Thursday 28 April 2011

Ntah bila berakhir~~

...السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
♥بسم الله الرحمن الرحيم♥

Alhamdulillah~~~
Rahmat mencurah2 di bumi Iskandariah hari ni..
Walopon cuaca agak mendung+sejuk...
Dan waktu2 begitu adalah lebih syok kalau berselubung dalam lihaf/comforter..
Tapi...Alhamdulillah,gagahkan juga diri utk mengikuti kelas Nahu hari ni..
Itu lagi syooooook+++...hehee..
Ada peluang ikut kelas tambahan...
Syukran awi2 kat Khadijah(Thailand) yang ajak Nana join kelas ni...
Dapat la refresh & tambah2 ilmu Nahu...
Dan best lagi sebab dapat belajar sama2 ngan pelajar Thailand & Russia...
Wat masa ni Nana sorang je budak Malaysia...Layaaaaaan~~~
Mudah2an terus diberi kekuatan untuk berjuang!!

Hmmm...Perasan tak??
Cuaca nampaknya tak menentu la sekarang ni...
Malaysia pon sama kot...
Ingatkan Alexandria dah mula musim syaif(panas)
Tapi...tiba2 hujan...
Gegel2 nak mengetuk2 kibod ni...:p

Haisssh~~Dunia-dunia....
Dalam kite tak sedar...
Terbentang luas depan mata...
Terlalu banyak tanda2 kecil kiamat sudah berlaku diatas muka bumi
yang boleh dikira sebagai bumi yang sudah rosak ni!!

Cuaca sekarang yang tidak menentu..
Musim buah2an pon dah tak seperti dulu..

Belum dikira dengan keadaan sosial skrg ni...Ishk!!
Astagfirullah al-'azeem...

Ntah bila berakhir~~~Ntah bila2 masa je DUNIA ini musnah berakhir..

ALLAHUMMAKH TIMLANA BI HUSNIL KHATIMAH YA ALLAH!!

Sama2 kita renung2kan...

-Montazah,Alexandria-

Firman Allah dalam surah an-Nisa, ayat 18, maksudnya:
“Dan tidaklah taubat itu diterima Allah daripada orang yang melakukan kejahatan (yang) apabila datang ajal kepada seseorang daripada mereka, barulah ia mengatakan: ‘Sesungguhnya aku bertaubat sekarang dan tidak pula diterima taubat orang yang mati sedangkan mereka dalam kekafiran (kejahatan).’ Bagi orang itu Kami sediakan azab yang pedih.”


Selagi ada ruang waktu & kesempatan....
**Peringatan utk diri sendiri lebih2 lagi**

p/s: Banyak ketawa??-'iqab nafsi- أستغفر الله العظيم

NaNa(^_^)v

Wednesday 27 April 2011

Contest Love Song

...السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Hohooi orang sebelah...
Ada Mak Cik bilik sebelah ni haaa...
Amboiiit...kate kite bising2 kat shoutbox die plak ye...
Memang harus bising pon...Blog orang sebelah tu dah bersawang daa~~hehee

Kemain layan jiwang sesowang plak kat sebelah tu eh...
Pastu sesuke hati ajak kite join sekali...:p

Ekceli Kak Amie dengan misi ala2 membalas dendam nye suh NaNa join contest!!hehee..
Agak mencabar jugak lah contest ni...keh3x...

CONTEST LOVE SONGS!!

Adeh..Mane la kite layan lagu chentaaaa~~~ nampak beno nipunye..ehehee...

Ok2,bagi yang berminat nak join...
Boleh klik CONTEST LOVE SONGS..
Almaklumlah kalau contest2 ni tak lepas dari syarat2nye kan...
So...Layankan je segala terma & syarat2 nye seperti berikut :

1.Nana da follow Cik Strawberry.. tp tak follow pon xpe..:D

2.Copy banner & letak link..sudah!!

3.Ni dia lagu chenta..
Chenta la sangat!hehee..

Ekceli cute2 la lagu ni taw♥
Ape yang cute tak tahulah...heheee..:p
Lirik die pon besh♥
Dude Herlino feat Asmirandah-Bunga bunga cinta-

4.Nana nak tag Cik Anum...
Walopon lagu kat blog die lagu ni..
Tp tak kire,Nana shuke lagu ni jgk taw....
Dan....nana join dulu!!Weeee~~ 

5.Lastly...Jangan lupa tinggalkan link entry kat sini okeh!!

Aiwah~~Khalas!!

p/s: Kak Amie...lagu centa ko wat aku sentap hati mak nak!!..hehee..:p

NaNa(^_^)v

Tuesday 26 April 2011

Pujuk ♥

...السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
 ♥بسم الله الرحمن الرحيم♥

SUBHANALLAH...ALHAMDULILLAH...ALLAHUAKBAR..
Tiada kata yang lebih indah melainkan dengan mensucikan ALLAH  kemudian memuji & membesarkan-NYA..
ALLAH!!

Walau hari cerah berseri...
Dan kite sedang tersenyum gembira meniti hari2...
Tapi mungkin ada dicelah2 hati2 kita yang sedang mendung tak xberseri....
Sabar lah...
Tiada yang lebih indah selain SABAR dalam menghadapi ujian dari ILAHI..

