Sunday, 28 April 2019
Monday, 17 October 2016
KEK BELACAN
Assalamualaikum. Pagi!
Macam biasa la pepagi Mama dah masuk dapo 😄
Muhammad pon ikut sama.
"Mama nak kek. Kek sedap"
Sambil Mama dok mengemas, Muhammad Uwais nak kek pulak dah. Mintak kek sambil tunjuk bekas belacan.
"Ni belacan. Bukan kek."
"Nak kek. Nak tu. Nak tu"
Mama pon bukak la bekas sambil ulang ni belacan 😁
Dengan pantas dia ambik seketul. Terus ngaap! Sambil jalan ke hall dengan happy nya.
"Sedap ke"
Terkebil² dia sambil mengunyah. Mama mintak luahkan.
Terkebil² lagi sambil kata "Mama, masam"
😂😂😂

Sunday, 16 October 2016
Selepas Hampir Setahun!
Assalamualaikum,
Serius dah hampir setahun tak menulis apa kat blog ni.
Agak² followers yang ada ni aktif lagi tak?
Haish, Bukan takat sawang dah. Hutan belantara dah rasanya blog ni. Sabor jelah! hoho
InsyaAllah, akan datang saya akan kembali berblog.
Sungguh ke? InsyaAllah.
Tapi ambik masa sikit sebab nak kasiiiii tukar segala. Doakan ye!
Nak cari kawan² blogger yang hebat!

Saturday, 24 October 2015
NASI DAGING UTARA | PUTRAJAYA
...السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
♥بسم الله الرحمن الرحيم♥
Astaghfirullah! Dah setahun lebih tak update blog.. hahahahaadoii la..
Busy beno gayanyer yee..
Sebenonye ada entry yang tersimpan rapi tak dipost2, masa tu Uwais baru 8m.. kihkihkih! Sekarang Alhamdulillah, Uwais dah 1 tahun 1 bulan dan 20 hari. Alhamdulillah..
Hari ni terasa nak menaip, so layankan je laa..
Alhamdulillah, sekarang dok carik rezeki bisnes delivery food area Cyberjaya, Putrajaya & kawasan2 berhampiran. Order dari KL pon kami terima jugak, ikut keadaan & haruslah ada kuantiti ye tak? Signature menu kami NASI DAGING UTARA CICAH AYAQ ASAM!
Untuk menu nasik berlauk kami baru start dalam sebulan ni. Masih tateh2 lagi, banyak lagi kena belajar & perbaiki. Cayok2!
Teringat la kat Mesir dulu suka la masak memasak. Lagi2 time nak raya, pastu time lepas imtihan, kira terapi gitu..
Sekarang agak mencabar jugak sebab dok risau orang makan tak sedap! hehee.. Apa2 pon cuba yang terbaik, masak dari hati masak with iman katanyerrr.. 😄
Ramai customer bagi feedback yang positif & bagi komen2 membina kat kami. Alhamdulillah 😆 Kalau tak sedap kata tak sedap, insyaAllah kami perbaiki. Kalau sedap apa lagi, rekemen la kat kawan2 😉
Ok lah, jangan lupa jenguk2 IG @nasi.daging.utara & FACEBOOK kami!

Nasi Daging Utara | Signature menu
Jangan malu jangan segan LIKE & SHARE fb kami 👇Like PAGE ➡ https://m.facebook.com/ns.daging.utaraFollow IG ➡nasi.daging.utaraFollow Twitter ➡ns.daging.utara
Teringat la kat Mesir dulu suka la masak memasak. Lagi2 time nak raya, pastu time lepas imtihan, kira terapi gitu..
Sekarang agak mencabar jugak sebab dok risau orang makan tak sedap! hehee.. Apa2 pon cuba yang terbaik, masak dari hati masak with iman katanyerrr.. 😄
Ramai customer bagi feedback yang positif & bagi komen2 membina kat kami. Alhamdulillah 😆 Kalau tak sedap kata tak sedap, insyaAllah kami perbaiki. Kalau sedap apa lagi, rekemen la kat kawan2 😉
Ok lah, jangan lupa jenguk2 IG @nasi.daging.utara & FACEBOOK kami!
Wednesday, 17 September 2014
Alhamdulillah | 04 September 2014 | Officially mama & ayah
=السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
♥بسم الله الرحمن الرحيم♥
Alhamdulillah thumma Alhamdulillah thumma Alhamdulillah.
Hampir 3 minggu telah berkampung di rumah Mak mertua di Sungai Petani, operasi menunggu hari. Dan Alhamdulillah tanggal 04 September 2014 jam 1.48 petang anugerah yang ditunggu-tunggu telah selamat melihat dunia dan kami naik pangkat jadi MAMA AYAH!

