Tuesday, 21 June 2011

Ummul Kitab♥

...السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
♥بسم الله الرحمن الرحيم♥

سورة الفاتحة : ترجمة معانيها و بيانها



1. بِسمِ الله الرَّحمَنِ الرَّحِيم
Dengan menyebut nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Penyayang(1).

2. الحَمدُ لله رَبِّ العَلَمِينَ
Segala puji(2) bagi Allah, Rabb semesta alam(3).

3. الرَّحمَن الرَحِيمِ
Yang Maha Pemurah, lagi Maha Penyayang.

4. مَلِكِ يَومِ الدِّينِ
Yang Menguasai(4)hari Pembalasan(5).

5. إيَّكَ نَعبُد و إِيَّاكَ نَستَعِينَ
Hanya kepada Engkaulah(Ya Allah) kami menyembah(6), dan kepada Engkaulah sahaja kami memohon pertolongan(7).

6. اِهدِنَا الصِّرَاطَ المُستَقِيمَ
Tunjukilah kami(8) jalan yang lurus.


7. صِرَطَ الذِينَ أَنعَمتَ عَلَيهِم غَيرِ المَغضُوبِ عَلَيهِم وَ لَا الضَّالِينَ
Iaitu jalan orang-orang yang Engkau telah anugerahkan nikmat kepada mereka, bukan (jalan) orang-orang yang dimurkai(orang-orang yang mengetahui kebenaran & meninggalkannya)i, dan bukan pula (jalan) orang-orang yang sesat(orang yang meninggalkan kebenaran kerana ketidaktahuan & kejahilan)(9).

Penerangan Ayat :

(1) Bererti : Saya membaca Al-Fatihah ini dengan menyebut nama ALLAH. Setiap pekerjaan yang baik hendaknya dimulai dengan menyebut nama ALLAH, seperti makan,minum,menyembelih binatang untuk dimakan dan sebagainya. ALLAH ialah nama Zat yang Maha Suci, yang berhak disembah dengan sebenar-benarnya.
Ar-Rahman(Maha Pemurah): Salah satu nama ALLAH, yang bermakna bahawa ALLAH melimpahkan karunia-NYA kepada makhluk-NYA.
Sedang Ar-Rahim(Maha Penyanyang) bermakna bahawa ALLAH senantiasa bersifat rahmat yang menyebabkan ALLAH selalu melimpahkan Rahmat-NYA kepada makhluk-NYA.

(2) Alhamdu(segala puji). Memuji orang adalah kerana perbuatan baiknya yang dikerjakan dengan kemahuannya sendiri. Maka memuji ALLAH bererti: menyanjung-NYA kerana perbuatan baik-NYA. Syukur bermakna: mengakui keutamaan seseorang atas nikmat yang dia berikan. Kita menghadapkan segala puji kepada ALLAH ialah kerana ALLAH adalah sumber dari segala kebaikan yang patut dipuji.

(3) Rabb(Tuhan)bererti: Tuhan yang ditaati Yang Memiliki, Mendidik & Memelihara. Lafaz Rabb tidak dipakai selain untuk Tuhan kecuali jika ada sambungannya, seperti rabbul-bait(tuan rumah).
'Alamin(semesta alam): semua ciptaan Tuhan dari pelbagai jenis dan macam, seperti alam manusia, alam haiwan, alam tumbuh-tumbuhan, benda mati dll. ALLAH Pencipta semua alam-alam itu.

(4) Maalik(Yang Menguasai), dengan memanjangkan "mim" ia bererti: Pemilik(yang empunya). Sedangkan Malik dengan memendekkan "mim" bererti Raja.

(5) Yaumiddin(hari pembalasan): Hari ketika semua manusia menerima balasan amalannya yang baik mahupun yang buruk. Yaumiddin juga disebut yaumulqiyaamah, yaumulhisaab, yaumuljazaa' dll.

(6) Na'budu diambil dari kata 'ibadaat: patuh dan tunduk yang ditimbulkan oleh perasaan tentang kebesaran ALLAH, sebagai RABB yang disembah, kerana keyakinan bahawa ALLAH mempunyai kekuasaan mutlak terhadap dirinya.

(7) Nasta'iin(minta pertolongan), diambil dari kata isti'aanah: mengharap bantuan untuk dapat menyelesaikan suatu pekerjaan yang tidak mampu diselesaikan sendiri.

(8) Ihdina(tunjukilah kami), dari kata hidayat: memberi petunjuk ke jalan yang benar. Maksud ayat ini, bukan sekadar memberi hidayah sahaja tetapi juga memberi taufiq.

(9) Maksud mereka yang dimurkai dan mereka yang sesat ialah semua golongan yang menyimpang dari ajaran islam.

