Sunday 17 June 2012

Resipi 11: Rojak Mee/Pasembor

...السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
 ♥بسم الله الرحمن الرحيم♥

Resipi Rojak Mee/Pasembor

Bahan Untuk Kuah: 
2 biji kentang/1 biji keledek sederhana besar (direbus hingga empuk & diblender)
1-2 biji bawang & 5 tangkai cili kering diblender(terpulang pada citarasa masing2 kalau nak pedas)*
Sedikit kicap (untuk warna je)
1-2 asam keping
Air untuk kuah
1/2 cawan kacang ditumbuk/diblender(nak letak lebih pun tak apa)
Minyak untuk menumis
Gula merah & garam secukup rasa
15 keping biskut marry diblender (optional)

Bahan Untuk Cucur:
1 1/2 cawan tepung gandum
1/2 cawan udang(optional)
2 biji bawang kecil
1 sudu besar serbuk cili(optional)
Garam
Air untuk bancuh tepung
1 1/2 sudu kecil baking powder


Bahan-bahan lain(optional):
3 biji kentang sederhana besar
4 biji telur
1 biji timun                                              
4 keping tauhu          
1 biji sengkuang
sedikit taugeh
Minyak untuk menggoreng

Cara-Cara (kuah) :

1. Panaskan minyak, tumis bahan yang sudah diblender* sehingga pecah minyak, masukkan kacang+kentang+biskut marry.(in case ada keledek, tak perlu guna kentang+biskut marry)

2. Masukkan air, asam keping/air asam jawa, garam, gula merah dan masak dengan api perlahan sehingga pekat sedikit.

Cara-cara (cucur) :
1. Gaulkan semua bahan cucur udang. Bancuhan seperti nak buat cekodok. Kemudian goreng dalam minyak panas sehingga kekuningan/ masak.(yang saya buat ni kosong, sebab guna apa yang ada kat rumah je)



Cara-cara (bahan-bahan lain-optional-) :

1. Bersihkan kulit kentang kemudian potong ikut citarasa masing-msing. Kemudian goreng kentang tersebut sehingga kekuningan.

2. Telur direbus (hard boil), kemudian buang kulit & digoreng bulat2 sehingga kekuningan.

3. Tauhu digoreng sehingga kekuningan.

4. Timun, sengkuang dihiris mengikut citarasa masing-masing.

Cara untuk menghidang:

Susun semua dalam pinggan yang sesuai dan tuang kuah(ikut selera masing)
Bismillah+baca doa makan.... kemudian bole lah di ngaaaaaaap~ Selamat menjamu selera :)


NaNa=^.^=

Comments
4 Comments

4 budak baik sudi komen:

penglipur said... [Reply to comment]

Cara-cara (bahan-bahan lain) :

1. Bersihkan kulit kentang kemudian potong ikut tekak masing-msing. Kemudian goreng kentang tersebut sehingga hangus.

2. Telur direbus (hard boil), kemudian buang isi ambil kulit sahaja & digoreng bulat2 sehingga kekuningan.(dah rebus kene goreng pulakkkkk)

3. Tauhu tidak perlu di goreng, so makan mentah sahaja.

4. Timun, sengkuang disembelih mengikut tekak masing-masing.

MakNana said... [Reply to comment]

@cinonex coreyan Sukati je resipi die ni,macam ikut tekak die je, makan la yg hangus tu.. Sedap la cinonex, telur rebus pas tu goreng! ce try :P

Saadah Khair said... [Reply to comment]

kenapa kene letak biskut marry? supaya apa ek... ?

**teruja tgk resepi ni sebab tak pernah terfikir nak buat sendiri, sebab dah terbiasa sangat dengan membeli :(

MakNana said... [Reply to comment]

@Saadah Khair Kalau xde keledek & suka manis2 sket boleh la guna kentang+biskut marry sbg ganti..

Kite suke ade rasa manis2 lemak2 gitu,tp hr tu xde keledek so ganti la biskut marry.. kalau kat sesetengah kedai pon ada letak bskt marry slh satunye utk jimat kos jgk kot..hehee..

Kat sini nak makan mknn mcm ni susah nk dpt, kena la masak sendiri, so google2 cr la resipi & try :) cube jgn tak cube kak :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...