Tuesday, 11 September 2012

Terindah~ Ramadhan & Syawal 1433

...السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
 ♥بسم الله الرحمن الرحيم♥

Alhamdulillah, dengan izinNya saya kembali semula setelah hampir 4 minggu blog ini dibiarkan bercuti tanpa gaji. heh!

Ramadhan telah berlalu, Syawal juga bakal meninggalkan kita. Mudah²an bertemu lagi di Ramadhan tahun hadapan. Macam² kisah suka & duka sepanjang 4 minggu ini. 'Ala kulli hal, Alhamdulillah.

Alhamdulillah, Akhir ramadhan & awal syawal yang lalu saya telah terpilih oleh-Nya untuk menjadi 'Tetamu Allah'. Alhamdulillah, bertamu di Baitullah selama 11 hari & ziarah Kekasih-Nya selama 4 hari. Perjalanan & segala urusan dipermudahkan. Terima Kasih Ya Rabb!

Walau suhu yang agak panas disana & ditambah pada bulan ramadhan tapi Alhamdulillah, walau penat & demam, Allah masih memberi kekuatan kepada saya & sahabat yang lain untuk melaksanakan rukun umrah seluruhnya, moga maqbul & mabrur. Demam bergilir², moga menjadi penghapus dosa kami.

Rindu.. Rinduu.. Rinduuu.. untuk bertamu lagi.

Makkah Al-Mukarramah...
Baitullah Al-Haram yang menenangkan,
Kaabah didepan mata yang tak jemu dipandang,
Air zam-zam yang tidak pernah akan puas untuk diminum,

Madinah Al-Munawwarah...
Masjid Nabawi, disitulah maqam sebaik-baik jasad,
Raudhah sebahagian taman² syurga idaman,
Ya Rasulullah, moga ini bukan yang terakhir,
Moga terpilih lagi oleh-Nya untuk bertamu ke Haramain Syarifain.

Buat diri sendiri, adik beradik, saudara mara & teman², jom sama² kita tanam niat untuk ke Tanah Suci kerana Allah!

Jangan takut & risau untuk ke Tanah Suci. Mungkin ada yang takut dek kerana cerita dari pengalaman² mereka yang diuji dengan bermacam² hal ketika di Tanah Haram. Apa yang penting, kita perlu buat persediaan dari sekarang. Bertaubat bukan apabila kita berada di Makkah tapi mulakan taubat kita mulai dari hari ini. InsyaAllah, Allah Maha Penerima Taubat & Maha Pengampun. Mohonlah taubat sebenar-benar taubat(taubat nasuha) & mohon kepada Allah agar ditutup segala keaiban kita tidak kira dimana jua. InsyaAllah, mudah²an Allah permudahkan segalanya.

Saat di Tanah Haram, fokus kepada ibadah & banyakkan berdoa. Jangan segan silu untuk mengalirkan air mata. Menangislah sepuas²nya tanda kita seorang HAMBA!

InsyaAllah, moga dilimpahkan rezeki yang barakah, diberi kesihatan yang baik, diberi kelapangan waktu & terpilih untuk mejadi tetamu Allah lagi, Ameen Ya Rabb ♥

Boleh klik link di bawah untuk melihat gambar² yang sempat dirakam sepanjang saya berada di Haramain. Bukan tujuan untuk menunjuk², pandanglah dari sudut positif. Mudah-mudahan gambar² ini dapat memberi dorongan kepada kita untuk menjadi Tetamu Allah. InsyaAllah, biiznillah.

p/s: Natijah imtihan yang membuatkan ku perlu berada di Alexandria lagi~ InsyaAllah, pasti ada hikmah menanti :) Alhamdulillah.

NaNa=^.^=


Comments
2 Comments

2 budak baik sudi komen:

the fikirman said... [Reply to comment]

rindu entri nana :D

NunAlifNunAlif said... [Reply to comment]

@the fikirman*gosok-gosok mata baca komen ni*

Terima kasih ye, sy ni blogger sesuka hati, jadi menulis pon ikut sesuka hati. InsyaAllah apa yang baik akan dikongsi :D

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...