Sunday, 21 July 2013

Resipi 26 : Nasi Ayam Panggang Madu

...السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
 ♥بسم الله الرحمن الرحيم♥

Alhamdulillah, hari Khamis yang lalu 18/07/2013 selamat mengadakan Majlis Ifthar & menyambut ulang Tahun kelahiran Tuah yang ke-4 & Yat yang ke-23! Hooraay!

Entry sebelum ni dah share resepi Rainbow Cake dan sekarang nak share resepi Nasi Ayam Panggang Madu! Ekceli, buat research dekat macam² blog resepi tapi akhirnya saya olah sendiri resepi sebab ada bahan² yang tersenarai tidak ada dalam simpanan di rumah.

'Ala kulli hal, hasilnya boleh tahan la. Laju je kawan² makan, seronok tengok :)
Mana terkurang masin, manis, masam tu kira halal la sebab orang puasa masak kan.. hihi ^^



Resepi : Nasi Ayam Panggang Madu
Olahan : NunAlifNunAlif

Bahan-bahan  untuk Nasi Ayam:

4-5 cawan beras (dibasuh bersih)
4-5 cawan stok ayam(air rebusan ayam)
1-2 kiub ayam
3cm halia - hiris nipis
3 ulas bawang putih - hiris nipis
1 batang kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang 
1 sudu teh garam

*sukatan air rebusan ayam bergantung pada sukatan beras masing²

Cara-cara:

1. Campurkan kesemua bahan di atas ke dalam rice cooker.

2. Tekan suiz memasak dan jangan dibuka sehingga nasi masak dan kering.



Bahan-bahan perap untuk ayam panggang madu: 

5-6 bahagian peha ayam(direbus & ditos)

Bahan A: 

5cm halia - kisar (saya guna serbuk halia je)
5 biji bawang putih - kisar
3 sb sos tiram
2 sb kicap pekat
2 sb kicap cair
2sb kicap manis

Bahan B: 

1 sudu makan sos tiram
3 sudu makan madu

Cara-cara: 

1. Lumurkan ayam dengan Bahan A dan perap selama 30 minit. (Lebih lama perap lebih baik)

2. Panggang di dalam oven dengan menggunakan api sederhana panas sehingga masak.

3. Keluarkan ayam panggang, dan sapu dengan Bahan B.

 4. Masukkan kembali ke dalam oven dan panggang dengan api kecil selama 15 minit.

5. Tutup api oven, dan keluarkan.

6. Sedia untuk dihidang.

Bahan-bahan Sos:

5-6 tangkai cili merah( di kisar, kalau suka pedas boleh tambah lagi bilangan cili)
3 ulas bawang putih di cincang halus
Garam, gula, serbuk perasa(jika mahu) secukup rasa
1-2 sb cuka

Cara-cara:

1. Tumis bawang putih hingga naik bau dan kemudian masukkan cili serta bahan² lain.

2. Tambahkan air jika terlalu kering & biar mendidih.

*Boleh juga terjah resepi Nasi Ayam Panggang Bermadu di sini :

1. http://salamisimon1.blogspot.com/2012/12/nasi-ayam-panggang-madu.html
2. http://norlieharumaini.blogspot.com/2011/06/nasi-ayam-panggang-madu.html

NaNa=^.^=
Comments
1 Comments

1 budak baik sudi komen:

Izat Tarmizi said... [Reply to comment]

perghhh...tak tahan tgk ayam tu..lapiaqqqqqqqqqqq

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...