Friday, 15 February 2013

Resipi 23 : Cheezy Chicken Croquettes

...السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
 ♥بسم الله الرحمن الرحيم♥

Alhamdulillah, dengan jayanya telah berjaya mengupdate blog lagi. Tapi macam biasa la nak upadate resipi!

Ok, dengan menggunakan stock apa yang ada je kat rumah maka jadi lah Cheezy Chicken Croquettes untuk menu makan malam hari ni. Roti & oat stock saya sendiri manakala ayam & cheese stock housemate Cik Amie, resipi ni pon cilok dari dia.

Menu ringkas dan mudah serius budak sekolah pon reti buat dengan kawalan ibu mereka dirumah. :P

Cheezy Chicken/Tuna Croquettes 

Bahan-Bahan:

4 keping roti (saya guna roti wholemeal) 
1 cawan isi ayam (direbus & dicarik²optional-boleh juga gantikan dengan tuna/sausage/daging hancur
Serbuk lada sulah
Daun sup (takde stock)
Garam (tak letak sebab lada sulah & cheese dah masin)
Cheddar cheese
1 biji telur
Bread crumb
Oat(saya tambah, kalau tak ada oat guna bread crumb je pon boleh atau sebaliknya)
Minyak


Cara-cara:

1. Kisar ayam dan roti hingga hancur(guna blender kering).

2. Masukkan sedikit telur (2-3sudu je) untuk mendapatkan adunan yang boleh dikepal².









3.Kemudiankan masukkan serbuk lada sulah, garam dan daun sup yang dihiris halus. Gaul sebati.

4. Kemudian kepal² menjadi bulat² & masukkan cheese sebagai inti (boleh bentukkan juga mengikut kesukaan anda).

5. Celup adunan yang telah dibentuk ke dalam telur dan golek²kan dalam bread crumb+oat.

6. Goreng secara deep fry dengan api yang sederhana.

7. Siap sedia untuk dihidang & sedap dimakan cicah bersama sos!

* Ekceli saya buat 2 adunan, satu adunan roti+ayam dan satu adunan lagi roti+sardin/tuna. Dua-dua sedap!

Selamat Mencuba :)

NaNa=^.^=
Comments
2 Comments

2 budak baik sudi komen:

ummi_khalish said... [Reply to comment]

adui...sodap..lenkli buat byk2..nk sepinggan..hihi...

NunAlifNunAlif said... [Reply to comment]

@ummi_khalish hehee.. kalau nak bagi akk kena dua pinggan.. kalau tak nanti berebut2 dengan khalish n aisyah..hihi

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...