Alhamdulillah rezeki yang tidak disangka-sangka, bernikah tanpa bercinta, menyemai cinta setelah halal semuanya, setelah 10 bulan 2 hari usia perkahwinan kami, dikurniakan pula cahaya mata!
Syukur Ya Rabb Alhamdulillah semuanya berjalan lancar & dipermudahkan ☺
Kronologi pengalaman bersalin cahaya mata pertama :
03 September 2014 Rabu | Zul Qaedah 1435h
10:00am : Check up di klinik kesihatan ibu & anak Sg Petani ditemani Kak Ngah (adik ipar) Alhamdulillah, keadaan baby semua baik. Ikutkan due kiranya lagi 3 hari je lagi baby nak keluar tapi nurse kata "takpa, tunggu je bila dia nak keluaq". Dan seandainya baby tak keluar jugak ikut edd, Doc pon dah allow post date seminggu lagi sebab baby comel2 je.
11:15am : Selesai check up Kak Ngah ajak pergi tesco sat & disebabkan ada tenaga agi & dah lama tak berjalan2 maka menuju ke tesco la kami. Sempat singgah makan kfc dulu sebelum memborong lauk kat tesco.
01:00pm : Selamat sampai rumah & terus makan tengah hari. Makan lagi! hahaha
02:00pm : Masuk bilik terus berehat. Lurus2kan pinggang. ZzzZzzz
03:00pm : Bangun tido, mandi & solat zohor. Selesai solat En Suami pon dah selamat tiba bersama pengantin baru. Pengantin baru (Mak Yaya & Uncle Angah) p hanimun krabi, balik hanimun singgah Sungai Petani nak tengok baby katanya! Tapi baby belum keluar lagi
05:00pm : En Suami ajak jalan2 kat taman. Dengan harapan cepat bersalin sebab dia dah tak senang hati nak p ulang alik kerja. Dapat la seround setengah berjalan. Tapi ayah baby yang terlebih mengah jee..hahaha
08:00pm : Makan malam kat rumah & selesai makan pengantin baru ajak p Aman Jaya Mall. Berjalan la lagi mak buyong ni.
10:00pm : Selesai soping2 kami bawak pengantin baru jalan2 bandar SP. Sempat la amek gambar kat Jam Besaq!
11:00pm : Otw balik rumah ternampak kedai jual ayaq nyoq. Tapau bawak balik. Sampai rumah minum la segelas ayaq nyoq & terus masuk bilik konon2 nak tidoq tapi mata terkebil2, sempat sapu losyen mustajab kat kaki sebab lenguh berjalan sehari2. En Suami dah selamat ZzZzZzz..
04 September 2014 Khamis | Zul Qaedah 1435h
12:30am : Mata baru nak terlelap & tiba2... jeng3... kedengaran bunyi "PLUUUP"! dan mengalir air dicelah kelengkang. Eh eh air ape ni? Konon nak tahan tapi air tu keluR jugak. Terus kejut En Suami & dia p kejut Mak. Saya bangun dari katil & air masih keluar lagi. Ya! itulah antara tanda2 maka beranak yang selalu nurse sebut2, yang selalu dok baca kat tenet tuuu. Air ketuban dah pecah!!
01:00am : Mak sempat buat milo, minum2 dulu. Mak kata biasa kalau pecah ketuban lambat lagi nak beranak. Dan memandangkan mak buyong ni dok sengeh2 ketawa lagi sebab masih tak rasa apa2 contraction.
01:30am : Tiba di Hosp Sultan Abdul Halim bahagian kecemasan & bersalin. Selesai daftar, masuk bilik Doc nak buat ctg & check jalan. Alhamdulillah jantung baby ok & jalan baru bukak 1cm. Maka warded lah malam tu. Doc kata kalau pukul 12:30pm jalan masih tak bukak maka kena la induce.
03:00am : Masuk wad & memandangkan wad penuh maka duduk la kat katil tambahan. sob sob sob. Mata tak boleh lelap pon. Letihnya, dah la sehari-hari berjalan. Sabor je la
05:00am : Dah mula rasa contraction sikit. Rasa sakit macam senggugut je, boleh tahan lagi. Mandi2 & siap sedia tunggu subuh.
08:00am : Doc datang untuk amek report. Selesai doc check p mandi lagi.
09:30am : Doc datang lagi & doc decide supaya segera bagi ubat induce, tak payah tunggu2 lagi. Maintain relax je, sebab masih tak rasa sakit sangat & tak sabar nak beranak! hehehe.
10:00am : Nurse buat ctg check jantung baby. Alhamdulillah semua ok.
10:30am : Nurse bawak pindah p wad Kenanga 11 untuk masuk ubat induce.
11:00am : Doc datang untuk masukkan ubat induce. Masa ni check jalan baru bukak 2cm! Alhamdulillah, tak sakit pon. Selalu baca kat tenet orang kata masuk ubat induce sakit, check jalan sakit. Tapi sebenarnya kita kena rileks & buat tak tahu je, tak rasa sakit pon.
Selesai Doc masukkan ubat, datang la seorang Doc lagi untuk bagi penerangan. Paling ingat Doc kata " Risiko ubat induce ni mungkin menyebabkan rahim pecah sebab die memberi tekanan yang kuat, tapi Puan jangan risau sebab risiko ni berlaku dalam 1000 orang seorang sahja". Ya Allah, teruskan berdoa & berzikir moga semua selamat & dipermudahkan.
12:00pm : Sudah mula merasa contraction yang kuat sedikit! tiap 5 min sakit contraction datang. Sakit tangkap di bahagian pinggang. Sambil tunggu En suami, Mak, kakak & suaminya. Tak lama kemudian muncul la semua. Ya Allah lega rasa, sekurang2nya ada yang teman waktu2 begini.
12:30pm : Mak mertua tak putus2 suap makanan, air selusuh pon ada. Mulut ni terima je lah. Mak mertua kata kena makan jugak, nanti tak ada tenaga nak push. Bila contraction kurang mula la aktiviti selfie la, gelak la.
01:00pm : Sakit semakin kuat! Tangan En suami habis digenggam. Muka disodok2 dah kat perut En Suami. Malu ada tapi sakitttt.. Mak panggil Nurse. Macam biasa, nurse seluk lagi nak cek jalan. Dah buka 4cm. Sambil nurse cek nurse kata " tahan sikit ye, saya nak tolong". Entah, tak berasa apa dah. Rasa nak cepat je beranak. Heeee..
01:20pm : Nurse dah tolak ke labour room, suami teman jugak. Tapi separuh jalan je sebab kami lalu jalan shortkat. Sempat request untuk minta suami teman. Tapi tak ada rezeki sebab bilik khusus untuk suami teman dah ada orang lain. Sobs sobs..
Sampai labour room, Nurse suruh naik atas katil. Kebetulan ada makcik cleaner mengemas dalam bilik tu, makcik cleaner tu pon tolong tenang2kan, dia bagi alat gas untuk sedut bagi kurangkan sakit. Tapi tak tersedut laa..haahaa..
Tiba2 rasa nak terber**!! Dah tak sempat nak tekan button emergensi. Terus panggil nurse yang ada kebetulan lalubdepan pintu. Nurse masuk sambil kata " ye ye mana yang sakit" Rileks sungguh nurse ni, dah hari2 keje die kan. Die seluk cek jalan terus die cakap "FULL". Tiba2 bilik tu penuh dengan nurse. Doc pon tiba.
Tobalah masa untuk berjuaaaaang!! Walaipun awal2 agak kelam kabut untuk push tapi Doc & Nurse2 semua tolong & beri semangat. Doc juga tak henti berzikir. Paling membantu bila Doc kata " Ok.. geraaam.. geraaaam.. geraam lagi.." Haaa, betul2 geraam! hehe..
01:48pm : Alhamdulillah, selamat anak mama melihat dunia. Masa ni rasa mamai sangat, sehari semalam tak tido. Nurse tunjuk tuut baby, " Tengok ni, anak apa?" Mulut mama kata "Muhammad". Nurse gelak je, "Amboi siap bagi nama dah". Baby boy!
Nurse balut dan letak Muhammad atas dada Mama. SubhanaAllah. Tak tergambar gembira & syukur Allah permudahkan semuanya.
02:30pm : Selesai jahit. Ni paling mencabar kot.
03.00pm : Nurse bawak Muhammad yang sudah siap dimandikan. Nurse ajar menyusukan baby. First time mother la katekan.
03:30pm : Mata mengantok tapi tak boleh lelap. Muhammad dah letak dalam troli. Tiba2 terdengar suara En Suami sebak2 azankan Muhammad. Haa, En suami berjaya seludup masuk lr. Kebetulan ada kenalan.
Kemudian berlaku la babak tacing kami bertiga❤❤❤
Alhamdulillah, cukup la dulu cerita mama. Ni pon dah mula taip dari dalam pantang. Sekarang Muhammad dah 4 bulan 5 hari! Nampak tak ke'busy'an menjadi seorang ibu & suri rumah tangga walaupon rumah tak ada tangga..heeee!
Muhammad Uwais 7 hari. Alhamdulillah hari ni dah 4bulan 5hari semakin bam2 berketak2..heee!
Labels:
❤HaTi,
Fi SaBiLILLAH=),
Maternity
Tuesday, 26 August 2014
-Part 2- PERSEDIAAN MENYAMBUT NEWBORN | Alhamdulillah
...السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
♥بسم الله الرحمن الرحيم♥
Haish!! 3 bulan tak update blog. Haa, nak start cerita apa pon tak tahu. Memandangkan tengah tunggu hari sekarang ni, kekonon rajin la sikit update persediaan menyambut orang baru!
Untuk makluman, dah seminggu jugak berkampung di rumah Mil & Fil di Sungai Petani. InsyaAllah, bersalin & berpantang disini ^^ Cucu 1st di pihak suami, seronok la depa nak sambut cucu! hehee.. Alhamdulillah Mil sudi nak jaga sepanjang tempoh berpantang ni, terharu maru i. Semoga Allah merahmati Mak & diberi kesihatan yang baik jugak :)
Tunggu hari. Tak sabar! Tapi dalam tak sabar hati manyak berdebaaaar =.='
InsyaAllah mudahan Allah permudahkan semua :)
Entry yang lepas yang dah berkurun lama tu, yang dok ceghita masa 1st shopping barang² baby tuu.. Mari la kite sambung sikit. Sekarang Alhamdulillah, nak masuk minggu ke 39 hamil, barang² semua dah complete! Baju baby & seangkatan dengannya sudah siap dibasuh, dilipat & disimpan rapi di dalam storage box (kadang² bukak box, bau² baju baby wangi..urmmmm)
Sebelum balik kampung untuk hari raya, sempat la Mama cari baju raya. Sehari suntuk round KL cari baju raya, the problemo is size! hehehe.. Jumpa yang berkenan tapi size pulak takda. Tapi akhirnya dapat jugak, sambil tu sempat juga beli Bag baby.
Cerita beberapa hari sebelum raya pulak, Mak Ngah baby semangat nak shopping barang² baby jugak, kita layankan la. Shopping di Manjaku, SP. Mama pon blur² nak amek barang apa.
1. 3 pasang baju
2. 2 pasang baju lubang²
3. Bedak Baby kiko & set mandian Baby Kiko(set travel)
4. Set topi, mitten & booties
5. Botol susu tommi tippee
Terima kasih Mak Ngah sudi belanja baby, muda²han Allah gandakan lagi rezeki Mak Ngah, bisnes DeKliek Fashion & Butik ash shafie terus maju! ameeen..
Keperluan lain untuk anak Mama :
1. Set Tilam Kekabu : RM 200
Alhamdulillah, set tilam ni Tok belanja! Order kat Pendang. Satu set tilam+1 bantal newborn+bantal+2bolster & 2 set sarung(kain 100% cotton best). Murah kan? Sebelum ni Mama survey kat mana2 online shope tak dapat kot harga macam ni. Set sarung je kebiasaannya dah RM100++. Alhamdulillah, rezeki anak Mama. Empuk pulak tu, rasa macam Mama je nak baring atas tu!
2. Rocker & Bouncer : RM150 inc pos
Ini beli dari kawan a.k.a senior Mama masa kat Mesir dulu. Kebetulan ada offer harga ramadhan & syawal. Bonda Zhy Kids E-Shoppe Happy
3. Playpen : RM250
Terjumpa iklan di Mudah.Com. Second hand tp condition Alhamdulillah masih elok. Berbijaklah dalam berbelanja, hehee! gambar playpen boleh la tengok di Nak Kasi Let Go.
Actually, harga RM250 tu termasuk dengan kerusi malas, kami cod playpen ni & kebetulan tuan rumah memang dalam proses untuk let go barang² sebab nak berhijrah ke oversea, so En Suami berkenan pulak dengan kerusi malas & ambik la sekali.
Alhamdulillah, cukup la tu.. mana yang perlu insyaAllah kita tambah kemudian, lepas baby keluar!
p/s : Alhamdulillah 08.08.14 Mak Yaya dah selamat diijabkabulkan dengan kekaseh hatinye En. Angah! Barakallahulakuma wa baraka 'alaikuma wa jama'a bainakuma fi kheir. Kalau Mama rajin Mama hapdet lagi..heeee :D

Ini dia sebahagian barang² baby yang MakNgah belanja. Kemain sume biru je :D
Abaikan la lengan Ayah to be tu :D

