Friday 30 January 2009

..::Hati Seorang WANITA::..

WANITA... Sering dikaitkan dengan AIR MATA... Mungkin masuk habuk kot mate diorang tuu...huhuhu... Hmm,mungkin tidak...

Hati wanita memang mudah tersentuh... Kalau ade la sesape girls yang boleh bertahan tak menangis berbulan2, apetah lagi bertahun2... Memang hebat... Mabruk NaNa ucapkan...

Siapa yang tahu dalam hati seorang wanita?? ALLAH je yang tahu...
Tapi mungkin apa yang sedikit tercatit dibawah ini boleh dikongsi bersama & membantu untuk kita sama2 memahami
"HATI SEORANG WANITA"

  • SENSITIF - Bukan bermaksud suka merajuk, tapi ingin bermanja dan sedikit perhatian.
  • CEREWET - Bukan bermaksud FUSSY tak tentu hala, kadang ingin lelaki mengikut katanya sekali sekala.
  • HALUS - Ibarat sehelai sutera, halus, mulus, lembut dan mudah tercarik dan koyak. Walaupun seorang Wanita memaafkan seseorang yang lain atas sebab kesalahan. Biasanya Wanita itu akan ingat kesalahan tersebut untuk dijadikan pengajaran dan bukan dendam.
  • IKHLAS - Ikhlas seorang wanita tak perlu diragui.
  • KORBAN - Wanita sanggup berkorban apa sahaja untuk seseorang yang amat disayangi, termasuk ibu bapa, anak-anak dan suami. Wanita amat tabah.
  • PRIHATIN - Sentiasa memerhati sekeliling dalam diam.
  • MANJA - Walaupun dia seorang wanita yang pandai berdikari. Naluri wanita tetap seorang wanita. Suka bermanja bersama insan bernama lelaki, namun juga sesama kaum.
  • EGO - Wanita yang terlalu menyayangi kekasihnya sanggup menolak ketepi egonya apabila bersemuka dengan yang dicintai.
  • CINTA - Cinta pertama bagi wanita adalah yang paling dalam & tulus.
  • SEKS - Seks bukanlah segala2nya bagi wanita kerana wanita diciptakan dengan 9 nafsu dan 1 akal. Nafsu yang banyak dan tidak tertumpu pada 1 sahaja. Lelaki diciptakan dengan 9 akal dan 1 nafsu. Fungsi lelaki adalah untuk membimbing wanita bukan menghanyutkannya..
p/s: Mak ada pesan pada Nana... Jangan mudah percayakan sesiapa... Jangan mudah menerima & memberi...
Untuk semua>> Jagalah hati masing-masing...

NaNa(^_^)v
Comments
0 Comments

0 budak baik sudi komen:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...