Monday 10 June 2013

Resipi 24 : Sushi -Malaysian style-

...السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
 ♥بسم الله الرحمن الرحيم♥

Dah lama tak update resipi, lebih kurang 3 bulan kot =.='
Sebenarnya banyak je resepi yang nak dikongsi tapi tu lah penyakit M tu selalu je datang.heee :P
So, hari ni dengan gumbiranya nak kongsi resipi Sushi!

Bahan² & Cara² :

 1.Sediakan beberapa keping seaweed & alat untuk menggulung sushi.

2. Filling/inti : Terpulang pada citarasa anda. Saya ikut selera melayu, so buat sambal tuna/sardin + telur dadar + timun & carrot.

3. Nasi yang dicampur sedikit cuka+garam+gula. 
Saya guna beras luk²(beras arab) tekstur dia ala² beras pulut sikit. Tapi kalau nak beli beras khas sushi lagi bagus!

Ok, seterusnya layan video ni! hehe.. selamat menonto :)



p/s: Tak pernah makan sushi kat kedai makanan Jepun, makan hasil air tangan kawan & sendiri je(1st time ni la). Bila tengok resipi sebenar sushi, inti ikan tu tak masak pon.. errkk.. :P

NaNa=^.^=

Saturday 8 June 2013

Rindu | MakBapak

...السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
 ♥بسم الله الرحمن الرحيم♥

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani.

Sungguh aku teramat rindu. 
Rindu menatap wajah 'Emak & Bapak' T__T

Selalu meluah rindu & kaseh pada Emak. Jarang sungguh pada Bapak.
Selalu mengadu & merengek pada Emak. Jarang sungguh pada Bapak.

Tapi..
Bila berhadapan sungguh aku jadi terkedu.
Mahu mula bicara malu-malu.
Bila bersuara dalam tidak sedar aku jadi manja.
Aku rindu itu. Bapak.

Bak kata Mak, "Bapak tak romantik, Bapak tak pernah menabur janji. Tapi dia janji dari HATI"

Alhamdulillah, sungguh aku tak pernah merasa susah.
Hidup sederhana serba serbi ada berbekal rasa SYUKUR.
Semua dariNya dan atas usaha penat keringat seorang yang bernama 'Bapak'

Bapak.
Mahu anak berpendidikan agama.
Aku ingat, menangis beria! tak nak! tak nak! tak nak sekolah agama!
Lembut, Bapak pujuk sambil mengusap rambutku.
Aku ingat, pandangan matanya yang penuh harapan.
Aku biar, ikut sahaja segala kemahuan.
Alhamdulillah, sungguh dalam keterpaksaan ada sinar menanti di hadapan!

Benar. Redha IbuBapa redha Allah juga!

Bapak.
Dalam perjalanan anakanda jauh diperantauan.
Kita sama-sama berkorban.
Tak banyak masa yang dapat kita sama-sama luangkan.
Tapi tulus DOA sentiasa kita utuskan.

Bapak.
Hadir saat aku JATUH dan saat aku rasa telah mengecewakan mereka.
Tak pernah merungut tapi tersenyum membangkit semangat untuk aku kembali berdiri TEGUH.
Aku ingat, terlihat raut BANGGA tatkala aku di ATAS.
Tak kira aku dimana, dia hadir mengusap lembut rambut lalu dahiku dikucup.

Aku rindu.

Tiada ganti 'Emak & Bapak'.
Moga Allah sentiasa merahmati & meredhai kalian berdua.
Moga Allah beri aku kesempatan untuk membalas jasa, mungkin tak setimpal dengan pengorbanan AyahBonda.

Hati tersentuh mendengar bai-bait lagu ini. Mungkin tidak sama tapi sedikit sebanyak serupa. 


p/s: Ok, sabar sabar sabar. 3-4 bulan je lagi :'(

NaNa=^.^=
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...