NaNa=^.^=
Thursday, 22 May 2014
-Part 1- PERSEDIAAN MENYAMBUT NEWBORN | Pertama kali shopping untuk baby!
...السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
♥بسم الله الرحمن الرحيم♥
Alhamdulillah, hari ni berkesempatan untuk update entry lagi!
Rasanya blog ni bakal menjadi blog Mak² =.='
Almaklumlah, sejak dari awal sah bertukar status 'isteri' secara automatik En Suami melantik saya menjadi suri rumah sepenuh masa, jadi tentulah cerita masak², anak². Nasib la duduk rumah taman, kalau duduk kampung kompem cerita pasal kebun, pokok bunga bagai.
Ok la, entry kali ni nak share PERSEDIAAN MENYAMBUT NEWBORN! Memandangkan ini anak sulong kami, maka banyaklah peruntukan yang perlu dikeluarkan untuk si sulong kami ni. Walaubagaimanapun, saya selaku Mama haruslah bijak untuk memilih barangan bayi, sama ada perlu @ hanya sekadar kehendak semata. Ya! kehendak tu kadang kala melampau tapi saya cuba kawal, eh terpaksa kawal! hahaa...
Seronok shopping barang² baby ni. Semua cute miut! Jadi untuk langkah berjaga sebelum rambang mata, sebelum tangan ni main kaut sesedap rasa, maka saya sediakan list barang² baby!
Pertama kali shopping barang² baby ketika kandungan masuk 25 minggu dan kebetulan ada Mom & Baby Expo di Mid Valley 16-18 May! Eh, bukan kebetulan sebenarnya memang dah ditunggu² pon Expo tu, hehehe.. Jadi nak tak nak En Suami melayan juga Mama yang syok sangat nak shopping barang² baby, Kalau tak nanti muncung Mama boleh sangkut hanger! hahaa..
Hari ke-2 Expo seawal jam 9am kami dah bertolak ke Mid Valley & sampai lebih kurang 10min sebelum Expo bermula. Bukan apa, nak berebut parking tu yang seksa! Sebenarnya hari pertama Expo kami dah pergi dan tiba lebih kurang jam 11am tapi pulang ke rumah semula dengan kiciwa sebab parking full!
2 jam jugak berjalan dalam Expo, itu pon tak semua booth saya singgah. Sampai En Suami demam² teman mama shopping. En Suami sempat jugak perli, selalu kalau berjalan 1 jam dah penat, shopping untuk anak 2 jam pon steady je! hahahaa..
Saya dahulukan barang² baby yang perlu di bawa ke Hospital nanti. Untuk kali ni berabis RM256 tunaaaiiiiiii! Itu pon ada beberapa item yang tak sempat nak cari. Biasalah Expo tentulah seramai² umat yang datang berkunjung, masing² dengan misi untuk shopping barang anak².
1. Receiving hooded blanket : RM 10/pcs
Barang riject tapi tak nampak pon apa yang rosak, koyak etc.
2. Diapex : RM 48/2 pack
Ekceli tak tengok pon review Diapex ni, sebenarnya aim Petpet atau Drypers. Tapi disebabkan dah penat & tak larat, nampak booth Diapex ni terus beli je. Dah tak mampu nak dengar salesgirl tu berceloteh! hahaa. Dapat freegift2 pant diapex jugak. Alhamdulillah, balik rumah baca review di blog & tanya sepupu majoriti kata ok!
3. Wet tissue : RM10/pack
Wet tissue saya ambik 2 pack! saje la ambik lebih rasa wet tissue ni basi kot..>.<
4. Ditergan : RM 21
Hmm.. ni pon termasuk dalam list & kebetulan di booth Pureen ada jual & bau nya pon soft je...
5. Towel : RM 15
Saya beli 2 towel yang berbeza jenis fabriknya dan fabrik yang saya tak puas hati ialah towel yang bunga² tu(RM 12), sebab fabrik die berbulu² tertanggal =.=' sobsss. Next time kena lebih berhati untuk pilih
6. Pakaian : RM15-RM20
Saya beli 7 helai dulu, ada newborn size 12 & ada juga size 14. Romper saya beli 2 untuk size newborn.
7. Mitten & Booties : RM5/pcs
Beli 2 pasang je dulu. Tunggu next shopping kita borong lagi!
Ok, untuk Checklist barang² baby, barang² Mama, keperluan berpantang, etc saya akan share kemudian! Sebab nak tengok & semak sendiri keperluan dalam checklist saya nanti sama ada perlu atau tak sebab checklist yang saya buat pon saya bertanya pada saudara mara, kawan² & juga bacaan dari blogger² yang sudah berpengalaman.
Kepada mama² blogger yang sudi baca entry ni, sudi²lah share pengalaman korang untuk sambut anak pertama :)
p/s : InsyaAllah, next Mom & Baby Expo bulan Jun menanti! hahaha.. nampak tak Mama ni excited sangaaaat!!!!

