Saturday, 31 January 2009

..::Shhhhh vs Pot Pet Pot Pet::..

Setiap masa manusia akan bercakap... Bercakap atau berbual bersama keluarga,kawan-kawan malah ada jugak yang bercakap sorang2... Ada wayar dah short la agaknya tu..

Selagi boleh bercakap rasanya semua akan bersuara... Sedangkan tengah lena dibuai mimpi pon boleh bercakap, tak puas2 lagi... ni kes2 tertentu la...

Tapi, dalam sedar tak sedar kadang2 apa yang terkeluar dari mulut kita ini tidak manis pada pendengaran orang lain.. Ini kerana setiap apa yang kita lakukan ada adabnya, kalau tidak dijaga maka terkesanlah hidup kita ini didunia & lebih-lebih lagi diakhirat... Didunia kita akan debenci oleh orang lain manakala diakhirat bicara yang menyakiti hati orang lain akan menyebabkan kita terseksa kekal abadi didalam neraka... Nauzubillah...


Oleh itu, DIAM adalah penawarnya & juga benteng bagi kita untuk mengelak dari bercakap perkara yng sia-sia...


HIKMAH DIAM:


*Sebagai ibadah tanpa perlu bersusah payah

*Perhiasan tanpa berhias
*Kehebatan tanpa kerajaan
*Benteng tanpa pagar
*Kekayaan tanpa meminta maaf kepada orang lain
*Istirehat bagi kedua malaikat pencatat amal
*Menutup segala aib

Hadith Rasulullah mengenai kelebihan DIAM yang bermaksud:

"Barangsiapa yang banyak perkataannya, nescaya banyaklah silapnya. Barangsiapa yang banyak silapnya, nescaya banyaklah dosanya. Barangsiapa yang bayak dosanya, nescaya neraka lebih utama baginya" (Riwayat ABU NAIM)

"Barang siapa yang beriman kepada ALLAH & hari akhirat, maka hendaklah dia berkata baik atau diam" (Riwayat BUKHARI & MUSLIM)

Madah dari BERDIAM:

"Banyak diam tak semestinya bodoh, banyak cakap tak semestinya cerdik, kerana kecerdikan itu buah fikiran, orang cerdik yang pendiam lebih baik dari orang bodoh yang banyak cakap"

"Menasihati orang yang salah, tidak salah.Yang salah memikirkan kesalahan orang lain"

"Kalau orang menghina kita, bukan kita yang terhina, yang sebenarnya orang itu yang menghina dirinya sendiri"

p/s: *Assukut 'alamatur redha*
Terutamanya untuk diri sendiri dan semua baik diam kalau apa yang akan keluar dari mulut kita itu akan menyakiti hati orang lain...kerana lidah manusia lebih tajam dari mata pisau...

"ALLHUMMA INNA NASALUKA LISANAN RATIBAN BIZIKRIKA, WA QALBAN MAF'UMAN BISYUKRIKA, WA BADANAN HAIYANAN LAIYINAN BITO'ATIKA...Amiin.."

Ya ALLAH, kurniakanlah kami lisan yang lembut basah mengingati & menyebutMU, hati yang penuh segar mensyukuri nikmatMu, dan badan yang ringan menyempurnakan ketaatan kepada perintahMU...Amiin...
NaNa(^_^)v

Friday, 30 January 2009

..::Hati Seorang WANITA::..

WANITA... Sering dikaitkan dengan AIR MATA... Mungkin masuk habuk kot mate diorang tuu...huhuhu... Hmm,mungkin tidak...

Hati wanita memang mudah tersentuh... Kalau ade la sesape girls yang boleh bertahan tak menangis berbulan2, apetah lagi bertahun2... Memang hebat... Mabruk NaNa ucapkan...

Siapa yang tahu dalam hati seorang wanita?? ALLAH je yang tahu...
Tapi mungkin apa yang sedikit tercatit dibawah ini boleh dikongsi bersama & membantu untuk kita sama2 memahami
"HATI SEORANG WANITA"

  • SENSITIF - Bukan bermaksud suka merajuk, tapi ingin bermanja dan sedikit perhatian.
  • CEREWET - Bukan bermaksud FUSSY tak tentu hala, kadang ingin lelaki mengikut katanya sekali sekala.
  • HALUS - Ibarat sehelai sutera, halus, mulus, lembut dan mudah tercarik dan koyak. Walaupun seorang Wanita memaafkan seseorang yang lain atas sebab kesalahan. Biasanya Wanita itu akan ingat kesalahan tersebut untuk dijadikan pengajaran dan bukan dendam.
  • IKHLAS - Ikhlas seorang wanita tak perlu diragui.
  • KORBAN - Wanita sanggup berkorban apa sahaja untuk seseorang yang amat disayangi, termasuk ibu bapa, anak-anak dan suami. Wanita amat tabah.
  • PRIHATIN - Sentiasa memerhati sekeliling dalam diam.
  • MANJA - Walaupun dia seorang wanita yang pandai berdikari. Naluri wanita tetap seorang wanita. Suka bermanja bersama insan bernama lelaki, namun juga sesama kaum.
  • EGO - Wanita yang terlalu menyayangi kekasihnya sanggup menolak ketepi egonya apabila bersemuka dengan yang dicintai.
  • CINTA - Cinta pertama bagi wanita adalah yang paling dalam & tulus.
  • SEKS - Seks bukanlah segala2nya bagi wanita kerana wanita diciptakan dengan 9 nafsu dan 1 akal. Nafsu yang banyak dan tidak tertumpu pada 1 sahaja. Lelaki diciptakan dengan 9 akal dan 1 nafsu. Fungsi lelaki adalah untuk membimbing wanita bukan menghanyutkannya..
p/s: Mak ada pesan pada Nana... Jangan mudah percayakan sesiapa... Jangan mudah menerima & memberi...
Untuk semua>> Jagalah hati masing-masing...

NaNa(^_^)v

Thursday, 29 January 2009

Resipi 2 : Pancake




Bahan-bahan


1 cawan tepunggandum(diayak)
1 sudu kecil baking powder
1sudu besar gula kastor
2 biji telur(telur kuning & putih diasingkan)
1 cawan susu segar




Cara-cara:
1. Campur tepung, baking powder & gula dalam satu mangkuk...

2. Pukul telur kuning & susu segar dalam satu mangkuk asing...

3. Masukkan adunan telur kedalam bahan kering tadi...


4. Dalam mangkuk asing pukul telur putih & secubit garam sehingga kembang... Kemudian. masukkan kedalam adunan tadi dan kacau sehingga sebati...


5. Panaskan kuali dengan sedikit butter... Tuangkan satu senduk adunan kedalam kuali(tidak perlu meratakan adunan didalam kuali)


6. Alihkan pancake supaya masak kedua2 belah... Pastikan kuali tidak terlalu panas atau pancake akan rentung..hehehe...


7. Hidangkan didalam piring... Boleh dimakan dengan honey,coklat & sewatu dengannya(ikut selera korang la)


p/s: Air tangan K'NiNa


NaNa(^_^)v
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...