Friday 1 February 2013

Resipi 20: Ayam Percik Simple

...السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
 ♥بسم الله الرحمن الرحيم♥

Haaa, tekak ni memang macam² dia mintak. Tetiba nak makan itu.. ini.. begitu.. begini.. Kalau dilayankan memang hancur musnahlah diet ku ini.. hahaa!

Ok, pagi jumaat yang barakah ni dengan gumbiranya terasa seperti nak makan Ayam Percik! Cuba cari resipi ayam percik macam kat pasar malam tapi terjumpa pulak resipi Ayam Percik Simple. Alhamdulillah, bahan² pon ada, ayam tinggal seketul, stock serai halia baru beli. Cantek!

Ok, jom try buat Ayam Percik Simple! Serius senang sangat :)

Bahan-Bahan untuk dikisar : (Hidangan untuk seorang- gandakan bahan² untuk hidangan 2 org)

1 biji bawang besar
1 inci kunyit hidup (saya guna 1sk serbuk kunyit)
1 batang serai
1 cm halia
1 sk biji ketumbar
2-3 ulas bawang putih
sedikit air utk blender

Bahan2 lain :

2-3 sb cili kering kisar(tambah lagi kalau nak lebih pedas)
Garam atau bahan perasa.
1/2 cawan santan pekat (saya guna susu)
Sekeping atau 1/2 keping asam keping


Step 1 & 2
Cara-cara:

1. Mula² masukkan ayam dalam kuali kemudian tuangkan bahan² kisar tadi ke atas ayam tersebut (masa ni jgn bukak api dulu) kemudian tuangkan santan.. tuang ke dalam kuali yg berisi ayam + bahan kisar td..

2. Selepas masukkan santan, masukkan pulak 3 sudu besar cili kering kisar. Dan boleh hidupkan api( buka api sederhana je)

3. Kacau²  bagi ayam tu sebati dengan kuah.(Jangan lupa terbalik²kan bagi ayam tu masak di kedua-dua bahagian atas & bawah)

4. Masukkan asam keping & masukkan garam secukup rasa.

5. Masak sampai ayam tu jadi separuh masak dan kuah menjadi sedikit pekat.. matikan api..

7. Angkat ayam tersebut dan masukkan ke atas dulang pembakar.. tuangkan sedikit je kuah ayam percik tu tadi.. baki kuah sila simpan untuk di tuang ke atas ayam sesudah siap di bakar. Bakar ayam tersebut dalam oven selama 30 minit atau sehingga ayam tersebut bertukar keperangan dengan suhu 180 celsius, api atas bawah..

**Ok, saya tak guna oven. Saya guna pemanggang biasa je. Mula² letak ayam percik tadi atas foil aluminium dan bungkus rapat² & letak atas pemanggang kemudian kepitkan! 

Panggang atas dapur je. Jangan lupa terbalik²kan alat pemanggang tu. Boleh bukak foil aluminium, jika warna ayam dah bertukar keperang²an boleh tutup api!

(ni contoh alat pemanggang yang saya guna)


 
Ayam percik yang sudah siap dipanggang!

 9. Apabila ayam percik siap dibakar, hidangkan di atas pinggan & tuangkan baki sos/kuah ayam percik tadi ke atas ayam tersebut.. Bismillah~ Siap sedia untuk dimakan!

Kredit resipi : http://mylovelyfamily-ana.blogspot.com/2012/07/resepi-ayam-percik-simple.html

NaNa=^.^=
Comments
0 Comments

0 budak baik sudi komen:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...