Mudah bukan...terlalu mudah untuk kita mengungkapkan perkataan SABAR..
Tetapi tidak semudah untuk kita mendidik diri untuk berSABAR..:(

Mungkin hari ini kau diuji..
Esok lusa mungkin aku..
Ntah akan datang mungkin dia..dia..& dia...

Bukankah ujian itu tanda peduli & kasih sayang ALLAH kepada kita??
Bukankah rasa sedih itu yang selalu membuatkan kita lebih dekat dengan yang ESA??


‘Biarkanlah hari-hari berlalu, lapangkanlah jiwamu apabila menerima keputusan qada’ dan qadar, jangan bosan bersabar apabila ditimpa musibah kerana di dunia ini tiada derita yang abadi’.
 (Imam Syafi’i)



Bukan sekadar memperbaiki hati...
Tapi mohonlah agar hati kita digantikan dengan hati yang baru..
Hati yang lebih cenderong kepadaNYA..

Saidina Ali r.a ; "Sekiranya hatimu rosak, jangan bazirkan masamu untuk berdoa agar Allah perbaiki hatimu, sebaliknya berdoalah agar Allah tukarkan hatimu dengan hati yang baru"


Dikala kau fikir bahawa kau sudah mencuba segala-galanya dan tidak tahu hendak membuat keputusan ...
Allah SWT punya jawapannya..

Jangan pernah sekali berputus asa dari RAHMAT ALLAH~~


Untuk sahabat2 Nana yang sedang diuji...
Sabar...Sabar..Sabar...
ALLAH sentiasa bersama kalian...:)

p/s: ini perlu selalu dipujuk...ini terlalu perlu diberi perhatian olehMU...
Peliharalah hati kami Ya ALLAH!!

NaNa(^_^)v

Monday 25 April 2011

Ini baru Gentleman!!

...السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
♥بسم الله الرحمن الرحيم♥

Lelaki yang bijak sentiasa berusaha menjadi pelindung kepada wanita.
Lelaki yang bijak takkan meminta dan mengharapkan sesuatu yang belum menjadi haknya.
Lelaki yang bijak sentiasa menjaga pandangan mata dan hatinya.
Lelaki yang bijak menyedari bahawa seorang perempuan itu hanya mahu dirinya dihormati.
Lelaki yang bijak hanya mahukan wanita yang terbaik untuk menjadi suri hidupnya.

Jadilah pelindung kepada kaum Hawa dengan tidak memandang kami.
Jadilah pelindung kepada kami dengan menambahkan ilmu dengan amalmu,
supaya nanti pabila tiba masanya, dapat kalian menjadi pemimpin keluarga yang dihormati.
Jadilah pelindung kepada kami dengan menjaga sebaik-baiknya akhlakmu.
Jadilah pelindung yang terbaik dengan mencontohi Rasulmu!

-Ikhsan Abg Google-

Lelaki yang pintar sentiasa risau dirinya akan membawa fitnah kepada wanita,
Lelaki yang pintar tidak akan sekali-kali gentar apabila seorang wanita bertindak tegas terhadapnya kerana dia sedar itulah wanita sejati!
Yang mempunyai harga diri, yang takut kepada Ilahi.
Lelaki yang pintar takkan risau dan gusar dengan status ‘single’ kerana dia tahu dengan izin-Nya kelak dia akan berjabat dengan seorang wali yang bakal memberikan titik noktah kepada status tersebut!

Lelaki yang baik takkan berusaha mendekati,
meskipun dengan niat yang suci,
kerana dia sentiasa menyedari,
niat mungkin terpesong sekalipun begitu murni,
kerana dia mengakui,
makhluk bertanduk dua sentiasa “ready”!
Ingatlah, Dia jua yang Maha Memerhati.

Wabishah bin Ma’bad berkata: Aku mendatangi Rasulullah, dan baginda bertanya 
“Engkau datang untuk bertanya tentang kebajikan?”
Aku menjawab, “Ya, benar.”
Baginda bersabda, “Tanyakan pada hatimu sendiri! Kebaikan adalah sesuatu yang membuat jiwamu tenang dan hatimu tenteram, sedangkan dosa adalah sesuatu yang menimbulkan keraguan dalam jiwa dan rasa gundah dalam dada, meski telah berulang kali manusia memberi fatwa kepadamu.”
(Hadis riwayat Imam Ahmad)

Sumber : 'GENTLE'nya seorang lelaki

p/s: Hari isnin...
Selamat berpuasa & Selamat berbuka kepada mereka2 yang berpuasa sunat~~:)

NaNa(^_^)v

Rahsia Doa Nabi Yunus a.s♥

Assalamualaikum...

Selamat menjalankan tugas untuk mereka2 yang sudah kembali bekerja..
Nana kat sini masih cuti2 Mesir lagi~~

Oklah...takmo bebel panjang...

Korang biasa dengar doa/zikir ni kan??
Mungkin korang pon da biasa amalkan Doa ni jugak kan..
'
'
'
-Ikhsan Abg Google-

“La ilaha illa anta, Subhanaka, inni kuntu minaz zhalimin.”
bermaksud “Tiada Tuhan melainkan Engkau (ya Allah)! Maha Suci Engkau, Sesungguhnya aku adalah dari orang-orang yang menganiaya diri sendiri.”