3 bag je dah beratus hengget =.=' Nasib dapat bag cecomey :D
Inilah hasil shopping barang baby untuk kali ni! Nampak gaya barang2 ni sesuai untuk baby boy ke baby girl? kami pon surprise sebab tak tahu gender baby lagi..hehee.. so pilih yang yang sesuai untuk boy & girl je la :)
1. Receiving hooded blanket : RM 10/pcs
Barang riject tapi tak nampak pon apa yang rosak, koyak etc.
2. Diapex : RM 48/2 pack
Ekceli tak tengok pon review Diapex ni, sebenarnya aim Petpet atau Drypers. Tapi disebabkan dah penat & tak larat, nampak booth Diapex ni terus beli je. Dah tak mampu nak dengar salesgirl tu berceloteh! hahaa. Dapat freegift2 pant diapex jugak. Alhamdulillah, balik rumah baca review di blog & tanya sepupu majoriti kata ok!
3. Wet tissue : RM10/pack
Wet tissue saya ambik 2 pack! saje la ambik lebih rasa wet tissue ni basi kot..>.<
4. Ditergan : RM 21
Hmm.. ni pon termasuk dalam list & kebetulan di booth Pureen ada jual & bau nya pon soft je...
5. Towel : RM 15
Saya beli 2 towel yang berbeza jenis fabriknya dan fabrik yang saya tak puas hati ialah towel yang bunga² tu(RM 12), sebab fabrik die berbulu² tertanggal =.=' sobsss. Next time kena lebih berhati untuk pilih
6. Pakaian : RM15-RM20
Saya beli 7 helai dulu, ada newborn size 12 & ada juga size 14. Romper saya beli 2 untuk size newborn.
7. Mitten & Booties : RM5/pcs
Beli 2 pasang je dulu. Tunggu next shopping kita borong lagi!
Mama nak tunggu settle shopping pakaian baby baru basuh semua sekaligus ^^
Ok, untuk Checklist barang² baby, barang² Mama, keperluan berpantang, etc saya akan share kemudian! Sebab nak tengok & semak sendiri keperluan dalam checklist saya nanti sama ada perlu atau tak sebab checklist yang saya buat pon saya bertanya pada saudara mara, kawan² & juga bacaan dari blogger² yang sudah berpengalaman.
Kepada mama² blogger yang sudi baca entry ni, sudi²lah share pengalaman korang untuk sambut anak pertama :)
p/s : InsyaAllah, next Mom & Baby Expo bulan Jun menanti! hahaha.. nampak tak Mama ni excited sangaaaat!!!!
NaNa=^_^=
Labels:
❤HaTi,
InGaTaN BeRsAmA=),
Maternity,
NewBorn
Thursday, 15 May 2014
Cerita Mama To Be!
...السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
♥بسم الله الرحمن الرحيم♥
Ya Allah!! lama sungguh tak jengah blog ni weeeeh >.<
Hampir 5 bulan dah blog terbengkalai, kasihaaaan.
Alhamdulillah, hari ni dengan gumbiranya nak update entry.
Mungkin entry untuk bacaan sendiri kerana ku sedar blog ini memang lah blog syiok sendiri. hahaaa!
Alhamdulillah, sudah masuk bulan ke-6 bergelar seorang isteri kepada En Suami.
Alhamdulillah jutaan syukur juga atas kurniaan rezeki dari Allah kepada kami suami isteri yang juga bakal bergelar "Mama & Ayah" beberapa bulan lagi. InsyaAllah.
SubhanAllah, rasa macam tak percaya sedang membawa satu nyawa didalam rahim sendiri *sambil usap2 perot muahaha..
Mungkin sebelum ni sibuk google movie, resepi, etc tapi sekarang mula la menggoogle dan like segala macam page berkaitan baby! Alhamdulillah, untuk tempoh sekarang kandungan saya dalam keadaan sihat & baik. Mudahan semuanya baik belaka sehingga selamat bersalin nanti.
Punya la tak sabar nak kongsi pengalaman kan, hahaa! Ekceli tak tahu nak update apa =.='
Jadi mungkin dengan perkongsian pengalaman ni dapat la berkongsi cerita dengan bakal² pengantin, bakal² ibu juga sewaktu dengannya (yang sudi membaca entry ni la) hehee!
1. Morning Sickness / Alahan
Bahagian masing², Alhamdulillah saya tak diuji dengan "morning sickness" ketika awal mengandung malah lebih solerooo makan, maka badan pon bertambah la bam². Aktiviti memasak, membasuh, mengemas semua dapat saya lakukan dengan jayanya! Cuma memang cepat letih, jadi memandangkan kerjaya saya suri rumah sepenuh masa maka boleh lah berehat atau melayan mata bila dah selesai semua atau buat separuh jalan, rehat & kemudian sambung semula :D
2. Mengidam
Cerita bab mengidam, mungkin la mengidam ke napsu makan yang tak terkawal?? haha..
Entry sebelum ni ada saya selitkan gambar Burger Bakar Abg Burn, haa itu lah makanan pertama yang saya ngidam, dapat sekali terus tak mintak lagi. Kebanyakan makanan yang saya teringin makan biasanya cukup sekali dapat, lepas tu tak nak dah! hahaa. Lepas tu ada la ngidam Pau Kacang Merah, Nasi Goreng Kampung, kek etc. Part Nasi Goreng Kampung ni banyak kali saya request, sampai rasa tekak tu dapat citarasa yang di ngidamkan..hahaa.. ngade sungguh!
3. Seri Ibu Mengandung
Ada orang kata ibu mengandung ni berseri wajahnya tapi berlainan pula dengan saya, jerawat membiak seperti cendawan tumbuh lepas hujan! Ada yang kata pembawakan budak la, hormon orang mengandung la, mungkin mengandung baby boy etc. Takpe lah anak, demimu Mama rela walopon Mama somot somel sekarang ni.. hehee!
Sebarang produk kecantikan saya hentikan seperti ubat jerawat & krim malam sebab ada terbaca entry tentang bahaya penggunaan produk kecantikan ketika hamil. Saya cuma cuci muka, kadang scrub guna tomato+gula & buat masker telur.
4. Perangai Pelik Ibu Mengandung
Perangai pelik semasa mengandung?? Hmm, biasalah perempuan itu memang sifatnya sensitif lagi la bila dalam keadaan berbadan dua ni. Mula la nak perhatian lebih sikit kan kalau tak muncung tu boleh sangkut hanger. Disinilah peranan sang suami ye, kena banyak bersabar melayan kerenah isteri. Alhamdulillah, En Suami sangat bersabar & selalu nasihat supaya saya lebih tenang & bersikap lebih rasional bukannya emosional. Walopon selalunya terlebih emo je! sabor jelah >.<
5. Penjagaan Kesihatan
- Minyak zaitun
- Pil Asid Folic(awal mengandung)
- Pil Obimin dari KK
- Pil Multi Vitamin(GNC)
- Propolis
- Susu segar/ Susu kambing(Hi-Goat)
- Kurma
- Jus buahan
Ini diantara makanan & ubat yang saya ambil dalam tempoh mengandung. Kadang² terskip jugak itu ini, biasalah kena dipaksa juga Mak Buyung ni! hehee.
Alhamdulillah, Masuk minggu ke 24 sudah 5x check up di klinik semua dalam keadaan baik. Cuma ketika minggu ke-16 saya mengalami penambahan berat badan yang over bila makan tak dicover! Atas nasihat Dokter saya kena check bp, urine & berat 2x seminggu dalam tempoh 2 minggu. Alhamdulillah, semuanya ok & selepas itu saya tak perlu lagi ke klinik untuk check weekly! Yayyy!
Atas nasihat suami, mak, mak mertua(bekas bidan), nurse etc saya perlu mengawal pengambilan beberapa jenis makanan. Perlu lebihkan makan sayur la senang cerita, banyak minum air masak, kurangkan makanan manis, masin & berlemak OK! hahaa..
6. Senaman Ibu Mengandung
Fuuuh! ini juga atas dorongan & nasihat En Suami yang bersabar dengan kerenah isterinya yang kurang rajin bersenam.. uwaaa!
Masuk minggu ke-18 saya mula belajar berenang! Kebetulan adik ipar saya pernah masuk kelas renang & dengan sukarela dia menawarkan diri untuk mengajar saya berenang. Berenang?? Ya, saya adalah seorang yang jarang bermain dengan air apatah lagi berenang =.='
Oh! dalam tempoh 3 hari saya hanya belajar apung sahaja, kemudian belajar menggerakkan kaki & tangan. Alhamdulillah berkat kesabaran Cikgu Mak Lang Ct saya berjaya berenang² ketepian dan kemudian ketengah2 kolam dan akhirnya dapat berenang dari tebing ke tebing. Cukup seminggu Ct dah mula tinggalkan saya berenang sendirian untuk lebih tenang & fokus. Alhamdulillah!
Sesekali ikut Encik Suami ke gym, buat senaman yang melibatkan kaki. treadmill etc.
7. Persiapan mental & fizikal
Seperti ibu mengandung yang lain saya juga kadang kala berasa risau & bimbang untuk menanti saat melahirkan bayi pertama kami. Selalu bertanya & minta nasihat daripada ahli keluarga, kawan² & baca di blog/page tentang pengalaman melahirkan anak pertama. Selain itu, banyakkan berdoa, istighfar, selawat & membaca al-quran (kadang² buat salah satu atau mana yang mampu).
Alhamdulillah, masuk bulan ke 5 saya sudah mula rasa pergerakan fetus. SubahanAllah, memang rasa tak sabar nak pelok & gomol anak ni >.<
Ok la, cukup la serba sedikit pengalaman yang dapat dikongsikan! InsyaAllah, next entry kalau berkesempatan saya kongsikan pulak persiapan untuk menyambut 'anugerah terindah' kami ini :)
p/s: Teja dah selamat beranak 10 April 2014! kemain 6 ekor gebus2. Jebat & Lolo semakin membesar dengan jayanya. Tuah?? Tuah sentiasa dihati, Tuah sentiasa dirindui, Tuah kita hanya dapat bertemu dalam mimpi T___T
♥بسم الله الرحمن الرحيم♥
Ya Allah!! lama sungguh tak jengah blog ni weeeeh >.<
Hampir 5 bulan dah blog terbengkalai, kasihaaaan.
Alhamdulillah, hari ni dengan gumbiranya nak update entry.
Mungkin entry untuk bacaan sendiri kerana ku sedar blog ini memang lah blog syiok sendiri. hahaaa!
Alhamdulillah, sudah masuk bulan ke-6 bergelar seorang isteri kepada En Suami.
Alhamdulillah jutaan syukur juga atas kurniaan rezeki dari Allah kepada kami suami isteri yang juga bakal bergelar "Mama & Ayah" beberapa bulan lagi. InsyaAllah.
SubhanAllah, rasa macam tak percaya sedang membawa satu nyawa didalam rahim sendiri *sambil usap2 perot muahaha..
Mungkin sebelum ni sibuk google movie, resepi, etc tapi sekarang mula la menggoogle dan like segala macam page berkaitan baby! Alhamdulillah, untuk tempoh sekarang kandungan saya dalam keadaan sihat & baik. Mudahan semuanya baik belaka sehingga selamat bersalin nanti.
Pengalaman Mengandung Anak Pertama
Punya la tak sabar nak kongsi pengalaman kan, hahaa! Ekceli tak tahu nak update apa =.='
Jadi mungkin dengan perkongsian pengalaman ni dapat la berkongsi cerita dengan bakal² pengantin, bakal² ibu juga sewaktu dengannya (
1. Morning Sickness / Alahan
Bahagian masing², Alhamdulillah saya tak diuji dengan "morning sickness" ketika awal mengandung malah lebih solerooo makan, maka badan pon bertambah la bam². Aktiviti memasak, membasuh, mengemas semua dapat saya lakukan dengan jayanya! Cuma memang cepat letih, jadi memandangkan kerjaya saya suri rumah sepenuh masa maka boleh lah berehat atau melayan mata bila dah selesai semua atau buat separuh jalan, rehat & kemudian sambung semula :D
2. Mengidam
Cerita bab mengidam, mungkin la mengidam ke napsu makan yang tak terkawal?? haha..
Entry sebelum ni ada saya selitkan gambar Burger Bakar Abg Burn, haa itu lah makanan pertama yang saya ngidam, dapat sekali terus tak mintak lagi. Kebanyakan makanan yang saya teringin makan biasanya cukup sekali dapat, lepas tu tak nak dah! hahaa. Lepas tu ada la ngidam Pau Kacang Merah, Nasi Goreng Kampung, kek etc. Part Nasi Goreng Kampung ni banyak kali saya request, sampai rasa tekak tu dapat citarasa yang di ngidamkan..hahaa.. ngade sungguh!
3. Seri Ibu Mengandung
Ada orang kata ibu mengandung ni berseri wajahnya tapi berlainan pula dengan saya, jerawat membiak seperti cendawan tumbuh lepas hujan! Ada yang kata pembawakan budak la, hormon orang mengandung la, mungkin mengandung baby boy etc. Takpe lah anak, demimu Mama rela walopon Mama somot somel sekarang ni.. hehee!
Sebarang produk kecantikan saya hentikan seperti ubat jerawat & krim malam sebab ada terbaca entry tentang bahaya penggunaan produk kecantikan ketika hamil. Saya cuma cuci muka, kadang scrub guna tomato+gula & buat masker telur.
4. Perangai Pelik Ibu Mengandung
Perangai pelik semasa mengandung?? Hmm, biasalah perempuan itu memang sifatnya sensitif lagi la bila dalam keadaan berbadan dua ni. Mula la nak perhatian lebih sikit kan kalau tak muncung tu boleh sangkut hanger. Disinilah peranan sang suami ye, kena banyak bersabar melayan kerenah isteri. Alhamdulillah, En Suami sangat bersabar & selalu nasihat supaya saya lebih tenang & bersikap lebih rasional bukannya emosional. Walopon selalunya terlebih emo je! sabor jelah >.<
5. Penjagaan Kesihatan
- Minyak zaitun
- Pil Asid Folic(awal mengandung)
- Pil Obimin dari KK
- Pil Multi Vitamin(GNC)
- Propolis
- Susu segar/ Susu kambing(Hi-Goat)
- Kurma
- Jus buahan
Ini diantara makanan & ubat yang saya ambil dalam tempoh mengandung. Kadang² terskip jugak itu ini, biasalah kena dipaksa juga Mak Buyung ni! hehee.
Alhamdulillah, Masuk minggu ke 24 sudah 5x check up di klinik semua dalam keadaan baik. Cuma ketika minggu ke-16 saya mengalami penambahan berat badan yang over bila makan tak dicover! Atas nasihat Dokter saya kena check bp, urine & berat 2x seminggu dalam tempoh 2 minggu. Alhamdulillah, semuanya ok & selepas itu saya tak perlu lagi ke klinik untuk check weekly! Yayyy!
Atas nasihat suami, mak, mak mertua(bekas bidan), nurse etc saya perlu mengawal pengambilan beberapa jenis makanan. Perlu lebihkan makan sayur la senang cerita, banyak minum air masak, kurangkan makanan manis, masin & berlemak OK! hahaa..
6. Senaman Ibu Mengandung
Fuuuh! ini juga atas dorongan & nasihat En Suami yang bersabar dengan kerenah isterinya yang kurang rajin bersenam.. uwaaa!
Masuk minggu ke-18 saya mula belajar berenang! Kebetulan adik ipar saya pernah masuk kelas renang & dengan sukarela dia menawarkan diri untuk mengajar saya berenang. Berenang?? Ya, saya adalah seorang yang jarang bermain dengan air apatah lagi berenang =.='
Oh! dalam tempoh 3 hari saya hanya belajar apung sahaja, kemudian belajar menggerakkan kaki & tangan. Alhamdulillah berkat kesabaran Cikgu Mak Lang Ct saya berjaya berenang² ketepian dan kemudian ketengah2 kolam dan akhirnya dapat berenang dari tebing ke tebing. Cukup seminggu Ct dah mula tinggalkan saya berenang sendirian untuk lebih tenang & fokus. Alhamdulillah!
Sesekali ikut Encik Suami ke gym, buat senaman yang melibatkan kaki. treadmill etc.
7. Persiapan mental & fizikal
Seperti ibu mengandung yang lain saya juga kadang kala berasa risau & bimbang untuk menanti saat melahirkan bayi pertama kami. Selalu bertanya & minta nasihat daripada ahli keluarga, kawan² & baca di blog/page tentang pengalaman melahirkan anak pertama. Selain itu, banyakkan berdoa, istighfar, selawat & membaca al-quran (kadang² buat salah satu atau mana yang mampu).
Alhamdulillah, masuk bulan ke 5 saya sudah mula rasa pergerakan fetus. SubahanAllah, memang rasa tak sabar nak pelok & gomol anak ni >.<
Ok la, cukup la serba sedikit pengalaman yang dapat dikongsikan! InsyaAllah, next entry kalau berkesempatan saya kongsikan pulak persiapan untuk menyambut 'anugerah terindah' kami ini :)
p/s: Teja dah selamat beranak 10 April 2014! kemain 6 ekor gebus2. Jebat & Lolo semakin membesar dengan jayanya. Tuah?? Tuah sentiasa dihati, Tuah sentiasa dirindui, Tuah kita hanya dapat bertemu dalam mimpi T___T
NaNa=^.^=
Labels:
❤HaTi,
InGaTaN BeRsAmA=),
Maternity
Wednesday, 1 January 2014
2013 tetap dihati | Ahlan Wasahlan 2014
...السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
♥بسم الله الرحمن الرحيم♥
Selamat Tahun Baru Masihi 2014!
Selamat menempuh suka duka 365 hari!!
Tahun 2013 mencatat memori suka duka. Memori indah tanpa disangka tanpa diduga.
La haw la wala quwwata illa billa, kalimah ini sungguh menjadi bukti bahawasanya tiadalah daya & upaya diri sendiri melainkan hanya dengan pertolongan Allah semata-matalah semua ini terjadi.
Alhamdulillah, esok masuk bulan ke-dua bergelar seorang ISTERI kepada SUAMI.. cewaah!!
ALHAMDULILLAH ♥
Kelakar pulak bila baca semula entry² yang lepas. Entry time single mingle kemain la ayat mencari imam bagai kan. hahahaa! *gelak untuk diri sendiri*
Masih tidak percaya sebenarnya saya isteri dia..hahahaa!
Alhamdulillah, merasa nikmat alam rumah tangga yang baru hendak bermula.
Masih belajar untuk mengenali suami, masih belajar untuk mengambil hati suami, masih belajar itu ini serba serbi tentang suami. Keutamaan kini adalah pada SUAMI. Lebih lagi kami baru mengenali.
Hidup berumah tangga, perkara yang mungkin remeh juga perlu diambil kira,
Benar dikata, nak kawen tu seronok tapi bila dah alaminya... rasakan la! hahaa..
Bukan apa, bak kata suami "Sebelum ni kita selalu buat keputusan sendiri, untuk diri sendiri tapi la.. keputusan kita untuk kepentingan kita bersama"
Ya! Bersama! mungkin ini juga bak orang kata "DUA JIWA SATU HATI".
Alhamdulillah, nasihat dari keluarga & sahabat² yang telah berumah tangga akan saya semat dalam hati sebagai panduan & pedoman untuk melayari ikatan cinta halal kami ♥
Mungkin sebelum ditemukan jodoh, kita tertanya² siapakah? bilakah? bla bla bla. Selitkanlah kesabaran & bersangka baik pada Tuhan agar dapat menguatkan hati bahawa ada jodoh untuk kita satu hari nanti!
Bila telah sampai waktunya, ikatan jodoh sudah termetri. Kita telah tahu siapa bakal suami atau isteri tapi pasti mengambil masa untuk saling mengenali (hatta orang dah bercouple pon tetap tak dapat mengenali pasangan masing²) maka tahap kesabaran perlu dipertingkatkan lagi! Bukan setahun dua tapi mungkin lebih untuk kita baru betol² mengenali warna warni pasangan kita ^^
Alhamdulillah punya suami yang selalu ingatkan agar kami saling "SABAR" dalam fatrah mengenali.
Alhamdulillah mungkin cara suami tidak seperti suami² lain tapi saya yakin ini cara suami mendidik saya untuk belajar hidup "cara kami"! sayang suka, hehee..
Alhamdulillah ala kulli hal wan ni'mah.
p/s: Tuah masih tak pulang ke rumah, REDHA. Mungkin ini ujian Allah beri. Segala apa yang kita sayang pasti akan pergi & mungkin kita pula bakal meninggalkan insan yang kita sayangi :)
Moga tahun ini & seterusnya dikurniakan hadiah yang lebih indah lagi buat kami ^^ AllahuRobbi.
♥بسم الله الرحمن الرحيم♥
Selamat Tahun Baru Masihi 2014!
Selamat menempuh suka duka 365 hari!!
Sekadar hiasan -BurgerBakarAbangBurnJajahanKajang-
Lama dah tingin makan burger abang burn, Alhamdulillah semalam ditunaikan permintaan..hehee♡♡♡

