Friday 11 May 2012

Resipi 8 : Puding Roti Berkuah Kastard

...السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
 ♥بسم الله الرحمن الرحيم♥

Puding Roti Berkuah Kastard

Bahan A :

500 ml susu segar kotak/fresh milk (Saya guna 1kg susu)
12-13 keping roti(saya guna 5 biji roti fino bersaiz sederhana)

Bahan B :

1/2 cawan gula (boleh kurangkan kalau tak suka manis)
2 sudu besar mentega
2 biji telur ayam (saya guna 1 biji)
1 sudu teh esen vanilla
2 sudu besar tepung jagung
Sedikit kismis(optional)

Sos Kastard :

1 tin susu cair(saya ikut suka hati)
2 s/b tepung kastad
2 s/b gula
{Satukan semua bahan sos kastard dan kemudian masak diatas api yang sederhana sehingga sedikit pekat.}

Cara-cara:

1.Hancurkan /koyakkan roti dan rendam dalam susu. 

2. Pukul atau blend bahan B.

3. Tangkan bahan B kedalam loyang yang berisi roti & susu tadi.

4. Tabur kismis jika mahu.

5. Bakar dalam suhu 180'C selama 30 minit/ sehingga masak.

6. Biarkan sejuk seketika, potong dan sedia dihidangkan. Boleh juga dihidang bersama sos kastard :)


Kredit Resipi to Husmyna

p/s: Puding Roti ni nak bawak pergi study group nnt. Teringat Lucky Lia, die teringin nak makan puding roti saya, tapi tak berkesempatan nak buat. InsyaAllah, nanti saya pulang ke Malaysia kite buat Puding roti!

NaNa =^.^=
Comments
6 Comments

6 budak baik sudi komen:

Sharz said... [Reply to comment]

awak!! sedapnyer!!! mesti tuah pon nak kan?? =)

MakNana said... [Reply to comment]

@Sharz sedap3x, try la buat syarz... senang sangat! hihi..

Tuah kepoh die suka amek bau je tp die xmakan pon..hehe ^^

amie... said... [Reply to comment]

knp....kite mkn xde custard???
tp dlm pic ade custard!!!.....
ini tidak adil...tidak adil... :p

Badrina Ibtisam said... [Reply to comment]

Wahh nmpak best je.. Hihi thanks sharing! Boleh cuba ni. =P

MakNana said... [Reply to comment]

@amie... castard is optional ok, kalau nak buat sendiri~ haha..

MakNana said... [Reply to comment]

@Badrina Ibtisam Best3x.. resipi yg sgt simple.. cube jgn tak cube oke! :D

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...