Sunday 30 December 2012

Suka Duka 2012

...السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
 ♥بسم الله الرحمن الرحيم♥

Alhamdulillah, ini entry penutup tirai 2012 :)

InsyaAllah, 2013 bakal menemui kita tak lama lagi. Andai dipanjangkan usia, diberi izin olehNya untuk menaip entry maka adalah entry² yang bakal di publish untuk 2013 nanti.

Alhamdulillah, kupanjatkan kesyukuran yang tidak terhingga kepada Yang Esa diatas segala nikmat kurniaanNya. Sepanjang sependek 2012 yang telah saya lalui segala manis & pahit terpahat & tersimpan rapi didalam hati. Sungguh! tahun ini pelbagai ujian yang menimpa, namun ujian itu juga adalah nikmat yang terbaek untuk saya. Ujian yang datang membuatkan kita lebih dekat dengan-Nya. Ujian yang datang mengajar kita bersabar & redha dengan ketentuan-Nya. Ujian yang membuatkan saya berfikir, bangun & semangat mencari apa hikmah tersembunyi disebaliknya. Ya! sungguh layak diberi ujian buat Hamba.

Terindah, Makkah yang ku Rindu

Alhamdulillah, tahun 2012 yang mencatat pelbagai memori gembira & bahagia. Terindah! Saat Allah permudahkan jalan & menerima ku & sahabat²ku menjadi tetamu-Nya. Menyambut Ramadhan & Syawal di Haramain. Tak kan hilang dari ingatan saat memandang Kaabah yang indah buat kali pertama, tak akan pernah puas, bertawaf mengelilinginya, bersaie & bertahalul menyempurnakan rukun umrah yang 5. Allahu Rabbi, rinduuuuuuuuuuu yang tersangat dalam. Moga Engkau terimaku sebagai tetamu lagi.

Sanah helwa Sahabatku!

29.12.2012, ulang tahun kelahiran sahabat tersayang 'Husnul Hatimah'. Alhamdulillah, dengan plan yang ala² koboi berjaya juga bikin surprise untuk dia. Hampir 6 tahun di Mesir tak pernah kami sambut ulang tahun kelahiran bersama. Alhamdulillah, memandangkan tahun terakhir tiada exam untuk sem 1, maka dapatlah menyambut sekadarnya. Hanya ingin mencatat lagi memori indah bersama 'Sahabat' untuk tahun terakhir di Mesir. Hanya ingin memberi penghargaan kepada 'Sahabat' yang ada saat suka duka, berkongsi tawa & air mata. Hidup jauh diperantauan, berjauhan dari keluarga membuatkan kami lebih saling memerlukan. Persahabatan bermula dari sekolah menengah sehingga kini berusia hampir 12 tahun. InsyaAllah, sahabat selamanya kekal hingga ke syurga. Moga Allah redha dengan persahabatan ini. Ameen Ya Rabb.

Apa azam 2013?
 Orang yang BIJAK adalah orang yang MENIKMATI HIDUP DENGAN SEDIKIT KEINGINAN, kerana makin banyak keinginan makin besar peluang untuk gelisah. 
 Moga segala apa yang dirancang seiring dengan Redha-Nya :)

p/s: Bismillah, selamat datang 2013.

NaNa=^.^=


Thursday 20 December 2012

Resipi 14: Jemput² Ikan bilis+bawang+bayam

...السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
 ♥بسم الله الرحمن الرحيم♥

Musim sejuk atau hujan ni memang best layan jemput²! Biasanya saya suka buat jemput² ikan bilis+bawang+kentang, memang mabeles!

Tapi kali ni memandangkan stock bayam melambak² dalam peti ais, maka terhasillah jemput² ikan bilis+bawang+bayam :)

Hidangan untuk 4-5 orang

Bahan-bahan:

3 cawan tepung gandum
3 cawan air
1 biji bawang merah dihiris nipis*
1 genggam ikan bilis dibersihkan*
1 mangkuk bayam dipotong halus @ ditumbuk
Sedikit garam
1 biji telur(saya tak letak)
1 sudu kecil baking powder(saya tak letak)
Minyak untuk menggoreng

Cara-cara:

1. Tumbuk bawang merah dan ikan bilis tapi tak perlu lumat sangat(ikut citarasa masing²). Kemudian masukkan ke dalam bekas.

