Wednesday 14 August 2013

Syawal 1434h Di Perantauan | Alexandria Egypt


...السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
 ♥بسم الله الرحمن الرحيم♥

Alhamdulillah, sudah 7 hari menyambut lebaran. Lebaran di perantauan & lebaran dalam debaran(sebab masih menanti natijah, tengah sedap² menaip tiba² dapat panggilan natijah tahun 2 & 3 dah keluar!).

Hari ni 7 Syawal 1434h telah digemparkan dengan keadaan Mesir yang kembali kritikal. Seawal jam 7 pagi berpuluh penyokong Mursi telah syahid, dan mengikut update terkini hampir beratus² angka para syuhada. HasbunaAllah wa ni'mal wakeel ni'mal mawla wa ni'man naseer. Moga Mesir kembali aman.

Untuk update terkini tentang isu Mesir boleh ke sini :
1.Al-Fadhil Ustaz Abdul Malik
2.Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir (PMRAM)

Memandangkan hari ni sudah dapat arahan agar tidak melakukan sebarang aktiviti di luar rumah, maka dapat la luangkan masa untuk update entry dan kebetulan tak ada jemputan open house hari ni setelah 6 hari berturut² saya & kawan² bergumbira menghadiri open house! Makan, makan & makan!

Sehari sebelum Syawal saya & housemate merewang menyediakan juadah untuk berbuka merangkap juga juadah di pagi Syawal nanti.

Pagi Syawal jiran rumah sebelah dah ajak bertandang ke rumah mereka. Kami makan dulu sebelum pergi solat sunat Eidul Fitri di Markaz DPMI.

Ok lah, layan la gambar random kami anak² perantau. Gembira jugak beraya dengan kawan² tapi tetap rindu keluarga di kampung halaman!


Petang sehari sebelum raya, sambil menyiapkan juadah kami pon operasi conteng² dinding! Guna steaker je. Nak cari mood raya diperantauan kononnya.

Mengikut kiraan, tahun 2008, 2010 & 2011 sambut lebaran di Malaysia. Tahun lepas sambut lebaran di Makkah. Tahun ni sambut di Alexandria. Ala kulli hal Alhamdulillah. Dan sebenarnye, baru 1st time sambut raya dgn Tuah, sebelum ni die kena tinggal je =.=' Ok, tahun depan & seterusnya kita sama2 sambut lebaran di Tanah Air ye Tuah & Teja, insyaAllah.
 
Menu pilihan kami, hasil air tangan saya satay goreng & ayam masak merah. Air tangan Cik Amie kuah lodeh & sambal kacang! Nasi impit Nona juga jangan dilupa :P

Ni juadah di rumah jiran kami. Ada rendang daging & ketupat palas segera!

Open house pertama yang kami serbuuu! Open house di bangunan MARA Iskandariah. Sataaaaay!

Anak² Johor di Alexandria menyambut lebaran di perantauan. Alhamdulillah.

Gambar 1st tu di rumah sewa saya,  jemput kawan² datang beraya makan² apa yang ada sambil gosip² isu semasa..hahaa!


Sepanjang 6 Syawal, lebih kurang 14 buah rumah terbuka kami serbu! ada rumah repeat 2x, ada jugak pergi rumah terbuka tapi rupanya tertunda maka open table di Al-Baik je.. hahaa.. Alhamdulillah.. 

Rumah kami? kawan² rapat je yang datang, almaklumlah rumah dipuncak alam tingkat 7 orang fikir berkali² nak mendaki..huhuuu! InsyaAllah, jika berkesempatan kami buat rumah terbuka bergabung dengan jiran².

Ok, tu je lah cerita raya

p/s: InsyaAllah hari ahad bakal ditampal natijah tahun 4. Moga najah sufi kesemuanya, amiin ya rabb..


NaNa=^.^=

Friday 9 August 2013

Resipi 29 : Banana Carrot Cake

...السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
 ♥بسم الله الرحمن الرحيم♥

Alhamdulillah, semalam selamat menyambut 1 syawal 1434h. Walaupun menyambut syawal jauh diperantauan tapi Alhamdulillah seronok jugak sambut raya dengan kawan². Ada la jugak suasana raya walaupon jauh beza dengan suasana menyambut raya bersama keluarga di Malaysia.

Kami tak lupa hidangan tradisi Melayu di hari raya! Menu pilihan saya ayam masak merah & satay goreng. Housemate pulak bikin sambal kacang & kuah lodeh! Disebab kureeng makan rendang maka tiadalah rendang di rumah kami. 'Ala kulli hal Alhamdulillah.