Doa yang baik lagi mujarab ini diucapkan oleh Nabi Yunus sebagaimana dirakamkan oleh Allah:

"Dan (sebutkanlah peristiwa) Zun Nun (gelaran bagi Nabi Yunus), ketika dia pergi (meninggalkan kaumnya) dalam keadaan marah, yang menyebabkan dia menyangka bahawa Kami tidak akan mengenakannya kesusahan atau cubaan; maka dia pun menyeru dalam keadaan yang gelap-gelita dengan berkata: “Tiada Tuhan melainkan Engkau (ya Allah)! Maha Suci Engkau, Sesungguhnya aku adalah dari orang-orang yang menganiaya diri sendiri.” [al-Anbiya’ 21:87]

Berikut adalah RAHSIA disebalik DOA Nabi Yunus :

Rahsia 1:

Rahsia pertama, perhatikan bahawa doa ini dibuka dengan kalimah tauhid “Tiada Tuhan melainkan Allah”. Kalimah tauhid tidak sekadar bermaksud tiada tuhan yang berhak aku sembah melainkan Allah, tetapi dalam konteks ini juga bermaksud tiada tuhan yang patut aku mengadu, mengharapkan keampunan dan menghajatkan keselamatan melainkan Allah. Pembukaan seperti ini membuktikan kemantapan dan ketulenan tauhid Nabi Yunus di mana beliau tidak mengadu, merungut dan berharap kepada sesiapa dan apa jua melainkan kepada Allah sahaja.

Ini merupakan manhaj para Rasul dan Nabi yang mesti kita ikuti.
Perhatikan – sebagai contoh lain – sikap Nabi Ayyub ketika beliau ditimpa penyakit. Beliau tidak mengadu kepada para doktor atau selainnya, tetapi mengadu kepada Allah sahaja: Dan (sebutkanlah peristiwa) Nabi Ayyub, ketika dia berdoa merayu kepada Tuhannya dengan berkata: “Sesungguhnya aku ditimpa penyakit, sedang Engkaulah sahaja yang lebih mengasihani daripada segala (yang lain) yang mengasihani.” [al-Anbiya 21:83]

Rahsia 2:

Seterusnya Nabi Yunus mengucapkan “Maha Suci Engkau (ya Allah)”, bererti mensucikan Allah dari sebarang bentuk kezaliman atau penganiayaan. Lebih mendalam, Nabi Yunus menyucikan Allah bahawa apa yang menimpanya saat itu (ditelan oleh ikan paus) bukanlah merupakan satu bentuk penganiayaan oleh Allah ke atas dirinya.

Penyucian ini penting ditegaskan kerana kadangkala apabila ditimpa kesusahan, kita marah atau menyalahkan Allah. Malah kita menuduh Allah sebagai konon sengaja menganiaya diri kita. Maha Suci Allah dari menganiaya manusia, tetapi manusialah yang menganiaya diri mereka sendiri: “Dan tiadalah Kami menganiaya mereka, tetapi merekalah yang menganiaya diri mereka sendiri.” [al-Nahl 16:118]

Rahsia 3:

Tanpa keberatan, tanpa alasan yang berlapik-lapik, Nabi Yunus terus mengaku kesalahannya dengan berkata: “Sesungguhnya aku adalah dari orang-orang yang menganiaya diri sendiri.” Nabi Yunus tidak terus meminta ampun kepada Allah, sebaliknya memilih cara yang lebih lembut, beradab lagi merendah diri, yakni dengan mengakui kesalahan dirinya sendiri.

Selain itu Nabi Yunus sedar bahawa kesusahan yang menimpanya saat itu, iaitu ditelan oleh ikan paus, merupakan kesan dari kesalahan dirinya sendiri yang melarikan diri dari tugas dakwah yang Allah amanahkan kepadanya. Merupakan sesuatu yang sedia dimaklumi bahawa salah satu faktor seseorang itu ditimpa kesusahan dan kesulitan ialah kerana dosa-dosa hasil dari kesalahan yang pernah dia lakukan sendiri. Allah menyatakan hakikat ini:

“Dan apa jua yang menimpa kamu dari sesuatu kesusahan, maka ia adalah disebabkan apa yang kamu lakukan (dari perbuatan-perbuatan yang salah dan berdosa) dan (dalam pada itu) Allah memaafkan sebahagian besar dari dosa-dosa kamu.” [al-Shura 42:30]

Sumber : Hafiz Firdaus.Com>>Rahsia Doa Nabi Yunus


Doa yang mudah untuk dihafal selain dapat memantapkan keimanan & tauhid serta mensucikan ALLAH S.W.T juga sekaligus mengakui kesilapan diri sendiri..
Renung2kan..
dan marilah sama2 kita amalkan diwaktu susah mahupun senang...:)

p/s: Ingatkan diri sendiri lebih2 lagi..:(

NaNa(^_^)v

Sunday 24 April 2011

Resipi 6 : Apam Polka Dot

Assalamualaikum...

Salam hujung minggu wat warga Malaysia...
Dan selamat bercuti jugak kpd warga2 Mesir...

Hehee...hari ni bangun pagi sarapan Apam Dot2 lagi!!
Ahaa...disebabkan semalam exited sangat nak mengupload pic apam dot2...
Bole tengok kat entry Resipi 5 : Apam Polka Dot..
Sume gambar2 Apam Dot2 yang dah siap je Nana upload...

