Wednesday 28 September 2011

Nikmat & Hikmah

...السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
♥بسم الله الرحمن الرحيم♥

Alhamdulillah, segala puji bagi ALLAH dengan qudrah & iradahnya hari ini jari jemari saya mampu lagi menaip kata-kata diruang usang maya ini. Agak teruja menggunakan meja mini laptop pemberian daripada ayahanda sempena ulang tahun kelahiran beberapa hari yang lepas, sekaligus membuatkan hati terasa ingin berkongsi sesuatu.

Nikmat usia

Alhamdulillah, tiada yang layak menerima pujian melainkan-Nya. Pelbagai nikmat telah dikurniakan oleh ALLAH kepada diri ini sepanjang menjalani hidup di muka bumi . Sesungguhnya, nikmat umur yang dikurniakan ini sebenarnya menunjukkan bahawa betapa semakin hampirnya saya untuk menemui-Nya. Bila mengenang akan dosa, rasa tidak layak sungguh untuk mengecapi semua nikmat dari-Nya. Namun, keyakinan dari hati bahawa ALLAH adalah Maha Pengampun & Maha Penerima Taubat hamba-Nya membuatkan diri berusaha untuk menjadi hamba yang terbaik disisi ALLAH yang Esa. InsyaALLAH.

Perjuangan yang belum selesai & tidak akan selesai

InsyaALLAH, kurang lebih sebulan sahaja lagi saya bakal terbang semula ke Madinatul Ahlam. Sangat rindu akan suasana disana. Rindu untuk kembali ke kuliah & ini merupakan tahun terakhir yang bagi saya lebih hebat ujian & perjuangan yang perlu saya lalui. Tiada yang lebih indah, berbekalkan semangat & dorongan dari ayah bonda, keluarga, sahabat-sahabat untuk meneruskan perjuangan ini. Menjadi lumrah, kadang terasa lemah & sedih hidup jauh di perantauan. Namun, selalu pujuk hati bahawa ALLAH sentiasa bersama mereka yang berjuang dalam menuntut ilmu. Tiada yang mudah dalam bermujahadah. Semoga saya & sahabat-sahabat seperjuangan berjaya menjadi generasi Azhari yang soleh & solehah, bukan sahaja berbekalkan segulung syahadah tapi ilmu yang barakah terlekat didada yang dapat dimanfaatkan & disampaikan kepada anak bangsa di Tanah Air tercinta.


Kurniaan sahabat

Kurniaan sahabat daripada-Nya. Ada sahabat suka & duka. Ada sahabat berkongsi ketawa & air mata. InsyaALLAH, sahabat-sahabat yang saya sayang kerana-Nya. Sahabat-sahabat yang saya ingin bersamanya hingga ke syurga, insyaALLAH. Namun, maafkan saya andai diri ini tidak layak dinamakan sahabat jika selalu membuat dirimu terleka, lalai, tidak membantu saat kamu memerlukan, tidak menegur segala kesilapan malah terus membiarkan. Saya bukan sahabat yang baik jika itu semua kamu lihat dalam diri saya. Maafkan saya. Terima kasih tidak terhingga untuk segala nasihat & teguran yang dihulurkan.


ALLAH sedang cemburukan saya

Begitulah lumrah insani yang ada dalam diri ini. Insan yang sering lalai & leka. Insan yang memang sifatnya mudah lupa. Syukur ALLAH menjaga hati ini, syukur ALLAH ambil peduli, syukur ALLAH masih memberi peluang untuk memperbaiki diri. Mungkin kesilapan diri sendiri meminta itu & ini, bila ALLAH beri tapi tak dijaga dengan rapi. Hati ini sangat rapuh, ampunkanlah dosa-dosaku Ya ALLAH! Sungguh dalam esak & tangis menyesal akan segala khilaf. Bertanya pada diri, apa perlu aku menangis saat ALLAH telah mengambil semula apa yang aku minta? Mungkin naluri wanita menyebabkan titis-titis jernih selalu jadi peneman setia. Kekuatan dari dalam lebih menguasai diri untuk saya sedar bahawa setiap apa ketentuan ALLAH pasti ada hikmahnya. Lantas tersenyum supaya saya sentiasa bahagia dan yakin bahawa saya tidak sendiri kerana ALLAH setia menemani.

