Sunday 13 May 2012

Moga terhindar dari bahaya!

...السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
 ♥بسم الله الرحمن الرحيم♥

Sebelum melangkah keluar dari rumah bacalah doa ini,bacalah juga dimana-mana kita berada.

Alhamdulillah, cuaca hari ini cerah + panas. Keadaan yang sinonim dengan orang arab bila tiba musim panas ialah cepat marah, selalu bergaduh, kes raba, dll. Entah, mungkin terkesan dengan cuaca yang panas maka hati mereka juga cepat panas. Waallahu a'lam.

Entry ini tidak terniat untuk membuka 'aib sesiapa, tapi sekadar perkongsian & untuk langkah berjaga-jaga terutama kepada akhawat. Untuk makluman juga, bukannya semua orang arab bersifat cepat marah, suka bergaduh, gatal dll mungkin sebahagian sahaja daripada mereka. Sama juga seperti bangsa-bangsa lain, kita kembali kepada fitrah bahawa manusia itu memang tidak akan pernah sempurna. Ok la, ini sedikit pengalaman saya hari ini.

Situasi 1: Jam 10:00 pagi, Alexandria.

Saya sedang menunggu kawan dibawah banggunan sementara kawan yang tinggal di tingakat 6 sedang turun untuk membuka pintu pagar. Memandangkan tingkat 6 tinggi, maka agak lama jugak saya menunggu. Sedang saya menunggu sambil melihat seorang 'ammu(pakcik) mengelap kereta & ditemani anjing berwarna coklat diseberang jalan, tiba-tiba melintas satu kereta berwarna biru muda. Saya lihat pemandu kereta tu merenung tajam ke arah saya, dalam hati berkata " Eh? Orang ni tengok aku ke?", sambil kepala saya melihat ke kiri ke kanan. Saya pon melihat kembali ke arahnya. Dengan muka tak bersalah, dia membuat isyarat dengan tangannya agar saya menaiki kereta yang dipandunya! Hah???

Kebetulan saya berdiri berhadapan dengan tiang elektrik. lalu saya menyorok disebalik tiang tersebut(dalam hati berterusan saya berdoa agar Allah melindungi saya). Saya perasan dia terus melihat kearah saya sambil kereta dipandu kedepan & sekejap-sekejap undur kebelakang untuk melihat saya yang sedang menyorok disebalik tiang. Mujur kawan sampai di bawah ketika itu & kemudian membuka pintu pagar, tanpa membuang masa saya terus melulu masuk. Kereta itu pon berlalu pergi. Alhamdulillahm,selamat.

Moral : Dinasihatkan terutamanya akhawat agar tidak keluar atau berjalan sorang-sorang. Tapi kadang-kadang terpaksa :'(

'Ammu tut tut ni takde kena mengena dengan cerita dibawah ini, sekian.


Situasi 2: Jam 1:30 tengah hari, Alexandria.

Saya dan kawan menaiki tut-tut untuk pergi ke Mandarah kerana ada majlis makan-kawan dirumah kawan disana. Setiba di Mandarah, seperti biasa kawan saya menghulur Le1 kepada pemandu tut tut tersebut. Kami pon berlalu dan tiba-tiba terdengar suara menjerit dengan kuat " Ya bintun ithnain! Ya bintun ithnain!"(Wahai 2 orang budak perempuan).

Saya toleh kebelakang rupanya pemandu tut tut tersebut sedang mengejar kami dengan muka marah, bengis & terpekik-terpekik. Kami berhenti, pemandu tersebut menunjukkan duit di tapak tangannya kepada kawan saya sambil berkata "Eih da? Eih da? aizah nus kaman"(Apa ni? Apa ni? Aku nak 50sen lagi!) sambil mencampak duit tersebut ke tanah. Kawan saya membalas dengan berkata " 'Adi bi genih ya 'am"(biasa kami bayar le1 sahaja pak cik).

Saya tergamam & tak tahu nak cakap apa, malu pon ada kerana semua orang sekeliling pandang ke arah kami. Tiba-tiba terasa panas di muka saya bila dperlakukan begitu. Tanpa berfikir dan kebetulan ditangan saya ada 2 keping syiling 50 sen dan saya terus campak sekuatnya ke arah pemandu tersebut. Kemudian kami terus berlalu & saya perasan ada beberapa orang lelaki arab sedang meredakan kemarahan pemandu tut tut tersebut. Ya Allah! bila fikir-fikir rasa memang tidak sopan & kurang ajar tindakan saya itu, tapi kami pon punya maruah & perasaan.

Moral : Cuba bawak berbincang dengan tenang. Tak perlu kot nak jerit-jerit marah bagai & tolong hormat & jaga maruah orang lain.

Astagfirullahal 'azeem..

p/s : Hmmm, sabar je lah dengan kerenah-kerenah manusia ni. Yang penting ini semua pengalaman dan perlu ambil ibrah darinya. Tergelak juga bila teringat peristiwa kena kejar dengan 'ammu tut tut 50sen! hehe :P

NaNa=^.^=
Comments
0 Comments

0 budak baik sudi komen:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...