InGaTaN BeRsAmA=)
Friday, 6 December 2013
Alhamdulillah, bercinta selepas nikah ♥
...السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
♥بسم الله الرحمن الرحيم♥
Alhamdulillah thumma alhamdulillah thumma alhamdulillah...
Hampir 2 bulan blog terbiar bersawang tak dijengah.
Hari ini mencuri masa mengetuk papan kekunci.
Jari jemari masih berinai tanda ku sudah bergelar isteri! Woahaaa!
16 September 2013
Alhamdulillah, selamat mendarat ke bumi Malaysia bersama anak² bulus Tuah & Teja. Perancangan mahu bertahan di bumi Iskandariah hingga selesai segala urusan tidak terlaksana kerana perancangan Allah tak siapa mampu menduga. Kembali juga ketanah air untuk membuat persiapan walimatul urus. Walimah diri sendiri! Woahaaa! :P
Berbaki hanya beberapa minggu untuk melangkah ke alam rumah tangga, Alhamdulillah persiapan yang sederhana Allah permudahkan semua.
2 November 2013 bersamaan 28 Zulhijjah 1434h
Dengan lafaz ijab & qabul termetri dua jiwa menjadi satu, digalas juga tanggungjawab yang berat moga Allah bantu.
Bermula lah saat dimana Ayahanda menyerahkan tanggungjawabnya kepada lelaki yang bergelar menantu, maka terlunas sudah tanggungjawab ayahanda dan kini dipikul oleh sang suami yang bakal memimpinku serta anak² dalam mencapai redha Allah yang Satu.
Alhamdulillah, hari ni sudah satu bulan 5 hari bertukar status, menjadi suri kepada kekasih hati suamiku Hadi ♥
Allah permudahkan jalan jodoh kami, biarlah cerita cinta selepas nikah kami tersimpan dibawa kekal hingga ke syurga. Moga redha & rahmat Allah sentiasa bersama kami sekeluarga, dapat membina keluarga yang sakinah mawaddah warrahma hingga ke jannah, ameen Ya Rabb.
Mungkin ini sahaja yang dapat dicoret. Tak terluah dek kata². Moga bahagia ini kekal hingga ke syurga. Selamanya.
p/s: Kan Allah dah janji yang terbaik untuk kita. Ya Allah, terlalu banyak yang ku minta & yang dikurnia lebih indah dari yang disangka. Hebatnya ubat sabar, redha & bersangka baik dengan Allah.

