Sunday 9 January 2011

Cinta saya tidak sejati!!

Assalamualaikum...

CINTA saya tidak sejati!!
CINTA saya tidak sejati!!
Sebab tu lah..
Sebab tu lah...
Bila sy com TUAH tp tak plak menjelma atau bertukar jadi Putera Raja..Lalalala~~~
Merepek!!
Sila jangan layan!!hehehe..

Ok lah..Sebenarnya nana nak share ni..
Utk mereka2 yang hatinya disakiti..

Jalan2 jengah2 blog org terjumpe plak 1 blog ni..
Tp nana pon xknal siapa empunya blog tersebut...

Sebagai kredit sebab nak copy paste die punye entry..
Korang boleh la jengah2 blog beliau
Klik link ni ok...

Untuk entry yang nana nak share ni,tak banyak & tak sikit la kata2 yang ditulis itu seolah2 ditujukan utk Nana...
Tuan blog kate ditujukan utk orang yang baru putus centa!!hehehe..
Tp bila baca btol2 mcm ditujukan kpd Lelaki yang sedang kiciwa..
Xpelah,Nana pandai la edit2 bagi sesuai dengan situasi Nana..hehehe

Walaupun hati ni dah sedikit pulih...
Tp kata2 yang saling mengingatkan ni sangat2lah berguna...

Hati Yang Kau Sakiti ini versi Tuan punye blog 'Reminderformenu'
Kalau korang perasan Nana pon ade buat gak title yang same, kalau xperasan meh klik sini Hati Yang Kau Sakiti...

saya tahu.
perempuan.
hatinya lemah.
mudah rapuh.
mudah kecewa.
mudah menangis.

tanpa saya sedar.
lelaki juga begitu.
anggapan saya lelaki tidak akan begitu.
tidak akan kecewa,
tidak pernah serius.
tidak akan sedih.

namun,
hanya kerana satu.
yang bernama Cinta.
tidak ada bezanya lelaki dan wanita.

kan?

awak,
jangan sedih.
memang.
kita akan rasa kecewa.
kita rasa,
kita dah jumpa orang yang terbaik untuk kita.

dia dah banyak ubah hidup kita,[dan kita juga berusaha utk bantu die]

dari seorang yang malas sembahyang,
kepada seorang yang sembahyang 5 waktu.

dari seorang yang mudah putus asa,
kepada seseorang yang bertambah yakin,

dari seorang yang malas belajar,
jadi semakin rajin,

dari seorang yang merokok,
kepada tidak merokok.

dari seorang yang keras kepala,
kepada seorang yang 'sweet'.
*hehe. perlu ke?*

tapi,
entah kenapa,
sekarang.
dia semakin jauh dari kita.

dia cakap,
dia dah ada orang lain.

sakit kan saat tu.
rasa sangat sedih.

kita dah rancang,
nak ambil dia jadi pasangan kita,
nak jumpa mak ayah dia.
tapi kenapa dia buat kita macam ni?

awak,
tau kan?
jodoh tu bukan kita yang tentukan.
biar seserius mana pun kita dengan dia,
tapi,
bila Allah tetapkan dia bukan untuk kita,
kita tak boleh tolak.
sebab kita hanya hamba.
kita tak ada kuasa.

awak kena redha,
awak kena sabar.

kalau setiap kali awak teringat dekat dia,

tengok McD, teringat time awak makan fries sama-sama,
tengok teddy bear, teringat awak pernah bagi hadiah time birthday dia,
tengok baju T, teringat baju yang dia bagi kat awak.

awak cepat-cepat Istighfar.
ingat Allah.
bukankah itu lebih baik?

jangan layan sangat perasaan rindu awak.
rindu pada orang yang belum tentu jadi milik awak.
sebab saya takut,
awak makin jadi tak tentu arah.
syaitan tu hasutannya sangat halus.

orang kata,
Cinta boleh buat manusia jadi gila.

saya tak nak sebab awak putus cinta,
awak tak dapat fikir dengan baik.
awak bukan macam tu kan?

virus merah jambu?

awak,
saya rasa tersangat la elok,
awak dekatkan diri awak dengan Dia.
awak hulurkan cinta awak pada yang Berhak dulu.
kita sama-sama semaikan rasa CINTA kita yang suci tu,
pada ALLAH swt,
baru kita akan rasa nikmat cinta yang sebenar,
InsyaAllah.

setiap yang berlakukan terselit hikmah.
"Allah nak bagi kita jumpa orang yang salah, sebelum kita jumpa orang yang betul-betul terbaik buat kita"

kalau awak ingat balik,
Allah sebenarnya nak bagi kita peluang,
untuk kita bersihkan hati kita dari dosa-dosa yang kita pernah buat.

berangan-angan tentang si dia,
dating berdua-duan dulu,
ber-sms, ber'calling' sampai larut malam,
pegang-pegang tangan,
lambat sembahyang sebab pergi tengok wayang sama-sama.
dan lain lain lagi.

semua tu kan tak boleh, awak.
awak dengan dia tak ada ikatan yang sah lagi.

awak jangan duduk sorang-sorang,
baik awak pergi ambil Wudhu,
Baca Love Letters from Allah.
InsyaAllah.
awak akan rasa lebih tenang.

dapatkan sokongan dari kawan-kawan awak,
buat something yang awak suka,
makan ais krim, main bola, bowling, main PES, baca novel? (err..)
supaya perhatian awak akan teralih dari asyik teringat kat dia 24 jam.
*bunga bukan sekuntum kan. hihi.

dah. dah.
tak nak tengok awak sedih lagi.
bangkit dari rasa kecewa.
bangkit dari rasa lemah.

saya nak tengok senyuman awak.

jangan risau,
kita banyakkan doa,
semoga jodoh kita nanti,
bersama dengan orang yang melabuhkan cintanya kepada Pencipta juga.

Ya Allah,
tetapkanlah orang yang mencintaiMu, mencintaiku.

**Sekian..
Renung2kan selamat beramal:)

p/s: Bulan ni musim bulan orang putus cinta ke???
Eh,musim orang kawen jugak lah...
Eh, musim orang jatuh cinta jugak lah...
Eh, musim bila tahun baru pakwe cari awek baru lah!!huh!!

Eh, musim pekse lah!! Adooiiyaaii..kembali sedar diri!!
Ape yang penting hidup perlu diteruskan!! Yeeaahh!!

NaNa(^_^)v
Comments
1 Comments

1 budak baik sudi komen:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...