Dan...
Ade Pok Cik sorang ni xcaye~~~~
Cet!!..
hehee...
OooOoo..mahukan bukti ya??
Ini die...hehee...
'
'
'
Adunan yang sudah siap dibancuh...
Sori2..bahan2 terlupa nak snap!
Exited punye pasal..:p
'
'
'

Ok..ni plak adunan yang sudah dibahagi2kan...
Ikut sukati korang nak color ape..
Kat umah kami ade color ni je..
Hmmm,Nana nak color biru..
Tapi tak ada...
Nasib tak guna nila...hehee..

Pas tu masukkan dalam piping beg...
Kitorang guna plastik je..
Senang utk piping kan adunan tu dalam cup nnt...
'
'
'

Tu Cik Amie yang tolong pegang~~

Siap sedia utk dikukus~~~
'
'
'

Tadaaa~~Omey kan??
Ini yang 1st round...
'
'
'


Sementara tunggu yang dalam pengukus siap...
Kami pon siap2 lah buh dlm cup n wat dot2...
Ada yg somot2 sbb dah penat..hihihi..
'
'
'
Fuuuh~~~Sampai kol 1pagi taw nak menyiapkan ni
'
'
'

Selamat menjamu mata~~~hehee...

p/s: Hari ni projek komeh mengomeh...

NaNa(^_^)v

Resipi 5 : Apam Polka Dot

Assalamualaikum...

Wah!!
Esok ngan lusa kuliah cuti!
Mesir cuti~~
Sempena dengan hari Kemerdekaan Kota Sinai & Yaumul Nasim..

Disebabkan esok tak ada kuliah...
So,malam ni Nana ngan osmet bersepakat wat Apam Dot Dot atau Apam Polka Dot..

Aishh~~~Gewaaaaaaaaaam....
Kat Malaysia kan ngah glamor ngan Apam yg super duper cute tuh..
Masing2 bz jual Apam polka dot ni kat tenet kan..kan..
Disebabkan kami anak2 perantau..
Sudah terbiasa hidup berdikari~~~Cewaah!!
Makanya,search la resipi dan wat lah sendiri...

Ekceli...
Cik Bee Smile selaku leader..
Nana ngan Cik Amie jadi assistant je..hehee..
Nana tolong tuang2 bahan..
Tolong isi adunan dalam cup..
Tolong buat dot2 atas adunan...bla...bla...

*********************************************************** 

Bahan-bahan ( 45 biji Cup Sederhana Besar )
  • 3 biji telur
  • 275 gm tepung gandum*
  • 3 sudu teh baking powder* (diayak bersama tepung gandum)
  • 150gm susu segar (fresh milk) . Boleh juga ganti dgn susu sejat
  • 1 sudu teh ovallete
  • Filling blueberry secukupnya (masukkan ke dalam piping bag)
  • Pewarna & Esen Vanilla
  • 200 gm gula halus (boleh kurangkan jika tak suka manis)

Cara-cara

  1. Pukul telur dan gula hingga kembang dgn kelajuan maxima selama 10 minit. Masukkan susu BERSELANGSELI dengan tepung sedikit demi sedikit sambil pukul perlahan dengan mixer. Tambah esen vanilla & Ovallette ,pukul lagi sehingga sebati dan nampak adunan akan berubah texture menjadi gebu . Bahagikan adunan kepada beberapa bahagian ,titiskan pewarna mengikut citarasa
  2. Masukkan setiap warna ke dalam piping bag (atau beg plastik yang bersih).
  3. Picitkan sedikit adunan ke dalam mangkuk kertas yang telah disusun didalam acuan lompang. Saya guna acuan tart , kawan saya guna acuan apam..boleh je mana2..asalkan berlapik
  4. Picitkan blueberry filling secukupnya
  5. Picitkan lagi adunan sehingga ¾ penuh.Kemudian dot dot kan dengan warna pilihan
  6. Kukus didalam kukusan yang telah dipanaskan selama 10-15 minit
  7. Jangan buka api besar semasa mengukus. Nanti merekah
  8. Boleh tukar filling (inti) apam ni dengan inti pilihan contoh : sekaya, strawberry, jem, peanut butter, coklat, orange filling dan apa2 yg anda suka.
  9. Selamat Mencuba :)
Alhamdulillah...
first time cube & berjaya~~~

Tadaaa~~~ 
Ini lah hasilnya..
'
'
'

Perasa pandan...
 Filling peanut butter & cip coklat





Kredit resipi : Resipi Apam Dot Dot
InsyaALLAH...jadi punye lah..
Tengok la hasil yang kami buat ni...heheee


**Harap mahap....kami tidak menerima sebarang tempahan!!
Sekadar wat untuk makan sendiri je...Hehehee~~

p/s:Pas ni musim ape plak...Cup cake lah...Macaron lah..polka dot lah...macam2...
Cute tu yg wat geraaaaaam aih~~

NaNa(^_^)v

Friday 22 April 2011

Sale! Sale! Sale!

Assalamualaikum...

Salam saiyyidul ayyam..
Salam penghulu segala hari...

Okeh..Sedia maklum esok Sabtu Ahad kompem korang bercuti sakan..
Ape planning hujung minggu??
Hmmm,nana macam biasa lah...hujung minggu ade kelas..
Walopon kehadiran tak wajib..
Tapi keberkatan ilmu ada disitu!!

Haaa...korang hujung2 minggu ni mesti dok kuar jejalan kan...
Yang kak long,kak ngah,kak cik tu mesti tak lepas peluang nak bersoping2 hujung minggu ni..
Lagi2 la kalau ade sale! i like...ekekeee...