HePi WiSh=)
Tuesday, 3 September 2013
Alhamdulillah | Natijah 2012/2013
...السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
♥بسم الله الرحمن الرحيم♥
Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah.
Masih berada di bumi Iskandariah. Minggu lepas telah berlaku Evakuasi(sukarela) disini, dimana pihak kerajaan Malaysia telah menawarkan penerbangan percuma kepada mahasiswa/wi di Mesir untuk pulang ke Tanah Air disebabkan krisis yang berlaku di Mesir.
Tapi entah kenapa hati saya kuat untuk bertahan di sini lagi, maka saya terpaksa tolak tawaran tersebut. Memandangkan juga penerbangan tersebut tidak menerima haiwan untuk dibawa pulang! hahahaa.. Jadi takpelah, Tuah & Teja sabar ye, nanti kita terbang sama² ok!
Tak sanggup nak tinggalkan diekor ni, dulu Evakuasi 2011 terpaksa tinggalkan Tuah, memang sedih sangat keadaan dia kalau teringat kembali :'(
Kesabaran menanti Natijah(result) Imtihan(exam) bagi pelajar tahun akhir berakhir juga pada tanggal 1 september 2013! Alhamdulillah, penantian natijah ini juga antara salah satu faktor kuat untuk saya bertahan disini(sebab nak tengok natijah sendiri)!
Alhamdulillah, dengan izinNya saya NAJAH!
Alhamdulillah 'ala kulli hal wan ni'am! InsyaAllah, akan cuba urusakan sijil muaqqatah(sijil sementara) sebelum terbang pulang ke Malaysia! Tak sabar nak balik tapi sedih untuk meninggalkan seribu satu kenangan di bumi Iskandariah~ Sobsss
p/s: Tahun ni secara tak rasmi jadi penyampai Natijah Tahun 4, sebab majoriti pelajar² Malaysia dah balik masa evakuasi minggu lepas..hahaa, layankan~
♥بسم الله الرحمن الرحيم♥
Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah.
Masih berada di bumi Iskandariah. Minggu lepas telah berlaku Evakuasi(sukarela) disini, dimana pihak kerajaan Malaysia telah menawarkan penerbangan percuma kepada mahasiswa/wi di Mesir untuk pulang ke Tanah Air disebabkan krisis yang berlaku di Mesir.
Tapi entah kenapa hati saya kuat untuk bertahan di sini lagi, maka saya terpaksa tolak tawaran tersebut. Memandangkan juga penerbangan tersebut tidak menerima haiwan untuk dibawa pulang! hahahaa.. Jadi takpelah, Tuah & Teja sabar ye, nanti kita terbang sama² ok!
Tak sanggup nak tinggalkan diekor ni, dulu Evakuasi 2011 terpaksa tinggalkan Tuah, memang sedih sangat keadaan dia kalau teringat kembali :'(
Jami'ah Al-Azhar - Kuliyyah Banat Bil Iskandariah.
Kesabaran menanti Natijah(result) Imtihan(exam) bagi pelajar tahun akhir berakhir juga pada tanggal 1 september 2013! Alhamdulillah, penantian natijah ini juga antara salah satu faktor kuat untuk saya bertahan disini(sebab nak tengok natijah sendiri)!
Alhamdulillah, dengan izinNya saya NAJAH!
Copy paste je lah! hihi
Ini lah suasana Mahasiswi di Uni Al-Azhar Iskandariah melihat natijah masing². Masa ni hanya natijah mahasiswi Mesir sahaja yang baru ditampal. Kami pelajar Malaysia masih sabar menanti! hehe..Alhamdulillah 'ala kulli hal wan ni'am! InsyaAllah, akan cuba urusakan sijil muaqqatah(sijil sementara) sebelum terbang pulang ke Malaysia! Tak sabar nak balik tapi sedih untuk meninggalkan seribu satu kenangan di bumi Iskandariah~ Sobsss
p/s: Tahun ni secara tak rasmi jadi penyampai Natijah Tahun 4, sebab majoriti pelajar² Malaysia dah balik masa evakuasi minggu lepas..hahaa, layankan~
NaNa=^.^=
Labels:
Alexandria=),
Egypt,
Fi SaBiLILLAH=)
Wednesday, 14 August 2013
Syawal 1434h Di Perantauan | Alexandria Egypt
...السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
♥بسم الله الرحمن الرحيم♥
Alhamdulillah, sudah 7 hari menyambut lebaran. Lebaran di perantauan & lebaran dalam debaran(sebab masih menanti natijah, tengah sedap² menaip tiba² dapat panggilan natijah tahun 2 & 3 dah keluar!).
Hari ni 7 Syawal 1434h telah digemparkan dengan keadaan Mesir yang kembali kritikal. Seawal jam 7 pagi berpuluh penyokong Mursi telah syahid, dan mengikut update terkini hampir beratus² angka para syuhada. HasbunaAllah wa ni'mal wakeel ni'mal mawla wa ni'man naseer. Moga Mesir kembali aman.
Untuk update terkini tentang isu Mesir boleh ke sini :
1.Al-Fadhil Ustaz Abdul Malik
2.Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir (PMRAM)
Memandangkan hari ni sudah dapat arahan agar tidak melakukan sebarang aktiviti di luar rumah, maka dapat la luangkan masa untuk update entry dan kebetulan tak ada jemputan open house hari ni setelah 6 hari berturut² saya & kawan² bergumbira menghadiri open house! Makan, makan & makan!
Sehari sebelum Syawal saya & housemate merewang menyediakan juadah untuk berbuka merangkap juga juadah di pagi Syawal nanti.
Pagi Syawal jiran rumah sebelah dah ajak bertandang ke rumah mereka. Kami makan dulu sebelum pergi solat sunat Eidul Fitri di Markaz DPMI.
Ok lah, layan la gambar random kami anak² perantau. Gembira jugak beraya dengan kawan² tapi tetap rindu keluarga di kampung halaman!
Petang sehari sebelum raya, sambil menyiapkan juadah kami pon operasi conteng² dinding! Guna steaker je. Nak cari mood raya diperantauan kononnya.
Mengikut kiraan, tahun 2008, 2010 & 2011 sambut lebaran di Malaysia. Tahun lepas sambut lebaran di Makkah. Tahun ni sambut di Alexandria. Ala kulli hal Alhamdulillah. Dan sebenarnye, baru 1st time sambut raya dgn Tuah, sebelum ni die kena tinggal je =.=' Ok, tahun depan & seterusnya kita sama2 sambut lebaran di Tanah Air ye Tuah & Teja, insyaAllah.

Menu pilihan kami, hasil air tangan saya satay goreng & ayam masak merah. Air tangan Cik Amie kuah lodeh & sambal kacang! Nasi impit Nona juga jangan dilupa :P
Ni juadah di rumah jiran kami. Ada rendang daging & ketupat palas segera!
Open house pertama yang kami serbuuu! Open house di bangunan MARA Iskandariah. Sataaaaay!
Anak² Johor di Alexandria menyambut lebaran di perantauan. Alhamdulillah.
Gambar 1st tu di rumah sewa saya, jemput kawan² datang beraya makan² apa yang ada sambil gosip² isu semasa..hahaa!
Sepanjang 6 Syawal, lebih kurang 14 buah rumah terbuka kami serbu! ada rumah repeat 2x, ada jugak pergi rumah terbuka tapi rupanya tertunda maka open table di Al-Baik je.. hahaa.. Alhamdulillah..
Rumah kami? kawan² rapat je yang datang, almaklumlah rumah dipuncak alam tingkat 7 orang fikir berkali² nak mendaki..huhuuu! InsyaAllah, jika berkesempatan kami buat rumah terbuka bergabung dengan jiran².
Ok, tu je lah cerita raya
p/s: InsyaAllah hari ahad bakal ditampal natijah tahun 4. Moga najah sufi kesemuanya, amiin ya rabb..
NaNa=^.^=
Labels:
Egypt,
InGaTaN BeRsAmA=),
RaMaDhAn=)
Friday, 9 August 2013
Resipi 29 : Banana Carrot Cake
...السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
♥بسم الله الرحمن الرحيم♥
Alhamdulillah, semalam selamat menyambut 1 syawal 1434h. Walaupun menyambut syawal jauh diperantauan tapi Alhamdulillah seronok jugak sambut raya dengan kawan². Ada la jugak suasana raya walaupon jauh beza dengan suasana menyambut raya bersama keluarga di Malaysia.
Kami tak lupa hidangan tradisi Melayu di hari raya! Menu pilihan saya ayam masak merah & satay goreng. Housemate pulak bikin sambal kacang & kuah lodeh! Disebab kureeng makan rendang maka tiadalah rendang di rumah kami. 'Ala kulli hal Alhamdulillah.
Sempena dengan syawal, saya berkesempatan buat sebiji kek yang simple sangat! Pagi raya baru la deco² topping² kek, hehee! Kek lembut gebusss~ cuma lebih kepada rasa pisang, bagi yang tak suka pisang boleh jugak letak carrot yang sudah di parut je tapi jadi la kek carrot je nanti :P
Bahan-bahan:
3 cwn / 295 gram tepong biasa
2 cwn / 300 gram gula (saya guna 200g sahaja)
4 biji telor ayam -B grade- (saya guna 3 biji telur sahaja)
1 cwn minyak sunflower (saya guna minyak jagung)
1 sudu teh kecil baking soda
2 biji buah pisang di lenyek (saya guna 4 biji sebab pisang kecik)
2 biji karot/lobak di sagat (saya guna 3 biji sebab carrot kecik)
Cara-cara:
1. Masukan gula,telur dan minyak dan dipukul sehingga kembang
2. Ayakkan tepung tadi bersama baking soda dan ketepikan
3. Setelah telur,gula dan minyak tadi kembang, campurkan tepung yang telah diayak tadi. Kacau sehingga sebati.
4. Masukkan pisang & carrot dan kacau sebati dan masukan ke dalam acuan (boleh juga guna paper cup) .
5. Bakar - suhu ketuhar Oven 170C dalam masa 45 min tanpa di buka dan bakar sehingga masak.
6. Sejukkan kek kemudian boleh di hias mengikut kreativiti masing². Saya deco somot² je :P
Selamat Mencuba!
Kredit resepi : http://www.myresipi.com/top/detail/4731
TOPPING
kredit: http://sesucihatiraudhah.blogspot.com/2012/06/resepi-cupcakes-vantterscoth-with.html
Whipped cream 200 ml(saya guna yang serbuk+air dan diputar hingga kental)
Cream cheese 40 gram
Esen vanila
3 sudu gula
Cara-cara:
Putar 200 ml whipped cream sampai kental masukkan 40 gram cream cheese dan esen vanila sikit dan gula . Putar lagi hingga sebati. Masukkan kejap dalam peti ais dan boleh hiaskan atas cupcakes yang telah sejuk tadi.

