Friday 9 August 2013

Resipi 29 : Banana Carrot Cake

...السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
 ♥بسم الله الرحمن الرحيم♥

Alhamdulillah, semalam selamat menyambut 1 syawal 1434h. Walaupun menyambut syawal jauh diperantauan tapi Alhamdulillah seronok jugak sambut raya dengan kawan². Ada la jugak suasana raya walaupon jauh beza dengan suasana menyambut raya bersama keluarga di Malaysia.

Kami tak lupa hidangan tradisi Melayu di hari raya! Menu pilihan saya ayam masak merah & satay goreng. Housemate pulak bikin sambal kacang & kuah lodeh! Disebab kureeng makan rendang maka tiadalah rendang di rumah kami. 'Ala kulli hal Alhamdulillah.

Sempena dengan syawal, saya berkesempatan buat sebiji kek yang simple sangat! Pagi raya baru la deco² topping² kek, hehee!  Kek lembut gebusss~ cuma lebih kepada rasa pisang, bagi yang tak suka pisang boleh jugak letak carrot yang sudah di parut je tapi jadi la kek carrot je nanti :P

 Banana Carrot Cake/Kek Pisang Lobak merah

Bahan-bahan:

3 cwn / 295 gram tepong biasa
2 cwn / 300 gram gula (saya guna 200g sahaja)
4 biji telor ayam -B grade- (saya guna 3 biji telur sahaja)
1 cwn minyak sunflower (saya guna minyak jagung)
1 sudu teh kecil baking soda
2 biji buah pisang di lenyek (saya guna 4 biji sebab pisang kecik)
2 biji karot/lobak di sagat (saya guna 3 biji sebab carrot kecik)

Bahan² & adunan Banana Carrot Cake

Cara-cara: 

1. Masukan gula,telur dan minyak dan dipukul sehingga kembang

2. Ayakkan tepung tadi bersama baking soda dan ketepikan

3. Setelah telur,gula dan minyak tadi kembang, campurkan tepung yang telah diayak tadi. Kacau sehingga sebati.

4. Masukkan pisang & carrot dan kacau sebati dan masukan ke dalam acuan (boleh juga guna paper cup) .

5. Bakar - suhu ketuhar Oven 170C dalam masa 45 min tanpa di buka dan bakar sehingga masak.

6. Sejukkan kek kemudian boleh di hias mengikut kreativiti masing². Saya deco somot² je :P

Selamat Mencuba!


Kredit resepi : http://www.myresipi.com/top/detail/4731


TOPPING
kredit: http://sesucihatiraudhah.blogspot.com/2012/06/resepi-cupcakes-vantterscoth-with.html


Whipped cream 200 ml(saya guna yang serbuk+air dan diputar hingga kental)
Cream cheese 40 gram
Esen vanila
3 sudu gula

Cara-cara:

Putar 200 ml whipped cream sampai kental  masukkan 40 gram cream cheese dan esen vanila sikit dan gula . Putar lagi hingga sebati. Masukkan kejap dalam peti ais dan boleh hiaskan atas cupcakes yang telah sejuk tadi.

NaNa=^.^=
Comments
0 Comments

0 budak baik sudi komen:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...