Tajuk entry bukan sebab ade jualan penghabisan stok disini ye!hehee~~

Tapi..
Cuba tengok video iklan ni dulu...

Korang pernah tengok iklan macam ni kat Malaysia tak??
Rasa macam tak pernah tengok je..
Kalau sesape tahu ada..share lah..

'
'
'
Macam tak biasa je soping2 kan...
Jangan disebabkan dek kerana syoooooooooooook sangat soping..
Tak hengat dah ada perkara yang WAJIB kita perlu laksanakan!
Sama dengan je yang menaip ni pon!

Kalau keluar dengan kawan2 tu..
Sama2 la ingat2kan ye..
Kata nak kawan dunia akhirat kan..kan??

Kalau kat Mesir ni kan...
 Bila masuk je waktu solat..
Kebiasaannye nmpk la sign board mcm ni kat pintu kedai..
-Gambar ikhsan Abg Google-

Okeh...
Cuba korang tengok yang ni jugak...
'
'
'
Sesuei untuk kaki maen PS2 atau sewaktu dengannya lah..

Ooopsss tak lupa jugak kepada Kaki blogger...
Kaki blogwalking dan segala kaki..
Dan lebih2 lagi buat diri sendiri yang menaip ni..
Bila dah dengar azan tu..bawak2 la pergi solat dulu ye!!

p/s: Cerita dari Malaysia..
Mak ckp Auni Shatira da g sekolah!!hehee...Rindu dak Acam tu...huhuu~~

NaNa(^_^)v

Selawat Tafrijiyyah♥

Assalamualaikum...

Ambooit...
Yang sedang ketawa bersuka ria tu..
Jaga2 sket..
Mak kata,ketawa2...nanti nangis la tuu...hehee..
Bole pakai gak teori ni taw...:p

Kepada mereka2 yang sedang berduka atau bermuram durja...
Sudah2..jgn dilayan sangat perasaan yg tak best tu!

Rasanya dah lame tak kongsi sesuatu untuk santapan h♥ti
Okeh2..
Jom kita layan zikir -Selawat Tafrijiyyah-

ALLAH!!
Banyak manfaat jgk dengan selawat tafrijiyyah/nariyah ni..

Ok la,Nana share sket..
Ni pon selepas membaca2 & membelek2 dari blog2..
Dan sekadar copy & paste..hehee..

**Selawat Nariyah disebut juga selawat "Tafrijiyyah" yang ertinya terbuka sehingga menjadi lapang. Selawat ini jika diamalkan dapat menghilangkan kesempitan dengan izin Allah SWT. 
Bagi seseorang yang menginginkan agar kehidupan sehariannya berjalan lancar, jauh dari gangguan dan persaingan sebaiknyalah ia mengamalkan selawat Nariyah dengan membacanya selepas solat fardhu sebanyak yang ia mampu.

Untuk bacaan selanjutnya boleh klik disini

Kredit to :http://berpesan-pesan.blogspot.com/


"Ya Allah! Limpahkanlah rahmat yang sempurna dan berilah kesejahteraan yang sempurna kepada junjungan kita Nabi Muhammad SAW yang menjadi sebab terlepasnya sesuatu yang masih mengalami jalan buntu dan terbukanya kesempitan serta didatanginya semua hajat dan diperoleh semua pemberian serta Husnul Khatimah (sempurna akhir hayatnya) dan diturunkan siraman mendung hujan lantaran keagungan baginda. (Dan limpahkanlah rahmat dan salam) kepada keluarga baginda dan sahabat di dalam setiap kerlipan mata dan nafas dengan bilangan semua yang diketahui oleh-Mu, wahai Zat yang menguasai seluruh alam".

Suka sangat♥!!
Kredit to : YouTube

Ok lah...
Renung2kan selamat beramal!!

Tak rugi banyakkan selawat pada Baginda S.A.W...:)

ALLAHumma Solli 'Ala Saidina Muhammad...

p/s: Kredit picture to Emak punye 'Bunga Ros Jepun'


NaNa(^_^)v

Tuesday 19 April 2011

Lagi tak mahu bersyukur ke??

Assalamualaikum...

Kau kata kau setia!
tapi kau dusta~~
Sekarang dah depan mata...
Apa kau nak kata?
Patut lah pengorbanan ku...kau tak hargai...
Rupe2nye kau dah ada..standby pengganti~~~~

Ahaaa...
Korang tahu kan tu Sepah punye lirik..hehee..
Jangan layan sangat lah...:p
Pengaruh2..aiishh!!

Ok la..tak penting sume tu...
Meh sini...ada yang lebih penting...hehee..

Semalam dok jalan2 kat page pesbuk kawan...
Terjumpa lah satu video ni..
ALLAH!!

Mungkin ada diantara korang yang dah pernah tengok...
Xpelaa..Nana nak share jugak!!

Sama2 lihat, hayati & nilai...
'
'
'
'
'

SUBHANALLAH...
Dah tengok?
Ape yang korang rase?

Sangat3 tacing lah...:(
Walo ditakdirkan dia tidak sempurna..
Tapi dia terlalu istimewa..

