...السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
♥بسم الله الرحمن الرحيم♥
Islam itu mudah & Islam itu indah, tapi kenapa kita susah sangat nak ikut perintah ALLAH? Sedih. Realiti sekarang orang jadi pelik! pelik sangat bila lihat orang ikut perintah ALLAH, bila orang amalkan sunnah Rasulullah.
♥بسم الله الرحمن الرحيم♥
Islam itu mudah & Islam itu indah, tapi kenapa kita susah sangat nak ikut perintah ALLAH? Sedih. Realiti sekarang orang jadi pelik! pelik sangat bila lihat orang ikut perintah ALLAH, bila orang amalkan sunnah Rasulullah.
Biar pelik dimata manusia tapi mulia disisi yang EsaBila kebaikan datang depan mata, sedaya upaya mahu lari jauh-jauh. Bila ada yang datang memberi nasihat, langsung tidak diendahkan. Tak tahu apa yang nak dikejar di dunia ni. Nama, pangkat, harta? Kita mengaku Islam, tapi kenapa tak mahu dekati tak mahu mencari apa nilai-nilai murni pada agama yang kita anuti itu sendiri? Serius sedih!
Nasihat Luqman Al-hakim, Hai anakku; bergaullah rapat dengan orang yang alim lagi berilmu. Perhatikanlah kata nasihatnya kerana sesungguhnya sejuklah hati ini mendengarkan nasihatnya, hiduplah hati ini dengan cahaya hikmah dari mutiara kata katanya bagaikan tanah yang subur lalu disirami air hujan"Semua ingin ke Syurga & ingin membawa insan-insan yang kita sayang ke sana. Itu lah juga harapan & impian saya. Adakah kita rela melihat ayah yang banyak berkorban membesarkan kita dengan penuh kasih sayang ke neraka semata-mata hanya menanggung dosa kita didunia? Kita rela suami yang kita kahwini, yang kita cintai, yang memberi nafkah kepada kita terjerumus ke neraka kerana dosa-dosa kita?. Sama-sama jaga agama, jaga adab, jaga pandangan, jaga pemakaian, jaga hati kita.
احفظ الله ﻳﺤﻔﻈﻚJagalah Allah, nescaya Allah menjagamu.
"Wahai kaumku! Sesungguhnya kehidupan dunia ini hanyalah kesenangan (untuk sementara waktu sahaja), dan sesungguhnya hari akhirat itulah sahaja negeri yang kekal."(Al-Mukmin : 39)Sama-samalah perbaiki diri, sama-samalah jauhi segala maksiat & kemungkaran. Kembalilah kepada ALLAH, sungguh ALLAH Maha Pengampun & Penyayang. DIA sentiasa menerima kita & sentiasa berada bersama kita.
"(ALLAH) Yang Mengampunkan dosa, dan Yang Menerima taubat; Yang Berat azabNya; Yang Melimpah-limpah kurniaNya; tiada Tuhan melainkan Dia; kepadaNyalah tempat kembali."(Al-Mukmin : 3)Saya bukanlah seorang yang terbaik untuk memberi nasihat, saya juga sering terlupa & terleka, pernah di uji & pasti akan diuji Tuhan untuk menilai sejauh mana kuatnya iman. Saya seorang manusia biasa yang kadang turun & naik tahap keimanannya. Betapa rapuh iman manusia.
"Sesungguhnya aku sedang menasihati kamu, bukanlah bererti akulah yang terbaik dalam kalangan kamu. Bukan juga yang paling soleh dalam kalangan kamu, kerana aku juga pernah melampaui batas untuk diri sendiri. Seandainya seseorang itu hanya dapat menyampaikan dakwah apabila dia sempurna, nescaya tidak akan ada pendakwah. Maka akan jadi sikitlah orang yang memberi peringatan."- Imam Hasan al-Basri-
Pilihlah!
p/s : Bacalah apa sahaja bentuk penulisan (terutamanya tentang agama, nasihat, motivasi dll) dengan tenang. Pasti kamu akan dapat merasa kesedaran, pasti kamu mampu menerima dengan hati yang terbuka & senang menerima apa yang disampaikan. Mungkin saat jari jemari ini lancar mengetuk papan kekunci tapi hakikatnya diri ini sendiri tidak lari dari khilaf & dosa.
Allahummaghfirli zunubi!
NaNa(^_^)v