Thursday 15 May 2014

Cerita Mama To Be!

...السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
 ♥بسم الله الرحمن الرحيم♥

Ya Allah!! lama sungguh tak jengah blog ni weeeeh >.<
Hampir 5 bulan dah blog terbengkalai, kasihaaaan.

Alhamdulillah, hari ni dengan gumbiranya nak update entry.
Mungkin entry untuk bacaan sendiri kerana ku sedar blog ini memang lah blog syiok sendiri. hahaaa!

Alhamdulillah, sudah masuk bulan ke-6 bergelar seorang isteri kepada En Suami.

Alhamdulillah jutaan syukur juga atas kurniaan rezeki dari Allah kepada kami suami isteri yang juga bakal bergelar "Mama & Ayah" beberapa bulan lagi. InsyaAllah.

SubhanAllah, rasa macam tak percaya sedang membawa satu nyawa didalam rahim sendiri *sambil usap2 perot muahaha..

Mungkin sebelum ni sibuk google movie, resepi, etc tapi sekarang mula la menggoogle dan like segala macam page berkaitan baby! Alhamdulillah, untuk tempoh sekarang kandungan saya dalam keadaan sihat & baik. Mudahan semuanya baik belaka sehingga selamat bersalin nanti.

Pengalaman Mengandung Anak Pertama

Punya la tak sabar nak kongsi pengalaman kan, hahaa! Ekceli tak tahu nak update apa =.='
Jadi mungkin dengan perkongsian pengalaman ni dapat la berkongsi cerita dengan bakal²  pengantin, bakal² ibu juga sewaktu dengannya (yang sudi membaca entry ni la) hehee!


1. Morning Sickness / Alahan

Bahagian masing², Alhamdulillah saya tak diuji dengan "morning sickness" ketika awal mengandung malah lebih solerooo makan, maka badan pon bertambah la bam². Aktiviti memasak, membasuh, mengemas semua dapat saya lakukan dengan jayanya! Cuma memang cepat letih, jadi memandangkan kerjaya saya suri rumah sepenuh masa maka boleh lah berehat atau melayan mata bila dah selesai semua atau buat separuh jalan, rehat & kemudian sambung semula :D

2. Mengidam

Cerita bab mengidam, mungkin la mengidam ke napsu makan yang tak terkawal?? haha..
Entry sebelum ni ada saya selitkan gambar Burger Bakar Abg Burn, haa itu lah makanan pertama yang saya ngidam, dapat sekali terus tak mintak lagi. Kebanyakan makanan yang saya teringin makan biasanya cukup sekali dapat, lepas tu tak nak dah! hahaa. Lepas tu ada la ngidam Pau Kacang Merah, Nasi Goreng Kampung, kek etc. Part Nasi Goreng Kampung ni banyak kali saya request, sampai rasa tekak tu dapat citarasa yang di ngidamkan..hahaa.. ngade sungguh!

3. Seri Ibu Mengandung

Ada orang kata ibu mengandung ni berseri wajahnya tapi berlainan pula dengan saya, jerawat membiak seperti cendawan tumbuh lepas hujan! Ada yang kata pembawakan budak la, hormon orang mengandung la, mungkin mengandung baby boy etc. Takpe lah anak, demimu Mama rela walopon Mama somot somel sekarang ni.. hehee!

Sebarang produk kecantikan saya hentikan seperti ubat jerawat & krim malam sebab ada terbaca entry tentang bahaya penggunaan produk kecantikan ketika hamil. Saya cuma cuci muka, kadang scrub guna tomato+gula & buat masker telur.

4. Perangai Pelik Ibu Mengandung

Perangai pelik semasa mengandung?? Hmm, biasalah perempuan itu memang sifatnya sensitif lagi la bila dalam keadaan berbadan dua ni. Mula la nak perhatian lebih sikit kan kalau tak muncung tu boleh sangkut hanger. Disinilah peranan sang suami ye, kena banyak bersabar melayan kerenah isteri. Alhamdulillah, En Suami sangat bersabar & selalu nasihat supaya saya lebih tenang & bersikap lebih rasional bukannya emosional. Walopon selalunya terlebih emo je! sabor jelah >.<

5. Penjagaan Kesihatan

- Minyak zaitun
- Pil Asid Folic(awal mengandung)
- Pil Obimin dari KK
- Pil Multi Vitamin(GNC)
- Propolis
- Susu segar/ Susu kambing(Hi-Goat)
- Kurma
- Jus buahan

Ini diantara makanan & ubat yang saya ambil dalam tempoh mengandung. Kadang² terskip jugak itu ini, biasalah  kena dipaksa juga Mak Buyung ni! hehee.

