Wednesday, 30 May 2012

#WordlessWednesday 8 : Next Paper, Nusus Hadith

...السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
 ♥بسم الله الرحمن الرحيم♥


p/s: Ya Allah, lapangkanlah & tenangkanlah hati kami. Berilah kemudahan kepada kami untuk menjawab setiap soalan imtihan. Sesungguhnya kami berserah kepada Engkau dengan apa yang telah kami pelajari. Kembalikanlah ia sekiranya kami berhajati padanya & janganlah melupainya... Ameen Ya Rabb~

NaNa=^.^=

Tuesday, 29 May 2012

Resipi 10: Bingka Carrot

...السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
 ♥بسم الله الرحمن الرحيم♥

Bingka Carrot paling simple


Bahan-bahan:

1 kg Carrot/lobak merah
1 cawan Susu/santan 
1 cawan Minyak 
2 cawan Tepung gandum 
1 cawan Gula
1 biji Telur 

Cara-Cara:

1. Bersihkan carrot & potong kecil-kecil, kemudian rebus sehingga empuk.

2. Sementara itu, didalam satu bekas pukul telur & gula sampai kembang/berbuih.(blender pon boleh)

3. Kemudian carrot yang sudah empuk di kisar bersama minyak & susu.

4. Masukkan carrot+minyak+susu yang sudah dikisar sebati ke dalam bekas telur+gula tadi, kemudian gaul sebati.

5. Masukkan tepung sedikit demi sedikit dan kemudian gaul sebati.

6. Lenserkan loyang dengan minyak dan tuangkan bancuhan tadi.

7. Bakar didalam oven(dipanaskan dulu) lebih kurang 1jam atau sehingga masak.

8. Biarkan sejuk terlebih dahulu, kemudian potong & sedia dihidangkan.

Selamat mencuba & selamat menjamu selera :)

p/s: 1st time cuba dan alhamdulillah menjadi!

NaNa=^.^=

Monday, 28 May 2012

Berubah itu mudah, ISTIQAMAH itu payah

...السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
  ♥بسم الله الرحمن الرحيم♥

Berubah itu mudah, ISTIQAMAH itu payah.
Saya agak setuju dengan quote di atas. Memang berubah tu mudah tapi untuk istiqamah dengan perubahan itu perlukan mujahadah!
"Change is for everyone but only strong can accept the change" 
Bila disemak-semak semula senarai amalan harian sendiri banyak yang kurang. Memang, iman itu yazid wa yanqus. Tapi pernah dengar kan biasa orang kata "Moga hari ini lebih baik dari semalam", sebab itulah kita perlu ada niat & azam untuk berubah ke arah yang lebih baik!

Panggilan Rindu

Tetiba datang zuk nak menaip bila dapat panggilan daripada Syeikh 'Ala. Hampir setengah jam dapat dengar alunan-alunan qasidah, zikir-zikir & doa(cecepat aminkan). Syeikh 'Ala memang rajin telefon(conference) pelajar-pelajar yang mengikuti kelas beliau(walaupun skip-skip macam saya) untuk berkongsi pengisian dalam majlis ilmu, bacaan qasidah dan sebagainya. Moga Allah memberkati & limpahkan rahmatNya keatas Syeikh 'Ala juga semua 'alim ulama & para masyaeikh, ameen.

Teringat pesan seorang Ustazah ketika zaman sekolah dulu :
"Awak rebutlah peluang sekarang dengan banyakkan amal ibadah, bangun malam. Bukan apa, bila sudah berkahwin risau kita dah kurang masa untuk semua tu, mesti awak rindu" .  
Entah, saya belum berkahwin tak tahu nak komen lebih-lebih. Tapi insyaAllah dalam perkahwinan pun kita dapat kutip banyak pahala, berhias santek-santek untuk suami pon boleh dapat pahala. Heh!

Teringat juga pesan lagi seorang Ustazah:
"Awak sekarang ni pihak sekolah sudah sediakan jadual lengkap dari pagi sampai malam. Nak tak nak awak semua kena ikut, solat jemaah awal waktu, mathurat, prep, qiam bla bla bla. Awak kena tahu bahawa awak ni beruntung sebab ada kami cikgu-cikgu yang nak tegur, ada jadual yang sekolah dah sediakan. Nanti awak dah masuk universiti, dah hidup sendiri pandai-pandai la awak atur jadual sendiri." 
Betul lah cakap Ustazah tu, dan itu lah sebabnya penting untuk kita mencari sahabat yang boleh mendorong kita untuk melakukan kebaikan. Alhamdulillah, kawan-kawan saya semua baik-baik belaka. Kalau kita lupa mereka ada ingatkan, kalau mereka lupa kita tolong-tolong ingatkan.

Ini antara senarai yang bagi saya perlu untuk dilakukan dengan istiqamah(untuk diri sendiri terutamanya,walaupun payah kena mujahadah) :
Solat Awal Waktu. 
Nampak mudah, tapi biasa lepas dengar azan kita kat mana?

Mengaji Al-Quran. 
Nampak mudah, tapi dalam sehari kita mengaji berapa muka?

Solat Dhuha-Taubat-Hajat-Tahajjud. 
Nampak mudah, tapi berapa banyak ruang waktu kita ambil untuk semua tu?

Majlis Ilmu. 
Nampak mudah, tapi bila datang malas & macam-macam alasan yang entah apa-apa tak kemana la jawabnya.

Lazimi zikrullah. 
Nampak mudah, tapi apa yang selalu ada dalam fikiran, lisan & hati kita?

Ini semua saya tuju untuk diri sendiri, memang banyak amalan yang kadang-kadang mudah je tapi itu pon tak mampu nak istiqamah. Sedih kan?

p/s: Bismillahi tawakkaltu 'ala Allah untuk madah Al-Quran. Moga Allah bantu untuk next paper, Nusus Hadith(Moden).

NaNa=^.^=

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...