Terapi hati & jiwa

Dengan ujian demi ujian saya belajar erti kehidupan. Hidup kadang perlu berkorban. Tinggalkan sesuatu yang pada kita baik untuk kita tapi sebenarnya lebih membawa kemudaratan dalam jiwa. Pengharapan kepada manusia selalu buat kita kecewa dan ingatlah, gantungkan segala pengharapan kita kepada AllAH kerana Dia tidak pernah biarkan kita sengsara. Memang tangisan selalu menenami saat kita sedih & bermuram durja. Bersangka baik dengan perancangan ALLAH, memaafkan, sentiasa bersikap positif & ingat bahawa perancangan ALLAH lebih baik dari apa yang kita jangka. Memang nampak susah, tapi sentiasa cuba untuk menjadi hamba yang sentiasa Redha dengan ketentuan-Nya.

p/s : Maaf andai penulisan ini terlalu mengikut emosi kerana blog ini selalu sahaja jadi tempat luahan hati. Sekadar menulis untuk mengingatkan diri sendiri. Ambillah apa yang baik & bermanfaat, tegurlah mana yang terkurang. Semoga ALLAH pelihara hati ini :)

NaNa(^_^)v

Monday 19 September 2011

Realiti : Dunia semakin rosak!

...السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
♥بسم الله الرحمن الرحيم♥

Islam itu mudah & Islam itu indah, tapi kenapa kita susah sangat nak ikut perintah ALLAH? Sedih. Realiti sekarang orang jadi pelik! pelik sangat bila lihat orang ikut perintah ALLAH, bila orang amalkan sunnah Rasulullah.
Biar pelik dimata manusia tapi mulia disisi yang Esa
Bila kebaikan datang depan mata, sedaya upaya mahu lari jauh-jauh. Bila ada yang datang memberi nasihat, langsung tidak diendahkan. Tak tahu apa yang nak dikejar di dunia ni. Nama, pangkat, harta? Kita mengaku Islam, tapi kenapa tak mahu dekati tak mahu mencari apa nilai-nilai murni pada agama yang kita anuti itu sendiri? Serius sedih!
Nasihat Luqman Al-hakim, Hai anakku; bergaullah rapat dengan orang yang alim lagi berilmu. Perhatikanlah kata nasihatnya kerana sesungguhnya sejuklah hati ini mendengarkan nasihatnya, hiduplah hati ini dengan cahaya hikmah dari mutiara kata katanya bagaikan tanah yang subur lalu disirami air hujan"
Semua ingin ke Syurga & ingin membawa insan-insan yang kita sayang ke sana. Itu lah juga harapan & impian saya. Adakah kita rela melihat ayah yang banyak berkorban membesarkan kita dengan penuh kasih sayang ke neraka semata-mata hanya menanggung dosa kita didunia? Kita rela suami yang kita kahwini, yang kita cintai, yang memberi nafkah kepada kita terjerumus ke neraka kerana dosa-dosa kita?. Sama-sama jaga agama, jaga adab, jaga pandangan, jaga pemakaian, jaga hati kita.
احفظ الله ﻳﺤﻔﻈﻚ
Jagalah Allah, nescaya Allah menjagamu.
Sedarilah bahawa dunia ini sementara, sekadar tempat kita mengumpul amal untuk bekalan ke akhirat kampung halaman yang kekal selamanya. Pohonlah Rahmat & RedhaNya agar kita diberi nikmat syurga & dijauhkan dari azab api neraka.
"Wahai kaumku! Sesungguhnya kehidupan dunia ini hanyalah kesenangan (untuk sementara waktu sahaja), dan sesungguhnya hari akhirat itulah sahaja negeri yang kekal."(Al-Mukmin : 39)
Sama-samalah perbaiki diri, sama-samalah jauhi segala maksiat & kemungkaran. Kembalilah kepada ALLAH, sungguh ALLAH Maha Pengampun & Penyayang. DIA sentiasa menerima kita & sentiasa berada bersama kita.
"(ALLAH) Yang Mengampunkan dosa, dan Yang Menerima taubat; Yang Berat azabNya; Yang Melimpah-limpah kurniaNya; tiada Tuhan melainkan Dia; kepadaNyalah tempat kembali."(Al-Mukmin : 3)
Saya bukanlah seorang yang terbaik untuk memberi nasihat, saya juga sering terlupa & terleka, pernah di uji & pasti akan diuji Tuhan untuk menilai sejauh mana kuatnya iman. Saya seorang manusia biasa yang kadang turun & naik tahap keimanannya. Betapa rapuh iman manusia.
"Sesungguhnya aku sedang menasihati kamu, bukanlah bererti akulah yang terbaik dalam kalangan kamu. Bukan juga yang paling soleh dalam kalangan kamu, kerana aku juga pernah melampaui batas untuk diri sendiri. Seandainya seseorang itu hanya dapat menyampaikan dakwah apabila dia sempurna, nescaya tidak akan ada pendakwah. Maka akan jadi sikitlah orang yang memberi peringatan."- Imam Hasan al-Basri-
Pilihlah!

