Saturday 28 January 2012

I love doodle ♥

...السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
♥بسم الله الرحمن الرحيم♥

Alhamdulillah~ Alhamdulillah~ Alhamdulillah~
Selesai sudah Imtihan fasa 1... fuuuh! :)

Bismillahi tawakkaltu 'ala Allah untuk 6 madah yang telah selamat dijawab kesemuanya... Moga najah bersama^^ InsyaAllah, siap sedia 8+2 madah untuk fasa ke 2 pula~

Bermula winter holiday! Yay!

Ok, *tetiba* ini 1st doodle sy :) Ok tak? > <


Conteng-conteng guna paint tool sai. Tiga minggu bersabar nak explore software tu. Alhamdulillah,akhirnya terhasilnya doodle yang tak seberapa ni. Maaf ye kalau ada tercacat dan tersilap dimana-mana. Yang paling
penting saya harap mesej yang ada pada setiap doodle tersebut sampai tujuannya, InsyaAllah :)



Moga Allah redha & beri kerajinan untuk mendoodle lagi.
Sebarkanlah jika ia bermanfaat untuk semua :)

p/s: Ok, mari merancang cuti dengan aktiviti yang molek-molek :)

NaNa(^_^)v

Sunday 15 January 2012

Rindu bertandang...

...السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
 ♥بسم الله الرحمن الرحيم♥

Allah~ Alhamdulillah, setelah beberapa hari hujan di bumi Iskandariah, hari ini kembali cerah.. Syukur atas segala nikmatMu Ya Allah..


Hujan dimata mengalir pula. Saya terlalu rindukan mereka! Ya,saya rindukan mak bapak saya di tanah air tercinta. Hanya dapat mendengar suara untuk mengubat rindu dijiwa. Hanya doa dari mereka yang saya pinta untuk diri yang jauh dimata.

Terlalu banyak pengorbanan mereka untuk saya, terlalu banyaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaak!! Moga Allah membalas dengan kebaikan yang banyak juga kepada mereka...

Alhamdulillah, Terima kasih Ya Allah kurniakan hambaMu ini Ibu Ayah yang sangat baik... Mereka adalah azimat untuk saya terus kuat semangat!

Ya Allah! Engkau rahmatilah kedua ibu bapaku di dunia & akhirat sana....Ameen Ya Rabb~

p/s : Esok imtihan Naqad Adabi. Doakan saya & sahabat2 dipermudahkan untuk menjawab...

NaNa(^_^)

Friday 13 January 2012

Imtihan di musim Syita'

...السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
 ♥بسم الله الرحمن الرحيم♥

Allah~ Allah~

Dua hari berturut-turut hujan menemani bumi Iskandariah. Hujan batu juga sesekali menyinggah. SubhanAllah~ Inilah waktu & tempat dimana doa kita dimakbulkan Allah. Jangan lepaskan peluang menadah tangan tanda kehambaan memohon apa sahaja daripada Allah!

Alhamdulillah, musim imtihan telah masuk minggu ke dua. Dua subjek telah selamat saya hadapi. 9 Jan 2012, subjek Adab Hadith & hari ini subjek Hadith Tahlili. Soalan-soalan yang diterima agak mencabar, namun sedaya upaya menjawab dengan jawapan yang terbaik, dan kini hanya berserah & bertawakkal kepada Allah. Masih berbaki 4 subjek lagi, insyaAllah moga Allah tetapkan semangat ini untuk terus berusaha!


Tidak semua orang merasa berada dalam dewan peperiksaan dengan ditemani kerusi & meja yang ta'ban seperti dalam gambar diatas. Alhamdulillah, belajar bersyukur dengan apa yang ada. Tak dinafikan ketika tahun 1, saya agak terperanjat bila mana saya terpaksa menghadapi peperiksaan hanya dikaki lima, ditambah lagi dengan musim sejuk, naik beku jari jemari untuk menulis. Bagi saya, itu pengalaman yang tidak semua orang rasa!

Alhamdulillah, tahun ini adalah pengajian yang terakhir di bumi Mesir. Rasa kelainannya, rasa seperti berada di pengajian tahun 1. Ada semangat yang membara! Moga semangat yang Allah kurniaakan ini berterusan sampai bila-bila supaya tidak pernah rasa jemu untuk terus belajar kerana-Nya.
وَمَنْ يَتَّقِ اللَّهَ يَجْعَلْ لَهُ مَخْرَجًا ، وَيَرْزُقْهُ مِنْ حَيْثُ لا يَحْتَسِبُ 
وَمَنْ يَتَوَكَّلْ عَلَى اللَّهِ فَهُوَ حَسْبُهُ إِنَّ اللَّهَ بَالِغُ أَمْرِهِ قَدْ جَعَلَ اللَّهُ لِكُلِّ شَيْءٍ قَدْرًا
"Barangsiapa yang bertakwa kepada Allah, nescaya Allah akan lepaskan ia dari masalah hidup Dan diberikannya rezeki dari sumber yang tidak diduga. Dan barangsiapa yang bertawakkal kepada Allah, nescaya Allah akan mencukupkan keperluannya. Sesungguhnya Allah melaksanakan urusan ( yang dikehendaki ) Nya. Sesungguhnya Allah telah mengadakan ketentuan bagi tiap-tiap sesuatu."

p/s: Terlalu banyak yang ada berbanding tiada, tapi masih lagi meminta-minta. Belajarlah bersyukur dengan apa yang ada :)

NaNa(^_^)v
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...