Banana Carrot Cake/Kek Pisang Lobak merah
Bahan-bahan:
3 cwn / 295 gram tepong biasa
2 cwn / 300 gram gula (saya guna 200g sahaja)
4 biji telor ayam -B grade- (saya guna 3 biji telur sahaja)
1 cwn minyak sunflower (saya guna minyak jagung)
1 sudu teh kecil baking soda
2 biji buah pisang di lenyek (saya guna 4 biji sebab pisang kecik)
2 biji karot/lobak di sagat (saya guna 3 biji sebab carrot kecik)
Bahan² & adunan Banana Carrot Cake
1. Masukan gula,telur dan minyak dan dipukul sehingga kembang
2. Ayakkan tepung tadi bersama baking soda dan ketepikan
3. Setelah telur,gula dan minyak tadi kembang, campurkan tepung yang telah diayak tadi. Kacau sehingga sebati.
4. Masukkan pisang & carrot dan kacau sebati dan masukan ke dalam acuan (boleh juga guna paper cup) .
5. Bakar - suhu ketuhar Oven 170C dalam masa 45 min tanpa di buka dan bakar sehingga masak.
6. Sejukkan kek kemudian boleh di hias mengikut kreativiti masing². Saya deco somot² je :P
Selamat Mencuba!
Kredit resepi : http://www.myresipi.com/top/detail/4731
kredit: http://sesucihatiraudhah.blogspot.com/2012/06/resepi-cupcakes-vantterscoth-with.html
Whipped cream 200 ml(saya guna yang serbuk+air dan diputar hingga kental)
Cream cheese 40 gram
Esen vanila
3 sudu gula
Cara-cara:
Putar 200 ml whipped cream sampai kental masukkan 40 gram cream cheese dan esen vanila sikit dan gula . Putar lagi hingga sebati. Masukkan kejap dalam peti ais dan boleh hiaskan atas cupcakes yang telah sejuk tadi.
NaNa=^.^=
Labels:
CoOkinG-CoOkinG in Da KitChEn=)
Saturday, 3 August 2013
Resipi 28 : Biskut Oat Cornflakes Rangup Anakanda Diperantauan
...السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
♥بسم الله الرحمن الرحيم♥
Alhamdulillah, hari ni berkesempatan untuk buat biskut raya lagi. Macam biasa, biskut oat dah menjadi pilihan wajib tiap kali raya.
Sedih bila tanya Mak kat kampung, "Mak tak buat biskut raya ke?" Mak jawab, "Beli je na, kalau awak ada awak la buat" :'(
Semalam dapat berita yang Bapak admitted, hari ni pula dimaklumkan Bapak kekurangan darah. Ya Rabb, berilah kesembuhan segera buat Bapakku. Muda²han tiada yang serius. Tolong doakan Bapak sy ye kawan²!
Ok, berbalik kepada resipi Biskut Oat Cornflakes Rangup! Dah puas menggoogle resipi tapi terlalu banyak dan tak tahu nak pilih yang mana satu. Maka cepat² mesej Mak tanya resepi, sebab dari kecik memang makan biskut oat buatan Mak je, bila besar ni Mak dah suruh buat sendiri. Buat pon setahun sekali memang lupa la resipi.
So, dengan sukacitanya sy nak kongsi resepi Biskut Oat Mak saya ni, tapi dah diolah² sikit juga ikut suka hati anak dara dia ni ha.. haha.. Alhamdulillah, menjadi! :D
Bahan-bahan:
1 mangkuk tepung gandum
1 mangkuk tepung jagung
1/2 cawan oat yang dikisar halus(boleh juga lebihkan serbuk oat dan kurangkan tepung gandum)
1 mangkuk oat kasar
250g butter (boleh tambah lagi jika kurang)
1 1/2 mangkuk gula castor (boleh kurangkan kalau tak suka manis)
1 biji telur
1 sk esen vanila
2 genggam cornflakes di ramas kasar
*Optional- Coklat bar yang dicincang halus atau coklat cip
*Optional- 3-4 sb serbuk coklat
Cara-cara:
1. Masukkan tepung gandum, tepung jagung, serbuk oat yan dikisar halus, oat kasar, esen vanilla & telur kedalam satu bekas dan gaul sebati.
2. Kemudian masukkan butter sedikit demi sedikit dan gaul sehingga adunan boleh dikepal. Kemudian masukkan cornflakes & coklat bar yang telah didadu dan gaul sebati.
3. Kemudian bentukkan bulat² kecil dan letak di atas loyang dan kemudian boleh ditekan permukaan atas biskut dengan hujung garfu.
4. Masukkan ke dalam oven dan dibakar lebih kurang 10-15 min atau sehingga keperangan
5. Setelah masak sejukkan di atas redai dan boleh disimpan di dalam bekas yang kedap udara

Biskut Oat Cornflakes Rangup | kiri ditambah dengan serbuk coklat

NaNa =^.^=
Labels:
CoOkinG-CoOkinG in Da KitChEn=)
Friday, 2 August 2013
Resipi 27 : Biskut Mazola/ Biskut 'Afiah
...السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
♥بسم الله الرحمن الرحيم♥
Ok, mari² reramai kite membaking biskut rayee!
1st time saya mencoba buat Biskut Mazola, jadi google-menggoogle terjumpa resepi yang simple, so layankan. Oh! lagi satu, di entry sebelum ni sy ada cakap sy buat Biskut 'Afiah kan? ekceli ini lah "Biskut 'Afiah"nye..hahaa.. sebab, sy tak guna minyak Mazola tapi guna minyak jagung brand 'Afiah! hahahaa.. mudah²an sihat wal afiat lepas makan biskut ni :P
Bahan-bahan:
500 gram kacang tanah ( goreng tanpa minyak- disangai) , blender hingga hancur.
480 gram tepung gandum
20 gram Tepung jagung
380ml minyak jagung (Kebiasaannya orang guna Minyak jenama Mazola, tapi apa2 jenama pon boleh)
280 gram gula castor
1 sudu kecil baking powder
1 sudu kecil garam
1 biji kuning telur dicampur dengan pewarna kuning ( untuk di gliss ).
Cara-cara:
1. Sediakan bahan² mengikut sukatan.
2. Satukan gula castor, kacang tanah, baking powder, tepung gandum, tepung jagung dan garam. Gaul sebati. Kemudian masukkan minyak jagung sedikit demi sedikit dan gaul sebati.

3. Pastikan adunan boleh dikepal. (Gaul guna tangan lebih mudah sebab dapat agak adunan sudah boleh dikepal)
4. Bentukkan bulat-bulat kecil dan tekan permukaan biskut ini dengan jari, ulang langkah tadi sehingga semua adunan habis, akhir sekali gliss dengan kuning telur dan lekatkan dengan kacang tanah sebagai hiasan, bakar pada suhu 175 - 180 darjah selama 25minit atau sehingga permukaan biskut perang.
5. Sejukkan atas redai(saya sejukkan atas pinggan je)

5. Simpan di dalam bekas yang kedap udara.
Selamat Mencuba!!
Kredit Resepi : http://chefgunawanmalaysia.blogspot.com/2013/06/resepi-biskut-kacang-mazola.html

Malam² terakhir Ramadhan di perantauan
...السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
♥بسم الله الرحمن الرحيم♥
Alhamdulillah, sudah sampai ke 10 malam terakhir Ramadhan. Sekejap je rasanya, Ramadhan bakal meninggalkan kita lagi. Moga berkesempatan untuk bertemu Ramadhan di tahun akan datang, Ameen Ya Rabb..
Bila Ramadhan semakin sampai ke penguhujungnya, maka masing² sibuk membuat persiapan untuk menyambut hari Lebaran. Tradisi orang Melayu tentulah lebih meriah! Kalau boleh 30 syawal nak disambut sepenuhnya. Apa pun disamping membuat persiapan untuk menyambut Lebaran jangan lepaskan peluang dimalam² terakhir Ramadhan ini untuk kita sama² memburu laylatul qadar! InsyaAllah.
Ok, semalam sempat telefon Mak dikampung selepas dapat berita Bapak admitted di Hospital tapi Alhamdulillah, Mak kata tak ada yang serius cuma Bapak penat dan Doc nasihatkan Bapak berehat di Hospital. Moga Allah memberi kesembuhan yang segera buat Bapak.
Berborak dengan Mak, nampak gaya raya tahun ni meriah sebab giliran abang² & kakak² pulang berhari raya di kampung tahun ni, cuma.... anak dara dia seorang ni je la beraya diperantauan.
Nana tahu Mak, Bapak & semua rindu, Nana lagi lah rinduuuuuuuuuuu T.T InsyaAllah ini last beraya jauh dinegara orang!
Sebelum cerita bertambah sayu, terus ubah topik..hahahaa..
Sebenarnya nak mencari mood untuk membuat persiapan raya diperantauan ni. Walaupun tahu kawan² ramai yang pulang beraya di Tanah Air, tapi untuk memeriahkan suasana kena la buat persiapan jugak. Alhamdulillah, semalam dah mula membaking biskut raya! Biskut 'Afiah. Haa, tak pernah dengar kan nama biskut ni? haha... Ok, nantikan resipi² biskut raye perantau ye :P
p/s: Tak sabar nak terbang pulang for good tahun ni! Rabbi Yassir Wala Tu'assir!

