat gas untuk sedut bagi kurangkan sakit. Tapi tak tersedut laa..haahaa.. 

Tiba2 rasa nak terber**!! Dah tak sempat nak tekan button emergensi. Terus panggil nurse yang ada kebetulan lalubdepan pintu. Nurse masuk sambil kata " ye ye mana yang sakit" Rileks sungguh nurse ni, dah hari2 keje die kan. Die seluk cek jalan terus die cakap "FULL". Tiba2 bilik tu penuh dengan nurse. Doc pon tiba. 

Tobalah masa untuk berjuaaaaang!! Walaipun awal2 agak kelam kabut untuk push tapi Doc & Nurse2 semua tolong & beri semangat. Doc juga tak henti berzikir. Paling membantu bila Doc kata " Ok.. geraaam.. geraaaam.. geraam lagi.." Haaa, betul2 geraam! hehe..

01:48pm : Alhamdulillah, selamat anak mama melihat dunia. Masa ni rasa mamai sangat, sehari semalam tak tido. Nurse tunjuk tuut baby, " Tengok ni, anak apa?" Mulut mama kata "Muhammad". Nurse gelak je, "Amboi siap bagi nama dah". Baby boy!

Nurse balut dan letak Muhammad atas dada Mama. SubhanaAllah. Tak tergambar gembira & syukur Allah permudahkan semuanya.

02:30pm : Selesai jahit. Ni paling mencabar kot.

03.00pm : Nurse bawak Muhammad yang sudah siap dimandikan. Nurse ajar menyusukan baby. First time mother la katekan.

03:30pm : Mata mengantok tapi tak boleh lelap. Muhammad dah letak dalam troli. Tiba2 terdengar suara En Suami sebak2 azankan Muhammad. Haa, En suami berjaya seludup masuk lr. Kebetulan ada kenalan.

Kemudian berlaku la babak tacing kami bertiga❤❤❤ 

Alhamdulillah, cukup la dulu cerita mama. Ni pon dah mula taip dari dalam pantang. Sekarang Muhammad dah 4 bulan 5 hari! Nampak tak ke'busy'an menjadi seorang ibu & suri rumah tangga walaupon rumah tak ada tangga..heeee!


Muhammad Uwais 7 hari. Alhamdulillah hari ni dah 4bulan 5hari semakin bam2 berketak2..heee!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...