Wah!!
Esok ngan lusa kuliah cuti!
Mesir cuti~~
Sempena dengan hari Kemerdekaan Kota Sinai & Yaumul Nasim..
Disebabkan esok tak ada kuliah...
So,malam ni Nana ngan osmet bersepakat wat Apam Dot Dot atau Apam Polka Dot..
Aishh~~~Gewaaaaaaaaaam....
Kat Malaysia kan ngah glamor ngan Apam yg super duper cute tuh..
Masing2 bz jual Apam polka dot ni kat tenet kan..kan..
Disebabkan kami anak2 perantau..
Sudah terbiasa hidup berdikari~~~Cewaah!!
Makanya,search la resipi dan wat lah sendiri...
Ekceli...
Cik Bee Smile selaku leader..
Nana ngan Cik Amie jadi assistant je..hehee..
Nana tolong tuang2 bahan..
Tolong isi adunan dalam cup..
Tolong buat dot2 atas adunan...bla...bla...
Bahan-bahan ( 45 biji Cup Sederhana Besar )
- 3 biji telur
- 275 gm tepung gandum*
- 3 sudu teh baking powder* (diayak bersama tepung gandum)
- 150gm susu segar (fresh milk) . Boleh juga ganti dgn susu sejat
- 1 sudu teh ovallete
- Filling blueberry secukupnya (masukkan ke dalam piping bag)
- Pewarna & Esen Vanilla
- 200 gm gula halus (boleh kurangkan jika tak suka manis)
Cara-cara
- Pukul telur dan gula hingga kembang dgn kelajuan maxima selama 10 minit. Masukkan susu BERSELANGSELI dengan tepung sedikit demi sedikit sambil pukul perlahan dengan mixer. Tambah esen vanilla & Ovallette ,pukul lagi sehingga sebati dan nampak adunan akan berubah texture menjadi gebu . Bahagikan adunan kepada beberapa bahagian ,titiskan pewarna mengikut citarasa
- Masukkan setiap warna ke dalam piping bag (atau beg plastik yang bersih).
- Picitkan sedikit adunan ke dalam mangkuk kertas yang telah disusun didalam acuan lompang. Saya guna acuan tart , kawan saya guna acuan apam..boleh je mana2..asalkan berlapik
- Picitkan blueberry filling secukupnya
- Picitkan lagi adunan sehingga ¾ penuh.Kemudian dot dot kan dengan warna pilihan
- Kukus didalam kukusan yang telah dipanaskan selama 10-15 minit
- Jangan buka api besar semasa mengukus. Nanti merekah
- Boleh tukar filling (inti) apam ni dengan inti pilihan contoh : sekaya, strawberry, jem, peanut butter, coklat, orange filling dan apa2 yg anda suka.
- Selamat Mencuba :)
**Harap mahap....kami tidak menerima sebarang tempahan!!
Sekadar wat untuk makan sendiri je...Hehehee~~