2. Potong bayam kecik² kemudian tumbuk tapi jangan lumat sangat juga & masukkan kedalam bekas yang berisi ikan bilis+bawang tadi.

3. Masukkan tepung,garam & tuang air sedikit sehingga adunan tidak terlalu pekat dan tidak terlalu cair. Kemudian boleh juga letak telur & digaul sebati(saya tak letak)

4. Panaskan minyak didalam kuali dan boleh sudu²kan bancuhan tadi. Goreng sehingga garing & siap sedia dihidang panas!


5. Boleh dimakan bersama sos, sambal sardin@telur dll.

Selamat mencuba!

 NaNa=^.^=

Wednesday 12 December 2012

121212

...السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
 ♥بسم الله الرحمن الرحيم♥


Alhamdulillah, 12.12.12! Tarikh cantik hari ini. Tahun depan 2013, tapi tak wujudlah 13.13.13, tak yah pening² nak selak kelendar :D

Apa ada pada tarikh cantik ni? berebut² la orang nak pilih tarikh macam ni sebagai hari indah mereka. Mesti ramai Tok Kadi sibuk hari ni. Yang mana ibu mengandung mesti ada yang sanggup tunggu 12.12.12, tepat jam 12.12.12am/pm untuk melahirkan baby! Woah! janji korang bahagia.

Apa istimewa tarikh hari ni bagi saya? Hari² istimewa.. yo yo o je. Alhamdulillah masih diberi peluang untuk bernafas lagi hari ini. Eh! pastu rajin pulak menaip entry. Eh! dah 3 hari berturut² update tanpa henti. Eh! Ada apa² ke ni? Hahaha.. sukatila!

Saje je nak update entry pada tarikh cantik ni! memandangkan tak lama lagi tahun akan berganti, kesian tengok tahun ni tak banyak entry yang dapat dikongsi. Entah., tak ada idea, tak ad masa, kemalasan pun ye juga :D

Blogwalking pon jarang sekali, tapi Alhamdulillah ada jugak yang sudi menyinggah. Tengok trafik ramai yang datang dok search RESIPI. Lama² jadi blog resipi blog ni, tapi sekarag dah jarang masak maka tak ada la resipi yang nak dikongsi :P

Ok, dah beku tangan menaip.  InsyaAllah, ada story ada la entry! ^^

p/s: 'Ala kulli haaal, Alhamdulillah :)

NaNa=^.^=

Monday 10 December 2012

Hijrah Nafsi

...السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
 ♥بسم الله الرحمن الرحيم♥

Alhamdulillah :) Hari ni rasa nak post entry lagi.

Entry semalam agak emo, hari ini kembali tenang. Biasalah, manusia mana yang sempurna. >.<

Alhamdulillah, syita'(musim sejuk) kembali bertamu di kota Iskandariah. Angin bertiup tidak sepoi² lagi. Musim sejuk atau panas segala yang datang dari-Nya, tapi manusia serba serbi tidak pernah puas, tahu merungut sahaja. Sejuuuuuknyeee! Panaaaasnyeee!  T__T Allahu Rabbi. Astaghfirullah.

Cute je katon² ni nak berhijrah :D

Terpanggil untuk menulis mengenai Hijrah Diri. Ok, paling menjadi perhatian sekarang tentulah selebriti, mungkin ada yang tak mengambil tahu tentang cerita retis ni. Ok takpe, sila la google Artis Yang Sudah Berhijrah. Eh! Bukan berhijrah dari Malaysia ke negara lain tapi berhijrah dari zaman kegelapan kembali mencari redha Tuhan! Dari yang seksi meksi kini sudah bertudung labuh lengkap bersarung kaki. Dari yang ranggi kini sudah berjubah ikut sunnah Nabi! MasyaAllah!

Golongan artis mampu berdakwah kini? SubhanAllah! Berdiri diatas pentas menyeru umat islam bangkit mengamalkan hidup dengan cara islam & sunnah Rasulullah. Allahu Rabbi! Siapa sangka kan.. Ini semua atas kehendakNya.

