Saturday 2 July 2011

Berapa ramai suka BERSIH?

...السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
♥بسم الله الرحمن الرحيم♥

Memandangkan semua sedang soronok bercerita mengenai BERSIH, tetiba datang idea nak buat entry pasal BERSIH jugak.

Oh! sebelum cerita lebih panjang, untuk makluman entry ni tiada kaitan dengan 8 TUNTUTAN BERSIH 2.0 ya :)

Nana tak hebat nak kupas isu itu sebab ramai yang lebih layak.
Jadi, mari kita kupas isu yang agak santai yang ada disekiling kita je.

Berapa ramai yang suka BERSIH?
Berapa ramai yang JIJIK dengan KOTOR?

Dan berapa ramai yang RINGAN TANGAN suka memBERSIHkan?
MemBERSIHkan sesuatu yang KOTOR!

Kucing ini tidak bersalah! :p

  • Suka pakai baju yang BERSIH,  tapi berapa ramai rajin BASUH baju?  
  • Suka makan ditempat BERSIH, tapi berapa ramai yang tahu menjaga keBERSIHan ditempat makan?  
  • Suka bilik tidur & rumah yang BERSIH, tapi berapa ramai yang rajin pegang penyapu?
  • Suka bilik air yang BERSIH, tapi berapa ramai yang rajin nak menyental 'toilet bowl' tu?  
  • Suka BERSIH,kemas & teratur. Tak suka bersepah, tapi berapa ramai yang rajin menyusun,mengatur & mengemas? 
  • Suka kata 'saya seorang yang pemBERSIH', tapi berapa ramai yang mengaku pemBERSIH & benar2 menjaga keBERSIHan? 
  • Suka kata 'Aku benci KOTOR', tapi berapa ramai yang tidak akan memberi ALASAN untuk memBERSIHkan  sesuatu yang 'KOTOR'?
  • Suka persekitaran yang BERSIH, tapi berapa ramai?? berapa ramai yang ambil berat untuk menjaga persekitaran supaya sentiasa nampak BERSIH?

Sungguh manusia suka akan BERSIH, suka nampak BERSIH, suka hidup dalam suasana yang BERSIH!

Tapi.... Sama-samalah kita fikir sendiri..

Adakah kita dikalangan orang yang hanya SUKA BERSIH sahaja atau kita dikalangan orang yang SUKA BERSIH & SUKA MENJAGA KEBERSIHAN??

Bukan ditujukan kepada sesiapa, Untuk diri sendiri & semua tak kira lelaki mahupun perempuan sama sahaja. Tuntutan BERSIH & Menjaga KEBERSIHAN harus bermula dari diri kita sendiri!

BERSIHkan diri, 
BERSIHkan minda, 
BERSIHkan HATI agar hidup lebih HARMONI :)

p/s : Semoga apa yang diperjuangkan sentiasa dalam RAHMAT & REDHA ALLAH...Ameen..

NaNa(^_^)v
Comments
5 Comments

5 budak baik sudi komen:

.:naqib saad:. said... [Reply to comment]

keBERSIHan sebahagian daripada iman. betul tak ustazah? huhu

MakNana said... [Reply to comment]

@.:naqib saad:.
الطُّهُورُ شَطرُ الإيمَان
Kebersihan itu sebahagian daripada iman :)

E n t o y C a i r o said... [Reply to comment]

tuah sy pun warna kuning gak ke?..hehe

lucu la nun alip nun alip ni..heh

MakNana said... [Reply to comment]

@E n t o y C a i r o

Tuah color puteh la..hehe

Ape yang lucunye Entoy..erkk..:p

Ain_ Suke Senyum said... [Reply to comment]

Salam , ain singgah cini .
plez kumen entry ni .

http://zurain93.blogspot.com/2011/07/saya-bertudung-dan-saya-sangat-pretty.html .

tq . hihi

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...