Sunday 21 July 2013

Resipi 26 : Nasi Ayam Panggang Madu

...السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
 ♥بسم الله الرحمن الرحيم♥

Alhamdulillah, hari Khamis yang lalu 18/07/2013 selamat mengadakan Majlis Ifthar & menyambut ulang Tahun kelahiran Tuah yang ke-4 & Yat yang ke-23! Hooraay!

Entry sebelum ni dah share resepi Rainbow Cake dan sekarang nak share resepi Nasi Ayam Panggang Madu! Ekceli, buat research dekat macam² blog resepi tapi akhirnya saya olah sendiri resepi sebab ada bahan² yang tersenarai tidak ada dalam simpanan di rumah.

'Ala kulli hal, hasilnya boleh tahan la. Laju je kawan² makan, seronok tengok :)
Mana terkurang masin, manis, masam tu kira halal la sebab orang puasa masak kan.. hihi ^^



Resepi : Nasi Ayam Panggang Madu
Olahan : NunAlifNunAlif

Bahan-bahan  untuk Nasi Ayam:

4-5 cawan beras (dibasuh bersih)
4-5 cawan stok ayam(air rebusan ayam)
1-2 kiub ayam
3cm halia - hiris nipis
3 ulas bawang putih - hiris nipis
1 batang kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang 
1 sudu teh garam

*sukatan air rebusan ayam bergantung pada sukatan beras masing²

Cara-cara:

1. Campurkan kesemua bahan di atas ke dalam rice cooker.

2. Tekan suiz memasak dan jangan dibuka sehingga nasi masak dan kering.



Bahan-bahan perap untuk ayam panggang madu: 

5-6 bahagian peha ayam(direbus & ditos)

Bahan A: 

5cm halia - kisar (saya guna serbuk halia je)
5 biji bawang putih - kisar
3 sb sos tiram
2 sb kicap pekat
2 sb kicap cair
2sb kicap manis

Bahan B: 

1 sudu makan sos tiram
3 sudu makan madu

Cara-cara: 

1. Lumurkan ayam dengan Bahan A dan perap selama 30 minit. (Lebih lama perap lebih baik)

2. Panggang di dalam oven dengan menggunakan api sederhana panas sehingga masak.

3. Keluarkan ayam panggang, dan sapu dengan Bahan B.

 4. Masukkan kembali ke dalam oven dan panggang dengan api kecil selama 15 minit.

5. Tutup api oven, dan keluarkan.

6. Sedia untuk dihidang.

Bahan-bahan Sos:

5-6 tangkai cili merah( di kisar, kalau suka pedas boleh tambah lagi bilangan cili)
3 ulas bawang putih di cincang halus
Garam, gula, serbuk perasa(jika mahu) secukup rasa
1-2 sb cuka

Cara-cara:

1. Tumis bawang putih hingga naik bau dan kemudian masukkan cili serta bahan² lain.

2. Tambahkan air jika terlalu kering & biar mendidih.

*Boleh juga terjah resepi Nasi Ayam Panggang Bermadu di sini :

1. http://salamisimon1.blogspot.com/2012/12/nasi-ayam-panggang-madu.html
2. http://norlieharumaini.blogspot.com/2011/06/nasi-ayam-panggang-madu.html

NaNa=^.^=

Saturday 20 July 2013

Resipi 25 : Rainbow Cake/ Kek Pelangi

...السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
 ♥بسم الله الرحمن الرحيم♥

 Seperti yang dijanjikan di entry sebelum ni saya nak share resipi Rainbow Cake! Mari²!

Alhamdulillah, keinginan untuk buat Kek Rainbow akhirnya terlaksa juga. Percobaan pertama yang tidak mengecewakan walaupon terdapat bermacam² halangan pada awalnya & apabila terhasil Rainbow Cake berdebar² pula untuk hidangkan kepada tetamu.

Alhamdulillah, hasil yang memuaskan, walaupon deco somot² tapi kawan² kata SEDAP! Mak dikampung yang tengok gambar Rainbow Cake somot hasil buatan anaknya di perantauan ni pon request untuk buat Rainbow Cake bila kembali ke tanah air nanti. InsyaAllah :)


Cuba jangan tak cuba! Kek sangat lembuuuuut & sedap. Buat dengan penuh sabar & ikut step by step. Memang nampak rumit & ambil masa yang panjang tapi hasilnya InsyaAllah, sangat berbalooi. Alhamdulillah!


 Alhamdulillah. 18/07/2013 - Birthday boy ♥ 

Ok jom kite tengok resepinya!