p/s : Bacalah apa sahaja bentuk penulisan (terutamanya tentang agama, nasihat, motivasi dll) dengan tenang. Pasti kamu akan dapat merasa kesedaran, pasti kamu mampu menerima dengan hati yang terbuka & senang menerima apa yang disampaikan. Mungkin saat jari jemari ini lancar mengetuk papan kekunci tapi hakikatnya diri ini sendiri tidak lari dari khilaf & dosa.
Allahummaghfirli zunubi!

NaNa(^_^)v

Thursday 15 September 2011

Cinta itu anugerah ALLAH :)

...السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
♥بسم الله الرحمن الرحيم♥

“CINTA itu anugerah Allah...
bila manusia mencintai insan yang mencintai Allah…”

Tuhan memberi kita dua kaki untuk berjalan, dua tangan untuk memegang, dua telinga untuk mendengar dan dua mata untuk melihat. 

Tetapi mengapa Tuhan hanya menganugerahkan sekeping HATI pada kita? 

Kerana Tuhan telah memberikan sekeping lagi HATI pada seseorang untuk kita mencarinya. Itulah namanya Cinta...

Hohoo.. Serius comot & secomot-comotnye!! 
sebab kurang rajin nak undo nak edit nak tacap ape2 yang sepatutnya.. hihi..

NaNa(^_^)v

Hati kita milik ALLAH :)

...السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
♥بسم الله الرحمن الرحيم♥

Bibir Tidak Perlu Berkata.. Bila Hati Sudah Mula Bersuara ♥


First trial lukis doodle guna photoscape. Tak reti nak guna adobe photoshop. Cuba conteng-conteng, ini lah hasil yang tak seberapa & comot-comot. Tak guna mouse pon, lukis guna touch pad je, sebab tu agak senget benget. Kalau rajin nak lukis lagi.. suka suka suka :)

p/s: Sape gelakkan xmo kawan :P hehee!!

NaNa(^_^)v

Wednesday 14 September 2011

Bisu & Buta

...السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
♥بسم الله الرحمن الرحيم♥
 


Aku menjadi seorang yang seolah-olah bisu,
Namun kata hati aku mampu mengungkap segala rasa.
Aku menjadi seorang yang seolah-olah buta,
Namun mata hati aku dapat melihat & menilainya.

Aku lebih rela jadi 'si bisu',
Kerna aku tak mahu kata-kata dari hati menggoyahkan iman kamu,
Aku lebih rela jadi 'si buta',
Kerna aku tak mahu pandangan mata itu dikaburi dengan syaitan si pendusta.

Sejauh mana aku cuba berlari,
Hati aku tetap diuji,
Sejauh mana aku cuba meninggalkan,
Hati ini tetap rasa memerlukan,
Kerna aku manusia normal,
Punya hati & perasaan.


Namun aku sedar....
Hatiku sangat halus & rapuh,
Imanku ibarat roda yang kadang di atas & kadang dibawah,
Sedaya upaya aku mahu menjaga,
Agar ALLAH sentiasa merahmati & meredhai kita.
‎"Perasaan cinta yang lahir terhadap seseorang bukanlah tanda kita akan memilikinya. Namun kekadang ia muncul sebagai ujian dariNya buat kita, ingin melihat bagaimana kita memelihara, mengawal dan mengurusnya. Perasaan cinta itu amanah, dan amanah pasti akan dihisab oleh Allah.." 
NaNa(^_^)v

#WordlessWednesday 6 : Terbang tinggi

...السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
♥بسم الله الرحمن الرحيم♥


NaNa(^_^)v

Thursday 8 September 2011

S.Y.U.K.U.R

...السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
♥بسم الله الرحمن الرحيم♥

Alhamdulillah, segala puji bagi ALLAH diberi daya,ruang & kesempatan untuk menaip lagi di blog yang hidup segan mati tak mahu ini. Agak lama tak meng'update' sebarang cerita, berita & sewaktu dengannya. Bukan sengaja,ketiadaan masa & idea itulah puncanya.