Sunday, 21 July 2013
Resipi 26 : Nasi Ayam Panggang Madu
...السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
♥بسم الله الرحمن الرحيم♥
Alhamdulillah, hari Khamis yang lalu 18/07/2013 selamat mengadakan Majlis Ifthar & menyambut ulang Tahun kelahiran Tuah yang ke-4 & Yat yang ke-23! Hooraay!
Entry sebelum ni dah share resepi Rainbow Cake dan sekarang nak share resepi Nasi Ayam Panggang Madu! Ekceli, buat research dekat macam² blog resepi tapi akhirnya saya olah sendiri resepi sebab ada bahan² yang tersenarai tidak ada dalam simpanan di rumah.
'Ala kulli hal, hasilnya boleh tahan la. Laju je kawan² makan, seronok tengok :)
Mana terkurang masin, manis, masam tu kira halal la sebab orang puasa masak kan.. hihi ^^
Resepi : Nasi Ayam Panggang Madu
Olahan : NunAlifNunAlif
Bahan-bahan untuk Nasi Ayam:
4-5 cawan beras (dibasuh bersih)
4-5 cawan stok ayam(air rebusan ayam)
1-2 kiub ayam
3cm halia - hiris nipis
3 ulas bawang putih - hiris nipis
1 batang kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
1 sudu teh garam
*sukatan air rebusan ayam bergantung pada sukatan beras masing²
Cara-cara:
1. Campurkan kesemua bahan di atas ke dalam rice cooker.
2. Tekan suiz memasak dan jangan dibuka sehingga nasi masak dan kering.
Bahan-bahan perap untuk ayam panggang madu:
5-6 bahagian peha ayam(direbus & ditos)
Bahan A:
5cm halia - kisar (saya guna serbuk halia je)
5 biji bawang putih - kisar
3 sb sos tiram
2 sb kicap pekat
2 sb kicap cair
2sb kicap manis
Bahan B:
1 sudu makan sos tiram
3 sudu makan madu
Cara-cara:
1. Lumurkan ayam dengan Bahan A dan perap selama 30 minit. (Lebih lama perap lebih baik)
2. Panggang di dalam oven dengan menggunakan api sederhana panas sehingga masak.
3. Keluarkan ayam panggang, dan sapu dengan Bahan B.
4. Masukkan kembali ke dalam oven dan panggang dengan api kecil selama 15 minit.
5. Tutup api oven, dan keluarkan.
6. Sedia untuk dihidang.
Bahan-bahan Sos:
5-6 tangkai cili merah( di kisar, kalau suka pedas boleh tambah lagi bilangan cili)
3 ulas bawang putih di cincang halus
Garam, gula, serbuk perasa(jika mahu) secukup rasa
1-2 sb cuka
Cara-cara:
1. Tumis bawang putih hingga naik bau dan kemudian masukkan cili serta bahan² lain.
2. Tambahkan air jika terlalu kering & biar mendidih.
*Boleh juga terjah resepi Nasi Ayam Panggang Bermadu di sini :
1. http://salamisimon1.blogspot.com/2012/12/nasi-ayam-panggang-madu.html
2. http://norlieharumaini.blogspot.com/2011/06/nasi-ayam-panggang-madu.html

Saturday, 20 July 2013
Resipi 25 : Rainbow Cake/ Kek Pelangi
...السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
♥بسم الله الرحمن الرحيم♥
Seperti yang dijanjikan di entry sebelum ni saya nak share resipi Rainbow Cake! Mari²!
Alhamdulillah, keinginan untuk buat Kek Rainbow akhirnya terlaksa juga. Percobaan pertama yang tidak mengecewakan walaupon terdapat bermacam² halangan pada awalnya & apabila terhasil Rainbow Cake berdebar² pula untuk hidangkan kepada tetamu.
Alhamdulillah, hasil yang memuaskan, walaupon deco somot² tapi kawan² kata SEDAP! Mak dikampung yang tengok gambar Rainbow Cake somot hasil buatan anaknya di perantauan ni pon request untuk buat Rainbow Cake bila kembali ke tanah air nanti. InsyaAllah :)
Ok jom kite tengok resepinya!
RAINBOW CAKE
resipi asal : Kaitlin Flannery
Bahan-bahan:
3 cwn tepung serbaguna ( tepung gandum je)
4 sdk baking powder
1/2 sdk garam
1 cwn butter (suhu bilik)
2 cwn gula castor (saya guna 1 1/2 cawan sahaja)
5 biji putih telur (suhu bilik)
2 sdk esen vanila
1 1/2 cawan susu segar (suhu bilik)
Pewarna - oren, merah, kuning, biru, ungu n hijau
Cara-cara:
1. Ayakkan tepung, baking powder & garam. Ketepikan.
2. Pukul butter & gula sampai kembang & gebu².
3. Masukkan putih telur, pukul lagi sampai sebati & gebu (masukkan sedikit demi sedikit) & masukkan esen vanila
4. Masukkan tepung berselang seli dengan susu segar. Pukul hingga sebati( saya gaul guna kaedah kaup balik & akhir sekali baru pukul guna mixer)
5. Kemudian bahagikan sama rata adunan tu dlm 6 mangkuk dan setiap mangkuk letak pewarna yang berlainan. Kacau hingga sebati.
6. Kemudian bakar satu per satu guna loyang 8 inci. Sapukan sedikit butter dalam loyang & tuangkan adunan. Kemudian bakar pada suhu 170C/ 180 C dlm 10 @ 15 minit. Bakar sampai habis 6 loyang tu pastu sejukkan atas rak dawai ( saya sejukkan atas pinggan je)
*Jangan guna loyang besar nanti kek jadik nipis(mungkin loyang yang saya guna agak besar sikit & oven tuan umah yang dah season membuatkan kek saya seperti pancake! haha)
7. Untuk topping setiap lapisan boleh guna topping non dairy whipping cream, buttercream, cheesecream etc
8. Optional - Boleh jugak lapis² kan dengan kiwi / strawberry / blueberry filling
CREAM CHEESE FROSTING(untuk layer setiap lapis kek)
source : Ayu@curlybabesatisfaction
Bahan-bahan:
250g Philadelphia cheese(saya guna creamcheese je)
125 butter
1 cup icing sugar- (saya guna 1/4 cawan)
1 tsp vanilla
extract juice of a squeezed slice of lemon- (tak letak sebab tak ada stock)
Cara-cara:
Beat the cheese and butter, just until creamy, add the icing sugar, vanilla and lemon juice.
*Untuk topping bahagian luar saya guna non dairy whipping cream je.
Kredit Resepi: http://www.secubitgaramnor67.com/2013/03/rainbow-cake.html#ixzz2Zb3N5EaP

Cuba jangan tak cuba! Kek sangat lembuuuuut & sedap. Buat dengan penuh sabar & ikut step by step. Memang nampak rumit & ambil masa yang panjang tapi hasilnya InsyaAllah, sangat berbalooi. Alhamdulillah!
Alhamdulillah.
18/07/2013 - Birthday boy ♥
Ok jom kite tengok resepinya!
RAINBOW CAKE
resipi asal : Kaitlin Flannery
Bahan-bahan:
3 cwn tepung serbaguna ( tepung gandum je)
4 sdk baking powder
1/2 sdk garam
1 cwn butter (suhu bilik)
2 cwn gula castor (saya guna 1 1/2 cawan sahaja)
5 biji putih telur (suhu bilik)
2 sdk esen vanila
1 1/2 cawan susu segar (suhu bilik)
Pewarna - oren, merah, kuning, biru, ungu n hijau
Cara-cara:
1. Ayakkan tepung, baking powder & garam. Ketepikan.
2. Pukul butter & gula sampai kembang & gebu².
3. Masukkan putih telur, pukul lagi sampai sebati & gebu (masukkan sedikit demi sedikit) & masukkan esen vanila
4. Masukkan tepung berselang seli dengan susu segar. Pukul hingga sebati( saya gaul guna kaedah kaup balik & akhir sekali baru pukul guna mixer)
5. Kemudian bahagikan sama rata adunan tu dlm 6 mangkuk dan setiap mangkuk letak pewarna yang berlainan. Kacau hingga sebati.
6. Kemudian bakar satu per satu guna loyang 8 inci. Sapukan sedikit butter dalam loyang & tuangkan adunan. Kemudian bakar pada suhu 170C/ 180 C dlm 10 @ 15 minit. Bakar sampai habis 6 loyang tu pastu sejukkan atas rak dawai ( saya sejukkan atas pinggan je)
*Jangan guna loyang besar nanti kek jadik nipis(mungkin loyang yang saya guna agak besar sikit & oven tuan umah yang dah season membuatkan kek saya seperti pancake! haha)
7. Untuk topping setiap lapisan boleh guna topping non dairy whipping cream, buttercream, cheesecream etc
8. Optional - Boleh jugak lapis² kan dengan kiwi / strawberry / blueberry filling
Alhamdulillah, inilah hasil Rainbow Cake saya yang somot :P
CREAM CHEESE FROSTING(untuk layer setiap lapis kek)
source : Ayu@curlybabesatisfaction
Bahan-bahan:
250g Philadelphia cheese(saya guna creamcheese je)
125 butter
1 cup icing sugar- (saya guna 1/4 cawan)
1 tsp vanilla
extract juice of a squeezed slice of lemon- (tak letak sebab tak ada stock)
Cara-cara:
Beat the cheese and butter, just until creamy, add the icing sugar, vanilla and lemon juice.
*Untuk topping bahagian luar saya guna non dairy whipping cream je.
Kredit Resepi: http://www.secubitgaramnor67.com/2013/03/rainbow-cake.html#ixzz2Zb3N5EaP
NaNa=^.^=
Labels:
CoOkinG-CoOkinG in Da KitChEn=)
Subscribe to:
Posts (Atom)