ALLAH!!
Alhamdulillah,kita diciptakan sempurna segalanya...
Lagi tak mahu bersyukur ke??
Adeh! manusia2...
Itu pon kadang2 lagi nak merungut2 kan..kan...
Sakit sket dah macam2 alasan nak ponteng solat kan..kan..
Bukan korang...orang lain lah..:p
Orang lidi ni haaa kot..hehe

Islam itu mudah!
Alhamdulillah dengan kurniaan nikmat Iman & Islam..:)

Dah2...jangan nak layan blogwalking sangat kalau tak solat lagi!!
Same dengan je yang menaip ni pon!!

"Peliharalah ALLAH pasti ALLAH memeliharamu"
 "حفظ الله حفظه الله"

p/s : Semalaman Ciz Izz pinjam TuAh..
dan pepagi dah dihantar pulang...hehee..:)

NaNa(^_^)v

Monday 18 April 2011

100% cintaku...:p

Assalamualaikum...

Fuuuh~~~penat lahai mengomeh stok2 barang dari Malaysia..
Punyelah banyak melambak2 da bole bukak koperasi gamaknye...hehee..

Ok2...ni entry nak cepat..
Ngantok sangat dah!!
Sok pagi ade kuliah weh....

Bukan ape..
cuma...cuma...
Malulah nak bg tahu...hahaa..

Sebenarnyeee....
memang da start countdown..
98
'
'
'
'

99
'
'
'
'

100!!
'
'
'
'

Tahu2...
Korang lagi hebat...
Dah beriban2 followers...hehehe...

Walopon dah 2 taon blog ni wujud tp baru berjaya dpt 100 followers...ekekee..
Tapi ape Nana kesah...
Ade orang bace ke xde orang bace ke...
Janji suka suki jari kite lah nak ketok2 kibod kite..hehe

Ape2 pon..
TERIMA KASIH sangat2 bagi mereka2
yang sudi follow memolow blog somot ni..

TERIMA KASIH kepada Cik Lucky Lia yang kenalkan Nana ngan dunia blogging
Walopon sekarang die sungguh tidak hiraukan blog usang die tuh!!

TERIMA KASIH kepada yang sudi2 singgah tanpa mengfollow...
Xpe2,kadang2 Nana pon mcm tu..haha,jujur btol!

TERIMA KASIH kepada yang sudi baca2 entry yang ntah hape2..

TERIMA KASIH kepada yang sudi komen mengomen...

TERIMA KASIH sangat2!!

Untuk followerz yang ke 100!!
Gigirl nampaknye...
Empunya blog ZARETH ATIKA RADZI...
Kite follow awk semula ye...:)

**Tunggu la followers ke 1000 baru Nana bagi hadiah best2!!InsyaALLAH...:p

Ooopss...tak lupa...
Tengok la page pesbuk si budak berTuAh tuuu~~
Sebok jee..hehehe
Terkebetulan same2 plak angkanya...100!!
Sehati sejiwa la kite TuAh!!Mmmuuaah~~
TERIMA KASIH untuk semua yang sudi LIKE page TuAh ye!!
Meeoow...meoowww...meeowww~~~~

TERIMA KASIH
SYUKRAN JAZILAN
THANK YOU!!


p/s: Agak menggeletek hati jugak lah tajuk entry ni...eeewww~~~

NaNa(^_^)v

Sunday 17 April 2011

Kiut Miut lah sangat!!

Assalamualaikum...

Morning2!!
Selamat berhujung minggu...
Uwaaa....kite hari minggu ade kelas lah..hehe...
Macam tak biase je..:p

Meh cni meh...
Tengok ni..
nak2??
korang nak x?hehee
'
'
'
'
'




Cute kan?kan?hehee~~
Kepada yang berminat bole terjah blog ni >> Sakila's Craft
Segala order mengorder dan sebarang permintaan bole berurusan ngan owner blog sakilacraft okeh..
Jangan order ngan Nana plak...
Nana xamek order ye..harap maklum!!hehee...
Tolong2 promote je..Nana xdpt pape pon...hehe..
Cuma puas hati la dengan hasil kerja yang cute ni...
Bole la simpan tepon cap ayam nana yg cute tu jgk..:p
Harga pon berpatutan..:D

Nak lagi cute??
Layan ni...Omey tangat!!
Gewaaaaaaaaaaaam~~~

Ok2...korang layaaaaan~~~'Maru' yg super duper tiyuuuuuuuuuuuuuuuuut miut ni...hehee~~
Jangan bg tahu TuAh..nnt die jeles!!ehehee..
Okeh..Nana nak siap2 ke kuliah!!


p/s:Hari ni kelas satu subjek je...pas tu nak merewang ke mane ek??hehehee..:p

NaNa(^_^)v

Friday 15 April 2011

Ketepiiiiiiiii~~Ketepiiiiiiiiii~~

Assalamualaikum...

Harap semua dalam keadaan sehat sejahtera...

Adeh! saket2 badan dibueknyoo...
Hampir 2 minggu dok mengomeh ghumah...
Menyental..membasuh..mencuci...mengelap..segala bagai lah!
Ala kulli hal...Alhamdulillah...

Sedang dok layan FB...
Masing2 masih kemaruk dengan dialog HKLBR..
Macam2 page dibuatnyee...Sabor je lah~
Pengaruh tv btol ni...paghah2..hehee..
Bak kate Pak Jabit "Ni kaki tengok DVD ni"hehee...

Dan Nana pon terkesan utk tekan2 button LIKE!
Kire bole dikategorikan KakiLike lah...ehehee...

