Tuesday, 21 June 2011

Ummul Kitab♥

...السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
♥بسم الله الرحمن الرحيم♥

سورة الفاتحة : ترجمة معانيها و بيانها



1. بِسمِ الله الرَّحمَنِ الرَّحِيم
Dengan menyebut nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Penyayang(1).

2. الحَمدُ لله رَبِّ العَلَمِينَ
Segala puji(2) bagi Allah, Rabb semesta alam(3).

3. الرَّحمَن الرَحِيمِ
Yang Maha Pemurah, lagi Maha Penyayang.

4. مَلِكِ يَومِ الدِّينِ
Yang Menguasai(4)hari Pembalasan(5).

5. إيَّكَ نَعبُد و إِيَّاكَ نَستَعِينَ
Hanya kepada Engkaulah(Ya Allah) kami menyembah(6), dan kepada Engkaulah sahaja kami memohon pertolongan(7).

6. اِهدِنَا الصِّرَاطَ المُستَقِيمَ
Tunjukilah kami(8) jalan yang lurus.


7. صِرَطَ الذِينَ أَنعَمتَ عَلَيهِم غَيرِ المَغضُوبِ عَلَيهِم وَ لَا الضَّالِينَ
Iaitu jalan orang-orang yang Engkau telah anugerahkan nikmat kepada mereka, bukan (jalan) orang-orang yang dimurkai(orang-orang yang mengetahui kebenaran & meninggalkannya)i, dan bukan pula (jalan) orang-orang yang sesat(orang yang meninggalkan kebenaran kerana ketidaktahuan & kejahilan)(9).

Penerangan Ayat :

(1) Bererti : Saya membaca Al-Fatihah ini dengan menyebut nama ALLAH. Setiap pekerjaan yang baik hendaknya dimulai dengan menyebut nama ALLAH, seperti makan,minum,menyembelih binatang untuk dimakan dan sebagainya. ALLAH ialah nama Zat yang Maha Suci, yang berhak disembah dengan sebenar-benarnya.
Ar-Rahman(Maha Pemurah): Salah satu nama ALLAH, yang bermakna bahawa ALLAH melimpahkan karunia-NYA kepada makhluk-NYA.
Sedang Ar-Rahim(Maha Penyanyang) bermakna bahawa ALLAH senantiasa bersifat rahmat yang menyebabkan ALLAH selalu melimpahkan Rahmat-NYA kepada makhluk-NYA.

(2) Alhamdu(segala puji). Memuji orang adalah kerana perbuatan baiknya yang dikerjakan dengan kemahuannya sendiri. Maka memuji ALLAH bererti: menyanjung-NYA kerana perbuatan baik-NYA. Syukur bermakna: mengakui keutamaan seseorang atas nikmat yang dia berikan. Kita menghadapkan segala puji kepada ALLAH ialah kerana ALLAH adalah sumber dari segala kebaikan yang patut dipuji.

(3) Rabb(Tuhan)bererti: Tuhan yang ditaati Yang Memiliki, Mendidik & Memelihara. Lafaz Rabb tidak dipakai selain untuk Tuhan kecuali jika ada sambungannya, seperti rabbul-bait(tuan rumah).
'Alamin(semesta alam): semua ciptaan Tuhan dari pelbagai jenis dan macam, seperti alam manusia, alam haiwan, alam tumbuh-tumbuhan, benda mati dll. ALLAH Pencipta semua alam-alam itu.

(4) Maalik(Yang Menguasai), dengan memanjangkan "mim" ia bererti: Pemilik(yang empunya). Sedangkan Malik dengan memendekkan "mim" bererti Raja.

(5) Yaumiddin(hari pembalasan): Hari ketika semua manusia menerima balasan amalannya yang baik mahupun yang buruk. Yaumiddin juga disebut yaumulqiyaamah, yaumulhisaab, yaumuljazaa' dll.

(6) Na'budu diambil dari kata 'ibadaat: patuh dan tunduk yang ditimbulkan oleh perasaan tentang kebesaran ALLAH, sebagai RABB yang disembah, kerana keyakinan bahawa ALLAH mempunyai kekuasaan mutlak terhadap dirinya.

(7) Nasta'iin(minta pertolongan), diambil dari kata isti'aanah: mengharap bantuan untuk dapat menyelesaikan suatu pekerjaan yang tidak mampu diselesaikan sendiri.

(8) Ihdina(tunjukilah kami), dari kata hidayat: memberi petunjuk ke jalan yang benar. Maksud ayat ini, bukan sekadar memberi hidayah sahaja tetapi juga memberi taufiq.

(9) Maksud mereka yang dimurkai dan mereka yang sesat ialah semua golongan yang menyimpang dari ajaran islam.

Rujukan : القرأن الكريم و ترجمه معانيه باللغة الملايوية(Al-Quran Al-Kareem dan terjemahan makna dengan Bahasa melayu)

Mudah-mudahkan dapat memberi manfaat kepada semua...
Sama-samalah kita menghayati & memahami "Ummul Kitaab Suci" ini..:)

NaNa(^_^)v
Comments
0 Comments

0 budak baik sudi komen:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...