Tuesday 5 February 2013

Ikhlas & Sabar

...السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
 ♥بسم الله الرحمن الرحيم♥

Alexandria, Egypt

Berbicara tentang ikhlas dan sabar. Setiap hari kita akan diuji dengan 2 perkara ini. Sejauh mana keIKHLASan & keSABARan kita dalam menghadapi onak duri kehidupan harian. cewah!

Bila hilang SABAR maka hilanglah juga IKHLAS dalam hati kita. Ya, Betul! Kadang² berlaku pada benda remeh temeh je.

Contoh 1: Hari pertama A beli nasi bungkus, balik rumah A pelawa housemate nya si B join makan sekali. Berulang keadaan ini 2-3 hari mungkin juga seminggu. A mula berkata didalam hati "Ishk! Asyik aku je belanja dia ni". Hari seterusnya A beli nasi bungkus makan sorang² dalam bilik kunci pintu! Dan sambil makan A mula mengungkit cerita si B tu kerja menumpang makan nasi bungkus dia tapi tak pernah pon nak belanja walau sekali " &%#@*%^@! bla bla bla..."

Nauzubillah. Sekadar contoh sahaja. Kan? Mula² niat A baik & ikhlas tapi boleh hilang begitu sahaja segala pahala kebaikan itu hanya dengan ungkit mengungkit. Rugi kan =.='

Bukan dalam bab itu sahaja, malah isu IKHLAS ini merangkumi bermacam² aspek. Contoh yang lain.

Contoh 2: A sangat pandai & bijak didalam kelas. Sahabat²nya selalu meminta tolong dari A untuk mengajar subjek yang mereka kurang faham. A juga suka untuk mengajar sahabat²nya tapi dalam waktu yang sama dia melakukan semua itu hanyalah untuk mendapat pujian daripada sahabat² & guru²nya semata-mata.

Haa, sungguh bahasa buku ya contoh yang diberikan. heh! Ape²lah,hehee! Sekadar contoh je, dari situ kita dapat lihat niat si A hanya ingin mendapat pujian daripada orang lain. Ikhlaskah beliau?

Susah hendak mendidik hati untuk IKHLAS? Tak susah sebenarnya, jika kita niat melakukan apa sahaja kerna DIA. Ya! Lillahi Ta'ala :)

Saya sendiri kadang² kalah dalam melawan rasa yang tidak elok, maka ISTIGHFAR menjadi peneman dikala hati berkata yang bukan². Syaitan sudah tentu dengan tugasnya untuk merosakkan hati kita. Nauzubillah.

InsyaAllah, mula² mungkin kita akan rasa terbeban, susah, letih untuk tanamkan dalam diri untuk IKHLAS tapi lama kelamaan bila kita lakukan apa sahaja kerana Allah kita akan rasa nikmatnya keIKHLASan didalam jiwa.

Alhamdulillah, dikurniakan sahabat yang baik. Dikelilingi dengan sa

Boleh klik http://ilmumiliktuhan.blogspot.com/  untuk melihat entry² Tanda-tanda Ikhlas :)

p/s: InsyaAllah :)

NaNa=^.^=


Comments
0 Comments

0 budak baik sudi komen:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...