Wednesday 13 February 2013

Ambil mudah

...السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
 ♥بسم الله الرحمن الرحيم♥

Kucing Jalanan

Alhamdulillah, setelah beberapa hari sibuk berjalan tak henti². Yang penting bukan jalan² holiday, makan angin dan sewaktu dengannya.

Seperti biasa, jumaat & sabtu 2 hari kelas bahasa arab akan bercuti. Memandangkan ada tetamu yang datang ke rumah maka 2 hari cuti berjalan dengan rancaknya, kehulu dan ke hilir sakan membeli itu & ini(ekceli tolong member membeli barang untuk dibawa pulang ke Malaysia).

Kemudian tiba hari ahad, kaki mula lenguh dan mulalah menambah cuti sendiri. Esoknya Isnin, dapat panggilan pula untuk uruskan hal jawazat(visa) di emegresen dan bertambah lah lagi cuti sendiri. Setelah ditambah-tambah cuti, maka saya telah bercuti selama 4 hari tanpa mengulang kajiSedeh!

Ustazah telefon untuk maklumkan hari rabu akan ada imtihan pertengahan bulan.

Maka hari ini tiada alasan lagi untuk bercuti-cuti. Masuk kelas, Ustazah sambut dengan senyuman & bertanya khabar.

Bila mula mengulangkaji didalam kelas...................................
Kepala seperti blank & kosoooong, kosong, kosong(nyanyi macam lagu NL).. heh!

"Asif ustazah, ana lam muroja'ah fil beit 'inda utlah.. InsyaAllah, haza lail sauzakkiru min awwal kitab!" kata seorang aku kepada seorang Ustazah yang baik.

 "Maafkan aku Ustazah, aku tak mengulangkaji dirumah ketika cuti. InsyaAllah, aku akan mengulang kaji malam ni dari awal kitab"

Baru empat 4 hari saya meninggalkan kelas, belajar asas bahasa arab (yang dah belajar dari i'dadi & thanawi) tapi ada sesetengah tajuk yang saya sudah ingat² lupa.

Inilah yang berlaku bila kadang² kita selalu ambil mudah.

Dah pernah belajar... maka rasa semuanya ada dalam kepala tak perlu untuk di ulangkaji lagi...
Dah pernah belajar... maka selak² je la buku bila ulang kaji...
Dah pernah belajar... maka bila tiba cuti kita cuti secuti-cutinya tanpa hiraukan kitab kita lagi.........

Kan? sedeh lagi!

Minggu lepas ada juga meminta izin pada Ustazah untuk tawaquf(berhenti seketika) kelas bahasa arab sebab saya hendak tumpukan pada Imtihan fasa 2 nanti, tapi Ustzah tak bagi. Inilah buktinya! baru 4 hari tak hadir ke kelas ada tajuk yang dah ingat² lupa :P

AllahuRabbi.... ini baru bab²  atau tajuk² kecil yang telah dipelajari.

Moga Allah bantu diri ini supaya tidak leka & tidak ambil mudah lagi....Ameen Ya Rabb!

p/s:  Esok imtihan pertengahan bulan, memang soalan² insyaAllah senang² tapi itu tak bermakna kita cincai² dalam mengulangkaji! 


NaNa=^.^=


Comments
0 Comments

0 budak baik sudi komen:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...