Friday 1 February 2013

Resipi 19 : Kerabu Telur

...السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
 ♥بسم الله الرحمن الرحيم♥

Teringin sangat nak makan kerabu. Tapi rasa nak buat kerabu tu macam susah je. Rupanya senang yang amat! Maka search google kerabu.. kerabu.. and finally jumpa resipi kerabu telur, simple je resepinya dan antara bahan²nya sudah sedia ada kat umah :)

Ok, kerabu ni sangat sesuai untuk penggemar sayur seperti saya! Jom try buat kerabu telur yang sangat simple ni...

Kerabu Telur

Bahan-bahan : (Hidangan untuk 2 orang)

2 biji telur
1 biji tomato
1 biji bawang merah
1 kuntum bunga kantan (tak letak saya ganti dengan 1 batang serai)
1 biji limau nipis/lemon
2 batang cili merah/hijau (kalau ada cili padi boleh guna cili padi)
Sedikit daun kesum (saya tak letak sebab takde stock)
Garam & gula secukup rasa

Bahan ditumbuk halus: (saya goreng tanpa minyak bahan² ini & kemudian tumbuk)

1 biji cili merah
3 biji cili padi (saya tak letak sebab takde stock)
1 ulas bawang putih
1/2 inci belacan dibakar
1 sb udang kering yang disangai(saya tambah)

Cara membuatnya: 

1. Dadar nipis telur satu persatu seperti buat ketayap. Gulung dan gunting 1/2 sm lebar.

2. Tomato dibelah 4 dan buang bijinya. Hiris nipis-nipis. Hiris kecil bunga kantan/serai,  cili merah/cili padi dan bawang besar.

3. Masukkan semua bahan ke dalam mangkuk besar. Masukkan bahan ditumbuk , garam, gula dan perahan limau nipis. Gaul rata dan sedia dihidang.

Sedap dimakan bersama nasi panas! saya ratah kerabu begitu sahaja :)

Kredit Resipi : http://rinimemories.blogspot.com/2011/04/nyonya-kerabu-telur.html

NaNa=^.^=
Comments
0 Comments

0 budak baik sudi komen:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...