Ok la,tinggalkan cite kak limah segala bagai tu...
Buat nana winduuuu kat Mak Limah kat kampung sane taw..huk3

Fuuh~~
Sedang dok layan borak2 ngan osmet & jiran tetangga..
Terkeluar la cite Imtihan fasa 2 yang bakal menyusul tak lame lg..
Ya!
Bulan depan da nak exam!!
Adeh!! kecot pewot dah...
Tak perlu ckp banyak la ye...
Ketepiii...ketepii...
Kite nak layan kitab ni..heee~~

Ok..All da best untuk kawan2 ye!!
Struggle2..
InsyaALLAH..same2 najah kabir thn ni,Amin ya Rabb..

Mohon doa dari kalian juge..;)

"Selamat malam Alexandria.. 
Selamat pagi Malaysia.."


p/s:Rinduuuuuuu Malaysia...huhuuuuu~~~

NaNa(^_^)v

Wednesday 13 April 2011

CONTEST KUCING PALING COMEL

Assalamualaikum...

Contest...contest...contest..
Nak menjoin contest plak..
Da lame sebenarnye entry ni terperam kat draft..
Nasib la terpasan!!
Dan lebih berbernasib baek contest ni belum expired lg!!

Sesape ade kucing somel2 jom join!!
Korang bole terjah blog Interactive Multimedia..
Segala terma dan syarat bole rujuk kat entry
Contest Kucing Paling Comel  okeh..;)


Macam biasalah kan..
Gambar TuAh akan dipertaruhkan...hehee~~
Sebab TuAh kan jantan yang comel!!
dan...jambu sket..hahaa..
'
'
Seliper yang sepah2 tu... 
TuAh punye kerja taw!!
Dia dah wat sepah...dok rileks bersandar plak...
gewaaaaam ngan budak sekor ni!!

Lagi!
'
'
'
Agak kurang sopan kan??
Tp tetap somel...hehehe..

Nak tengok gambar TuAh lagi??
korang sudi2kan lah LIKE page TuAh okeh!!

Opss...
sebelum terlupa....
Nak tag 3 orang ni :

Kak Amie
Anum
Izan
 
**Pemenang akan menerima RM50 
berdasarkan gambar kucing mereka yang paling comel!! 
-kata penganjur contest-


Kot la ade rezeki TuAh kan..hee~~


p/s : Huuuu~~~~hari ni tersangatlah sejuk...
Dok dalam umah macam dok dalam peti ais..
dan TuAh sedap tidoooo je..

'ala kulli hal...Alhamdulillah...:)
NaNa(^_^)v

Tuesday 12 April 2011

Sabor je lah!!

Assalamualaikum...

Tarik nafas lega~~
Keadaan rumah sudah agak elok sket..
Walopon masih ade yang tak lengkap..
Dapur,water heater & peti ais sume dah ade dlm umah..
Tp sume xleh pakai..Adoyaaaii..
Satu badan bekerja keras nak menyental umah ni taw!!
Sabor je lah!!

Si budak berTuAh pon Nana da hangkut bawak balik ke tempat asal..
Haiii la TuAh...ucuk tol la die!!fening pale kite taw..
Da mandikan pon bau ucuk ag...
Ishk..paghah budak sekor ni...ehehee...
Sabor je lah!!

Hmmm...
Dah datang satu penyakit..
Skrg ni rase da kurang rajin sket..
Bukan hape...
Malas nak menjelajah ke blog org ramai...Adeh!
Mahap la ye...
Ape org panggil tu...blog walking!
Walopon tak perlu berpenat lelah berjalan bagai...
Hanya duduk dan tekan2 je touchpad tuu..
Tp agak kurang rajin disini yee..hahaa..
Sabor je lah!!

Mane blog yg besa nana terjah tu...
Jangan risau...
Nana sempat2kan jengah blog korang...
Bace entry2 korang yang macam best tuu..eheheee..

Tak tahu lah ape penyakit bermalas2an ni..
Sat je kot..nnt dtg hangin rajin..
Nana g la jalan2 kat blog korang..
Sungguh suspek kpd mereka2 yang rajin nak bw!!

Walopon bukanlah target Nana nak menambah follower beriban2..
"I follow u..follow i back ya!!"
Errr..bukan2..itu bukan target sy..
Bukan jugak nak nak suh tekan2 nuffnang tu..
Kalau ade yang sudi menekan..
Sungguh mulia hati korang..ekekekee...
Creat blog ni pon untuk suke2..
Kadang2 best jugak ape bace entry sendiri...hahaa.. 
yang ni,xboleh blah!!

Walo pape pon..
Terima kaseh sangat2
kepada yang sudi follow memollow..
kepada yang suke buat bising kat blog ni..
kepada yang sudi nak membace entry yg ntah pape ni..
xlupeee...
kepada silent reader..ade kan..kan..kan??hehee..

Eh...jap2...
Nah layan gambar conteng2 ni..
'
'
'
'


Bahebak Ya Biladi!!

Ekceli,ni pic yg sempat Nana snap masa dalam van otw balik umah dr epot Alex..
Serius..banyak plak conteng2 kat dinding2 bangunan Alex ni...
Tp conteng bukan sebarang conteng...
Terkesan dengan tragedi 25 januari...
Mungkin ni salah satu cara rakyat mesir nak tunjukkan semangat cintakan Negara diorang ni..:D
Welcome to new Egypt..ehehee..;)

p/s: Harap penyakit malas ni xberlarutan..hehee...
Sebab....
Nak rajin bace buku lah!! sila percaya ye...:p

NaNa(^_^)v

Monday 11 April 2011

Setelah seminggu tiba di Alexandria!!

