...السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
♥بسم الله الرحمن الرحيم♥
Allah~ Allah~
Dua hari berturut-turut hujan menemani bumi Iskandariah. Hujan batu juga sesekali menyinggah. SubhanAllah~ Inilah waktu & tempat dimana doa kita dimakbulkan Allah. Jangan lepaskan peluang menadah tangan tanda kehambaan memohon apa sahaja daripada Allah!
Alhamdulillah, musim imtihan telah masuk minggu ke dua. Dua subjek telah selamat saya hadapi. 9 Jan 2012, subjek Adab Hadith & hari ini subjek Hadith Tahlili. Soalan-soalan yang diterima agak mencabar, namun sedaya upaya menjawab dengan jawapan yang terbaik, dan kini hanya berserah & bertawakkal kepada Allah. Masih berbaki 4 subjek lagi, insyaAllah moga Allah tetapkan semangat ini untuk terus berusaha!

Tidak semua orang merasa berada dalam dewan peperiksaan dengan ditemani kerusi & meja yang ta'ban seperti dalam gambar diatas. Alhamdulillah, belajar bersyukur dengan apa yang ada. Tak dinafikan ketika tahun 1, saya agak terperanjat bila mana saya terpaksa menghadapi peperiksaan hanya dikaki lima, ditambah lagi dengan musim sejuk, naik beku jari jemari untuk menulis. Bagi saya, itu pengalaman yang tidak semua orang rasa!
Alhamdulillah, tahun ini adalah pengajian yang terakhir di bumi Mesir. Rasa kelainannya, rasa seperti berada di pengajian tahun 1. Ada semangat yang membara! Moga semangat yang Allah kurniaakan ini berterusan sampai bila-bila supaya tidak pernah rasa jemu untuk terus belajar kerana-Nya.
وَمَنْ يَتَّقِ اللَّهَ يَجْعَلْ لَهُ مَخْرَجًا ، وَيَرْزُقْهُ مِنْ حَيْثُ لا يَحْتَسِبُوَمَنْ يَتَوَكَّلْ عَلَى اللَّهِ فَهُوَ حَسْبُهُ إِنَّ اللَّهَ بَالِغُ أَمْرِهِ قَدْ جَعَلَ اللَّهُ لِكُلِّ شَيْءٍ قَدْرًا
"Barangsiapa yang bertakwa kepada Allah, nescaya Allah akan lepaskan ia dari masalah hidup Dan diberikannya rezeki dari sumber yang tidak diduga. Dan barangsiapa yang bertawakkal kepada Allah, nescaya Allah akan mencukupkan keperluannya. Sesungguhnya Allah melaksanakan urusan ( yang dikehendaki ) Nya. Sesungguhnya Allah telah mengadakan ketentuan bagi tiap-tiap sesuatu."
p/s: Terlalu banyak yang ada berbanding tiada, tapi masih lagi meminta-minta. Belajarlah bersyukur dengan apa yang ada :)
NaNa(^_^)v