Friday 15 March 2013

#FamilyDay #Alexandria (ILHAM'13)

...السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
 ♥بسم الله الرحمن الرحيم♥

Alhamdulillah, dengan jayanye  ILHAM'13(Hari Ilmiah & Mahabbah) telah tamat pada petang tadi.
Alhamdulillah 'ala kulli hal. Selama 3 hari program berjalan dengan pelbagai acara indoor di Markaz DPMI.

ILHAM'13 bertemakan lagu Jalinan Kasih yang dipopularkan oleh UNIC. Bagi saya lagu tema tersebut bertepatan dengan program ini kerana selain dapat mengeratkan lagi hubungan ukhwah diantara seluruh pelajar Malaysia di Iskandariah ia juga dapat menjadi medan untuk bersuai kenal antara satu sama lain. Serius ramai yang saya tak kenal,lebih² lagi junior =.='

Seronok! sebab dah lama tak join program macam ni. Jadi bila berhimpun ramai², bersuai kenal, rileks santai², berbual ketawa hilangkan duka cewah! Maka hilang lah sedikit rasa bosan dan apa yang penting masa terisi insyaAllah dengan perkara manfaat. Tetibe rindu zaman sekolah. hehee!

Antara acara Dewan seperti Debat, Acapella, bercerita, lakonan spontan, hafazan Al-Quran & hadith, permainan traditional(tak masuk sebab banyak dah lupa skill nak maen). Peserta juga dihidangkan dengan Ceramah Isu Semasa, Diskusi Kitab 'Aqobatuz Zawaj, Pembentangan kertas kerja Fiqh mar'ah oleh penyampai yang hebat² belaka.

Untuk ILHAM'13 kumpulan dibahagi kepada 3 dan nama setiap kumpulan bertemakan nama majalah iaitu AL-FITYAN, SOLUSI & GEN-Q 

Saya tidak melepaskan peluang untuk mewakili kumpulan SOLUSI dengan mengambil bahagiaan dalam 2 acara dewan. Pertandingan menulis dialog & Pertandingan melukis poster (bertemakan HISBAH). Alhamdulillah, poster kami terpilih sebagai juara. Walaupon secara keseluruhan SOLUSI berada di tempat ke-2 tapi tak apa, yang penting kita enjoy! hehee..

Alhamdulillah, dengan pelantikan sebagai AJK persiapan sedikit sebanyak dapat juga pengalaman menyiapkan banner & gimik perasmian untuk ILHAM'13. Seronok bekerjasama dengan junior si budak somot Aini! hahaa. Jazakillahu Kheir buat Adhoc yang juga ex junior sekolah lama yang memberi kepercayaan kepada saya!

Ok lah, dah macam buat report pulak. Hahaa.. Ok, layan sikit gambar² terpilih ^^

 Alhamdulillah, Majlis perasmian & gimik (replika buku gergasi) berjalan dengan lancar ^^

 Antara Acara Dewan - Debat & program turut diisi dengan diskusi kitab serta pembentangan kertas kerja

 Antara Acara Dewan - Puzzle, Melukis Poster, Dessert, Permainan Traditional

 Antara hasil² kreativiti ustazah² Mediterranean ^^

Antara Acara Dewan - Gubahan

Alhamdulillah :)

p/s: Bila tengok persembahan acapella teringat zaman sekolah dulu dari form 1 sampai form 5 jadi wakil pertandingan nasyid. Rinduuuuuuuu! *tetibe*
NaNa=^.^=

Comments
1 Comments

1 budak baik sudi komen:

penglipur said... [Reply to comment]

huarghhhh ngantukk.rehat sini jap..

http://www.cinonexcoreyan.com/2013/03/nilai-seorang-lelaki-berkopiah.html

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...