Sunday 23 January 2011

Ne No Ne No masuk kampung!!

Assalamualaikum...

Muar : Setelah hampir 2 hari terperangkap didalam perigi buta sembilan gelung, Alhamdulillah akhirnya 2 ekor anak kucing iaitu anak kepada Pn Itam telah berjaya dikeluarkan oleh Pak Cik Bomba dari perigi tersebut.

Menurut sumber,penjaga mangsa iaitu Pn "Emak" & En "Bapak" telah mencuba untuk mencari anak2 kucing tersebut kerana kedengaran suara tangisan mereka dengan bunyi 'meoww2' dan seakan2 bergema tanpa henti. Ibu kucing, Pn Itam turut menangis2 mungkin kerana risau akan keadaan anak2 beliau yang baru berusia tak sampai sebulan itu.

Menurut sumber lagi, En "Bapak" telah berjaya menemui anak2 kucing tersebut didalam perigi buta yang berada berhampiran dengan kolam ikannya hari ini(semalam).En "Bapak" cuba untuk menyelamatkan anak2 kucing tersebut namun keadaan perigi yang dalam & didapati terdapat sarang penyengat yang mungkin akan mengundang bahaya. Lalu, En "Bapak" telah meminta bantuan bomba untuk menyelamatkan anak2 kucing tersebut. Pihak bomba telah mengggunakan asap utuk menghalau penyengat2.
Dilaporkan lagi kedua2 ekor anak kucing itu tergedik2 apabila telah berjaya diselamatkan.http://www.emocutez.com

Sekian sahaja berita gempar dari kampung halaman terchenta..:D


**Sumber berita ikhsan daripada Cik kepoci Luckylia.
**Berita terperinci akan sy cuba dapatkan esok hari. Memandang dari pagi hingga petang ketiadaan line tenet maka tidak berkesempantan untuk meghubungi Pn "Emak" hari ini.

p/s : Dapat bayangkan Itam dok menangis2, da la memang xreti senyap...meeoowww2 setiap masa..hehehe.. Itam2..
Bak kate Mak, 'Itam crying whole life"...:p

NaNa(^_^)v
Comments
4 Comments

4 budak baik sudi komen:

Mr. Asada said... [Reply to comment]

berita sadis.. ada liputan tv3 tak? hihi ;P

MakNana said... [Reply to comment]

ya..agak sadins juge...
Liputan dari wartawan xberbayar je la..hihihhi..:p

Luckylia™ said... [Reply to comment]

nak jugak royalti... :p

MakNana said... [Reply to comment]

Eceh...nak royalty kunun...
berita dr ko ade keshilapan...
mak ckp perigi yg 5 gelung..bukan yg sembilan gelung..tu perigi kat belakang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...