Sunday 31 March 2013

ber-KEEK-ing pula

...السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
 ♥بسم الله الرحمن الرحيم♥

Alhamdulillah, ambil masa sikit nak menaip kat blog ni. Kesian dia selalu ditinggal²kan je. Huh! Bukan sengaja tapi kekangan masa juga kekurangan kerajinan untuk menaip adalah faktor utama tiada entry baru kat blog. Kesian. Apa² pun moga hari² kalian sentiasa dalam rahmat & redha-NYA. Gumbira & bahagia selalu :)



Ok, malas nak cerita panjang terus ke tajuk entry. Apa itu KEEK? Saya pun baru tahu kewujudan KEEK.  Bukan KICK oke, mahu kena flying kick nanti. Ok, sesiapa yang ada sematpon boleh la ke playstore kemudian search KEEK dan download. Walaupon sematpon saya dah tak berapa nak smart dengan masalah batterynye dan selalu restart dengan sendirinye tapi kita layankan jelah =.='

Kalau di instagram kita berkongsi gambar, tapi di KEEK kita boleh berkongsi VIDEO pendek lebih kurang durasi video selama 36saat je.

Maka dengan pantasnya saya telah selamat mengcreat account KEEK! Agak kiciwa kerana username NunAlifNunAlif dah ada orang guna. Siapa yang berani tu?? hehe.. Tak apalah, saya guna nama dalam surat beranak je.

Kepada yang ada KEEK tu jejemput la sudikan follow saya ye. Macam biasa lah point utama tentulah nak upload video si budak² bulus tu haa memandangkan agak kurang rajin nak menghaplod kat youtube kan, bagus juga ada KEEK ni! Selain itu insyaAllah akan saya kongsikan juga suasana di Egypt juga aktiviti seharian saya(insyaAllah yang bermanfaat je lah, yang lagha² tak perlu lah nak share)

Sesiapa yang ada KEEK boleh lah tinggalkan username kalian diruang komen atau follow je saya insyaAllah i follow u back! ;)

 p/s: "Sesungguhnya Allah menyukai kelembutan(rahmah) dalam setiap perkara."(Mutfaqun 'Alaih) 

NaNa=^.^=
Comments
0 Comments

0 budak baik sudi komen:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...