Syukur... Saat jari jemari mengetuk-ngetuk papan kekunci,bermacam-macam rasa ada dihati. Alhamdulillah, ketenangan & kebahagian yang ku raih kini.

Malaysia

Alhamdulillah, dengan rezeki yang tidak disangka-sangka, 2 hari sebelum raya pesawat Qatar Airways selamat mendarat di KLIA. Ya! saya selamat tiba di tanah air. Walaupun mengikut kiraan & perancangan tahun ini bukan giliran saya untuk pulang ke kampung halaman, tapi inilah dia kuasa TUHAN. Alhamdulillah, dapat bersua, bermesra & melepas rindu bersama keluarga di tanah air lagi tahun ini. Oh! ada satu lagi perkara yang buat saya agak teruja & gembira sebenarnya saat tiba dibumi Malaysia :)

Jumpa lagi Alexandria.

Alexandria

Alhamdulillah... Berkat doa ibubapa, sanak saudara juga sahabat-sahabat, saya 'NAJAH' dalam imtihan yang telah saya hadapi baru-baru ini. Tiada yang lebih membahagiakan melainkan saat melihat senyuman ibubapa tanda gembira dengan berita dari Kota Pantai. Mak,Bapak... Alhamdulillah,Nana dah tahun akhir! Syukuuuur padaMU Ya ALLAH. InsyaALLAH, semangat & dorongan dari mereka akanku jadikan azimat untuk berusaha lebih gigih. Mohon doa dari kalian juga :)

Beginilah cara 'natijah' kami diumumkan. Sekadar ditampal di dinding atau cermin kuliah. Berdebar-debar cari nama. 
Kredit gambar to Piah

September

Bulan September yang bakal meggenapkan usia saya. Terasa sekejap masa berlalu. Otak & pemikiran juga seakan-akan sudah merencana untuk kehidupan masa hadapan. Tanda-tanda dah matang ke ek? :P
Tiada kata yang lebih indah melainkan segala pujian bagi ALLAH kerna diberi nikmat pinjaman dalam pelbagai bentuk kepada diri ini  untuk hidup dibumi bertuah.

Ibarat bunga yang kembang mekar hidup segar bugar namun lama kelamaan layu dan gugur satu persatu. Begitulah hidup kita yang pasti akan berakhir. Semoga mati kita berakhir dengan husnul khatimah,Ameen..

Tuah & Princess

Terpaksa berpisah untuk seketika. Terasa dah lama, rupanya tak sampai 2 minggu saya tinggalkan dia jauh disana. Alhamdulillah, syukur punya teman membantu. Terima kasih tidak terhingga kepada Bee Smile & Izzah Hanani yang sudi menjaga Tuah saya & Princess. Semoga ALLAH membalas jasa baik kalian.


Rasanya tidak terlambat untuk mengucapkan SALAM EID MUBARAK untuk semua. Maaf Zahir & Batin.

Minal a'idin wa al-faiezin, kullu 'amin wa antum bikhair :)
Semoga kita berada dalam kalangan orang yang kembali kepada fitrah & berjaya, setiap tahun hendaknya kamu dalam kebaikan :)

p/s : ALLAH adalah sebaik-baik perancang... Sungguh berkat keSABARan membuahkan keBAHAGIAan :)
NaNa(^_^)v

Monday 5 September 2011

Cintaku bukan cinta biasa ♥

...السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
♥بسم الله الرحمن الرحيم♥

Inna solati wanusuki wamahyaya wamamati lillahi rabbil 'alamiin..
Sesungguhnya Solatku, ibadahku, hidupku dan matiku hanya keranaMu...


p/s : Alhamdulillah atas segala nikmat kurniaanNYA... Bahagia mendamba cintaNYA :)

NaNa(^_^)v
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...