Alhamdulillah, Masuk minggu ke 24 sudah 5x check up di klinik semua dalam keadaan baik. Cuma ketika minggu ke-16 saya mengalami penambahan berat badan yang over bila makan tak dicover! Atas nasihat Dokter saya kena check bp, urine & berat 2x seminggu dalam tempoh 2 minggu. Alhamdulillah, semuanya ok & selepas itu saya tak perlu lagi ke klinik untuk check weekly! Yayyy!

Atas nasihat suami, mak, mak mertua(bekas bidan), nurse etc saya perlu mengawal pengambilan beberapa jenis makanan. Perlu lebihkan makan sayur la senang cerita, banyak minum air masak, kurangkan makanan manis, masin & berlemak  OK! hahaa..

6. Senaman Ibu Mengandung

Fuuuh! ini juga atas dorongan & nasihat En Suami yang bersabar dengan kerenah isterinya yang kurang rajin bersenam.. uwaaa!

Masuk minggu ke-18 saya mula belajar berenang! Kebetulan adik ipar saya pernah masuk kelas renang & dengan sukarela dia menawarkan diri untuk mengajar saya berenang. Berenang?? Ya, saya adalah seorang yang jarang bermain dengan air apatah lagi berenang =.='

Oh! dalam tempoh 3 hari saya hanya belajar apung sahaja, kemudian belajar menggerakkan kaki & tangan. Alhamdulillah berkat kesabaran Cikgu Mak Lang Ct saya berjaya berenang² ketepian dan kemudian ketengah2 kolam dan akhirnya dapat berenang dari tebing ke tebing. Cukup seminggu Ct dah mula tinggalkan saya berenang sendirian untuk lebih tenang & fokus. Alhamdulillah!

Sesekali ikut Encik Suami ke gym, buat senaman yang melibatkan kaki. treadmill etc.

7. Persiapan mental & fizikal

Seperti ibu mengandung yang lain saya juga kadang kala berasa risau & bimbang untuk menanti saat melahirkan bayi pertama kami. Selalu bertanya & minta nasihat daripada ahli keluarga, kawan² & baca di blog/page tentang pengalaman melahirkan anak pertama. Selain itu, banyakkan berdoa, istighfar, selawat & membaca al-quran (kadang² buat salah satu atau mana yang mampu).

Alhamdulillah, masuk bulan ke 5 saya sudah mula rasa pergerakan fetus. SubahanAllah, memang rasa tak sabar nak pelok & gomol anak ni >.<

Ok la, cukup la serba sedikit pengalaman yang dapat dikongsikan! InsyaAllah, next entry kalau berkesempatan saya kongsikan pulak persiapan untuk menyambut 'anugerah terindah' kami ini :)

p/s: Teja dah selamat beranak 10 April 2014! kemain 6 ekor gebus2. Jebat & Lolo semakin membesar dengan jayanya. Tuah?? Tuah sentiasa dihati, Tuah sentiasa dirindui, Tuah kita hanya dapat bertemu dalam mimpi T___T


NaNa=^.^=




Comments
3 Comments

3 budak baik sudi komen:

ummi_khalish said... [Reply to comment]

assalam...mabrukkkkkkkkk acik nana..wah...x lama lg dh...xde gmbr terbaru?hihihi..nu'man n ecah teringin nk tengok..slm rindu mandarah.iskandariah...

MakNana said... [Reply to comment]

@ummi_khalish wslm... syukran kak dila!! Alaaa... acik nana dah bam3 skrg ni tak muat dh kamera.. tunggu acik slim melim laaa eh.. nu'man & ecah doakan acik nana ye.. nnt kawan ngan baby acik nana taw!

MakNana said... [Reply to comment]

@ummi_khalish wslm... syukran kak dila!! Alaaa... acik nana dah bam3 skrg ni tak muat dh kamera.. tunggu acik slim melim laaa eh.. nu'man & ecah doakan acik nana ye.. nnt kawan ngan baby acik nana taw!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...