Dari pengamatan sendiri, saya lihat kebanyakan mereka yang baru hendak berjinak² mengenali Tuhan lebih bersikap bersungguh² dalam mengkaji Islam, sedangkan ada sebahagian pelajar dibidang agama hanya mengambil sikap sambil lewa & berpawatakan bukan seperti ahli deen. T__T

Ya Allah! jadikanlah aku, ahli keluarga ku & sahabat² ku golongan yang mempelajari agama & mengamalkannya dengan ikhlas semata hanya kerana-Mu, Ameen.
Betapa berharganya nilai HIDAYAH, sebab itu kita digalakkan agar mengamalkan doa ini :
‎”رَبَّنا لا تُزِغ قُلوبَنا بَعدَ إِذ هَدَيتَنا وَهَب لَنا مِن لَدُنكَ رَحمَةً ۚ إِنَّكَ أَنتَ الوَهّابُ” 
"Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau memesongkan hati kami sesudah Engkau beri petunjuk kepada kami, dan kurniakanlah kepada kami limpah rahmat dari sisiMu; sesungguhnya Engkau jualah Tuhan Yang melimpah-limpah pemberianNya.(A-li'Imraan 3:8)

Benarlah bahawa Allah memberikan HIDAYAH kepada sesiapa sahaja yang Dia kehendaki. Dan jelaslah bahawa tiada layaknya kita manusia untuk menghukum manusia itu ahli syurga mahupon neraka hanya kerana kebaikan atau kejahatan yang kita nampak dia lakukan hari ini. Entah mungkin yang jahat sempat bertaubat sebelum dicabut nyawa, entah yang baik terjebak dengan maksiat diakhir nafasnya. Allahu Rabbi!

Maka sesiapa yang Allah kehendaki untuk memberi hidayah petunjuk kepadanya nescaya Ia melapangkan dadanya (membuka hatinya) untuk menerima Islam; dan sesiapa yang Allah kehendaki untuk menyesatkannya, nescaya Ia menjadikan dadanya sesak sempit sesempit-sempitnya, seolah-olah ia sedang mendaki naik ke langit (dengan susah payahnya). Demikianlah Allah menimpakan azab kepada orang-orang yang tidak beriman. (Al-An'aam 6:125)
p/s: Ok, esok pekse!Tak sabar nak ke next level~ Weee~ Rabbuna yusahhil!

 NaNa=^.^=

Sunday 9 December 2012

No Hard Feelings

...السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
 ♥بسم الله الرحمن الرحيم♥

-sekadar hiasan-

Sabar! Sabar! Sabar! Okeh, sedang berSABAR tahap dewa sekarang ni. Perangai! Haish! Kalau meletop ni mahu keluar api macam naga tu. *tetibe* Astaghfirullah!

Alhamdulillah, masih mampu mengawal rasa geram dengan perangai manusia ni. Kadang² Tuah & Teja pulak menjadi tempat luah perasaan. Orang yang ada akal ni pon kadang² hilang rasa belas kasihan. Haish!

Rasulullah ada bersabda "La taghdab" yang bermaksud "Jangan Marah", larangan ini jelas menunjukkan bahawa sifat marah itu adalah sifat yang tidak elok. Didalam Al-Quran juga terlalu banyak ayat yang menyaran kita agar selalu bersabar. "Fasobrun Jameel" diantara lafaz yang termaktub didalam Al-Quran yang bermaksud "Sabar Itu Indah". Sifat Allah itu sendiri Maha Penyabar juga jelas menunjukkan bahawa betapa mulianya sifat ini.

AllahuRabbi, manusia yang imannya kadang bertambah kadang berkurang seperti saya, masakan mampu untuk mengelak dari merasa MARAH T__T. Astaghfirullah.
Kadangkala seperti mahu hidup sendirian, tapi Allah kurniakan kita kawan. 
Kadangkala perangai kawan sangat menjengkelkan, tapi mungkin Allah datangkannya kepada kita untuk menguji kesabaran.
Orang buat baik, kita balas baik. Orang buat jahat kita balas dengan DOA & KEMAAFAN.

 Mak pesan, "Memang perangai orang ni macam², awak sabar. Jangan berkira, rasa belas kasihan dengan kawan², macam la awak tu betul sangat"  heh! yang last tu #sentap! :D Terima Kasih Mak!

 p/s: Jangan dengan sebab kebaikan yang kita lakukan, mula la naek lemak & selalu ambil kesempatan. Sekian. Hahaa! blog jadi tempat lepas geram :D No hard feeling.. XoXo publish! #IstanbulAkuDatang

 NaNa =^.^=
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...