Sempena dengan syawal, saya berkesempatan buat sebiji kek yang simple sangat! Pagi raya baru la deco² topping² kek, hehee!  Kek lembut gebusss~ cuma lebih kepada rasa pisang, bagi yang tak suka pisang boleh jugak letak carrot yang sudah di parut je tapi jadi la kek carrot je nanti :P

 Banana Carrot Cake/Kek Pisang Lobak merah

Bahan-bahan:

3 cwn / 295 gram tepong biasa
2 cwn / 300 gram gula (saya guna 200g sahaja)
4 biji telor ayam -B grade- (saya guna 3 biji telur sahaja)
1 cwn minyak sunflower (saya guna minyak jagung)
1 sudu teh kecil baking soda
2 biji buah pisang di lenyek (saya guna 4 biji sebab pisang kecik)
2 biji karot/lobak di sagat (saya guna 3 biji sebab carrot kecik)

Bahan² & adunan Banana Carrot Cake

Cara-cara: 

1. Masukan gula,telur dan minyak dan dipukul sehingga kembang

2. Ayakkan tepung tadi bersama baking soda dan ketepikan

3. Setelah telur,gula dan minyak tadi kembang, campurkan tepung yang telah diayak tadi. Kacau sehingga sebati.

4. Masukkan pisang & carrot dan kacau sebati dan masukan ke dalam acuan (boleh juga guna paper cup) .

5. Bakar - suhu ketuhar Oven 170C dalam masa 45 min tanpa di buka dan bakar sehingga masak.

6. Sejukkan kek kemudian boleh di hias mengikut kreativiti masing². Saya deco somot² je :P

Selamat Mencuba!


Kredit resepi : http://www.myresipi.com/top/detail/4731


TOPPING
kredit: http://sesucihatiraudhah.blogspot.com/2012/06/resepi-cupcakes-vantterscoth-with.html


Whipped cream 200 ml(saya guna yang serbuk+air dan diputar hingga kental)
Cream cheese 40 gram
Esen vanila
3 sudu gula

Cara-cara:

Putar 200 ml whipped cream sampai kental  masukkan 40 gram cream cheese dan esen vanila sikit dan gula . Putar lagi hingga sebati. Masukkan kejap dalam peti ais dan boleh hiaskan atas cupcakes yang telah sejuk tadi.

NaNa=^.^=

Saturday 3 August 2013

Resipi 28 : Biskut Oat Cornflakes Rangup Anakanda Diperantauan

...السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
 ♥بسم الله الرحمن الرحيم♥

Alhamdulillah, hari ni berkesempatan untuk buat biskut raya lagi. Macam biasa, biskut oat dah menjadi pilihan wajib tiap kali raya.

Sedih bila tanya Mak kat kampung, "Mak tak buat biskut raya ke?" Mak jawab, "Beli je na, kalau awak ada awak la buat" :'(

Semalam dapat berita yang Bapak admitted, hari ni pula dimaklumkan Bapak kekurangan darah. Ya Rabb, berilah kesembuhan segera buat Bapakku. Muda²han tiada yang serius. Tolong doakan Bapak sy ye kawan²!

Ok, berbalik kepada resipi Biskut Oat Cornflakes Rangup! Dah puas menggoogle resipi tapi terlalu banyak dan tak tahu nak pilih yang mana satu. Maka cepat² mesej Mak tanya resepi, sebab dari kecik memang makan biskut oat buatan Mak je, bila besar ni Mak dah suruh buat sendiri. Buat pon setahun sekali memang lupa la resipi.

So, dengan sukacitanya sy nak kongsi resepi Biskut Oat Mak saya ni, tapi dah diolah² sikit juga ikut suka hati anak dara dia ni ha.. haha.. Alhamdulillah, menjadi! :D


 Biskut Oat Cornflakes Rangup | kiri ditambah dengan serbuk coklat


Bahan-bahan:

1 mangkuk tepung gandum
1 mangkuk tepung jagung
1/2 cawan oat yang dikisar halus(boleh juga lebihkan serbuk oat dan kurangkan tepung gandum)
1 mangkuk oat kasar
250g butter (boleh tambah lagi jika kurang)
1 1/2 mangkuk gula castor (boleh kurangkan kalau tak suka manis)
1 biji telur
1 sk esen vanila
2 genggam cornflakes di ramas kasar

*Optional- Coklat bar yang dicincang halus atau coklat cip
*Optional- 3-4 sb serbuk coklat

Cara-cara:

1. Masukkan tepung gandum, tepung jagung, serbuk oat yan dikisar halus, oat kasar, esen vanilla & telur kedalam satu bekas dan gaul sebati.

2. Kemudian masukkan butter sedikit demi sedikit dan gaul sehingga adunan boleh dikepal. Kemudian masukkan cornflakes & coklat bar yang telah didadu dan gaul sebati.

3. Kemudian bentukkan bulat² kecil dan letak di atas loyang dan kemudian boleh ditekan permukaan atas biskut dengan hujung garfu.