RAINBOW CAKE 
resipi asal : Kaitlin Flannery



Bahan-bahan: 

3 cwn tepung serbaguna ( tepung gandum je)
 4 sdk baking powder
1/2 sdk garam
1 cwn butter (suhu bilik)
2 cwn gula castor (saya guna 1 1/2 cawan sahaja)
5 biji putih telur (suhu bilik)
 2 sdk esen vanila
1 1/2 cawan susu segar (suhu bilik)
Pewarna - oren, merah, kuning, biru, ungu n hijau

Cara-cara: 

1. Ayakkan tepung, baking powder & garam. Ketepikan.

2. Pukul butter & gula sampai kembang & gebu².

3. Masukkan putih telur, pukul lagi sampai sebati & gebu (masukkan sedikit demi sedikit) & masukkan esen vanila

4. Masukkan tepung berselang seli dengan susu segar. Pukul hingga sebati( saya gaul guna kaedah kaup balik & akhir sekali baru pukul guna mixer)

 5. Kemudian bahagikan sama rata adunan tu dlm 6 mangkuk dan setiap mangkuk letak pewarna yang berlainan. Kacau hingga sebati.

6. Kemudian bakar satu per satu guna loyang 8 inci. Sapukan sedikit butter dalam loyang & tuangkan adunan. Kemudian bakar pada suhu 170C/ 180 C dlm 10 @ 15 minit. Bakar sampai habis 6 loyang tu pastu sejukkan atas rak dawai ( saya sejukkan atas pinggan je)

*Jangan guna loyang besar nanti kek jadik nipis(mungkin loyang yang saya guna agak besar sikit & oven tuan umah yang dah season membuatkan kek saya seperti pancake! haha)

7. Untuk topping setiap lapisan boleh guna topping non dairy whipping cream, buttercream, cheesecream etc

8. Optional - Boleh jugak lapis² kan dengan kiwi / strawberry / blueberry filling


Alhamdulillah, inilah hasil Rainbow Cake saya yang somot :P  

CREAM CHEESE FROSTING(untuk layer setiap lapis kek)
source : Ayu@curlybabesatisfaction

Bahan-bahan:

250g Philadelphia cheese(saya guna creamcheese je)
125 butter
1 cup icing sugar- (saya guna 1/4 cawan)
1 tsp vanilla
extract juice of a squeezed slice of lemon- (tak letak sebab tak ada stock)

Cara-cara: 

Beat the cheese and butter, just until creamy, add the icing sugar, vanilla and lemon juice.

*Untuk topping bahagian luar saya guna non dairy whipping cream je.

 Kredit Resepi: http://www.secubitgaramnor67.com/2013/03/rainbow-cake.html#ixzz2Zb3N5EaP

NaNa=^.^=

Ramadhan Di Perantauan 1434H

...السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
 ♥بسم الله الرحمن الرحيم♥

Alhamdulillah, selamat kembali kepada diri sendiri! Lama tak jengah blog sendiri apetah lagi jalan² ke blog orang lain =.='

10/07/2013 - Pertama Ramadhan dan Alhamdulillah, hari ini sudah 11 hari seluruh umat Islam berpuasa.

Ramadhan Kareem, Allahu Akram! Kullu sanah wa entum toyyibin.

Tahun ni berpuasa & berhari raya di perantauan lagi, nampak gaya 2 tahun berturut² lah  menyambut ramadhan & syawal jauh dari keluarga tercenta. Tahun lepas walau jauh dari keluarga tapi Ramadhan & Syawal yang amaaaat bermakna kerana telah dijemput untuk menjadi tetamuNya. Alhamdulillah, tahun ni perlu tingkatkan lagi sabar, sabar & sabar untuk beraya di perantauan lagi.

Alhamdulillah, walaupon keadaan Mesir yang tidak menentu sekarang tapi kami dapat berpuasa & menjalankan aktiviti seharian dengan baik.

14/07/2013 - Alhamdulillah, sudah seminggu juga Bapak telah menjadi tetamu Allah di Haramain. Walaupon Bapak pergi sendirian tanpa Mak(sebab Mak kurang sihat) tapi Alhamdulillah terubat juga rindu Bapak untuk bertamu ke Tanah Suci. Semoga Bapak mendapat umrah yang maqbul & mabrur! Ameen Ya Rabb. Mudah²an ada rezeki tahun depan kita sekeluarga dapat ke Tanah Suci bersama², InsyaAllah.

18/07/2013 - Selamat Ulang Tahun  yang ke-4 kepada si budak ber TUAH! Semoga Tuah terus sehat, bolat, emsem & menjadi kucing yang baik! InsyaAllah, tahun ni TuahTeja balik Malaysia ngan kite sama², Ameen Ya Rabb..

Kebetulan birthday Tuah sama dengan birthday kawan, maka plan baeek punye dengan osmet untuk buat majlis ifthar &  menyambut Ulang Tahun Kelahiran mereka. 

Menu pilihan saya NASI AYAM PANGGANG BERMADU & KEK RAINBOW! Ok, nantikan resepi yang bakal di update~ Cik Amie pulak dengan menu PAU KELAPA & DADIH JAGUNG. Alhamdulillah, tetamu² juga bawak ole² Kuih Keria & Mee Goreng. Alhamdulillah! 


p/s: Alhamdulillah, meriah Ramadhan diperantauan tapi rindu kepada Keluarga tetap tak terlawan!

NaNa=^.^=
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...