...السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
♥بسم الله الرحمن الرحيم♥
♥بسم الله الرحمن الرحيم♥
Kita belajar dari kehidupan. Belajar akan erti hidup dari pengalaman, sama ada pengalaman yang kita lalui sendiri atau mengambil iktibar dari pengalaman orang lain. Bila kita merasa ujian yang kita terima sangat membebankan, cuba lihat disekeliling kita kerana ada insan yang lebih teruji & lebih dasyat ujian yang mereka lalui. Namun yang pasti, ingatlah firman ALLAH yang bermaksud :
"ALLAH tidak akan menguji hambaNya melainkan sesuai dengan kesanggupan mereka"(Al-Baqarah: 286)Kenapa aku diuji lagi? Kenapa perkara yang sama aku perlu hadapi? Kenapa? Kenapa? Kenapa?. Siapalah kita yang layak mempersoalkan kenapa semua yang menimpa kita itu terjadi. Sedangkan hikmah pasti ada dengan setiap apa yang berlaku. Mungkin ujian yang sama lagi kita hadapi, entah mana silapnya, entah apa lagi yang tidak kena. Mungkin juga dengan ujian yang sama itulah membuatkan kita lebih kuat! Jangan lemah & berputus asa, sesungguhnya Rahmat ALLAH itu luas. Jangan sempitkan fikiran dengan melayan perasaan sedih hingga nikmat lain yang ALLAH kurniakan, kita abaikan. Teruslah bersyukur walau saat kita ditimpa musibah. Ingatlah juga janji ALLAH dalam firmannya yang bermaksud :
"Barang siapa bertaqwa kepada ALLAH, nescaya Dia akan mengadakan baginya jalan keluar. Dan memberi rezeki kepadanya tanpa disangka-sangka. Dan barangsiapa yang bertawakal kepada ALLAH, nescaya ALLAH akan mencukupkannya. Sesungguhnya ALLAH melaksanakan urusan yang dikehendaki-Nya. Sesungguhnya ALLAH telah mengadakan ketentuan bagi tiap-tiap sesuatu"(At-talaq: 3)Tatkala hati merasa pedih, sedih dan air mata sahaja yang selalu menemani. Rasa tidak tertanggung dengan ujian. Menangis tidak salah, menangislah. Tapi jangan sia-siakan tangisan kita, melainkan menangis hanya kerana menyesal akan dosa-dosa yang telah kita lakukan. Mungkin ujian yang kita terima adalah teguran daripada ALLAH. Walau dalam keadaan apa sekali pon, ingatlah bahawa ALLAH sentiasa bersama kita. Kembalilah pada ALLAH , mohonlah apa sahaja dan mengadulah sepuas-puasnya kepada-Nya kerana Dia Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui apa yang terbaik buat kita. Yakinlah dengan firman ALLAH yang bermaksud :
"Dan apabila hamba-hambaKu bertanya kepadamu mengenai Aku, maka beritahu kepada mereka): Sesungguhnya Aku(ALLAH) sentiasa hampir(kepada mereka); Aku perkenankan permohonan orang yang berdoa apabila dia berdoa kepadaku. Maka hendaklah mereka menyahut seruanKu(dengan mematuhi perintahKu) dan hendaklah mereka beriman kepadaKu supaya mendapat petunjuk"Peganglah janji ALLAH! janji ALLAH buat hamba-Nya yang selalu dekat pada-Nya, yang taat akan perintah-Nya, yang sentiasa mengharap Rahmat & Redha-Nya. InsyaALLAH, janji ALLAH pasti bersama kita.
(Al-Baqarah:186)
p/s : Saya suka mendengar , membaca dan belajar dari kisah, cerita atau pengalaman orang lain. Bila saya rasa sedih dengan ujian yang saya hadapi, saya akan ingat mereka yang lebih hebat lagi diuji. Alhamdulillah, dengan ujian… ALLAH mendidik kita supaya menjadi hamba yang selalu tenang, sabar dan redha dengan setiap ketentuan-Nya.
Buat sahabat-sahabat saya yang sedang bersedih, sabarlah dalam bersabar. Sungguh praktis sabar tidak semudah sebutannya. Apa pun, moga-moga dipermudahkan dan diberi kekuatan yang berterusan. Sabar ya teman! InsyaAllah, ada keindahan dan kemenangan. Kesabaran itu kadangkala pahit namun hakikatnya ia manis, lebih manis dari madu.
Jangan menunggu bahagia baru tersenyum tapi senyumlah agar kamu bahagia :)
NaNa(^_^)v