Assalamualaikum...

Alaaaahai blog...
Lame xbermesra2 dengan kamu wahai blog..
Eceh! baru seminggu kan...
Belum sebulan nana tinggalkan blog ni bersawang..ehehehee..
Terima kaseh semua yang sudi jenguk2 blog somot ni..

ALHAMDULILLAH...syukur Alhamdulillah...
5 April 2011,selamat tiba di Alexandria..
Segala urusan Alhamdulillah dipermudahkan..
Pejam celik dah seminggu Nana kat Alex...
Rasa macam baru je kecoh2 ikut Ops Piramid..:p

Macam2 perubahan jgk lah yang berlaku kat Alex ni..
Almaklumlah,New Egypt katenye...
Masih ade lagi rusuhan2 dijalankan...
Tapi jangan risau...
Wat mase ni diorang merusuh secara aman je...

Fuuuuh~~
Tarik nafas panjang bila tiba kat umah sewa di Alex ni..

Haaa...korang tengok ni!!
Awas!!
Gambar yang bakal anda lihat agak menggerunkan...huhuu~~
'
'
'
'
'
Bilik nana yang dijadikan tempat pengumpulan segala bagai barang2 dalam rumah..
Alaaahaaiii...
Da la fenat bermusafir...
Fening bile tengok keadaan umah yang kite tinggal elok2 jadi mcm ni plak...

Sabar je lah...Huhuu~~

Barang dapur pon disumbat skali kat cni...adeh!

Kucing Baba yang samseng tu bole plak wat port lepak2 kat cni jgk...
Grrrrr~~~

Mesen basuh yang cinonet tu pon die campak dalam ni...
Nasib bole pakai lagi..Fuuuuh~~

Ni ruang tamu yang dah xrupe ruang tamu...(@_@)

Salur gas...
tp tak berfungsi lagi..
Huhuuu~~~
Ekceli, sepeninggalan kami...
Baba pon amek la kesempatan renovate rumah die tu haa...
Konon2 kan kitorg cuti setahun..konon2 la...:p
Tapi sebulan lebih je kami cuti ghupenye...heehee..

Kullu jadid bak kate Baba...
Cat baru lah..
Simen tampal sane sini lah..
Dapur gas baru lah..tapi xpasang lg...
Haaa,pas ni xyah nak jerit2 panggil amu bah lagi..ehehee..
Sebab Baba da pasang gas tobie(salur gas)..tp ni pon same xmasuk2 lagi gas nye!!

Baba kate lepas 2 hari settle semua...
Tapi...sampai hari ni xsiap2 lagi...
Xpe lah Baba...janji jangan naekkan sewa taw!!

Dan aktiviti nana bersama osmet..
Bergotong royong membersih,membasuh,menyental segala2 yang ada dalam rumah...Huhuu~~

Alhamdulillah,Bilik Nana ngan osmet da settle..
Ruang tamu,dapur & bilik air masih dalam proses lagi..adoyaaiii..

Nana dah g kuliah x??
Haaa,dah...nana dah g kuliah taw...hehee..

Ok la...nak merehat2kan jari jemari & meluruskan tulang belakang...hehee..

Selamat malam Egypt!!
Sobahul Khair Malaysia!!

p/s: Cinonex amek sesuatu dari blog kite!! 
Klik kalau nak tengok ape yang die amek...
Bertuah punye Cinonex...hehee..:p

NaNa(^_^)v

Monday 4 April 2011

Terbang pulang...

Assalamualaikum...

Alhamdulillah ala kulli hal wan ni'mah..
Walopon keadaan kesehatan yang tidak berape best..
Juge perasaan yang xbest...:(
Tapi merajinkan juge jari jemari ni menari2 di papan kekunci..
Adeh!!

Sekejap je rasa berada dibumi Malaysia..
Belum terubat rindu dengan keluarga..
Tak puas lagi nak bergadoh2 ngan Cik Lucky Lia..
Tak puas lagi nak dengar Auni panggil Mak Nana..
Kawan2 pon ade yang tak sempat nak bersua muka..
Tapi apa kan daya...Inilah dia pengorbanan untuk meneruskan perjuangan..
I will olwes mish n lebiu all..Huuu~~

InsyaALLAH,panjang umur murah rezeki kite jumpa lagi okeh..
Doakan Nana ye!!

-ikhsan Abg google-

InsyaALLAH...
5 April 2011,jam 3:15am waktu Malaysia..
Nana & rakan2 akan berlepas pulang ke Alexandria dengan menaiki pesawat Kuwait Airways...
Transit sebentar di Kuwait...
InsyaALLAH...
5 April 2011 juga,jam 10:50am waktu Mesir bersamaan 4:50pm waktu Malaysia kami akan tiba di Alexandria Airport..

Mohon doa dari kalian agar segala urusan kami dipermudahkan & tiba ke destinasi dengan selamat...:)

p/s: InsyaALLAH..Jumpa lagi dilain entry...
Ya!!Entry di Alexandria kembali...Terima kaseh..:)

NaNa(^_^)v
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...