4. Masukkan ke dalam oven dan dibakar lebih kurang 10-15 min atau sehingga keperangan

5. Setelah masak sejukkan di atas redai dan boleh disimpan di dalam bekas yang kedap udara


Selamat Mencuba!
NaNa =^.^=

Friday 2 August 2013

Resipi 27 : Biskut Mazola/ Biskut 'Afiah

...السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
 ♥بسم الله الرحمن الرحيم♥


Ok, mari² reramai kite membaking biskut rayee!

1st time saya mencoba buat Biskut Mazola, jadi google-menggoogle terjumpa resepi yang simple, so layankan. Oh! lagi satu, di entry sebelum ni sy ada cakap sy buat Biskut 'Afiah kan? ekceli ini lah "Biskut 'Afiah"nye..hahaa.. sebab, sy tak guna minyak Mazola tapi guna minyak jagung brand 'Afiah! hahahaa.. mudah²an sihat wal afiat lepas makan biskut ni :P


 Bahan-bahan:

500 gram kacang tanah ( goreng tanpa minyak- disangai) , blender hingga hancur.
480 gram tepung gandum
20 gram Tepung jagung
380ml minyak jagung (Kebiasaannya orang guna Minyak jenama Mazola, tapi apa2 jenama pon boleh)
280 gram gula castor
1 sudu kecil baking powder
1 sudu kecil garam
1 biji kuning telur dicampur dengan pewarna kuning ( untuk di gliss ).

Cara-cara:

1. Sediakan bahan² mengikut sukatan.

2. Satukan gula castor, kacang tanah, baking powder, tepung gandum, tepung jagung dan garam. Gaul sebati. Kemudian masukkan minyak jagung sedikit demi sedikit dan gaul sebati.



3. Pastikan adunan boleh dikepal. (Gaul guna tangan lebih mudah sebab dapat agak adunan sudah boleh dikepal)

4. Bentukkan bulat-bulat kecil dan tekan permukaan biskut ini dengan jari, ulang langkah tadi sehingga semua adunan habis, akhir sekali gliss dengan kuning telur dan lekatkan dengan kacang tanah sebagai hiasan, bakar pada suhu 175 - 180 darjah selama 25minit atau sehingga permukaan biskut perang.

5. Sejukkan atas redai(saya sejukkan atas pinggan je)



5. Simpan di dalam bekas yang kedap udara.

Selamat Mencuba!!

Kredit Resepi : http://chefgunawanmalaysia.blogspot.com/2013/06/resepi-biskut-kacang-mazola.html

NaNa=^.^=

Malam² terakhir Ramadhan di perantauan

...السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
 ♥بسم الله الرحمن الرحيم♥



Alhamdulillah, sudah sampai ke 10 malam terakhir Ramadhan. Sekejap je rasanya, Ramadhan bakal meninggalkan kita lagi. Moga berkesempatan untuk bertemu Ramadhan di tahun akan datang, Ameen Ya Rabb..

Bila Ramadhan semakin sampai ke penguhujungnya, maka masing² sibuk membuat persiapan untuk menyambut hari Lebaran. Tradisi orang Melayu tentulah lebih meriah! Kalau boleh 30 syawal nak disambut sepenuhnya. Apa pun disamping membuat persiapan untuk menyambut Lebaran jangan lepaskan peluang dimalam² terakhir Ramadhan ini untuk kita sama² memburu laylatul qadar! InsyaAllah.

Ok, semalam sempat telefon Mak dikampung selepas dapat berita Bapak admitted di Hospital tapi Alhamdulillah, Mak kata tak ada yang serius cuma Bapak penat dan Doc nasihatkan Bapak berehat di Hospital. Moga Allah memberi kesembuhan yang segera buat Bapak.

Berborak dengan Mak, nampak gaya raya tahun ni meriah sebab giliran abang² & kakak² pulang berhari raya di kampung tahun ni, cuma.... anak dara dia seorang ni je la beraya diperantauan.

Nana tahu Mak, Bapak & semua rindu, Nana lagi lah rinduuuuuuuuuuu T.T InsyaAllah ini last beraya jauh dinegara orang!

Sebelum cerita bertambah sayu, terus ubah topik..hahahaa..

Sebenarnya nak mencari mood untuk membuat persiapan raya diperantauan ni. Walaupun tahu kawan² ramai yang pulang beraya di Tanah Air, tapi untuk memeriahkan suasana kena la buat persiapan jugak. Alhamdulillah, semalam dah mula membaking biskut raya! Biskut 'Afiah. Haa, tak pernah dengar kan nama biskut ni? haha... Ok, nantikan resipi² biskut raye perantau ye :P

p/s: Tak sabar nak terbang pulang for good tahun ni! Rabbi Yassir Wala Tu'assir!

NaNa=^.^=
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...