Tuesday, 29 May 2012

Resipi 10: Bingka Carrot

...السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
 ♥بسم الله الرحمن الرحيم♥

Bingka Carrot paling simple


Bahan-bahan:

1 kg Carrot/lobak merah
1 cawan Susu/santan 
1 cawan Minyak 
2 cawan Tepung gandum 
1 cawan Gula
1 biji Telur 

Cara-Cara:

1. Bersihkan carrot & potong kecil-kecil, kemudian rebus sehingga empuk.

2. Sementara itu, didalam satu bekas pukul telur & gula sampai kembang/berbuih.(blender pon boleh)

3. Kemudian carrot yang sudah empuk di kisar bersama minyak & susu.

4. Masukkan carrot+minyak+susu yang sudah dikisar sebati ke dalam bekas telur+gula tadi, kemudian gaul sebati.

5. Masukkan tepung sedikit demi sedikit dan kemudian gaul sebati.

6. Lenserkan loyang dengan minyak dan tuangkan bancuhan tadi.

7. Bakar didalam oven(dipanaskan dulu) lebih kurang 1jam atau sehingga masak.

8. Biarkan sejuk terlebih dahulu, kemudian potong & sedia dihidangkan.

Selamat mencuba & selamat menjamu selera :)

p/s: 1st time cuba dan alhamdulillah menjadi!

NaNa=^.^=
Comments
2 Comments

2 budak baik sudi komen:

Nor Abdullah said... [Reply to comment]

Bismillah..
ASSALAMUALAIKUM YANA!!!
Kaknor in da kitchen hehehe..
:) nnt nak cuba laaa.. sedap tak??hjehehe

NunAlifNunAlif said... [Reply to comment]

@Nor Abdullah Waalaikumussalam Kak Nor!! hehe, mari2 memasak :P

Cuba la kak, senang sangat! sedaap~

kalau akk nk ganti carrot dengan kentang pon boleh, tp kentang 2-3 biji je la.. tp kite lebih suka carrot!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...