Rujukan : القرأن الكريم و ترجمه معانيه باللغة الملايوية(Al-Quran Al-Kareem dan terjemahan makna dengan Bahasa melayu)

Mudah-mudahkan dapat memberi manfaat kepada semua...
Sama-samalah kita menghayati & memahami "Ummul Kitaab Suci" ini..:)

NaNa(^_^)v

Saturday, 18 June 2011

Resipi 7 : Pizza

...السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
 ♥بسم الله الرحمن الرحيم♥

Bahan-bahan DOH :

250g tepung gandum(lebih kurang 2-3 mug)
2-3 SB minyak masak atau butter
1-2 SB gula
Satu paket mauripan(yis)

Bahan-bahan INTI :

8-10 keping daging burger(dipotong dadu)
2-3 biji bawang besar(dipotong dadu)
Cili/lada benggala(dipotong dadu,kuantiti ikut suka)
Sayur campur(kacang pis & carrot, tambah jagung & nanas lagi sedap)
Sos Cili & Sos Tomato
Garam
Mozarella Cheese(kalau tak ada guna cheese biasa pon ok)

**ikut suka hati nak buat inti apa, ni kebetulan apa yang ada dalam fridge

Cara-cara (INTI) :

1- Daging burger dipotong dadu & goreng.
2- Didalam kuali lain tumis kan bawang & cili hingga naik bau.
3- Masukkan sos cili & sos tomato(agak-agak je), gaul sebati & kemudian masukkan daging burger yang telah digoreng.
4- Masukkan garam secukup rasa, dan terakhir masukkan sayur campur. Selesai.

Cara-cara (DOH):

1- Rendam yis dengan 1/2 cawan air suam(tunggu sampai kembang)
2- Masukkan tepung ke dalam bekas & masukkan minyak & gula. Gaul sebati.
3- Masukkan air rendaman yis tadi sedikit
demi sedikit. Kemudian uli hingga doh tidak melekat. Kalau masih melekat pada jari,tambah tepung sikit.
4- Bila doh dah sebati, rehatkan dalam bekas lebih kurang 1/2-1 jam & tutup dengan kain lembab.

5- Kemudian doh akan naik 2 kali ganda dari asal. Tumbuk sedikit doh untuk keluarkan angin & uli lagi sekali.

6- Ambil doh dan leperkan(jangan tebal sangat) diatas loyang(ikut suka hati nak loyang bentuk apa). kemudian cocok doh yang sudah diletak dalam loyang dengan garfu.

7- Bolehlah letakkan inti pilihan anda.
Lapisan pertama, sapukan sos. lapisan kedua inti(ikut selera masing2) & akhir sekali letakkan cheese mozarella/cheese biasa.
(Cheese biasa)

(Mozarella cheese)

8- Kemudian dibakar dalam oven lebih kurang 15-20minit.

Siap dibakar!!
 Dan siap sedia untuk dimakan..:)


Selamat mencuba..:)


NaNa(^_^)

Bermula hari baru lagi

...السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
 ♥بسم الله الرحمن الرحيم♥

Sobahus Surus Ya Misr.Selamat pagi yang penuh ceria lagi bahagia.

Bermula hari baru lagi.
Alhamdulillah, dikurniakan lagi nikmat iman & islam dalam diri.
Alhamdulillah, diberi kesempatan untuk bernafas dibumi.
Alhamdulillah, Segala puji bagiMu Ya ALLAH.

Fikirkan sejenak. Hari-hari yang dilalui apa yang kita perolehi?
Terlalu banyak. Terlalu banyak pinjaman dariNYA untuk kita.

Andai ditambah nikmat untukmu, ucaplah syukur.
Malah lebihkan rasa kerdilnya diri kepada Ilahi kerna DIA kita perolehi itu & ini.

Andai ditarik satu nikmat daripadamu, bersabarlah.
Malah terus bersyukur kerana kamu sedang diuji, itu tanda ALLAH peduli.
Hari-hari dilalui, ada yang datang ada yang pergi, Masih ragu bahawa yang bernyawa pasti mati?

Dalam apa jua keadaan,sedih,gembira,suka duka,tangis ketawa...
Kita tetap HAMBANYA, tidak lari dari sifat LUPA & LEKA..
Kadang terkabur mata,terlalai hati dengan nikmat DUNIA, sedangkan kehidupan di AKHIRAT kekal abadi selamanya.

Maka sama-samalah kita ingat mengingatkan dan bersangka BAIK dengan segala yang datang daripada ALLAH.
Sungguh DIA lebih mengetahui siapa kita, sungguh!

Ya ALLAH didiklah HATIku agar menjadi hamba yang sentiasa berserah padaMU,ameen.

p/s :Alhamdulillah,Tercetus pulak idea untuk menaip pepagi ni...ehehe..

Hmm..malu nak tanye. Ada ke yang nak menjawab??hehe..
Ok tak header baru?
Rindu nak guna favorite quote 'Qalbi hanya tuhan yang tahu' tu.
Maka terhasillah..:)

Ok,Mahu bukak buku & baca..bukan muka buku ye!:p

NaNa(^_^)v
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...