Monday, 16 April 2012

Moga Allah bantu!

...السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
 ♥بسم الله الرحمن الرحيم♥

Sedang teringin, takde kene mengena gambar dengan entry! hahaa :P

Jadual takhaluf sudah keluar!
InsyaAllah 03.05.2012 Nusus 'Abasi(tahun 3) & 06.05.2012 Nusus Islami & Umawi(tahun 2).

Tahun ini saya bakal berdepan dengan 3 madah nusus! Allah~ melayan bait-bait syair arab itu sangat seronok(bila faham la,kalau tak...). Suka bila membaca & memahami bait-bait syair arab, entah bila mampu untuk menulis secantik & seindah ayat seperti penyair arab dahulu kala.

Moga Allah bantu dan permudahkan saya untuk menjawab bagi madah nusus ini(juga madah-madah yang lain). Entah kali ke berapa saya mengulang madah ini =.=' tapi Allah lebih tahu, insyaAllah pasti ada hikmahnya.

 Khulasah nusus tahun 2 yang hampir siap & khulasah nusus tahun 3 baca tahun lepas punye :P
Baca,faham & hafal! insyaAllah :)

 p/s: 8+2 madah, Rabbi Yassir Wala Tu'assir Ya Rabb! >_<


NaNa(^_^)v


Tuesday, 10 April 2012

Lillahi ta'ala :)

...السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
 ♥بسم الله الرحمن الرحيم♥


"Apabila sesuatu perkara dilakukan kerana dunia, maka ia hanya bersifat tidak kekal dan sementara dan apabila sesuatu dilakukan kerana Allah, maka ia akan bersifat teguh dan ampuh!"  
Musim imtihan bakal menjelma lagi, masing-masing sibuk membuat persiapan untuk menghadapi imtihan fasa thani. Minggu yang padat dengan muhadharah, tutorial & study group!  

InsyaAllah, apa jua sekali pon yang kita lakukan niatlah semata-mata hanya kerana Allah! moga segalanya dikira sebagai ibadah, moga mendapat barakah!

Ya Allah, permudahkanlah urusanku & sahabat-sahabatku untuk menghadapi imtihan fasa thani pada tahun ini, najahkanlah kami & berkatilah ilmu yang kami pelajari, ameen Ya Rabb!

p/s: Jaga hati, jaga tingkah, jaga lidah :)
NaNa(^_^)v

Saturday, 31 March 2012

Cukup apa yang ada!

...السلام عليكم ورحمة الله وبركات
 ♥بسم الله الرحمن الرحيم♥


Alhamdulillah, sedang belajar merasa cukup dengan apa yang ada, tapi kadang kala tertewas juga. Teringat satu cerita yang saya baca melalui status FaceBook Hilal Asyraf,

Satu hari guru saya pernah berkata: "Ada orang berkata bahawa syurga ini hanya untuk lelaki sahaja. Mengapa?"

Seorang pelajar menjawab: "Kerana habuan di dalam syurga adalah bidadari, dan tidak dinyatakan wujudnya bidadara." Satu kelas tertawa.

Guru saya tersenyum. Kemudian bertanya: "Benar. Itu tuduhan ramai. Jadi, di dalam kelas ini, siapa yang menyokong pendapat itu?" Kelas senyap.

Ya, memang langsung tidak dinyatakan akan kewujudan bidadara. Jadi, apakah benar syurga hanya untuk lelaki semata-mata? Islam agama yang biased terhadap jantina kah?

Guru saya kemudiannya menjawab: "Allah menyatakan bidadari kerana lelaki memang suka kepada perempuan. Tetapi untuk perempuan, bukankah Allah SWT menjanjikan permata-permata Yaqut dan Marjan di dalam Syurga? Kerana perempuan lebih sukakan barang kemas, perhiasan kecantikan, dari lelaki sebenarnya."

(boleh rujuk hal ini dalam Surah Ar-Rahman). Satu kelas terdiam.

Dan saya tersenyum melihat betapa bijaksananya guru saya.
 --------------------------------------
 Allah nyata tahu kesukaan hamba-hambaNya. ^^

Terbaca juga satu petikan kata-kata Ustaz Azhar Idrus,


Status Sham Kamikaze hari ini seakan-akan terkena batang hidung sendiri!
"Manusia - sentiasa merasa tidak puas dan tidak cukup.
Mukmin - sentiasa merasa cukup dan bersifat qana'ah dengan segala kurniaan Allah swt."
Memang fitrah permpuan suka sangat berbelanja, memandangkan dunia sekarang  hanya dihujung jari tak perlu berjalan berjam-jam buat penat kaki,hanya klik di onlineshop sana sini!

Mungkin ini salah satu kelemahan yang perlu saya kawal perlahan-lahan, Oh! mungkin perlu saya hapuskan serta merta. InsyaAllah, kesederhanaan itu sangat luarbiasa bila kita sentiasa merasa cukup dengan apa yang ada :)

p/s: My tweeter :)

NaNa(^_^)v
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...