Monday 28 February 2011

Nana & Din

Assalamualaikum...

Korang sihat??
Alhamdulillah,nana sehat2 je....

Da bape hari xber'update'...
Sunyi je blog ni..
Sape suh xupdate kan??kan??kan??hehehe..
Sori2,2-3 hari lepas nana sibuk sket melayan Din..Oopss..

Haaa..mesti korang tertanye2...
Siapa DIN??
Pakwe Nana ke??mungkin...
Tunang Nana ke??mungkin...
Atau Nana da kawen dengan DIN??
korang nak tahu ke??

Jeng..jeng..jeng..
'
'
'
'
'
'
'

Xmo marah2 ye korang..
Saje je wat suspen...
DIN bukanlah siapa2 pon dihatiku...ceewaah...
Sekadar watak dalam novel je laa...
'JAJA & DIN' bukan NANA & DIN taw..hehehe...

Novel karya Noor Suraya cetakan 2009..da lame daaa...
Ekceli Cik Lucky Lia yg pinjamkan kat lebry LHDN...
Induk yg suggest Nana baca novel ni...
Sesuei ngan Nana katenye...
Ala2 islamik gituu..

Seronok jugak baca novel ni...

SINOPSIS JAJA & DIN :

Cinta pandang pertamakah ini...
Sekiranya tiba-tiba anda bertemu dengan lelaki yang membuat jantung anda berlari setara dengan kelajuan jet Sukhoi buatan Rusia, dan mata anda pula tak bisa berpaling daripada dia biarpun sedetik, lalu apa tindakan anda?

=A= katakan: lupakan sahaja itu hanya logamaya
=B= rahsiakan perasaan anda dalam diari merah jambu
=C= kenal pasti siapa dia, dan suruh ayah ibu meminang dia
=D= segera periksa jantung, mata dan tekanan darah, ke doktor pakar

Jaja telah memilih =C= sebagai jawapan

cinta telah membuat aku tidak lut lagi dengan segala ‘peraturan hati’ yang selama ini aku junjung!

Implikasinya:
Abah dan uminya rasa
[♪¿∫∞Ωπ䮉¾]
Alahai, anak abah ni, awat la sampai jadi lagu tu!
Mama nak sorok muka ni kat mana, Jaja?

Inilah cerita Jaja yang meminang ustaz Sastera Arab lulusan Universiti al-Azhar sebagai suami. Tegarkah Jaja seorang media planner memilih hidup ala-ala ‘zuhud’ macam Din nanti?
rupa-rupanya cinta telah membawa hatiku terbuai-buai ke sana ke sini tanpa perlu berhenti di mana-mana ‘lampu isyarat’...

Sumber :http://noveljs.blogspot.com/2010/03/jaja-din.html

**************************************

**Ulasan drpd Nana...Cewaah..
Ade hati nak mengulas..layaaan je lah..

Walopon sekadar cerita yang tidak pasti sama ada wujud atau tidak di alam nyata tp banyak juga pengajaran dr Novel ni..

Jaja seorang yg tidak kuat pegangan agamanya..
Ramai yg suka kat Jaja,tp sorang pon dia xlayan..
Tp ditakdirkan Jaja telah jatuh cinta dengan seorg ustaz hanya dengan melihat melalui sekeping gambar..

Digambarkan muka DIN ala2 SAMI YUSUF...
xke hensem tu??

Sampai satu masa..Jaja bertemu jodoh dengan Ustaz Din...
Alhamdulillah,mungkin itu cara ALLAH kurniakan hidayah kpd Jaja..
Ustaz Din lah yang membimbing & menjadi mualim juga merangkap suami Jaja..
Suami yg mengajar cara hidup yg zuhud..
Suami yg mengejar cita2 utk syahid dijalanNYA..
Takde kata2 romantis pon taw..
Tiada juga janji2 tinggi melangit..
Tapi xpe..sebab DIN terlalu istimewa utk NANA...eh2..untuk JAJA lah!!


Mana yang lebih romantik?? 

"Awk...ingatlah ALLAH sentiasa bersama awk.."

vs

"Awk...ingatlah sy sentiasa bersama awk.."

renung2kan..(^_^)vp!s

p/s: Yeaay!! Alhamdulillah..mulai 12 mac 2011 pelajar2 yg menuntut di institusi2 Egypt dibenarkan pulang ke sana utk meneruskan pengajian..

Mudah2an dipermudahkan segala urusan & dipermurahkan rezeki sy & kawan2..

(^_^)vNaNa
Comments
2 Comments

2 budak baik sudi komen:

penglipur said... [Reply to comment]

dah bace ke cite ni??

MakNana said... [Reply to comment]

Nana da bace la Cinonex..
Sebab tu nana share kat cni..:D

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...